Alfresco breakfast |
Subuh awal dekat sini. Pukul 5 macam tu dah masuk. Our stay
at Gaya Centre Hotel is inclusive of breakfast, dan restorannya buka 6.30. So
santai-santai, kejut anak-anak. Pukul 7 turun makan. By then memang dah cerah
dah, macam pukul 8 lebih. We opted for alfresco dining (makan di luar).
Restorannya di tingkat 4 kalau tak salah, dan takdela nampak apa sangat pun
sebab temboknya tinggi. Foodnya basic: roti, bubur, cereal, juice, mee goreng…
Cukuplah untuk alas perut.
Siap makan, turun ambil beg semua, kami jalan kaki ke
Jesselton Point sekali lagi. Nak ber’island hopping’ hari ni.
Memang ada rumours mengatakan kerajaan mengeluarkan
pekeliling mengarahkan semua perjalanan ke pulau-pulau di Sabah dihentikan.
Tapi kami ni macam hati kering pun ada. Bagi aku sendiri, Kota Kinabalu ni jauh
sangat dari Lahad Datu dan pulau-pulau dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni
semuanya tak lebih 15 minit perjalanan dari jeti tanah besar ni. So kami pergi
juga. And true enough, everything was operating just as usual.
Lepas survey-survey beberapa kaunter, nampaknya harganya
semua sama. Kami pilih untuk pergi ke 2 pulau, Pulau Sapi dan Pulau Manukan.
Since anak-anakku dua-duanya kecil lagi, orang tu hanya charge aku dan husband
saja. Lepas tambah tolak harga pakej RM32 seorang (kalau tak salah), entrance
fee ke pulau (dalam 7 ringgit lebih seorang) , conservation fee (RM3 yang perlu
dibayar bila sampai di pulau – sekali bayar sahaja) totalnya jadi RM80++. Oklah
tu.
Jernihnyeee air!! |
Orang tu akan tanya siap-siap pukul berapa kita nak gerak
dari pulau pertama, dan pukul berapa nak gerak balik dari pulau kedua (atau
ketiga, keempat dan sebagainya), supaya senang diorang atur jadual. Bila kami
kata kami nak balik pukul 12.30, orang tu naik stress sekejap. “Sekejap sangat
tu. Nanti rush.” Yelah, masa tu pun dah pukul 8.30. Bisnes memang beroperasi
mula jam 8.30 pagi.
Kami masih insist dengan waktu tu, sebab tahu dah dengan
perangai kanak-kanak ni. Cepat penat, dan bila diorang penat kami yang tak
enjoy. So orang tu atur supaya kami gerak dari Pulau Sapi pukul 10, dan dari
Pulau Manukan pukul 12.30.
The boat ride was fun for us, but not so for Layla. Sibuk
dia mintak kami suruh boatmen bawak perlahan sikit. Hahah. Ilhan jugak cool je.
Sapi Island - so serene and beautiful |
Dan Pulau Sapi, masyallah, cantik! Kecil aje pulaunya, tapi
air sangat jernih dan pasirnya putih dan halus. Masa tu hari dah panas terik,
jadi kami suruh anak-anak main pasir bawah pokok aje. Layla langsung tak nak
jejak air. Takut, ada ombak, katanya. Padahal ombaknya setakat jari kaki aje.
Punyela kecik! Aku dan husband tinggalkan diorang main pasir, kami yang
berendam. Nyaman! Ilhan pun kami rendamkan sekali. Dia memang ok jer…
Elok pukul 10, naik bot untuk ke Pulau Manukan. This island
is much bigger, siap apa chalet-chalet semua. Orang pun ramai. Kurang enjoy
sikitlah. Tapi dekat sini pulak, ikannya sangat jinak. Datang dalam kumpulan,
berenang betul-betul celah orang ramai yang berenang. Husband sewa snorkel ,
berenang-renanglah di sana. Layla masih dok main pasir aje. Aku snorkel jugak
sikit-sikit. Ilhan pun geram tengok ikan banyak. Air jernih, jadi memang nampak
jelas.
Pulau Manukan with visible corals |
Dekat 12.30 tu kami dah sedia tunggu bot. Ilhan terus
terlena bila naik bot. Sampai jetty, kami redah masuk Suria Sabah Mall cari
makan. Dengan baju basah, berpasir, selekeh ya amat. Hahah. Lepas tu baru balik
bilik, mandi-mandi dan rehat. Pemilik kereta yang kami nak sewa, Afiq, datang
hantar kereta di lobi hotel. Kami jumpa iklan dia di Mudah.com. The best rate
we found – RM90 per day untuk Saga FLX, jadinya RM180 untuk 48 jam.
Lepas kami semua tidur sekejap. Petang bangun untuk
meneruskan aktiviti. Husband ajak pergi Rumah Terbalik yang katanya tak jauh
dari sini. Drive ke sana. Dah tersekat dalam jam dkt setengah jam barulah kami
perasan yang it’s the same route we were going to take to go to Kundasang
esoknya. Aduhai, membazir masa. Tukar direction ke Karambunai, tapi dekat sana
pun takde apa. Patah balik nak ke Tanjung Aru. By then dah pun malam. Terlepas
sunset untuk hari ni.
2 jam jugaklah kami drive around. Akhirnya kami pergi dinner
di Medan Selera Tanjung Aru. Aku kurang gemar dekat sini, sebab dia dalam
bangunan tertutup dan agak panas, banyak sangat bau makanan dan penuh dengan
orang. Lapar punya pasal, makan ajelah. Kami order nasi sepinggan, ikan 2 jenis
dan 1 sayur, dan 3 air – lebih kurang sama aje macam semalam. Tapi harganya
hari ni 2 kali ganda! Dlm 70 lebih. Wah! Mentang-mentang Tanjung Aru kawasan
mat saleh duduk.
Selesai dekat sana, terus balik hotel. Singgah Pasar
Filipina, husband sorang je masuk belikan ikan bilis dan udang kering untuk mak
dia. Pukul 10 lebih kami dah settle, kepenatan.
salam sis. nak no brader afiq sewa kereta tuh ada lagi ?
ReplyDeleteSalam Farahnabilah... Mintak maaf sangat-sangat. Saya cuba cari balik number tu, tapi dah tak jumpa. Sebabnya bendanya pun dah lebih setahun setengah. Phone pun dah bertukar ganti. Sorry sangat-sangat lagi skali. Mungkin boleh cuba nasib di mudah.com. Mana tau dia masih advertise di situ.
Delete