Wednesday, 12 December 2012

"The Ring"


Oookayyyy….

So I take it all back.

Semalam, tak semena-mena, semasa menjemput husband pulang dari kerja, dia telah menghulurkan satu bungkusan berbalut. Present! Yay! Memangla surprise, sebab birthday aku dah berminggu-minggu berlalu. Dan lebih surprise sebab pagi tu dia baru je belanja aku kasut sepasang kat Thomas Chan. Ingatkan kuota hadiah dah habis. :P

It was a book. “The Ring” by Danielle Steel. And then I cried.

Okay, penjelasan lebih lanjut perlu diberikan mengenai significance buku ini.

Alkisahnya, dulu aku pernah own this book. Or more accurately my mom owned this book. I admit, ceritanya takdela awesome, super duper, out of this world or anything like that. Tapi ia ada daya penariknya sendiri bagi aku, dan juga sentimental value.

Walaupun aku mula membaca buku sejak dari sekolah rendah, dan mula membaca novel English dewasa masa form 1, buku The Ring merupakan novel cinta pertama yang aku baca. Sebelum tu bahan bacaan aku ialah buku-buku mama yang lebih cenderung kepada cerita mistik, hantu, misteri dan sebagainya (Stephen King).

Dan selepas membaca buku ini, ia telah membuka mata aku kepada dunia penulisan yang baru, yang lebih dekat dengan jiwa aku, dan yang melekat sehingga sekarang. Buku tu sendiri aku dah ulang lebih daripada 3 kali.

Bertahun-tahun selepas pertama kali berkenalan dengan The Ring, aku melanjutkan pengajian degree dalam bidang Communication and Media Studies, majoring in Publishing, UiTM. Aku belajar pun dalam bidang penerbitan buku, punyalah sukanya aku kepada buku, penulisan dan yang seangkatan dengannya.

Dalam salah satu semester, aku mendapat assignment untuk recreate semula sebuah buku. Buat cover sendiri, typeface, print, bind, everything, sampai menjadi sebuah buku dalam erti kata sebenar. It was a group assignment, tapi aku telah menjadikan The Ring sebagai buku kumpulan kami. It was my way of honouring it, buku yang membuka mata aku kepada dunia ini.

Selesai assignment, kami dikehendaki menyerahkan hasil tugasan berserta dengan buku yang menjadi contoh tersebut kepada pensyarah. And that day was the last time I saw The Ring.

Lepas selesai semua, markah dah dapat, exam dah dekat, semester dah hampir tamat, buku aku masih tak nampak bayang. Jumpa lecturer, dia kata dia tak pasti ada di mana. Cari di bilik dia, tak jumpa. Dia kata akan cari di bilik dia di fakulti satu lagi, tapi sampai sudah tak ada cerita. Sampailah akhirnya aku pun tamat belajar. Nak pergi kecoh-kecoh dengan lecturer hanya kerana sebuah buku usang, aku rasa tak wajar. Jadi ia berakhir di situ.

Sejak itu, setiap kali ada Book Fair, jualan buku, jumpa kedai buku second hand, semua aku masuk mencari buku tu. Kalau boleh aku nak cari naskhah yang sama semula, tapi kalau tak ada sangat, yang mana-mana pun tak apa. Asalkan aku memiliki The Ring semula dalam simpanan aku. Nasib tak menyebelahi aku. Not surprising, since the book was first published in 1980 – 3 tahun sebelum aku dilahirkan.

Sehinggalah hari ini. Ia kembali ke pangkuan aku.

Plastik dan bungkusan hadiah adalah daripada Kinokuniya, jadi aku tanya husband, “U suruh siapa belikan?”

Siapa yang nak belikan? Katanya dia beli sendiri. Aku cucuk dan pujuk suruh dia cerita, memandangkan aku rasa tak logic – dia kerja, dan kereta aku pegang. Last sekali dia bagitahu, dia dah call semua kedai buku utama – MPH, Borders, buku tu dah takde stok. Cari dalam website Kinokuniya, katanya ada 1 naskhah tinggal dalam Malaysia, tapi tak tahu di cawangan mana. Jadi bila call Kinokuniya, satunya-satunya naskhah yang tinggal tersebut ada di KLCC.

Dan dia pun bertindak pantas, pergi ke KLCC, berbonceng motor dengan seorang member. Dahla musim hujan ni. Bagi aku, itu dah setaraf dengan meredah lautan api.

Aduhai…  Bila tengok buku tu aje aku dah sebak, bila dengar cerita tu lagilah aku sebak. Meleleh-leleh, banjirlah jugak. Huhuhu…

Thank you sayang. Memang I pelik, I tahu. Tapi benda-benda remeh-temeh macam ni lebih menyentuh hati I berbanding kalau U belikan I hadiah berharga beribu-ribu ringgit. My brain’s complicated that way.

I love you sayang.


1 comment: