* Entry ini hanya relevan kepada ahli keluarga.
So my baby sister is finally married. Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar. Penat, tapi success.
Sebak, mungkin ada sikit. So it is Ikhwan in the end. Tapi
yang lebih membuatkan aku sebak bukanlah hakikat bahawa adik aku telah
berkahwin, tapi lebih kepada melihat keadaan Kak Gayah. Dia menangis
bersungguh-sungguh, sebak betul anak bongsu dia kahwin. Basically aku faham
perasaan dia. Anak yang dia nampak membesar dari dalam perut Mama, yang dia
sendiri jaga sampai besar, akhirnya kahwin. I have to admit, dia lebih hands-on
berbanding Mama dalam hal membesarkan kami, disebabkan Mama is a working mom.
Dia lebih tahu perangai setiap satu daripada kami, setiap insiden, setiap episode
membesar kami betul-betul depan mata dia. Aku faham.
Mungkin ada yang lebih mendalam berbanding sebaknya dia
melihat adik aku kahwin. Aku rasa dia sangat rindukan kami, rindukan kehidupan
masa di sini. Alhamdulillah, dia bertemu jodoh. Tapi pada masa yang sama aku
rasa dia sunyi. Aku pun sunyi tanpa dia. Mama dan Abah yang sentiasa sibuk, adik-adik
pun dah ada life sendiri. Tanpa dia, kalau aku nak ke rumah Mama pun kena
berappointment dulu. Kalau tidak, masuklah ke rumah kosong. Dia pun nampak jauh
lebih tua sekarang. Kehidupan di kampong agak susah, mungkin. Kerja lebih
berat, keadaan kurang terjaga. I wish I could do more for her, sebagai balasan
kepada semua yang pernah disumbangkan untuk aku…
Anyway, majlis tu membangkitkan perasaan yang bercampur-baur
dalam hati aku. Berjumpa balik semua kawan-kawan Mama dan Abah yang dah aku kenal
sejak kecil, buat aku rasa… entah, terharu, sedih, happy. Setiap satu kawan
Abah dan Mama yang aku kenal yang aku jumpa hari tu membangkitkan mental image
semua insiden zaman kanak-kanak. Satu-satu gambar dalam album childhood memory
aku muncul di kepala. Macam yang pernah aku sebutkan sebelum ini, daya ingatan
aku ada masanya agak superhuman.
Aku tak sedar bila waktu berlalu. Sungguh. Semua memory
masih terlalu fresh. Jumpa Uncle Karia dan Aunty Sue mengingatkan aku kepada
lazy weekends in PD, and the memories in Bedong, Daniel dan Ilyas. Berjumpa
Uncle Malik buat aku teringatkan happy days in Shooting Club dengan Anas dan
Adam, ikan kutu babi, trip to the zoo dan semua outing yang pernah kami pergi
dulu. Jumpa Aunty Ton, teringat zaman bergelak besar sambil melepak di rumah
Mama, dengan lawak-lawak loyar buruk dia. Aunty Fuzainee, Uncle Farid, Uncle Lan dan Aunty Ziz, Uncle
Norafudin dan Aunty Liza, ramai lagi. Each one of them ada memory diorang yang
tersendiri.
Tapi yang paling memberi kesan kepada aku hari tu ialah bila
berjumpa Aunty Bibi dan Uncle Zubir. Sumpah, at 1 point I had to leave the main
entrance just to fight back tears. Antara orang yang paling banyak ruang dalam
memory zaman kanak-kanak aku ialah Aunty Bibi dan family. Our family used to be
so close, aku tak terkira entah berapa banyak family holiday yang kami pergi
bersama. Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Cameron, Langkawi, Penang, Kenyir,
Pulau Sibu… Itu belum kira the long Sundays where we’d spend the whole day just
lazing around their house. Main buai di tepi gate, main sembunyi-sembunyi dekat
halaman rumah dia yang luas, Mama bergosip dengan Aunty dekat dapur atau meja
makan. Abah dengan Uncle Zubir. I used to have a crush on one of her sons.
Aunty Bibi yang aku kenal, sangat lantang, garang, dengan
bunyi ketawa yang paling infectious. Oh, how I miss it. A few years ago dia
jatuh sakit, dan sekarang it has affected her speech. Itulah yang buat aku
sungguh-sungguh sebak hari tu. The fact that I couldn’t understand what she’s
saying. Mata dia menunjukkan dia sungguh excited, banyak benda yang dia nak
cakap dan tanya. Tapi at the same time dia tahu orang susah nak faham, jadi dia
hanya pandang aku dengan senyuman lebar. I felt really helpless. I’d kill to
have the skill to translate her feelings, what she’s saying at that moment.
Flashbacks of how she used to be came to my mind, and I just couldn’t help the
tears from coming.
I remember, as she’s a BM teacher, everytime kami pergi
holiday aku akan buat karangan and bagi dia untuk check. Yes, I know I’m a
freak, but I used to buat karangan secara sukarela. I loved writing even more
back then, than I do now. Aku tahu dia sayang aku, sebab dia teringin sangat
anak perempuan. She’s got 4 sons. Seriously, even while writing this, I’m
crying my eyes out.
Betullah macam kata seorang kawan aku, Abah yang nampak
lebih seronok masa kenduri tu berbanding pengantin sendiri. Ramai sungguh
kawan-kawan Abah datang, especially kawan sekolah menengah dia. Sampaikan cikgu
dia pun datang. Seronok aku tengok dia seronok. Dan sebak pun ada…
The thing is, you don’t see time moving, other than a flick
of a calendar, or the turning of the page in a diary. Aku tak sedar bila masa
berlalu. Rasa sekelip mata lalu aku masih budak. Tiba-tiba aku dah remaja. Kemudian
dewasa. Rasa sekelip mata lalu aku kahwin, tapi minggu depan I’d be celebrating
my 5th year anniversary. Samalah juga mungkin apa yang Abah rasa.
Sekelip mata lalu dia di TI, Penang. Suddenly it’s 40 years later, and they are
all meeting again as senior citizens. Memory masih segar bagi sesetengah mereka.
When did time pass? I don’t feel like I’ve aged a bit.
Aunty Patsy was looking at Layla and telling me, “She looks
just like you when you were that age.” And I’m sure in her mind she can still see
me when I was that age. I remember my
days spent in Taiping too, with Faizal, Hilyah, Kenny and Jillian, laughing to
Uncle Francis’ jokes. When did time pass?
Tak ada apa yang boleh diputar semula. Satu-satunya lesson I’ve
learnt out of this is to cherish the present as much as possible. And try to
keep a mental image of every single moment, to bring with you into the future.
Nasib zaman kita lebih baik, mungkin. Kita ada Facebook Timeline, ada
Instagram, so everything can be recorded.
I just miss the old days, so very much…
No comments:
Post a Comment