Saturday, 1 December 2012

Langkawi Trip Day 2


Day 2: 27th November 2012

It’s my birthday!

Mentang-mentang malam semalam belum pukul 11 dah tido, pagi ni bangun Subuh terus segar-bugar. Aku dah excited nak pergi breakfast, tapi husband lepas Subuh tidur balik. Anak-anak pun tak bergerak bawah selimut. Dapat tidur aircondlah katakan.

Sempat berchatting dengan The Girls  di Whatsapp, menerima SMS happy birthday daripada ahli keluarga. Pukul 8 lebih baru semua bangun, pergi breakfast. I was quite impressed dengan breakfast spread di Holiday Villa. Agak extensive, dan menarik. Tapi yang tak menariknya ialah kena makan sambil berperang dengan anak-anak. Frust sungguh, tak dapat menikmati sepuasnya. Kemuncak acara, Layla buat pengumuman, “Layla nak berak!” Jadi suami yang dah habis makan terpaksa beralah, bawak dia balik bilik. Ilhan menjerit-jerit nakkan Ayahnya sahaja. Jadi tiga-tiga orang diorang balik bilik. Tinggal aku makan sorang-sorang. Great start to my birthday huh?!

Selesai semua, pergi beach dan kemudian ke pool. Layla semakin spend time di dalam air, semakin dia takut. Bagi pakai pelampung pun tak jalan jugak. Ilhan pulak yang semakin selesa dalam air, sambil gelakkan Layla menangis di luar pool. Cis.

Almost 1 kami keluar ke Kuah. Lunch di jeti Kuah, makan laksa dan nasi ayam. Kemudian bergambar sikit di sekitar Dataran Lang. Panas cuaca!

My sister is getting married mid-December dan dia mintak belikan sikit coklat untuk letak atas dulang. Kalau tak kerana itu, kami tak mungkin ke Kuah langsung, sebab shopping tidak berada di dalam priority list aku. Alang-alang dah sampai sana, belilah sekali untuk buah tangan family dan kawan-kawan ofis husband. My personal opinion, harga coklat di sana over-rated. Macam lebih kurang je dengan harga di Tesco. Aku tahulah, aku pelanggan setia coklat, especially masa mengandungkan both kids dulu. Tapi alang-alang sampai, belilah sikit yang jarang beli. Hersheys, Mars, Snickers, Bounty.

Siap membeli, kami tersedar yang coklat-coklat ini telah mengakibatkan beg kami terlebih muatan 15kg untuk naik plane balik KL. Maka beranaklah beg kami. Terpaksa beli hand carry satu. Beli beg cikai RM19. Hihi.

Pulang ke hotel almost 5, rehat sekejap di bilik dan kemudian ke pool lagi. Layla semakin menjadi-jadi penakutnya. Duduk ajela tepi pool, celup kaki dalam air. Ilhan semakin menjadi-jadi beraninya. Entah berapa gelen air pool ditelannya, masih macho bergumbira. Sampai ke Maghrib…

Aku tahu budak-budak dah penat sangat, sebab tidur dalam kereta sekejap aje on the way ke Kuah tu. Tapi apakan daya, perut perlu diisi. Dan aku teringin nak celebrate birthday aku, makan sedap sikit malam ni. Awal-awal pagi lagi dah sebut kat husband, aku nak 1 slice kek, nak suruh dia dan the kids nyanyi happy birthday untuk aku. Aku tau Layla dan Ilhan suka sangat celebrate birthday sesiapa pun.

So keluar ke Cenang. Makan di Rasa Restaurant. Okay, kali ini tidak mengecewakan. Aku recommend kedai makan ni kepada semua. Menu dia ada semua, makanan Melayu, Barat, Itali, Arab. Walaupun portion dia kecil sikit berbanding biasa, harganya murah dan rasanya sedap. Untungnya, kita boleh order banyak pinggan tanpa mencederakan wallet dan dapat rasa semua tanpa berlaku pembaziran. Serious! Kami order Chicken Fajitas, Plain Pizza, Salmon Steak dan Pasta Carbonara, Root Beer float, air laici dan iced lemon tea, semua sekali RM75. Semua sedap, dan sebab portion dia just nice (atau adakah kami yang pelahap?) semuanya habis dimakan.

Yang frustnya, kedai tu tak jual kek. Berkubur impian aku untuk makan kek sempena birthday. Tunggu-tunggu jugak husband surprisekan, sebab ada aje kedai-kedai lain di sekeliling tu, tapi tak kunjung tiba. Ilhan dah semakin mengantuk, dan semakin mengamuk. Husband offer-offer ayam nak beli on the way balik ke hotel, tapi what’s the point, by the time sampai hotel dua-dua kids mesti dah pengsan. Kecewa, kecewa. Seperti juga semalamnya, 9.30 dua-dua kids dah terbongkang di atas katil.

Dan beberapa jam kemudian birthday aku pun berakhir…

Perasaan aku masa tu? Macam si Ibu dalam Batu Belah Batu Bertangkup. Terkilan, Kempunan, Kekecewaan. Birthday yang tak berapa birthday sangatla. Truthfully, aku sangat sukakan surprise. Dan aku adalah pakar surprise. Aku selalu anjurkan surprise party untuk kaum keluarga, dan selalu berusaha untuk celebrate birthday family members. Dan sekali dalam setahun aku juga teringin nak mendapat surprise. Bukannya mintak berlian berkarat-karat, atau harta benda ribuan ringgit. Cukuplah kek 1 slice, satu nota ucapan ringkas yang menyampaikan rasa sayang, a little bit of public display of affection di Facebook atau Instagram untuk membuatkan aku rasa special… Yang aku nak lihat hanyalah effort. Usaha yang dilakukan untuk buat aku rasa penting, untuk menghargai aku. Just 1 day in the 365 days.

Birthday terakhir dalam usia 20-an.

Hari ini telah memberikan calar yang dalam di hati aku. Ia mungkin akan terus berparut sepanjang tahun akan datang. Aku kecewa…

No comments:

Post a Comment