Selepas berbulan-bulan merancang, akhirnya hari ini sampai
juga.
5 June 2013
We leave for Korea today. Just the 2 of us.
Perjalanan bermula seawal 4 pagi, bila adik aku menghantar
kami ke stesen bas di OU untuk ke LCCT. Very efficient and convenient. RM15
seorang, dan bas paling awal bertolak dari OU adalah pada jam 3 pagi.
Kami sampai di LCCT tepat jam 5 pagi, terus check in flight
dan masuk ke dalam. Flight kami pukul 8 pagi, jadi sangat banyak masa lagi.
Solat dulu, dan tercangak-cangak sampai pukul 7 lebih, baru masuk dalam kapal
terbang. Ramai jugak orang kita dalam flight, tapi ramai lagi orang Korea.
Rajin jugak diorang ni melawat Malaysia, kan? Kalau orang kita gi Korea tu aku
biasa dengar, sebab ramai peminat K-pop. Diorang ni pulak minat sape? Siti
Nurhaliza? Rosyam Noor?
Anyways, the flight was supposed to take about 6 ½ hours. We
were sooo exhausted sebab tak tidur semalaman. Terbang je aeroplane tu, kami
pun melayang. Dapatla jugak lelap beberapa kali, in between makan makanan yang
dah preorder.
Sampai di Incheon jam 3.15 petang. Hampir-hampir on time. Alhamdulillah.
Kami ada masa 4 jam sebelum perlu naik flight ke Jeju. Cari surau dulu untuk
solat. Nampak di signboard ada prayer room jadi pegila cari. Terceruk jauh di
wing D, tingkat B1. Tapi bila masuk dalam, yang ada cuma church dan bilik
sembahyang Buddha. Pening-pening sekejap. Kami cuba Google information dan
jumpa beberapa blog orang Malaysia yang cerita pasal surau Incheon. Nampaknya
semua cakap diorang solat dalam tokong Buddha tu. Jadi kami pun tawakal, solat
dekat sana. Wuduk kena ambil di toilet yer. Bawak botol air, tadah air dari
sink, sebab nak basuh kaki tak ada paip.
Selesai di sana, naik ke departure hall, check in flight
Asiana Airlines untuk ke Jeju. Duduk-duduk sejam lebih juga, baru dapat masuk balai berlepas. Kami saja
orang Malaysia. Yang lain semua orang Korea. Baru aku teringat yang minggu ni
long holiday untuk orang sana. Masa beli tiket flight ke Jeju dulu aku dah puas
menyumpah diri sendiri seround, sebab salah pilih tarikh. Minggu ni semua benda
mahal: tiket flight, hotel, kereta… Sebab minggu ni kira macam peak time untuk
holiday di Korea. Dah nasib…
Flight kami sepatutnya jam 7.20 malam waktu Korea. Tapi ada
masalah teknikal, flight delay sampai pukul 8. Kami memang tak fahamlah apa
berlaku sebab pengumuman semua dalam bahasa sana. Yang penting, pukul 8 kapal
terbang berlepas. Belum pukul 9 dah sampai.
Setakat ini semuanya lancar, walaupun mungkin sedikit
lambat. But this is when things went awry.
Okay. Mukadimahnya, sejak berbulan-bulan dulu kami struggle
dengan sewaan kereta. Masa betul-betul baru lepas beli tiket flight, masa
tengah berkobar-kobar, nak book kereta tak boleh lagi sebab too early. Paling
awal boleh book ialah 2 bulan sebelum tarikh sewa. Lepas tu, aku dah busy. Dan
bila cari-cari, jumpa website yang harganya sangat murah. Masalahnya, semuanya
dalam bahasa Korea. Kami cuba dan berjaya book. Tapi banyak benda kami tak
faham. Minta tolong sana sini, tak ada yang dapat tolong. By then aku cuba juga
buka KT Kumho yang biasa orang Malaysia guna untuk book kereta sewa, tapi aku
dah ragu-ragu, patut ke aku buat double booking. Takut jadi masalah kemudian
pulak. Pening sana sini, bincang-bincang semua. Akhirnya decide nak tawakal
dengan booking pertama.
Dengan nervousnya kami keluar balai ketibaan dan cari
booth-booth sewa kereta. Tunjuk print out booking kami, orang di sana semua tak
faham. It doesn’t exist! Kecut perut aku masa tu. Lebih kecut lagi, bila kami minta
nak sewa kereta on the spot, katanya “everything sold out”. Di SEMUA syarikat
kereta sewa. Subhanallah, dugaan apa ini.
Lemah longlai kami keluar dari airport, naik teksi ke Jeju
December Hotel. Check in, dan terus tanya reception pasal kereta sewa.
Jawapannya sama – dia baru cuba tolong satu guest cari kereta sewa, tapi semua
sold out disebabkan oleh long weekend yang aku sebutkan tadi. Dia cadangkan
kami ambil taxi tour (yang berharga kira-kira RM450 sehari). Semakin lembik aku
rasa, sebab kami di sini 5 hari.
Okay, my head just couldn’t function anymore right then. It’s
been a long day. Had shower, solat, doa BANYAK-BANYAK… dan tidur dulu. Dengan
harapan tomorrow is a better day.
salam perkenalan fairuza, ok tak jeju december hotel?? nak tanya berapa harga flight seoul - jeju dgn asiana airlines tu?? murah lagi compare to jejuair / eastar ka?
ReplyDeleteSalam safuaria! Jeju December ok sangat! Kalau tak memilih nak mewah-mewahla kan... Flight Asiana Airlines tu, jap ek, kena ingat balik... Kalau tak salah harganya sorang RM210++. Kalau antara Asiana, Jejuair dan Eastar, Eastar paling mahal, lepas tu Asiana, lepas tu Jejuair.
Delete