First sekali kami ke bawah, cuba tanya reception pasal sewa
motor. Nasib masih tak menyebelahi kami, motor pun tak ada. Aku ajak husband
pegi airport semula, tanya kereta sewa lagi, mana tahu ada orang cancel ke,
atau company lain yang takde booth dalam bangunan airport tu sendiri – tapi dia
tak nak. Tawar hati agaknya…
Keputusannya, kami jalan kaki sampai nampak cab, tahan cab
dan minta dihantar ke Loveland. Kenapa Loveland? Kerana dekat kawasan Jeju-si
(Bandar Jeju) tu, Loveland je yang ada dalam senarai tempat kami nak pergi. Apa
itu Loveland – sila Google sendirilah. Heheheh…
Lunch ala bajet |
Anyway, kami berada di sana dalam sejam. Keluar tu, terus
pikir-pikir nak ke manalah pulak. Ada beberapa lokasi dalam kepala, so
bincang-bincang sikit, dan naiklah satu teksi yang ada dekat perkarangan
Loveland tu. Pakcik tu tak pandai English, kami tak pandai Korean. Tapi dalam
komunikasi ayam-itik tu, dia terus assume kami nak ambil taxi tour dengan dia.
Tercengang-cengang kami; nak tolak tak pandai. Bukan tak pandai aje, tak sampai
hati, segan, serba salah… Semua ada.
Mr. Park |
Dia atur dengan kami KRW15,000 sejam, dan dia boleh dapat
diskaun untuk masuk ke semua tempat-tempat yang kami nak pergi. Disebabkan kami
memang dah tak ada back-up plan lain, nak tak nak kami iyakan. Maka bermulalah
adventure kami.
Mr. Park (nama driver tadi) bawa kami ke Teseum (Teddy Bear
Safari), Locadia, Soingook Theme Park dan O’Sulloc Tea Museum.
Teseum tu macam Teddy Bear Museum jugak. Kata Mr. Park, di Teddy
Bear Museum patungnya tak boleh pegang. Teseum ni patung-patungnya boleh
dipeluk-peluk digomol-gomol sambil ambil gambar. Betul ke tidak, bukannya kami
tahu. Ikutkan aje. Sempat belikan teddy bear 2 ekor untuk 2 kenit yang
ditinggalkan di rumah.
Dari sana kami ke Locadia. Camane ye aku nak explain tempat ni?
Sebuah muzium untuk filem, drama dan budaya Korea. Ada beberapa tema, antaranya
drama dan filem mengikut peredaran zaman (1970-an sampai sekarang), dan budaya
dan sejarah Korea, lengkap dengan kostum-kostum yang boleh kita pakai, set
serta prob yang boleh kita guna. Menarik. Aku dapat pakai dalam 3 jenis pakaian
tradisional Korea. Interesting, tapi tempat tu sunyi je. Tak de orang pun.
Soingook Theme Park |
Dari sana, kami ke Soingook Theme Park. Sama juga, tempat ni
pun tak pernah masuk senarai aku. Tapi masa awal tadi bila kami minta dia
hantar kami ke Mini Mini Land, dia kata Soingook lagi best. Katanya Mini Mini
Land tu kecik. Seperti biasa jugak, aku dengan husband ni jenis mengikut aje.
Letih dengan diri sendiri kadang-kadang. Kami anggapkan dia lebih arif tentang
tempat ni memandangkan ini tempat dia. Dan dengan harapan dia jujur orangnya.
So ke Soingook kita! Okla tempatnya. Monumen-monumen seluruh
dunia, dalam skala kecil. Kami kepenatan dah masa tu. Walaupun cuaca dia
panas-panas Cameron Highland gitu, tapi mata dah ala-ala ngantuk. Satulah pergi
dengan Mr. Park ni, semua tempat kami masuk, semua dia masuk sekali jadi photographer-
guide-director. Letih mak nak, kena paksa posing kat setiap lokasi. Baru masuk
Locadia bateri camera satu dah habis. Boleh agak sendirilah banyak mana gambar
kami ambil.
Dia nak bawa kami ke Jeju Glass Art Museum, O’Sulloc dan ke Hallim
Park. Tapi kami dah penat. Mintak nak ke O’Sulloc untuk try green tea ice
cream. Ramainya orang! Beratur jugakla nak beli aiskrimnya. Takdelah sedap
mana. Pahitlah, rasa green tea pure kan?
Black rocks |
Dari sana kami mintak nak balik. Dia okay aje, tapi dia bawa
kami lalu coastal road. Tengok Hyeojae Beach, black rocks, seterusnya ke Yongduam Rock.
Sempatlah dia belanja kami iced chocolate dekat lori tepi jalan.
Kami akhirnya sampai hotel semula pukul 6.30 petang. Total
charge kami termasuk entrance fees (dan sedikit diskaun ihsan daripada Mr Park)
ialah KRW145,000. Tersedak mak nak! Sempit tiba-tiba poket vacation ai…
Dinner ala bajet |
Rehat sekejap di bilik, masak bubur nasi instant – bekalan
keramat lagi. Pukul 9 malam baru kami keluar tengok night life di bandar Jeju.
Butik dia kemain banyak, tapi baju dia bagi aku mahal. Kami tak shopping
apalah. Souvenir shop pun tak banyak, dan asyik-asyik keychain, magnet,
keychain, magnet. Cari T-shirt Jeju tak jumpa pulak…
Sempat beli roti di bakery (sebab roti tak dijual di kedai-kedai runcit yer.. sila pelik sekarang)… Dan kami berlabuh untuk hari pertama ini. Oh, balik panaskan instant sup dan Brahims cicah roti. Record ni, kami langsung belum makan di restoran lagi, sebab memang tak lalu tengok makanan Korea. Heheheh…
No comments:
Post a Comment