Tuesday, 18 June 2013

Post-Korea Entry


Aaahhh!! It’s crazy just finding time to write! But at the same time it’s nagging in my head. So yeah, let’s just get it done and over with!

It’s been a week since I got back, and I’m missing Jeju! Wuwuwu… Especially the mild weather, because since I got back, KL hasn’t rained a drop.

So anyway…

Sorang dua member ada tanya aku, “Why Jeju?” bila dapat tahu kami pergi Korea tapi tak spend time di Seoul. Ya, aku faham kepelikan itu, since Seoul is definitely the in thing right now, with the shopping and the K-pop.

Aku tahu pasal Jeju at least 15 years ago, bila parents aku ke sana on a business trip. Diorang pergi Seoul-Jeju, dan hanya berada di Jeju selama 2 hari 1 malam. But they came back raving about Jeju. And of course I was immediately sold bila tengok gambar diorang di tengah-tengah lambakan rape seed flowers (bunga kuning) yang aku sebutkan sebelum ni. Aku penonton tegar filem Dilwale Dulhania Le Jayenge… so you can figure it out for yourself. It’s been a dream ever since, a forgotten one. But I was reminded of it all over again masa tengok Naughty Kiss hari tu. And this time I made sure I make it happen. J

So, here are my thoughts on Jeju after spending a bit of time there. I hope some people will find it useful.

  • Bila berada di Jeju, kita mungkin akan rasa tempted untuk pergi ke muzium-muzium yang sangat banyak ada di sana. Tapi saranan aku ialah, as much as possible, stay outdoors. Jeju is so so beautiful! Geografi di sana sangat berbeza dengan tempat lain. You can find everything there – sungai, air terjun, pantai, laut, gunung, gua. Selagi cuaca mengizinkan, pergilah tempat-tempat alam semula jadi yang ada dekat sana. Museums are fun, but make them your back-up plan on rainy days.
  • To plan your trip better, always check the weather forecast. Memanglah tak ada jaminan ketepatannya, tapi at least kita dah bersedia. Contohnya kita nak pergi sana 2 hari – ramalan cuaca kata hari pertama cerah dan hari kedua hujan – at least kita boleh rancang untuk tengok semua lokasi outdoors on the 1st day. Kalau hari kedua tak hujan pun, at least kita tak rugikan hari pertama tu.
  • Ada sangat banyak muzium dekat sana, tapi jangan terpedaya. Banyak muzium yang berkonsep sama. Contohnya macam Teddy Bear Museum dan Teddy Bear Safari – bendanya sama aje. Aku tak pergi dua-dua, jadi aku tak tau sejauh mana perbezaannya, but to me, how different can it be when both showcases teddy bears, kan? Begitu juga dengan Trick Art Museum sama konsep dengan Alive Museum; Loveland dengan Museum of Sex & Health; Jeju Mini Mini Land dengan Soingook Miniature Park. So plan wisely, and don’t make the mistake of going to the same type of museum. Rugi duit, rugi masa.
  • Ada banyak cara untuk go around the island – sewa kereta, naik bas dan teksi, sewa teksi dan driver untuk sehari, sewa motor. Semua pun okay, bergantung kepada preference kita. Kalau yakin selesa memandu sebelah kiri, sewa kereta memang disarankan. Most rented cars ada GPS sekali, so insya allah okay. Tapi kalau nak pandangan warga tempatan (dan diskaun bila masuk tempat-tempat berbayar), boleh dapatkan driver untuk sehari. 8 jam =KRW100,000 ke KRW150,000. Kalau pergi berempat memang sesuailah ambil driver macam tu, sebab bila bahagi tak mahal sangat.
  • Bas awam dia pun sangat okay kalau kita ada masa lama di sana. Harganya sangat murah, dan mesra pelancong. Almost every bus dekat sana ada pengumuman perhentian-perhentian dalam bahasa Inggeris, Korea, Mandarin dan Jepun. Ala-ala macam LRT kita kat sini. Bas pun agak kerap – generally about every 10 to 20 minutes. Teksi bermeter bermula dengan KRW2,200, so kalau nak pergi tempat jauh-jauh sangat tidak digalakkan. Lebih baik sewa teksi tu untuk sehari.
  • Orang di sana (particularly tour companies dan teksi sewa) mengatur lawatan di sana mengikut bahagian Utara, Selatan, Timur dan Barat pulau tu. Jadi untuk memudahkan kita jimat masa, mungkin boleh buat macam kami buat: tukar-tukar hotel setiap hari atau setiap 2 hari. Kalau esok dah rancang nak pergi round bahagian Barat, boleh cari hotel di belah sana dsbnya. This way kita boleh save on transport cost dan masa dari satu tempat ke satu tempat.
  • A tip that we got from owner of Happy House Pension – untuk ke Seongsan Ilchulbong, jeti ke Pulau Udo, Seopjikoji dan semua tempat-tempat di bahagian Timur pulau ni, lebih dekat dan lebih cepat kalau kita pergi dari Jeju-si berbanding dari Seogwipo.
  • Domestic flight di Korea sangat competitive harganya sebab ada sekurang-kurangnya 7 airline yang aku tahu: T’way, Asiana, Korean Air, JinAir, Jeju Air, Eastar Jet, Air Busan. Bila nak buat booking, kena rajin sikit dan buka satu-satu websitenya, sign up dengan website tu dan cari satu-satu. Jangan guna international travel websites macam Expedia, Travelocity semua tu, sebab harga dia berkali-kali ganda lebih mahal. Untuk trip kami hari tu, flight pergi balik (Pergi Asiana, balik T’way) total up menjadi lebih kurang RM350 seorang. Pengalaman aku hari tu, aku beli awal harganya lebih mahal. 2-3 minggu sebelum pergi aku check semula (saja menyakitkan hati), harganya semua lebih murah dan lebih banyak pilihan. Benda ni tiada jaminan sebab aku bukan pakar penganalisa harga tiket kapal terbang. I’m just sharing what we went through. 
  • Bila bab holiday ni, ikut kata hati. Jangan pergi sesuatu tempat sebab semua orang pergi. Pergi ke tempat yang kita nak pergi. Duit tak banyak, so bukannya boleh holiday tempat orang hari-hari. bila dah dapat pergi, puaskan hati kita cukup-cukup. :)
Hmmm… Apa lagi ya? I’ll edit this entry if I can think of anything else. Tapi buat masa ni, ini dulu. Dah lama sangat aku spend time menaip entry ni. Got to get back to work now! 

4 comments:

  1. salam..... ada buat itinerary x? sebab nak g bulan 10 ni...cuma ambik 2 hari 1 malam je kat sana... ada suggestion x??? kalau ada plz reply kat mrsamuel_adenan@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Haii.. boleh tau.. awak ke jeju nie bulan baper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Marin Rin... Saya ke sana awal bulan 6 hari tu. Baru habis musim bunga, awal-awal musim panas. :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete