Friday, 30 November 2012

Langkawi Trip 2012


Let’s start from the beginning: March lepas, masa AirAsia sale, aku telah terserempak dengan tiket ke Langkawi. Dan disebabkan kemurahan harganya (RM386 untuk kami 4 beranak – 2 adults, 1 child and 1 infant – termasuk 1 luggage check-in 15kg dan pilih seat RM6 seorang pergi balik), aku telah terjebak membelinya.

Fast forward 8 bulan kemudian (fuh, nasib baik masa beli tu tak termengandung, kalau tidak memang burn trip ni, sebab baby baru bakal lahir sudah. Haha) Langkawi here we come.

The truth is, this is my 6th time to Langkawi seumur hidup. Husband pun dah pernah pergi at least 4 kali. Tapi I feel this is the best place to take the kids bercuti dengan distance yang just nice untuk ajar diorang naik kapal terbang buat pertama kali. And the date is just perfect, we’d be celebrating my birthday there!

Day 1:26th November 2012

Our flight is at 12.30, so minta tolong Mama & Abah hantar ke LCCT. Kalau aku dan husband berdua je, kami set je nak naik bas. Tapi sebab ada kids, malas rasa. Sampai LCCT 11.30, terus check-in. Semuanya lancar, by12.45 flight berlepas.

Layla okay, excited tapi masih behave dalam flight. Cabaran kami ialah Ilhan, sebab dia sangat cranky. He has been that way for a few weeks now, sejak dia dapat selesema. Hanya nak Ayah, sangat crybaby bila anything at all doesn’t go his way, refuses to walk dan lebih rela berguling-guling sambil menjerit-jerit di atas mana-mana permukaan, tak kira lantai, jalan tar, rumput, lopak air, atau apa-apa sahaja. Kesian tengok husband kepenatan mendukung dia yang badan boleh tahan semangat tu.

Sampai di airport Langkawi at almost 2. Ambil beg, contact orang sewa kereta. By 2.40 kami dapat kereta kami, Viva manual. Kids dah kepenatan. Plan asal nak terus pergi cari lunch dulu, tapi dua-dua kanak-kanak dah terbongkang di seat belakang. Terus check-in dulu ke Holiday Villa Beach & Spa Resort. We got this hotel package dekat Matta Fair. Reasonable pricela: Triple sharing room (double bed plus 1 extra bed) untuk 2 malam, 2 breakfast, sewa kereta untuk 3 hari = RM818.

Our room was nice. Angkat kids masuk bilik, dua-dua terjaga dan tak nak tido balik. Haiyaaa… Keluarlah balik pergi makan dekat kedai depan hotel. Tak sedap sangat pun, so not worth mentioning the name of the restaurant. By the time sampai balik bilik dah 4.30 lebih. Try tidokan budak-budak gagal, diorang excited dengan environment baru. Dok melompat daripada kerusi ke atas extra bed yang orang hotel sediakan. Aku baca buku, husband tidur.

5.30 tu get kids ready, pergi pantai. Masih panas, tapi, oh bestnya, private beach so tak ramai orang. Best best, best! Bersih, pantai cantik. It was perfect. Main pasir dengan kids, bawak diorang main air. Tak berendam dalam laut sangat, sebab Layla penakut sikit. Sampai pukul 6 lebih, pergi pool pulak. Pun best. Masa nilah baru nampak Ilhan senyum, gelak, ceria je. Layla pulak ganti Ilhan, merengek-rengek, sebab dia takut air. Terkilan jugak rasa, sebab awalnya dia okay. Tapi dia tergelincir dalam air, sekali masa dekat laut dan sekali dalam pool. Terus lepas tu dia tak nak masuk dalam air dah. Kesian dia. Teringin, tapi serik. Lagi pujuk, lagi dia berkeras. Akhirnya aku give up.

Almost 7, balik bilik. Ilhan kemain melalak lagi bila angkat balik bilik. Tapi sambung pulak dekat bath tub. By 8 we head out for dinner. Makan di Aliah Seafood, Pantai Cenang. Kami order menu biasa yang kami order di mana-mana saja: nasi putih, ikan siakap sweet sour, kalian ikan masin, telur bistik. Tapi surprisingly harga dia lebih mahal daripada Vicchuda. Aku dah jangka dinner is not going to be fun, sebab both kids dah kepenatan sangat-sangat. And as expected, diorang asyik merengek, melalak, bergaduh, menjerit. Makan pun laju-laju je, tak enjoy. Plan nak window shopping dekat tepi-tepi Pantai Cenang tu pun dapat direalisasikan hanya untuk 5-10 minit. Lepas tu Ilhan dah mengamuk.

Sekianlah untuk hari pertama. Pukul 9.30 dua-dua kanak-kanak setel tido. Dugaan betul bercuti bawak anak-anak ni yer! Kepala aku dok terbayang-bayang semua aktiviti yang boleh kami buat. Berjalan dekat pantai di waktu malam, window shopping di Cenang, lepak di kafe tepi pantai sambil bersembang, atau just drive around Langkawi… tapi semuanya berkubur kerana anak-anak tidur. Huuuuuuuu….

No comments:

Post a Comment