Thursday, 28 March 2013

Sabah Day 3: Kundasang

Sama macam semalam, bangun jam 5 lebih, mula mengemas beg semua. Kejutkan anak-anak terus mandi. Kami akan check out dari Gaya Centre Hotel hari ni, dan akan ke Kundasang untuk semalam. Breakfast di hotel jam 7 pagi, selesai makan balik ke bilik untuk ambil beg semua, dan terus check out.

The only decent photo of Mt Kinabalu

Perjalanan ke Kundasang lancar. Tak jauh mana pun. Dalam sejam setengah kami dah sampai di destinasi pertama, Kinabalu Park. Dalam perjalanan tu kami dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear. Husband sungguh-sungguh terpesona. Aku? Terpesona juga, tapi disebabkan ini bukan kali pertama, aku takdelah jakun sangat. Heheh.

Welcomed by a squirrel
I’ve been here before, about 14 years ago, untuk kursus anjuran Kadet Remaja Sekolah. 10 hari aku duduk di pekan Kundasang, 10 hari disajikan dengan pemandangan yang Subhanallah, sungguh indah. Rezeki aku juga dapat mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak waktu umur masih muda belia.

Kundasang
Anyway, aku suruh juga husband berhenti tepi jalan untuk ambil gambar, tapi dia tak nak. Last-last sampailah ke Kinabalu Park. By then puncak gunung dah mula dilindungi awan. Tapi takpelah, ambik juga gambar. Dari sana kami turun ke Pekan Kundasang. Berhenti tepi jalan di pasar yang jual produk-produk tempatan. Macam-macam jenis buah ada. Kami beli pisang, strawberi, kerepek bayam, dan sebotol madu hutan untuk dibawa balik.

Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring. Sampai sana dalam pukul 12 lebih. Masuk sini kena bayar juga, dan seperti biasa diorang hanya charge aku dan husband. Dan yang seronoknya, kalau dah bayar masa masuk Kinabalu Park tadi, tiket yang sama boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring juga. Tak mahal pun, RM3 je sorang.

Poring Hot Spring
Dalam Hot Spring tu, kami bagi anak-anak aje berendam. Aku langsung tak tukar baju mandi. Duduk tepi meneman diorang. Bukan apa, kami tak plan nak stay lama dekat situ sebab banyak lagi destinasi. Bagi peluang anak-anak je mandi-mandi supaya diorang tak boring. Dalam Poring Hot Spring tu sendiri ada banyak lagi aktiviti lain; Taman Rama-rama, Canopy Walk… Tapi rasanya budak-budak ni memang nak main air je kot. Dan memang takkanlah aku nak mengendong Ilhan trekking naik ke Canopy Walk tu….


Dalam pukul 1 kami gerak dari sana. Budak-budak pun kami tak tukarkan baju. Biar pakai swimsuit dengan robe aje, sebab destinasi seterusnya ialah Luanti Fish Spa. Perjalanannya dekat setengah jam jugak dari Poring, lokasinya betul-betul sebelah Ladang Teh Sabah. Nak cari Luanti Fish Spa, ikut aje signboard ke Ladang Teh Sabah. Entrance feenya RM5 seorang kalau masuk kaki sahaja, dan RM10 seorang kalau masuk satu badan, tapi kalau nak bawak kamera masuk kena bayar tambah.

Agak strict jugak dekat sini. Nak pergi tepi sungai kena bergilir-gilir, ada had berapa orang boleh ada di tepi sungai dalam satu-satu masa, tak boleh bising, dan had masa berada di sungai tu hanya 15 minit…

Ikan Luanti yang gemoxx
Kalau dekat KL ni, fish spa ikannya kecil-kecil comel je kan? Hah, kat sini ikan dia besar-besar lengan! Hambek kau! Gigitnya pun boleh tahan sakit! Layla nampak je ikan besar-besar tu, terus menyerah kalah, duduk tepi je. Ilhan pulak mula-mula berani masuk air. Agaknya dia kena gigit sekali, terus patah balik, join kakak duduk tepi. Husband sibuk geli, geli. Last-last aku sorang je masuk. Dekat-dekat nak habis time baru husband masuk balik.

Dari Luanti, kami terus menuju ke Kundasang semula, check in di Felyn Resort Kinabalu. Ada lagi destinasi kami sebenarnya, tapi sebab belum solat, kami decide check in dulu, solat, hantar barang, baru keluar balik. Felyn Resort Kinabalu ni dekat aje dari Pekan Kundasang. Jalan menghala ke Ranau, simpang nak masuknya di sebelah kanan. Tapi itu baru simpang nak masuk ye… Resort ni nuuunn jauh ke dalam, dengan jalan yang tidak berturap. Dekat 10 minit jugaklah nak sampai ke resortnya.

Masa check in tu kami tanya juga, kenapa tak turapkan jalan tu, barula lagi ramai orang nak datang. Staf tu jawab, “Itu jalan kerajaan.” Okay, fine. Biliknya okay, basic. Yang kami susah hatinya sebab kami dapat katil queen aje, nak bersesak 4 orang malam karang. Ajak husband minta tukar bilik, dia malas.

Selesai solat, keluar semula ke Desa Dairy Farm, di Mesilau. Sampai sana dekat 4.30, makcik yang jaga pintu tu cakap ladang tutup pukul 5. “Saya boleh tunggu sampai 5.20”. Aik, makcik ni. Kalau makcik tak tunggu, takkan kami kena tidur dengan lembu malam ni? Entrance fee aku ingat-ingat lupa. Mungkin RM4 seorang kot.

Memang cantikla dalam tu. Geram aku tengok lembu-lembu dalmation ni. Bawak anak-anak pergi bagi anak lembu makan. Excited Layla! Lepas tu beli susu lembu, sebab kerap dengar yang susunya sedap, especially susu coklat. Dan memang betul seperti dikata, susu coklat dia sangat sedap! Very light and refreshing. Tak terlalu pekat macam most susu coklat, jadi minum banyak pun tak cepat muak. Susu ni fresh tanpa pengawet, jadi dia boleh ada di room temperature maksima 4 jam aje. Kalau nak tahan lama, kena cepat-cepat simpan dalam peti ais.Layla nak aiskrim jugak, so beli satu. Rush jugakla dekat sana, sebab dah nak tutup. Kalau tak teringin aku nak santai-santai makan waffle kat café dia.

On the way keluar tu, berhenti beberapa kali untuk ambil gambar. Tak dapat feel New Zealand sangatla, sebab tiba-tiba matahari terik pulak. Hahah. Turun semula ke Pekan Kundasang, makan nasi ayam dekat salah satu kedai kat situ. Sepanjang hari tak makan ni! Asyik snack on fruits, goreng pisang dan kerepek je.

Hari dah mula gelap masa kami siap makan, dan husband nak sampai ke resort sebelum malam. Yelah, jalan dia kan ala-ala off road gitu. Tapi satu permintaan terakhir oleh aku – nak jenguk hostel yang aku duduk 14 tahun lepas. Pergila explore. Nasib baik memori aku masih kuat, dan memang kami jumpa tempatnya walaupun diorang dah bina seketul flyover dekat kawasan tu. Dan terbiar rupanya Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kundasang yang jadi penginapan aku selama 10 hari. So many wonderful memories. Sempat ambil gambar sikit.

And, off to the resort. Mandikan anak-anak, solat. Percaya tak, pukul 7.55 malam, kami semua dah tidur.

Wednesday, 27 March 2013

Sabah Day 2: Island Hopping



Alfresco breakfast

Subuh awal dekat sini. Pukul 5 macam tu dah masuk. Our stay at Gaya Centre Hotel is inclusive of breakfast, dan restorannya buka 6.30. So santai-santai, kejut anak-anak. Pukul 7 turun makan. By then memang dah cerah dah, macam pukul 8 lebih. We opted for alfresco dining (makan di luar). Restorannya di tingkat 4 kalau tak salah, dan takdela nampak apa sangat pun sebab temboknya tinggi. Foodnya basic: roti, bubur, cereal, juice, mee goreng… Cukuplah untuk alas perut.

Siap makan, turun ambil beg semua, kami jalan kaki ke Jesselton Point sekali lagi. Nak ber’island hopping’ hari ni.

Memang ada rumours mengatakan kerajaan mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua perjalanan ke pulau-pulau di Sabah dihentikan. Tapi kami ni macam hati kering pun ada. Bagi aku sendiri, Kota Kinabalu ni jauh sangat dari Lahad Datu dan pulau-pulau dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni semuanya tak lebih 15 minit perjalanan dari jeti tanah besar ni. So kami pergi juga. And true enough, everything was operating just as usual.

Lepas survey-survey beberapa kaunter, nampaknya harganya semua sama. Kami pilih untuk pergi ke 2 pulau, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Since anak-anakku dua-duanya kecil lagi, orang tu hanya charge aku dan husband saja. Lepas tambah tolak harga pakej RM32 seorang (kalau tak salah), entrance fee ke pulau (dalam 7 ringgit lebih seorang) , conservation fee (RM3 yang perlu dibayar bila sampai di pulau – sekali bayar sahaja) totalnya jadi RM80++. Oklah tu.

Jernihnyeee air!!
Orang tu akan tanya siap-siap pukul berapa kita nak gerak dari pulau pertama, dan pukul berapa nak gerak balik dari pulau kedua (atau ketiga, keempat dan sebagainya), supaya senang diorang atur jadual. Bila kami kata kami nak balik pukul 12.30, orang tu naik stress sekejap. “Sekejap sangat tu. Nanti rush.” Yelah, masa tu pun dah pukul 8.30. Bisnes memang beroperasi mula jam 8.30 pagi.

Kami masih insist dengan waktu tu, sebab tahu dah dengan perangai kanak-kanak ni. Cepat penat, dan bila diorang penat kami yang tak enjoy. So orang tu atur supaya kami gerak dari Pulau Sapi pukul 10, dan dari Pulau Manukan pukul 12.30.

The boat ride was fun for us, but not so for Layla. Sibuk dia mintak kami suruh boatmen bawak perlahan sikit. Hahah. Ilhan jugak cool je.


Sapi Island - so serene and beautiful

Dan Pulau Sapi, masyallah, cantik! Kecil aje pulaunya, tapi air sangat jernih dan pasirnya putih dan halus. Masa tu hari dah panas terik, jadi kami suruh anak-anak main pasir bawah pokok aje. Layla langsung tak nak jejak air. Takut, ada ombak, katanya. Padahal ombaknya setakat jari kaki aje. Punyela kecik! Aku dan husband tinggalkan diorang main pasir, kami yang berendam. Nyaman! Ilhan pun kami rendamkan sekali. Dia memang ok jer…

Elok pukul 10, naik bot untuk ke Pulau Manukan. This island is much bigger, siap apa chalet-chalet semua. Orang pun ramai. Kurang enjoy sikitlah. Tapi dekat sini pulak, ikannya sangat jinak. Datang dalam kumpulan, berenang betul-betul celah orang ramai yang berenang. Husband sewa snorkel , berenang-renanglah di sana. Layla masih dok main pasir aje. Aku snorkel jugak sikit-sikit. Ilhan pun geram tengok ikan banyak. Air jernih, jadi memang nampak jelas.

Pulau Manukan with visible corals

Dekat 12.30 tu kami dah sedia tunggu bot. Ilhan terus terlena bila naik bot. Sampai jetty, kami redah masuk Suria Sabah Mall cari makan. Dengan baju basah, berpasir, selekeh ya amat. Hahah. Lepas tu baru balik bilik, mandi-mandi dan rehat. Pemilik kereta yang kami nak sewa, Afiq, datang hantar kereta di lobi hotel. Kami jumpa iklan dia di Mudah.com. The best rate we found – RM90 per day untuk Saga FLX, jadinya RM180 untuk 48 jam.

Lepas kami semua tidur sekejap. Petang bangun untuk meneruskan aktiviti. Husband ajak pergi Rumah Terbalik yang katanya tak jauh dari sini. Drive ke sana. Dah tersekat dalam jam dkt setengah jam barulah kami perasan yang it’s the same route we were going to take to go to Kundasang esoknya. Aduhai, membazir masa. Tukar direction ke Karambunai, tapi dekat sana pun takde apa. Patah balik nak ke Tanjung Aru. By then dah pun malam. Terlepas sunset untuk hari ni.

2 jam jugaklah kami drive around. Akhirnya kami pergi dinner di Medan Selera Tanjung Aru. Aku kurang gemar dekat sini, sebab dia dalam bangunan tertutup dan agak panas, banyak sangat bau makanan dan penuh dengan orang. Lapar punya pasal, makan ajelah. Kami order nasi sepinggan, ikan 2 jenis dan 1 sayur, dan 3 air – lebih kurang sama aje macam semalam. Tapi harganya hari ni 2 kali ganda! Dlm 70 lebih. Wah! Mentang-mentang Tanjung Aru kawasan mat saleh duduk.

Selesai dekat sana, terus balik hotel. Singgah Pasar Filipina, husband sorang je masuk belikan ikan bilis dan udang kering untuk mak dia. Pukul 10 lebih kami dah settle, kepenatan.








Sunday, 24 March 2013

Trip To Sabah: Day 1; Kota Kinabalu


Tahun ni dengan rasminya diisytiharkan sebagai tahun bercuti untuk family aku.

Entah, aku gian semacam nak naik kapal terbang dan tengok tempat orang.

Earlier this month kami satu family ke Sabah.

Ya, ya aku tau, what bad timing, with all the chaos in Lahad Datu. I was quite nervous in the beginning. But I figured, since flights weren’t cancelled, the situation can’t be that serious. At least not in KK.

So anyway, here goes…

Day 1: Fly to Kota Kinabalu.


First glimpse of KK
Our flight was at 10.20a.m., jadi minta tolong adik iparku Ijah hantar ke LCCT. Kami sampai sana pukul 9, memang sipi-sipi jelah. Orang punyalah ramai, kaunter semua panjang-panjang. Rezeki kami, satu kaunter baru dibuka betul-betul sebelah kaunter kami beratur. Jadi husband cepat-cepat tukar lane, dapatla jadi orang kedua di kaunter tu. Nasiiib baik.

Everything was very punctual. Good vibes to start the journey. Kids pun behave dalam flight selama 2 jam setengah tu, walaupun diorang tak tidur. Sampai sana dekat pukul 1, beratur nak lepas kaunter dekat sana pulak yang lambat. Sesak sungguh. Dekat 1.30 baru lepas. Kami lepak dekat bench dalam airport, makan bekal yang aku bawak. Biasela, selagi boleh berjimat, kita berjimat. J

View from our room
Kami arrange untuk kereta sewa only on the second day, jadi dari airport ni kami naik teksi ke Gaya Centre Hotel. Fixed rate, RM30. Padahal perjalanan tak sampai 10 minit. Peehh. Bayar jela. Takkan nak jalan kaki pulak. Sembang-sembang jugak dengan taxi driver tu pasal situasi dekat sana. Katanya semua aman aje, cuma polis berkawal di perkampungan Filipina.



Hotel kami terletak betul-betul bersebelahan shopping complex Suria Sabah. Check-in lancar. Bilik kami okay. Quite small, but enough. Alhamdulillah, dapat 2 katil twin, jadi seperti biasa, kami buat susun atur sendiri, cantumkan dua katil tu, jadilah sebuah katil yang sangat besar. Layla jenguk dalam toilet, terus tanya soalan cepu emas, "Mana bath tub?" Hahah.. Kesian. Yelah, last trip ke Gold Coast Morib, hambek seketul jacuzi dalam toilet. Tiba-tiba yang ni takde pulak. Jangankan bath tub, swimming pool pun takde kat hotel ni anakku. Ini kali, kita bajet trip yerrr...

Get comfortable, tutup langsir bagi gelap, tidurkan kids dan bapaknye sekali. Aku bersantai baca buku sekejap, sampai  dekat pukul 5.

Memandangkan malam tiba cepat dekat sini, aku paksa diorang semua bangun untuk keluar merayau before night falls. Kami jalan kaki je Jesselton Point, which wasn’t too far from our hotel. Took the walkway tepi laut, jalan santai-santai dengan kids. Kami ke sana sebab nak survey harga island hopping yang kami rancang untuk pergi the next day. But by the time kami sampai, all counters were closed, except one. Takpelah, abaikan. Esok redah je.

Sunset view from the lenses of my modest compact camera
As it grew dark, we walked all the way back, pass our hotel towards Pasar Filipina, cari dinner. Makan di gerai tepi laut yang banyak ada dekat situ. Order nasi hanya sepinggan, air 3 gelas, dan 2 ekor ikan berlainan jenis. Dalam RM30 aje harganya. Okla tu. Kenyang.

Jalan-jalan cari souvenir dekat Pasar Filipina. Tak banyak kedai buka sebab dah malam, tapi kami lebih rela pergi malam daripada di tengah-tengah rembang terpacak di siang hari. Kesian kanak-kanak dikerah berjalan punyela jauh. Sampai balik bilik dalam pukul 8 lebih. Mandikan kids semua, dan by 10pm kami semua dah tidur.

Monday, 11 February 2013

Getaway to Gold Coast Morib

End of January baru ni we had a short getaway to Gold Coast Morib. Ya, memang tempat tu tengah hot sekarang disebabkan promosi besar-besaran secara online. Kami juga tidak terkecuali terjebak, and we got a really good deal!

RM150 untuk penginapan 2 hari 1 malam di Junior Suite yang dilengkapi jakuzi, with buffet breakfast, buffet dinner and water theme park entry for 2. Kami duduk 2 malam. We bought through Streetdeal.

Check in was at 3, dan kami sampai tepat pukul 3. It took us about 2 hours to get there, sebab kami ikut map yang ada di website. Okay, bagi yang familiar dengan jalan-jalan KL, adalah dinasihatkan untuk pergi melalui Klang sebab walaupun banyak selekoh, banyak traffic light dan banyak masuk kawasan pekan, ia masih lebih dekat. Jalan yang ditunjukkan dalam  map adalah melalui KLIA. Jalan dia straight je, tapi jauh. Dan jangan tersalah pergi Gold Coast Sepang pulak. Tak mampu den nak bayor dekat situ!

Anyways, check in was fast, dan kami diberikan bilik di tingkat 8. Almost top floor dah. Cuma kami dapat bilik yang mengadap ke parking lot, which is bila difikirkan balik, lebih baik untuk kami, sebab Ilhan si hantu air tu confirm tak senang duduk 24 jam selagi dia boleh nampak swimming pool dan segala jenis slide kat bawah tu.

Biliknya besar! Toilet dia pun besar, untuk memuatkan jakuzi. Ada flat screen TV dan general amenities yang disediakan semua hotel. We were not disappointed. Kids almost immediately nak turun ke water theme park, jadi kami biar diorang pergi dulu dengan family kami yang lain yang ikut sekali.

Untuk budak-budak pun ada bayaran dikenakan, tapi disebabkan Layla dan Ilhan belum mencapai had ketinggian yang ditetapkan, masuk free je. Alhamdulillah. Ilhan really enjoyed himself! Layla took sometime to be coaxed into getting in the water, but when she finally did, she enjoyed it. Puas hatila diorang main air. Dress code pun tak strict. Ya, memang ada signboard yang tunjukkan apa yang dibenarkan dan tak dibenarkan, tapi tak ada orang yang disekat sepanjang aku ada dekat sana. Lifeguard ada sentiasa. Cuma untuk naik slide yang tinggi-tinggi, pakaian renang diwajibkan.

Pool tutup dalam pukul 7 petang. And then we’re off to dinner. Pilihan dia okay, walaupun tak banyak sangat, tapi tak mengecewakan juga. I really enjoyed the tempura yang digoreng fresh di situ. Both days aku makan tempura. Cuma first night tu budak-budak dah penat sangat, kami terpaksa makan gilir-gilir dan dengan pantas. Tak enjoy sangatla. Kami semua settled down really early that night. Before 9 kids dah beradu. 

Sunrise from balcony
The next day we had breakfast at 8 something. Breakfast dia pun okay. Nothing extravagant, but enough. Kami pergi ke pantai sekejap, tapi baru duduk sekejap mak mertua dan adik ipar aku dah gatal-gatal kaki. Kami risau ada agas, so cepat-cepat aku angkut budak-budak pergi swimming pool. Sebelum kami sampai ke hotel ni lagi aku dah pesan dekat Layla dan Ilhan yang diorang tak dibenarkan mandi laut dekat sana, sebab aku tak yakin dengan kebersihannya. So spent the morning at the theme park again.

For lunch, kami keluar cari food di luar, keluar sekali dengan family kami yang akan check out hari tu. Tak banyak gerai buka siang, jadi belasah ajela yang mana-mana yang jumpa. Disappointing food, jadi not worth mentioning.

Balik ke hotel semula, rehat dalam bilik. Kids and husband tidur. Petang kami turun ke pool lagi, bagi kids main puas-puas.

Malamnya kami dapat buffet dinner lagi. Disebabkan orang dah mula ramai check-in sebab esok lusanya cuti hari wilayah, buffet dinner dibuat di kawasan lapang tepi pantai. Pilihan makanan lebih kurang semalam. Yang gembiranya, tempura ada lagi. Aku balun tempura  3 kali tambah! Hambekk kau!

Selesai makan, pergi tepi pantai sekejap, lepas tu dah ketandusan aktiviti dah. Kami naik atas, sambung tengok movie daripada laptop yang disambungkan wayar ke flat screen TV. Ilhan terlena atas riba ayah, Layla terlelap di sebelah mama.

Esok paginya lepas Subuh aku dah pasang jakuzi. Niatnya nak berendam sorang-sorang, tapi Layla terjaga. Jadinya aku ajak dia join skali. Lepas tu Ilhan bangun, dengan Ilhan sekali masuk. Letak sabun, bubblenya melimpah ruah, meriah sungguh! Tak penah aku tengok bubble sebegitu melainkan di dalam filem Hollywood atau Bollywood.

Berhenti bersuka-ria sekejap untuk turun breakfast, yang disediakan di kawasan lapang tepi pantai tu lagi. Selection masih sama seperti semalam. Kami decide untuk meminimakan kelam-kabut dengan tidak membawa kids ke pool hari ni. Nasib baik ada jakuzi dalam bilik, jadi tak susah nak memancing dan memujuk. Kami buat bubble berkepul-kepul lagi, dan masuk empat-empat orang sekali. Tak ada kelucahan di sini ya, kerana kami memakai pakaian yang berpatutan. Kot iya pun, takkanla depan anak-anak… Hahaha…

Dari pukul 10.30 sampai 11.45 kami bersantai sambil packing rilek-rilek. 11.45 pagi kami turun check out dan terus balik. Bersyukurlah kami balik hari tu, sebab masa kami check out, ada 2 biji bas baru parking dengan sepenuh-penuh muatan, baru nak check-in hari ni.

Overall, aku puas hati dengan tempat ni. Untuk bawak anak-anak yang hantu air, memang sesuai. The jakuzi in the room was the icing on the cake. I would go back again and again just for that, seriously. Sebab aku bukan enjoy sangat pool semua, tapi getting into a jacuzzi in the privacy of your room is a luxury of a different level altogether. Love it!  Kalau diorang ada buat kids’ game room, karaoke room ke, lagi canggih. Buat masa ni, selain swimming, takde banyak aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. But they do have a spa. Harga dia pun competitive dengan di luar.

I give this place a thumbs up, coz it made my family happy!

P/s: Jangan main air laut ya. Mak mertua dan adik ipar aku habis naik gatal-gatal badan lepas balik tu. Kebetulan memang diorang berdua aje yang sentuh air laut hari tu.

Thursday, 10 January 2013

Baby Girl Goes To School


And so… 2013 starts with the proudest, most heart-wrenching moment for every mother.

My baby girl goes to school for the first time. *Sob sob*

Semua benda berlaku last minute, hanya beberapa hari sebelum sekolah start. Masa tu baru aku dapat tahu Layla dapat masuk, sebab tempat limited. Kelas untuk 4 tahun hanya ada 1, jadi ada waiting list. Alhamdulillah kami dapat. So sehari sebelum mula sekolah, kelam-kabut merayau cari keperluan dia. Walaupun uniform provided, kami hanya akan dapat lepas beberapa hari sekolah mula, jadi 1st few days kena pakai pakaian sukan (blue tracks, white T-shirt and white tudung). Menggagau cari saiz untuk budak 4 tahun. Kasut sekolah lagi, beg, stationaries… Oh, aku akhirnya kembali terjebak dalam keriuhan “Jualan Kembali Ke Sekolah” setelah 12 tahun meninggalkan sekolah.

I was quite nervous about it, sebab aku menjangkakan dia akan menangis bila sampai sekolah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan? Kehkehkeh!

Ya, aku dulu champion dalam bidang menangis di sekolah, aku tak malu mengakuinya. Aku bukan sahaja champion menangis di sekolah, tetapi juga champion lari dari sekolah, seawal usia 6 tahun. Tadika aku dulu dekat dengan sekolah tempat mak aku mengajar, jadi pernah beberapa kali aku lari dari kelas nun sampai ke sekolah menengah, dan menangis-nangis cari Mama di tengah-tengah perhimpunan. :P Ia tak berlarutan, after a while school got fun, but then the school year ends, dan aku terpaksa beralih ke sekolah rendah.

Masa darjah 1 keadaan aku bertambah kronik. Mula-mula okay, sebab ada beberapa anak-anak jiran yang sebaya berada sekelas atau duduk di kelas bertentangan dengan kelas aku. Selagi aku nampak muka diorang, I’m fine. Tiba-tiba satu hari Rajmal pindah ke kelas di mana aku tak nampak muka dia, dan Faizul yang sekelas dengan aku tu tak datang. Aku maintain cool untuk sehari, tapi esoknya bila Ustaz Rahman yang hantar aku ke sekolah drop aku di pagar sekolah, otak aku berjalan. I still remember all this like it was yesterday (yes, superhuman memory, like I’ve said before)…  Aku tunggu beberapa minit, bila takde orang pedulikan aku dan kereta Ustaz Rahman dah jauh, aku pusing 360 darjah dan jalan kaki balik.

Please bear in mind, I was a standard 1 kid. Dan bagi yang familiar dengan Taman Tun, I walked home from SKTTDI1 ke Zaaba, on my own, carrying my heavy school bag. Aku pun tak tau macammana aku boleh ingat jalan balik rumah, macammana aku cross jalan besar depan deret kedai Star Enterprise tu. Yang aku tau, bila sampai rumah baru aku sedar I’m so in deep trouble. Aku tak berani masuk rumah, so I sat down in front of the gate, sampailah jiran sebelah nampak dan panggil Kak Gayah. Bila Mama balik sekolah and found out about it, she went nuts! Dia mengamuk, call cab dan bawa aku pergi sekolah dan marah aku depan kelas. After that dia kata she’s giving me one chance, tak payah pergi sekolah on that day, but from the next day onwards aku tak boleh buat perangai lagi. Nasib baik aku insaf dan mendengar kata…

So anyways, I expected trouble from Layla too, and was bracing myself for it. But surprisingly, she was a brave, brave girl. Yes, bila sampai sekolah dia melekat dengan aku, suruh aku teman. Dia tak participate masa perhimpunan, asyik keluar baris untuk datang ke aku. Bila naik kelas, dia nak aku ada dalam kelas dengan dia. For a minute there she looked real panic and her voice was already breaking out, dia kata “Dah mama, cukup dah.” Meaning she’s had enough of school. Tapi aku kata I’m not going anywhere, just standing at the wall. Dia buat alasan jugak to get me come close to her. Dia nak kencingla, nak berakla. Aku layan aje. Slowly aku keluar kelas. Bila dia panggil aku kata I’m just gonna stand there. Then aku hilangkan diri slowly. I hid behind the wall and showed myself only occasionally. Sampailah bila cikgu dia keluarkan plasticine, dia terus leka. So I left then. I came back at 10 to check on her during recess. So proud to see that she was eating the mee goreng provided by school. She never eats mee goreng, ever!

And for the next few days, setiap hari aku kurangkan masa spent with her in school. As usual, the trick is to disappear slowly. Never, ever say bye. Bagilah alasan apa-apa pun, nak pergi toilet kejap ke, nak berdiri kat belakang ke. Sekali-sekala show yourself so dia tak rasa ditipu. And then slowly disappear bila dia leka. Alhamdulillah, hari ni masuk hari keempat, and she’s doing great. She’s also behaving a lot better at home! I believe it’s because dia dah ada outlet untuk her energy, 4 hours in school to play all she wants. Dan dia juga ada time off from her brother, boleh main tanpa perlu berebut dengan adik. I’m happy I made this decision to send her to school walaupun a part of me feels she’s too young.

The new routine is kinda nice. I was dreading the ‘waking up in the morning’ part, but it’s really nice. We’ve had chance to go out and have breakfast, we get a lot more things done at home, mengemas dan sebagainya. I get to cook breakfast and lunch, and starting next week insyallah we are going to start jogging. Yayyyyyyyyy!! Kids are sleeping early too. The only thing that needs to change now is my sleeping routine. Hubby and I, we are still sleeping at past 1 a.m. every night. I know that’s not healthy. I’ll try to change.

Anyways, Layla Nasuha, Mama and Ayah are sooo proud of you!

Kata-kata terakhir untuk diri sendiri: Gila wehhh, anak sekolah dah! Tua dah aku!

Monday, 17 December 2012

The illusion that is time…


* Entry ini hanya relevan kepada ahli keluarga. 

So my baby sister is finally married. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penat, tapi success.

Sebak, mungkin ada sikit. So it is Ikhwan in the end. Tapi yang lebih membuatkan aku sebak bukanlah hakikat bahawa adik aku telah berkahwin, tapi lebih kepada melihat keadaan Kak Gayah. Dia menangis bersungguh-sungguh, sebak betul anak bongsu dia kahwin. Basically aku faham perasaan dia. Anak yang dia nampak membesar dari dalam perut Mama, yang dia sendiri jaga sampai besar, akhirnya kahwin. I have to admit, dia lebih hands-on berbanding Mama dalam hal membesarkan kami, disebabkan Mama is a working mom. Dia lebih tahu perangai setiap satu daripada kami, setiap insiden, setiap episode membesar kami betul-betul depan mata dia. Aku faham.

Mungkin ada yang lebih mendalam berbanding sebaknya dia melihat adik aku kahwin. Aku rasa dia sangat rindukan kami, rindukan kehidupan masa di sini. Alhamdulillah, dia bertemu jodoh. Tapi pada masa yang sama aku rasa dia sunyi. Aku pun sunyi tanpa dia. Mama dan Abah yang sentiasa sibuk, adik-adik pun dah ada life sendiri. Tanpa dia, kalau aku nak ke rumah Mama pun kena berappointment dulu. Kalau tidak, masuklah ke rumah kosong. Dia pun nampak jauh lebih tua sekarang. Kehidupan di kampong agak susah, mungkin. Kerja lebih berat, keadaan kurang terjaga. I wish I could do more for her, sebagai balasan kepada semua yang pernah disumbangkan untuk aku…

Anyway, majlis tu membangkitkan perasaan yang bercampur-baur dalam hati aku. Berjumpa balik semua kawan-kawan Mama dan Abah yang dah aku kenal sejak kecil, buat aku rasa… entah, terharu, sedih, happy. Setiap satu kawan Abah dan Mama yang aku kenal yang aku jumpa hari tu membangkitkan mental image semua insiden zaman kanak-kanak. Satu-satu gambar dalam album childhood memory aku muncul di kepala. Macam yang pernah aku sebutkan sebelum ini, daya ingatan aku ada masanya agak superhuman.

Aku tak sedar bila waktu berlalu. Sungguh. Semua memory masih terlalu fresh. Jumpa Uncle Karia dan Aunty Sue mengingatkan aku kepada lazy weekends in PD, and the memories in Bedong, Daniel dan Ilyas. Berjumpa Uncle Malik buat aku teringatkan happy days in Shooting Club dengan Anas dan Adam, ikan kutu babi, trip to the zoo dan semua outing yang pernah kami pergi dulu. Jumpa Aunty Ton, teringat zaman bergelak besar sambil melepak di rumah Mama, dengan lawak-lawak loyar buruk dia. Aunty Fuzainee,  Uncle Farid, Uncle Lan dan Aunty Ziz, Uncle Norafudin dan Aunty Liza, ramai lagi. Each one of them ada memory diorang yang tersendiri.

Tapi yang paling memberi kesan kepada aku hari tu ialah bila berjumpa Aunty Bibi dan Uncle Zubir. Sumpah, at 1 point I had to leave the main entrance just to fight back tears. Antara orang yang paling banyak ruang dalam memory zaman kanak-kanak aku ialah Aunty Bibi dan family. Our family used to be so close, aku tak terkira entah berapa banyak family holiday yang kami pergi bersama. Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Cameron, Langkawi, Penang, Kenyir, Pulau Sibu… Itu belum kira the long Sundays where we’d spend the whole day just lazing around their house. Main buai di tepi gate, main sembunyi-sembunyi dekat halaman rumah dia yang luas, Mama bergosip dengan Aunty dekat dapur atau meja makan. Abah dengan Uncle Zubir. I used to have a crush on one of her sons.

Aunty Bibi yang aku kenal, sangat lantang, garang, dengan bunyi ketawa yang paling infectious. Oh, how I miss it. A few years ago dia jatuh sakit, dan sekarang it has affected her speech. Itulah yang buat aku sungguh-sungguh sebak hari tu. The fact that I couldn’t understand what she’s saying. Mata dia menunjukkan dia sungguh excited, banyak benda yang dia nak cakap dan tanya. Tapi at the same time dia tahu orang susah nak faham, jadi dia hanya pandang aku dengan senyuman lebar. I felt really helpless. I’d kill to have the skill to translate her feelings, what she’s saying at that moment. Flashbacks of how she used to be came to my mind, and I just couldn’t help the tears from coming.

I remember, as she’s a BM teacher, everytime kami pergi holiday aku akan buat karangan and bagi dia untuk check. Yes, I know I’m a freak, but I used to buat karangan secara sukarela. I loved writing even more back then, than I do now. Aku tahu dia sayang aku, sebab dia teringin sangat anak perempuan. She’s got 4 sons. Seriously, even while writing this, I’m crying my eyes out.

Betullah macam kata seorang kawan aku, Abah yang nampak lebih seronok masa kenduri tu berbanding pengantin sendiri. Ramai sungguh kawan-kawan Abah datang, especially kawan sekolah menengah dia. Sampaikan cikgu dia pun datang. Seronok aku tengok dia seronok. Dan sebak pun ada…

The thing is, you don’t see time moving, other than a flick of a calendar, or the turning of the page in a diary. Aku tak sedar bila masa berlalu. Rasa sekelip mata lalu aku masih budak. Tiba-tiba aku dah remaja. Kemudian dewasa. Rasa sekelip mata lalu aku kahwin, tapi minggu depan I’d be celebrating my 5th year anniversary. Samalah juga mungkin apa yang Abah rasa. Sekelip mata lalu dia di TI, Penang. Suddenly it’s 40 years later, and they are all meeting again as senior citizens. Memory masih segar bagi sesetengah mereka. When did time pass? I don’t feel like I’ve aged a bit.

Aunty Patsy was looking at Layla and telling me, “She looks just like you when you were that age.” And I’m sure in her mind she can still see me when I was that age.  I remember my days spent in Taiping too, with Faizal, Hilyah, Kenny and Jillian, laughing to Uncle Francis’ jokes. When did time pass?

Tak ada apa yang boleh diputar semula. Satu-satunya lesson I’ve learnt out of this is to cherish the present as much as possible. And try to keep a mental image of every single moment, to bring with you into the future. Nasib zaman kita lebih baik, mungkin. Kita ada Facebook Timeline, ada Instagram, so everything can be recorded.

I just miss the old days, so very much…

Wednesday, 12 December 2012

"The Ring"


Oookayyyy….

So I take it all back.

Semalam, tak semena-mena, semasa menjemput husband pulang dari kerja, dia telah menghulurkan satu bungkusan berbalut. Present! Yay! Memangla surprise, sebab birthday aku dah berminggu-minggu berlalu. Dan lebih surprise sebab pagi tu dia baru je belanja aku kasut sepasang kat Thomas Chan. Ingatkan kuota hadiah dah habis. :P

It was a book. “The Ring” by Danielle Steel. And then I cried.

Okay, penjelasan lebih lanjut perlu diberikan mengenai significance buku ini.

Alkisahnya, dulu aku pernah own this book. Or more accurately my mom owned this book. I admit, ceritanya takdela awesome, super duper, out of this world or anything like that. Tapi ia ada daya penariknya sendiri bagi aku, dan juga sentimental value.

Walaupun aku mula membaca buku sejak dari sekolah rendah, dan mula membaca novel English dewasa masa form 1, buku The Ring merupakan novel cinta pertama yang aku baca. Sebelum tu bahan bacaan aku ialah buku-buku mama yang lebih cenderung kepada cerita mistik, hantu, misteri dan sebagainya (Stephen King).

Dan selepas membaca buku ini, ia telah membuka mata aku kepada dunia penulisan yang baru, yang lebih dekat dengan jiwa aku, dan yang melekat sehingga sekarang. Buku tu sendiri aku dah ulang lebih daripada 3 kali.

Bertahun-tahun selepas pertama kali berkenalan dengan The Ring, aku melanjutkan pengajian degree dalam bidang Communication and Media Studies, majoring in Publishing, UiTM. Aku belajar pun dalam bidang penerbitan buku, punyalah sukanya aku kepada buku, penulisan dan yang seangkatan dengannya.

Dalam salah satu semester, aku mendapat assignment untuk recreate semula sebuah buku. Buat cover sendiri, typeface, print, bind, everything, sampai menjadi sebuah buku dalam erti kata sebenar. It was a group assignment, tapi aku telah menjadikan The Ring sebagai buku kumpulan kami. It was my way of honouring it, buku yang membuka mata aku kepada dunia ini.

Selesai assignment, kami dikehendaki menyerahkan hasil tugasan berserta dengan buku yang menjadi contoh tersebut kepada pensyarah. And that day was the last time I saw The Ring.

Lepas selesai semua, markah dah dapat, exam dah dekat, semester dah hampir tamat, buku aku masih tak nampak bayang. Jumpa lecturer, dia kata dia tak pasti ada di mana. Cari di bilik dia, tak jumpa. Dia kata akan cari di bilik dia di fakulti satu lagi, tapi sampai sudah tak ada cerita. Sampailah akhirnya aku pun tamat belajar. Nak pergi kecoh-kecoh dengan lecturer hanya kerana sebuah buku usang, aku rasa tak wajar. Jadi ia berakhir di situ.

Sejak itu, setiap kali ada Book Fair, jualan buku, jumpa kedai buku second hand, semua aku masuk mencari buku tu. Kalau boleh aku nak cari naskhah yang sama semula, tapi kalau tak ada sangat, yang mana-mana pun tak apa. Asalkan aku memiliki The Ring semula dalam simpanan aku. Nasib tak menyebelahi aku. Not surprising, since the book was first published in 1980 – 3 tahun sebelum aku dilahirkan.

Sehinggalah hari ini. Ia kembali ke pangkuan aku.

Plastik dan bungkusan hadiah adalah daripada Kinokuniya, jadi aku tanya husband, “U suruh siapa belikan?”

Siapa yang nak belikan? Katanya dia beli sendiri. Aku cucuk dan pujuk suruh dia cerita, memandangkan aku rasa tak logic – dia kerja, dan kereta aku pegang. Last sekali dia bagitahu, dia dah call semua kedai buku utama – MPH, Borders, buku tu dah takde stok. Cari dalam website Kinokuniya, katanya ada 1 naskhah tinggal dalam Malaysia, tapi tak tahu di cawangan mana. Jadi bila call Kinokuniya, satunya-satunya naskhah yang tinggal tersebut ada di KLCC.

Dan dia pun bertindak pantas, pergi ke KLCC, berbonceng motor dengan seorang member. Dahla musim hujan ni. Bagi aku, itu dah setaraf dengan meredah lautan api.

Aduhai…  Bila tengok buku tu aje aku dah sebak, bila dengar cerita tu lagilah aku sebak. Meleleh-leleh, banjirlah jugak. Huhuhu…

Thank you sayang. Memang I pelik, I tahu. Tapi benda-benda remeh-temeh macam ni lebih menyentuh hati I berbanding kalau U belikan I hadiah berharga beribu-ribu ringgit. My brain’s complicated that way.

I love you sayang.