Kembali lagi dengan episod seterusnya. Nak buat
camane, kaki tak boleh duduk diam lama-lama di satu tempat.
Hujung bulan 12 hari tu sepupu husband aku post
promo Final Call AirAsia. Jadi kami dengan sepantas kilat bertindak, sebab
sejak sebulan dua lepas kami memang menunggu promo ni. Selari dengan namanya
Final Call, tiket yang dibeli ni consider tiket-tiket last minit yang kita beli
kira-kira sebulan sebelum fly. Dengan benefit member Big AirAsia tu dia dapat
tiket murah dan dia offer dekat sapa nak. Kami beli tiket ke Jeju, Korea dengan
harga RM630 seorang.
Misinya: mencari snow yang dah aku hutang
dengan anak-anak sejak 2 tahun lepas. Pergi Europe asyik tak jumpa je. Sampai
ke Iceland pergi pun takde rezeki. Jadi kali ni kita pegi dekat-dekat aje.
Walaupun Jeju ni aku dah pergi, tempat ni agak
sentimental value dekat aku, sebab ini destinasi pertama kami jejak dulu, yang
dibeli dengan duit sendiri, dirancang sendiri, dan survive sendiri bila benda
yang dirancang tak menjadi.
Cabaran sebelum ke sini pun tak kurang
hebatnya. Dengan tersalah book tarikh hotel sampai burn duit RM1000, lepas tu
nama salah eja dalam tiket sampai kena pergi KLIA 3 hari sebelum tarikh fly
untuk buat pembetulan. Tapi alhamdulillah, everything worked out fine.
Jadi hari ini, kami pun berangkat.
31 Januari 2018
Flight kami pada jam 5.30 pagi, jadi gigih
sungguhlah pukul 1 pagi keluar rumah. Sampai KLIA2 pukul 2, selesai drop
baggage semua dalam pukul 2.30. Lepas tu melengung la 2 jam lagi sementara nak boleh
naik kapal. Anak-anak pun heretla sekali. Malang sekali, nak lepak makan-makan pun
tak dapat sebab walaupun airport tak tutup, kedai-kedai dalam airport pakat
tutup belaka.
Kami board flight pukul 4.45 tu, terus tutup
mata tidur. Masa bila kapal terbang berlepas pun kami tak sedar. Disebabkan aku
kedekut malas nak beli seat, kami duduk je apa yang AirAsia assignkan.
Anak-anak dan ayahnya duduk bertiga, aku duduk row belakang. Nasib baiklah yang
duduk sebelah-sebelah semuanya aweks. So aku nak berdengkur pun takdelah jatuh
saham.
Boleh dikatakan sepanjang flight tu kami
berempat tidur. At least aku dengan si adik bangun juga makan masa diorang
hantar makanan. Yang ayah dan kakak langsung tak bangun. Makanan semua tak
sentuh.
Sampai di Jeju Airport dalam pukul 12.15. Disebabkan
airport dia kecik aje, benda pun setel cepat. Tapi disebabkan kami bawa turun
makanan yang tak dimakan dalam flight tadi, dah jadi isu sikit dekat kastam. Rupanya
banyak makanan mentah tak boleh dibawa masuk ke Korea. Ayam, daging, vegetable
tak boleh belaka. Kalau dikenal pasti, makanan tu akan dirampas. Aku tak pasti
pulak kalau Brahims semua tu boleh ke tak. Tapi benda yang kantoi semalam tu
memang apa yang dipegang dekat tangan, tak cover langsung. Jadi redha jelah
makanan tadi tu dicampak dalam tong sampah. Kuikui. Rugi je bayar makanan AirAsia
yang mahal tu.
Anyway, seterusnya kami pergi ke kaunter untuk
ambil wifi router. Router ni kami dah beli siap-siap guna website Klook.com. Dapat
harga RM11 sehari, penggunaan unlimited untuk 3 device. Total kami ambil untuk
6 hari, RM66. Kira murahla tu untuk ketenangan jiwa, nak drive sendiri ni kalau
takde internet haru jugak.
Selesai situ, pergi ke kaunter kereta sewa
pulak. Ini pun kami dah book awal-awal guna syarikat HolidayAutos. Kami dapat
kereta Hyundai Elantra, 5 hari sewa harga RM800 gitu. Murahlah kan? Kat Malaysia
pun tak dapat harga tu. Walaupun aku agak nervous pasal sewa kereta, sebab dah
ada kenangan tak begitu indah masa first time ke Jeju dulu kan, pasal kereta
sewa ni. Nasib baik kali ni ok.
Kami diarahkan untuk naik bas shuttle ke bangunan
syarikat penyedia kereta, dan urus pembayaran semua. Lancar ajela semua. Ada anak-anak
pun takde disuruh pakai car seat ke apa. Diorang siap ajar cara guna GPS,
camane nak cari address semua. Merasalah akhirnya drive sendiri dekat Jeju ni.
Kata mamat kereta sewa tu, harga ni dah termasuk full insurance semua. “If got
scratch or accident, don’t worry, all covered,” katanya semalam. Winter chain
untuk tayar kereta pun ada disediakan dalam boot.
So keluar je dari situ kami terus menuju ke
hotel kami. Kami pilih hotel dekat kawasan tengah pulau, dekat dengan Gunung
Halla, supaya ada snow. Dan memang betul, keluar je dari kawasan Jeju-si, pusat
bandar dia, terus salji penuh kiri kanan jalan. By the time sampai dekat hotel
kami, Amber Resort Jeju, memang dah full on winter wonderland. Menjerit-jerit
anak-anak dalam kereta. Aku pun syukur sangat-sangat dapat tunaikan janji yang
satu ni. Diorang memang nak sangat-sangat main salji.
Sampai tu, sementara kami check in, kami biar
diorang main salji dekat luar. Masa kami hantar beg dekat bilik pun kami biar
diorang dekat luar. Ada satu family melayu Malaysia kita pun duduk sini juga,
sempatlah bertegur-tegur.
Bilik kami di Amber Resort Jeju ni best. Dia
rumah sebiji-sebiji sebenarnya, dan kami occupy tingkat bawah. Ada 2 bilik, 2
bilik air, dapur. TV ada sampai 3 biji, walaupun kami tak guna, sebab bila pegi
holiday kami memang jarang buka TV. Kawasan resort ni dikelilingi hutan. Dekat laluan
masuk tadi siap ada signboard rusa ke reindeer entahla, dan kami ada nampak seekor
berlari-lari dalam hutan tadi. Bestnyaaaa. Kalau datang untuk enjoy nature,
sini memang sangat sesuai. Keliling dia ada banyak kuda, halaman dia banyak
arca untuk bergambar. Facilities bilik pun menarik, ada dryer untuk keringkan
baju, bidet toilet yang canggih. Lantai dia ada pemanas jadi berjalan dalam bilik
pun selesa. Sangat happy untuk harga sekitar RM400 untuk satu malam. Consider murah
bagi aku.
Lepas simpan beg dan check bilik, kami terus
keluar balik cari kedai untuk beli barang makanan. Orang hotel ni cadangkan
kami patah balik ke Jeju-si, dalam 8km dari sini, untuk pergi supermarket
besar. Jadi kami ikut aje GPS yang dia setkan tu.
Sampai di Emart dalam pukul 3.15, beli barang
macam roti, susu, butter, telur, dan carrot sebijik sebab Adik nak buat jadi
hidung Olaf. Layankan ajelah! Harga barang dekat sini, mahallah sikit dari Malaysia.
Exchange rate kami tukar duit Korea hari tu KRW 1000 bersamaan RM 3.71.
Siap shopping terus balik semula ke hotel. Rezeki
anak-anak lagi, sampai je sana salji tengah turun sepoi-sepoi bahasa gitu. Terus
diorang start buat snowman. Aku yang nak start masak ni pun terus tergendala,
sibuk nak bergambar. Tapi sempatlah letak nasi. Aku dan husband gilir-gilir
solat dan melayan anak. Sampai dekat maghrib baru masuk. Goreng telur je untuk
dinner malam ni, nak cepat, malas pikir.
Lepas tu memang bertapa dalam bilik je. Salji
turun consistently sampai malam, nak keluar pun pikir dua tiga kali. Lagi pulak
kami memang penat sebab tak tidur semalam. Yang paling awal belayar di lautan
mimpi ialah encik Ayah!
No comments:
Post a Comment