Friday, 7 June 2013

Day 1: Jeju Island

Lepas tidur nyenyak semalaman, Alhamdulillah, kami bangun dengan kepala yang lebih lapang. Breakfast Maggi bekalan keramat dari Malaysia, lepas tu kami keluar. Lambat dah masa tu, dalam pukul 10 lebih.
First sekali kami ke bawah, cuba tanya reception pasal sewa motor. Nasib masih tak menyebelahi kami, motor pun tak ada. Aku ajak husband pegi airport semula, tanya kereta sewa lagi, mana tahu ada orang cancel ke, atau company lain yang takde booth dalam bangunan airport tu sendiri – tapi dia tak nak. Tawar hati agaknya…

Keputusannya, kami jalan kaki sampai nampak cab, tahan cab dan minta dihantar ke Loveland. Kenapa Loveland? Kerana dekat kawasan Jeju-si (Bandar Jeju) tu, Loveland je yang ada dalam senarai tempat kami nak pergi. Apa itu Loveland – sila Google sendirilah. Heheheh…
Lunch ala bajet

Anyway, kami berada di sana dalam sejam. Keluar tu, terus pikir-pikir nak ke manalah pulak. Ada beberapa lokasi dalam kepala, so bincang-bincang sikit, dan naiklah satu teksi yang ada dekat perkarangan Loveland tu. Pakcik tu tak pandai English, kami tak pandai Korean. Tapi dalam komunikasi ayam-itik tu, dia terus assume kami nak ambil taxi tour dengan dia. Tercengang-cengang kami; nak tolak tak pandai. Bukan tak pandai aje, tak sampai hati, segan, serba salah… Semua ada.

Mr. Park
Dia atur dengan kami KRW15,000 sejam, dan dia boleh dapat diskaun untuk masuk ke semua tempat-tempat yang kami nak pergi. Disebabkan kami memang dah tak ada back-up plan lain, nak tak nak kami iyakan. Maka bermulalah adventure kami.

Mr. Park (nama driver tadi) bawa kami ke Teseum (Teddy Bear Safari), Locadia, Soingook Theme Park dan O’Sulloc Tea Museum.

Teseum tu macam Teddy Bear Museum jugak. Kata Mr. Park, di Teddy Bear Museum patungnya tak boleh pegang. Teseum ni patung-patungnya boleh dipeluk-peluk digomol-gomol sambil ambil gambar. Betul ke tidak, bukannya kami tahu. Ikutkan aje. Sempat belikan teddy bear 2 ekor untuk 2 kenit yang ditinggalkan di rumah.


Dari sana kami ke Locadia. Camane ye aku nak explain tempat ni? Sebuah muzium untuk filem, drama dan budaya Korea. Ada beberapa tema, antaranya drama dan filem mengikut peredaran zaman (1970-an sampai sekarang), dan budaya dan sejarah Korea, lengkap dengan kostum-kostum yang boleh kita pakai, set serta prob yang boleh kita guna. Menarik. Aku dapat pakai dalam 3 jenis pakaian tradisional Korea. Interesting, tapi tempat tu sunyi je. Tak de orang pun.

Soingook Theme Park
Dari sana, kami ke Soingook Theme Park. Sama juga, tempat ni pun tak pernah masuk senarai aku. Tapi masa awal tadi bila kami minta dia hantar kami ke Mini Mini Land, dia kata Soingook lagi best. Katanya Mini Mini Land tu kecik. Seperti biasa jugak, aku dengan husband ni jenis mengikut aje. Letih dengan diri sendiri kadang-kadang. Kami anggapkan dia lebih arif tentang tempat ni memandangkan ini tempat dia. Dan dengan harapan dia jujur orangnya.

So ke Soingook kita! Okla tempatnya. Monumen-monumen seluruh dunia, dalam skala kecil. Kami kepenatan dah masa tu. Walaupun cuaca dia panas-panas Cameron Highland gitu, tapi mata dah ala-ala ngantuk. Satulah pergi dengan Mr. Park ni, semua tempat kami masuk, semua dia masuk sekali jadi photographer- guide-director. Letih mak nak, kena paksa posing kat setiap lokasi. Baru masuk Locadia bateri camera satu dah habis. Boleh agak sendirilah banyak mana gambar kami ambil.
Dia nak bawa kami ke Jeju Glass Art Museum, O’Sulloc dan ke Hallim Park. Tapi kami dah penat. Mintak nak ke O’Sulloc untuk try green tea ice cream. Ramainya orang! Beratur jugakla nak beli aiskrimnya. Takdelah sedap mana. Pahitlah, rasa green tea pure kan?

Black rocks
Dari sana kami mintak nak balik. Dia okay aje, tapi dia bawa kami lalu coastal road. Tengok Hyeojae Beach, black rocks,  seterusnya ke Yongduam Rock. Sempatlah dia belanja kami iced chocolate dekat lori tepi jalan.
Kami akhirnya sampai hotel semula pukul 6.30 petang. Total charge kami termasuk entrance fees (dan sedikit diskaun ihsan daripada Mr Park) ialah KRW145,000. Tersedak mak nak! Sempit tiba-tiba poket vacation ai…

Dinner ala bajet
Rehat sekejap di bilik, masak bubur nasi instant – bekalan keramat lagi. Pukul 9 malam baru kami keluar tengok night life di bandar Jeju. Butik dia kemain banyak, tapi baju dia bagi aku mahal. Kami tak shopping apalah. Souvenir shop pun tak banyak, dan asyik-asyik keychain, magnet, keychain, magnet. Cari T-shirt Jeju tak jumpa pulak…

Sempat beli roti di bakery (sebab roti tak dijual di kedai-kedai runcit yer.. sila pelik sekarang)… Dan kami berlabuh untuk hari pertama ini. Oh, balik panaskan instant sup dan Brahims cicah roti. Record ni, kami langsung belum makan di restoran lagi, sebab memang tak lalu tengok makanan Korea. Heheheh…

Thursday, 6 June 2013

The next adventure

Selepas berbulan-bulan merancang, akhirnya hari ini sampai juga.

5 June 2013

We leave for Korea today. Just the 2 of us.

Perjalanan bermula seawal 4 pagi, bila adik aku menghantar kami ke stesen bas di OU untuk ke LCCT. Very efficient and convenient. RM15 seorang, dan bas paling awal bertolak dari OU adalah pada jam 3 pagi.

Kami sampai di LCCT tepat jam 5 pagi, terus check in flight dan masuk ke dalam. Flight kami pukul 8 pagi, jadi sangat banyak masa lagi. Solat dulu, dan tercangak-cangak sampai pukul 7 lebih, baru masuk dalam kapal terbang. Ramai jugak orang kita dalam flight, tapi ramai lagi orang Korea. Rajin jugak diorang ni melawat Malaysia, kan? Kalau orang kita gi Korea tu aku biasa dengar, sebab ramai peminat K-pop. Diorang ni pulak minat sape? Siti Nurhaliza? Rosyam Noor?

Anyways, the flight was supposed to take about 6 ½ hours. We were sooo exhausted sebab tak tidur semalaman. Terbang je aeroplane tu, kami pun melayang. Dapatla jugak lelap beberapa kali, in between makan makanan yang dah preorder.

Sampai di Incheon jam 3.15 petang. Hampir-hampir on time. Alhamdulillah. Kami ada masa 4 jam sebelum perlu naik flight ke Jeju. Cari surau dulu untuk solat. Nampak di signboard ada prayer room jadi pegila cari. Terceruk jauh di wing D, tingkat B1. Tapi bila masuk dalam, yang ada cuma church dan bilik sembahyang Buddha. Pening-pening sekejap. Kami cuba Google information dan jumpa beberapa blog orang Malaysia yang cerita pasal surau Incheon. Nampaknya semua cakap diorang solat dalam tokong Buddha tu. Jadi kami pun tawakal, solat dekat sana. Wuduk kena ambil di toilet yer. Bawak botol air, tadah air dari sink, sebab nak basuh kaki tak ada paip.

Selesai di sana, naik ke departure hall, check in flight Asiana Airlines untuk ke Jeju. Duduk-duduk sejam lebih juga,  baru dapat masuk balai berlepas. Kami saja orang Malaysia. Yang lain semua orang Korea. Baru aku teringat yang minggu ni long holiday untuk orang sana. Masa beli tiket flight ke Jeju dulu aku dah puas menyumpah diri sendiri seround, sebab salah pilih tarikh. Minggu ni semua benda mahal: tiket flight, hotel, kereta…  Sebab minggu ni kira macam peak time untuk holiday di Korea. Dah nasib…
Flight kami sepatutnya jam 7.20 malam waktu Korea. Tapi ada masalah teknikal, flight delay sampai pukul 8. Kami memang tak fahamlah apa berlaku sebab pengumuman semua dalam bahasa sana. Yang penting, pukul 8 kapal terbang berlepas. Belum pukul 9 dah sampai.

Setakat ini semuanya lancar, walaupun mungkin sedikit lambat. But this is when things went awry.

Okay. Mukadimahnya, sejak berbulan-bulan dulu kami struggle dengan sewaan kereta. Masa betul-betul baru lepas beli tiket flight, masa tengah berkobar-kobar, nak book kereta tak boleh lagi sebab too early. Paling awal boleh book ialah 2 bulan sebelum tarikh sewa. Lepas tu, aku dah busy. Dan bila cari-cari, jumpa website yang harganya sangat murah. Masalahnya, semuanya dalam bahasa Korea. Kami cuba dan berjaya book. Tapi banyak benda kami tak faham. Minta tolong sana sini, tak ada yang dapat tolong. By then aku cuba juga buka KT Kumho yang biasa orang Malaysia guna untuk book kereta sewa, tapi aku dah ragu-ragu, patut ke aku buat double booking. Takut jadi masalah kemudian pulak. Pening sana sini, bincang-bincang semua. Akhirnya decide nak tawakal dengan booking pertama.

Dengan nervousnya kami keluar balai ketibaan dan cari booth-booth sewa kereta. Tunjuk print out booking kami, orang di sana semua tak faham. It doesn’t exist! Kecut perut aku masa tu. Lebih kecut lagi, bila kami minta nak sewa kereta on the spot, katanya “everything sold out”. Di SEMUA syarikat kereta sewa. Subhanallah, dugaan apa ini.

Lemah longlai kami keluar dari airport, naik teksi ke Jeju December Hotel. Check in, dan terus tanya reception pasal kereta sewa. Jawapannya sama – dia baru cuba tolong satu guest cari kereta sewa, tapi semua sold out disebabkan oleh long weekend yang aku sebutkan tadi. Dia cadangkan kami ambil taxi tour (yang berharga kira-kira RM450 sehari). Semakin lembik aku rasa, sebab kami di sini 5 hari.


Okay, my head just couldn’t function anymore right then. It’s been a long day. Had shower, solat, doa BANYAK-BANYAK… dan tidur dulu. Dengan harapan tomorrow is a better day. 

Friday, 5 April 2013

Sabah Day 4: From Kundasang Back to KL

Championlah kami, pukul 8 dah tido dah malam semalam. Tapi tak nyenyak sangat. Dalam pukul 11 anak-anak start restless, sebab kena bersempit atas katil queen. Sampai kami terpaksa tido senget-senget, dan aku tidur betul-betul hujung katil. Nasib baiklah husband bangun tengok bola pukul 3-4 pagi tu. Barulah selesa sikit tidur.

Anyway, by 7 kami dah siap. Pergi breakfast di coffee house Felyn Resort. Bukan buffet breakfast, tapi kami diberi 2 pilihan breakfast: continental or Malaysian. Both of us pilih continental, dan pihak hotel bagi satu lagi free breakfast untuk kids. Meriah meja dengan scrambled egg, fried egg, toast, baked beans, sausage…

English Garden
After that we spent some time around the resort, ambil gambar. Dari resort ni sepatutnya boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear, tapi nasib tak menyebelahi kami pagi ni. Sampai 8.30 kami tunggu, langit memang berkabus dan berawan. Last-last kami check out aje.

First stop, War Memorial Kundasang. Secara jujurnya, this place was never in our itinerary and I never planned on going. Taulah aku ni, apa-apa yang mengandungi perkataan “war” di dalamnya memang aku tak selera nak tengok. Tapi salah seorang kawan husband bersungguh-sungguh recommend kami visit tempat ni. Sebenarnya sangat ramai kawan sepejabat husband sedang melancong ke Sabah serentak dengan kami, semuanya secara kebetulan dan tak dirancang. Dan kebetulan diorang baru aje melawat War Memorial ni sehari sebelum kami. So atas saranan mereka, kami singgah.
Australian Garden
It was a pleasant surprise and a good way to start our day. Dalam War Memorial ni cantik! Taman-tamannya terjaga rapi dan landscapenya sangat cantik. Basically ia sebuah taman yang memperingati tentera-tentera British dan Australia yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua akibat kekejaman Jepun.  Berhampiran pintu masuknya ada banyak keratan akhbar dan kisah-kisah yang berlaku pada zaman tu. Tapi bila masuk dalam, semuanya dihias dalam cara simbolik melalui hiasan taman. Ada sebuah taman Australia, sebuah taman British dan sebuah lagi taman Sabah. Ada juga satu dinding yang dipenuhi nama dan butir-butir setiap anggota tentera yang terkorban masa tu. Aku sangat terkesan dengan tempat ni. Recommended kalau sampai di Kundasang. Tak susah nak cari tempatnya, betul-betul sebelah pekan Kundasang, sangat dekat dengan kawasan kedai-kedainya. Dan kalau cuaca cantik, aku yakin pemandangan Gunung Kinabalu dari sini pun sangat cantik!

Rumah Terbalik
Anyway, we left this place at 9.30 dan singgah di Pekan Nabalu. Beli souvenir untuk diri sendiri, T-shirt sorang satu. After that teruskan perjalanan lagi dan kami singgah pula di Rumah Terbalik. Entrance fee di sini ialah antara yang termahal di antara semua entrance fee sepanjang kami melawat Sabah ni: RM10 seorang kalau tak salah. Dan terus-terang aku katakan, there’s nothing much to this place. Ye, rumah ni dibina terbalik dan semua perabotnya di dalam pun terbalik. It’s a different experience, yes, but all-in-all we spent barely 10 minutes in there sebab kecik sangat rumahnya.

Kami sampai di Kota Kinabalu semula dalam pukul 1 tengah hari, jadi kami singgah lunch dalam Suria Sabah dulu. Dari sana, terus ke airport. Flight kami dalam pukul 4.30, sampai di airport terus pulangkan kereta kepada  Afiq. Then check-in. Penuh sesak airport KK ni. Nasib baik flight kami on time. Anak-anak pun tidur dalam flight. Pukul 7 petang kami dah touchdown di LCCT.

Alhamdulillah, it was wonderful trip despite the turbulent times in Lahad Datu. Kami menghargai semua mesej dan panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat yang risaukan keselamatan kami sepanjang di sana. And Sabah is truly a beautiful place! Dalam satu trip kami dapat menikmati panorama laut yang sangat indah dan juga pengalaman berada di kaki gunung tertinggi di Malaysia. Kan berbaloi tu? 

Anyway, can’t wait for our next adventure!! *wink wink*











Thursday, 28 March 2013

Sabah Day 3: Kundasang

Sama macam semalam, bangun jam 5 lebih, mula mengemas beg semua. Kejutkan anak-anak terus mandi. Kami akan check out dari Gaya Centre Hotel hari ni, dan akan ke Kundasang untuk semalam. Breakfast di hotel jam 7 pagi, selesai makan balik ke bilik untuk ambil beg semua, dan terus check out.

The only decent photo of Mt Kinabalu

Perjalanan ke Kundasang lancar. Tak jauh mana pun. Dalam sejam setengah kami dah sampai di destinasi pertama, Kinabalu Park. Dalam perjalanan tu kami dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat clear. Husband sungguh-sungguh terpesona. Aku? Terpesona juga, tapi disebabkan ini bukan kali pertama, aku takdelah jakun sangat. Heheh.

Welcomed by a squirrel
I’ve been here before, about 14 years ago, untuk kursus anjuran Kadet Remaja Sekolah. 10 hari aku duduk di pekan Kundasang, 10 hari disajikan dengan pemandangan yang Subhanallah, sungguh indah. Rezeki aku juga dapat mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak waktu umur masih muda belia.

Kundasang
Anyway, aku suruh juga husband berhenti tepi jalan untuk ambil gambar, tapi dia tak nak. Last-last sampailah ke Kinabalu Park. By then puncak gunung dah mula dilindungi awan. Tapi takpelah, ambik juga gambar. Dari sana kami turun ke Pekan Kundasang. Berhenti tepi jalan di pasar yang jual produk-produk tempatan. Macam-macam jenis buah ada. Kami beli pisang, strawberi, kerepek bayam, dan sebotol madu hutan untuk dibawa balik.

Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring. Sampai sana dalam pukul 12 lebih. Masuk sini kena bayar juga, dan seperti biasa diorang hanya charge aku dan husband. Dan yang seronoknya, kalau dah bayar masa masuk Kinabalu Park tadi, tiket yang sama boleh guna untuk masuk ke Poring Hot Spring juga. Tak mahal pun, RM3 je sorang.

Poring Hot Spring
Dalam Hot Spring tu, kami bagi anak-anak aje berendam. Aku langsung tak tukar baju mandi. Duduk tepi meneman diorang. Bukan apa, kami tak plan nak stay lama dekat situ sebab banyak lagi destinasi. Bagi peluang anak-anak je mandi-mandi supaya diorang tak boring. Dalam Poring Hot Spring tu sendiri ada banyak lagi aktiviti lain; Taman Rama-rama, Canopy Walk… Tapi rasanya budak-budak ni memang nak main air je kot. Dan memang takkanlah aku nak mengendong Ilhan trekking naik ke Canopy Walk tu….


Dalam pukul 1 kami gerak dari sana. Budak-budak pun kami tak tukarkan baju. Biar pakai swimsuit dengan robe aje, sebab destinasi seterusnya ialah Luanti Fish Spa. Perjalanannya dekat setengah jam jugak dari Poring, lokasinya betul-betul sebelah Ladang Teh Sabah. Nak cari Luanti Fish Spa, ikut aje signboard ke Ladang Teh Sabah. Entrance feenya RM5 seorang kalau masuk kaki sahaja, dan RM10 seorang kalau masuk satu badan, tapi kalau nak bawak kamera masuk kena bayar tambah.

Agak strict jugak dekat sini. Nak pergi tepi sungai kena bergilir-gilir, ada had berapa orang boleh ada di tepi sungai dalam satu-satu masa, tak boleh bising, dan had masa berada di sungai tu hanya 15 minit…

Ikan Luanti yang gemoxx
Kalau dekat KL ni, fish spa ikannya kecil-kecil comel je kan? Hah, kat sini ikan dia besar-besar lengan! Hambek kau! Gigitnya pun boleh tahan sakit! Layla nampak je ikan besar-besar tu, terus menyerah kalah, duduk tepi je. Ilhan pulak mula-mula berani masuk air. Agaknya dia kena gigit sekali, terus patah balik, join kakak duduk tepi. Husband sibuk geli, geli. Last-last aku sorang je masuk. Dekat-dekat nak habis time baru husband masuk balik.

Dari Luanti, kami terus menuju ke Kundasang semula, check in di Felyn Resort Kinabalu. Ada lagi destinasi kami sebenarnya, tapi sebab belum solat, kami decide check in dulu, solat, hantar barang, baru keluar balik. Felyn Resort Kinabalu ni dekat aje dari Pekan Kundasang. Jalan menghala ke Ranau, simpang nak masuknya di sebelah kanan. Tapi itu baru simpang nak masuk ye… Resort ni nuuunn jauh ke dalam, dengan jalan yang tidak berturap. Dekat 10 minit jugaklah nak sampai ke resortnya.

Masa check in tu kami tanya juga, kenapa tak turapkan jalan tu, barula lagi ramai orang nak datang. Staf tu jawab, “Itu jalan kerajaan.” Okay, fine. Biliknya okay, basic. Yang kami susah hatinya sebab kami dapat katil queen aje, nak bersesak 4 orang malam karang. Ajak husband minta tukar bilik, dia malas.

Selesai solat, keluar semula ke Desa Dairy Farm, di Mesilau. Sampai sana dekat 4.30, makcik yang jaga pintu tu cakap ladang tutup pukul 5. “Saya boleh tunggu sampai 5.20”. Aik, makcik ni. Kalau makcik tak tunggu, takkan kami kena tidur dengan lembu malam ni? Entrance fee aku ingat-ingat lupa. Mungkin RM4 seorang kot.

Memang cantikla dalam tu. Geram aku tengok lembu-lembu dalmation ni. Bawak anak-anak pergi bagi anak lembu makan. Excited Layla! Lepas tu beli susu lembu, sebab kerap dengar yang susunya sedap, especially susu coklat. Dan memang betul seperti dikata, susu coklat dia sangat sedap! Very light and refreshing. Tak terlalu pekat macam most susu coklat, jadi minum banyak pun tak cepat muak. Susu ni fresh tanpa pengawet, jadi dia boleh ada di room temperature maksima 4 jam aje. Kalau nak tahan lama, kena cepat-cepat simpan dalam peti ais.Layla nak aiskrim jugak, so beli satu. Rush jugakla dekat sana, sebab dah nak tutup. Kalau tak teringin aku nak santai-santai makan waffle kat café dia.

On the way keluar tu, berhenti beberapa kali untuk ambil gambar. Tak dapat feel New Zealand sangatla, sebab tiba-tiba matahari terik pulak. Hahah. Turun semula ke Pekan Kundasang, makan nasi ayam dekat salah satu kedai kat situ. Sepanjang hari tak makan ni! Asyik snack on fruits, goreng pisang dan kerepek je.

Hari dah mula gelap masa kami siap makan, dan husband nak sampai ke resort sebelum malam. Yelah, jalan dia kan ala-ala off road gitu. Tapi satu permintaan terakhir oleh aku – nak jenguk hostel yang aku duduk 14 tahun lepas. Pergila explore. Nasib baik memori aku masih kuat, dan memang kami jumpa tempatnya walaupun diorang dah bina seketul flyover dekat kawasan tu. Dan terbiar rupanya Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kundasang yang jadi penginapan aku selama 10 hari. So many wonderful memories. Sempat ambil gambar sikit.

And, off to the resort. Mandikan anak-anak, solat. Percaya tak, pukul 7.55 malam, kami semua dah tidur.

Wednesday, 27 March 2013

Sabah Day 2: Island Hopping



Alfresco breakfast

Subuh awal dekat sini. Pukul 5 macam tu dah masuk. Our stay at Gaya Centre Hotel is inclusive of breakfast, dan restorannya buka 6.30. So santai-santai, kejut anak-anak. Pukul 7 turun makan. By then memang dah cerah dah, macam pukul 8 lebih. We opted for alfresco dining (makan di luar). Restorannya di tingkat 4 kalau tak salah, dan takdela nampak apa sangat pun sebab temboknya tinggi. Foodnya basic: roti, bubur, cereal, juice, mee goreng… Cukuplah untuk alas perut.

Siap makan, turun ambil beg semua, kami jalan kaki ke Jesselton Point sekali lagi. Nak ber’island hopping’ hari ni.

Memang ada rumours mengatakan kerajaan mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua perjalanan ke pulau-pulau di Sabah dihentikan. Tapi kami ni macam hati kering pun ada. Bagi aku sendiri, Kota Kinabalu ni jauh sangat dari Lahad Datu dan pulau-pulau dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni semuanya tak lebih 15 minit perjalanan dari jeti tanah besar ni. So kami pergi juga. And true enough, everything was operating just as usual.

Lepas survey-survey beberapa kaunter, nampaknya harganya semua sama. Kami pilih untuk pergi ke 2 pulau, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Since anak-anakku dua-duanya kecil lagi, orang tu hanya charge aku dan husband saja. Lepas tambah tolak harga pakej RM32 seorang (kalau tak salah), entrance fee ke pulau (dalam 7 ringgit lebih seorang) , conservation fee (RM3 yang perlu dibayar bila sampai di pulau – sekali bayar sahaja) totalnya jadi RM80++. Oklah tu.

Jernihnyeee air!!
Orang tu akan tanya siap-siap pukul berapa kita nak gerak dari pulau pertama, dan pukul berapa nak gerak balik dari pulau kedua (atau ketiga, keempat dan sebagainya), supaya senang diorang atur jadual. Bila kami kata kami nak balik pukul 12.30, orang tu naik stress sekejap. “Sekejap sangat tu. Nanti rush.” Yelah, masa tu pun dah pukul 8.30. Bisnes memang beroperasi mula jam 8.30 pagi.

Kami masih insist dengan waktu tu, sebab tahu dah dengan perangai kanak-kanak ni. Cepat penat, dan bila diorang penat kami yang tak enjoy. So orang tu atur supaya kami gerak dari Pulau Sapi pukul 10, dan dari Pulau Manukan pukul 12.30.

The boat ride was fun for us, but not so for Layla. Sibuk dia mintak kami suruh boatmen bawak perlahan sikit. Hahah. Ilhan jugak cool je.


Sapi Island - so serene and beautiful

Dan Pulau Sapi, masyallah, cantik! Kecil aje pulaunya, tapi air sangat jernih dan pasirnya putih dan halus. Masa tu hari dah panas terik, jadi kami suruh anak-anak main pasir bawah pokok aje. Layla langsung tak nak jejak air. Takut, ada ombak, katanya. Padahal ombaknya setakat jari kaki aje. Punyela kecik! Aku dan husband tinggalkan diorang main pasir, kami yang berendam. Nyaman! Ilhan pun kami rendamkan sekali. Dia memang ok jer…

Elok pukul 10, naik bot untuk ke Pulau Manukan. This island is much bigger, siap apa chalet-chalet semua. Orang pun ramai. Kurang enjoy sikitlah. Tapi dekat sini pulak, ikannya sangat jinak. Datang dalam kumpulan, berenang betul-betul celah orang ramai yang berenang. Husband sewa snorkel , berenang-renanglah di sana. Layla masih dok main pasir aje. Aku snorkel jugak sikit-sikit. Ilhan pun geram tengok ikan banyak. Air jernih, jadi memang nampak jelas.

Pulau Manukan with visible corals

Dekat 12.30 tu kami dah sedia tunggu bot. Ilhan terus terlena bila naik bot. Sampai jetty, kami redah masuk Suria Sabah Mall cari makan. Dengan baju basah, berpasir, selekeh ya amat. Hahah. Lepas tu baru balik bilik, mandi-mandi dan rehat. Pemilik kereta yang kami nak sewa, Afiq, datang hantar kereta di lobi hotel. Kami jumpa iklan dia di Mudah.com. The best rate we found – RM90 per day untuk Saga FLX, jadinya RM180 untuk 48 jam.

Lepas kami semua tidur sekejap. Petang bangun untuk meneruskan aktiviti. Husband ajak pergi Rumah Terbalik yang katanya tak jauh dari sini. Drive ke sana. Dah tersekat dalam jam dkt setengah jam barulah kami perasan yang it’s the same route we were going to take to go to Kundasang esoknya. Aduhai, membazir masa. Tukar direction ke Karambunai, tapi dekat sana pun takde apa. Patah balik nak ke Tanjung Aru. By then dah pun malam. Terlepas sunset untuk hari ni.

2 jam jugaklah kami drive around. Akhirnya kami pergi dinner di Medan Selera Tanjung Aru. Aku kurang gemar dekat sini, sebab dia dalam bangunan tertutup dan agak panas, banyak sangat bau makanan dan penuh dengan orang. Lapar punya pasal, makan ajelah. Kami order nasi sepinggan, ikan 2 jenis dan 1 sayur, dan 3 air – lebih kurang sama aje macam semalam. Tapi harganya hari ni 2 kali ganda! Dlm 70 lebih. Wah! Mentang-mentang Tanjung Aru kawasan mat saleh duduk.

Selesai dekat sana, terus balik hotel. Singgah Pasar Filipina, husband sorang je masuk belikan ikan bilis dan udang kering untuk mak dia. Pukul 10 lebih kami dah settle, kepenatan.








Sunday, 24 March 2013

Trip To Sabah: Day 1; Kota Kinabalu


Tahun ni dengan rasminya diisytiharkan sebagai tahun bercuti untuk family aku.

Entah, aku gian semacam nak naik kapal terbang dan tengok tempat orang.

Earlier this month kami satu family ke Sabah.

Ya, ya aku tau, what bad timing, with all the chaos in Lahad Datu. I was quite nervous in the beginning. But I figured, since flights weren’t cancelled, the situation can’t be that serious. At least not in KK.

So anyway, here goes…

Day 1: Fly to Kota Kinabalu.


First glimpse of KK
Our flight was at 10.20a.m., jadi minta tolong adik iparku Ijah hantar ke LCCT. Kami sampai sana pukul 9, memang sipi-sipi jelah. Orang punyalah ramai, kaunter semua panjang-panjang. Rezeki kami, satu kaunter baru dibuka betul-betul sebelah kaunter kami beratur. Jadi husband cepat-cepat tukar lane, dapatla jadi orang kedua di kaunter tu. Nasiiib baik.

Everything was very punctual. Good vibes to start the journey. Kids pun behave dalam flight selama 2 jam setengah tu, walaupun diorang tak tidur. Sampai sana dekat pukul 1, beratur nak lepas kaunter dekat sana pulak yang lambat. Sesak sungguh. Dekat 1.30 baru lepas. Kami lepak dekat bench dalam airport, makan bekal yang aku bawak. Biasela, selagi boleh berjimat, kita berjimat. J

View from our room
Kami arrange untuk kereta sewa only on the second day, jadi dari airport ni kami naik teksi ke Gaya Centre Hotel. Fixed rate, RM30. Padahal perjalanan tak sampai 10 minit. Peehh. Bayar jela. Takkan nak jalan kaki pulak. Sembang-sembang jugak dengan taxi driver tu pasal situasi dekat sana. Katanya semua aman aje, cuma polis berkawal di perkampungan Filipina.



Hotel kami terletak betul-betul bersebelahan shopping complex Suria Sabah. Check-in lancar. Bilik kami okay. Quite small, but enough. Alhamdulillah, dapat 2 katil twin, jadi seperti biasa, kami buat susun atur sendiri, cantumkan dua katil tu, jadilah sebuah katil yang sangat besar. Layla jenguk dalam toilet, terus tanya soalan cepu emas, "Mana bath tub?" Hahah.. Kesian. Yelah, last trip ke Gold Coast Morib, hambek seketul jacuzi dalam toilet. Tiba-tiba yang ni takde pulak. Jangankan bath tub, swimming pool pun takde kat hotel ni anakku. Ini kali, kita bajet trip yerrr...

Get comfortable, tutup langsir bagi gelap, tidurkan kids dan bapaknye sekali. Aku bersantai baca buku sekejap, sampai  dekat pukul 5.

Memandangkan malam tiba cepat dekat sini, aku paksa diorang semua bangun untuk keluar merayau before night falls. Kami jalan kaki je Jesselton Point, which wasn’t too far from our hotel. Took the walkway tepi laut, jalan santai-santai dengan kids. Kami ke sana sebab nak survey harga island hopping yang kami rancang untuk pergi the next day. But by the time kami sampai, all counters were closed, except one. Takpelah, abaikan. Esok redah je.

Sunset view from the lenses of my modest compact camera
As it grew dark, we walked all the way back, pass our hotel towards Pasar Filipina, cari dinner. Makan di gerai tepi laut yang banyak ada dekat situ. Order nasi hanya sepinggan, air 3 gelas, dan 2 ekor ikan berlainan jenis. Dalam RM30 aje harganya. Okla tu. Kenyang.

Jalan-jalan cari souvenir dekat Pasar Filipina. Tak banyak kedai buka sebab dah malam, tapi kami lebih rela pergi malam daripada di tengah-tengah rembang terpacak di siang hari. Kesian kanak-kanak dikerah berjalan punyela jauh. Sampai balik bilik dalam pukul 8 lebih. Mandikan kids semua, dan by 10pm kami semua dah tidur.

Monday, 11 February 2013

Getaway to Gold Coast Morib

End of January baru ni we had a short getaway to Gold Coast Morib. Ya, memang tempat tu tengah hot sekarang disebabkan promosi besar-besaran secara online. Kami juga tidak terkecuali terjebak, and we got a really good deal!

RM150 untuk penginapan 2 hari 1 malam di Junior Suite yang dilengkapi jakuzi, with buffet breakfast, buffet dinner and water theme park entry for 2. Kami duduk 2 malam. We bought through Streetdeal.

Check in was at 3, dan kami sampai tepat pukul 3. It took us about 2 hours to get there, sebab kami ikut map yang ada di website. Okay, bagi yang familiar dengan jalan-jalan KL, adalah dinasihatkan untuk pergi melalui Klang sebab walaupun banyak selekoh, banyak traffic light dan banyak masuk kawasan pekan, ia masih lebih dekat. Jalan yang ditunjukkan dalam  map adalah melalui KLIA. Jalan dia straight je, tapi jauh. Dan jangan tersalah pergi Gold Coast Sepang pulak. Tak mampu den nak bayor dekat situ!

Anyways, check in was fast, dan kami diberikan bilik di tingkat 8. Almost top floor dah. Cuma kami dapat bilik yang mengadap ke parking lot, which is bila difikirkan balik, lebih baik untuk kami, sebab Ilhan si hantu air tu confirm tak senang duduk 24 jam selagi dia boleh nampak swimming pool dan segala jenis slide kat bawah tu.

Biliknya besar! Toilet dia pun besar, untuk memuatkan jakuzi. Ada flat screen TV dan general amenities yang disediakan semua hotel. We were not disappointed. Kids almost immediately nak turun ke water theme park, jadi kami biar diorang pergi dulu dengan family kami yang lain yang ikut sekali.

Untuk budak-budak pun ada bayaran dikenakan, tapi disebabkan Layla dan Ilhan belum mencapai had ketinggian yang ditetapkan, masuk free je. Alhamdulillah. Ilhan really enjoyed himself! Layla took sometime to be coaxed into getting in the water, but when she finally did, she enjoyed it. Puas hatila diorang main air. Dress code pun tak strict. Ya, memang ada signboard yang tunjukkan apa yang dibenarkan dan tak dibenarkan, tapi tak ada orang yang disekat sepanjang aku ada dekat sana. Lifeguard ada sentiasa. Cuma untuk naik slide yang tinggi-tinggi, pakaian renang diwajibkan.

Pool tutup dalam pukul 7 petang. And then we’re off to dinner. Pilihan dia okay, walaupun tak banyak sangat, tapi tak mengecewakan juga. I really enjoyed the tempura yang digoreng fresh di situ. Both days aku makan tempura. Cuma first night tu budak-budak dah penat sangat, kami terpaksa makan gilir-gilir dan dengan pantas. Tak enjoy sangatla. Kami semua settled down really early that night. Before 9 kids dah beradu. 

Sunrise from balcony
The next day we had breakfast at 8 something. Breakfast dia pun okay. Nothing extravagant, but enough. Kami pergi ke pantai sekejap, tapi baru duduk sekejap mak mertua dan adik ipar aku dah gatal-gatal kaki. Kami risau ada agas, so cepat-cepat aku angkut budak-budak pergi swimming pool. Sebelum kami sampai ke hotel ni lagi aku dah pesan dekat Layla dan Ilhan yang diorang tak dibenarkan mandi laut dekat sana, sebab aku tak yakin dengan kebersihannya. So spent the morning at the theme park again.

For lunch, kami keluar cari food di luar, keluar sekali dengan family kami yang akan check out hari tu. Tak banyak gerai buka siang, jadi belasah ajela yang mana-mana yang jumpa. Disappointing food, jadi not worth mentioning.

Balik ke hotel semula, rehat dalam bilik. Kids and husband tidur. Petang kami turun ke pool lagi, bagi kids main puas-puas.

Malamnya kami dapat buffet dinner lagi. Disebabkan orang dah mula ramai check-in sebab esok lusanya cuti hari wilayah, buffet dinner dibuat di kawasan lapang tepi pantai. Pilihan makanan lebih kurang semalam. Yang gembiranya, tempura ada lagi. Aku balun tempura  3 kali tambah! Hambekk kau!

Selesai makan, pergi tepi pantai sekejap, lepas tu dah ketandusan aktiviti dah. Kami naik atas, sambung tengok movie daripada laptop yang disambungkan wayar ke flat screen TV. Ilhan terlena atas riba ayah, Layla terlelap di sebelah mama.

Esok paginya lepas Subuh aku dah pasang jakuzi. Niatnya nak berendam sorang-sorang, tapi Layla terjaga. Jadinya aku ajak dia join skali. Lepas tu Ilhan bangun, dengan Ilhan sekali masuk. Letak sabun, bubblenya melimpah ruah, meriah sungguh! Tak penah aku tengok bubble sebegitu melainkan di dalam filem Hollywood atau Bollywood.

Berhenti bersuka-ria sekejap untuk turun breakfast, yang disediakan di kawasan lapang tepi pantai tu lagi. Selection masih sama seperti semalam. Kami decide untuk meminimakan kelam-kabut dengan tidak membawa kids ke pool hari ni. Nasib baik ada jakuzi dalam bilik, jadi tak susah nak memancing dan memujuk. Kami buat bubble berkepul-kepul lagi, dan masuk empat-empat orang sekali. Tak ada kelucahan di sini ya, kerana kami memakai pakaian yang berpatutan. Kot iya pun, takkanla depan anak-anak… Hahaha…

Dari pukul 10.30 sampai 11.45 kami bersantai sambil packing rilek-rilek. 11.45 pagi kami turun check out dan terus balik. Bersyukurlah kami balik hari tu, sebab masa kami check out, ada 2 biji bas baru parking dengan sepenuh-penuh muatan, baru nak check-in hari ni.

Overall, aku puas hati dengan tempat ni. Untuk bawak anak-anak yang hantu air, memang sesuai. The jakuzi in the room was the icing on the cake. I would go back again and again just for that, seriously. Sebab aku bukan enjoy sangat pool semua, tapi getting into a jacuzzi in the privacy of your room is a luxury of a different level altogether. Love it!  Kalau diorang ada buat kids’ game room, karaoke room ke, lagi canggih. Buat masa ni, selain swimming, takde banyak aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. But they do have a spa. Harga dia pun competitive dengan di luar.

I give this place a thumbs up, coz it made my family happy!

P/s: Jangan main air laut ya. Mak mertua dan adik ipar aku habis naik gatal-gatal badan lepas balik tu. Kebetulan memang diorang berdua aje yang sentuh air laut hari tu.