We woke up to a beautiful, sunny day. Alhamdulillah. My
first words to my husband was, “Udo Island!”
Tapi banyak benda nak dipertimbangkan dulu. Disebabkan kami
kena naik public transport, dan kami perlu check out dari pension hari ni, agak
susah untuk kami nak terus bergerak ke mana-mana tempat yang kami nak pergi. First
sekali kena juga check-in di hotel di Jeju-si so that kami boleh hantar beg
baju yang sebesar alam tu. Jadinya, dah macam dua tiga kali kerja, nak naik bas
sejam ke Jeju-si, lepas tu nak naik bas sejam setengah pula ke Seongsan Port
untuk ke Udo Island.
Dengan berat hati, kami terpaksa batalkan rancangan tu. Nak
tak nak, kami kena cari tempat yang tak jauh dari Jeju-si untuk aktiviti hari
ni, supaya kami tak buang banyak masa dalam bas. Sedih aku, sebab Seogwipo pun
kami tak habis pusing lagi. Aku belum dapat tengok Jeongbang dan Cheonjiyeon
Waterfall (jangan tertipu ya, ada 2 waterfall di sini yang namanya hampir sama.
Yang kami visit semalam ialah Cheonjeyeon. Perbezaan ejaan hanya pada huruf ‘e’
dan ‘i’).
Nak ke Manjanggul Cave, bila baca review dari blogger lain,
katanya di sana dari perhentian bas nak keluar masuk ke dalam agak jauh dan
susah nak dapat transport. Cancel juga. Lepas bincang, akhirnya kami decide nak
ke Hallim Park aje walaupun aku sebenarnya tak berminat.
Happy House Pension |
Going crazy over a lavender bush |
Hyeopjae Cave |
Dalam 2 jam juga kami dalam tu, sebab jalan slow-slow. Kami
dah menyerah kalah, dah tau itu aje tempat yang kami dapat pergi hari tu.
Signboard di luar kata Glass Castle dekat-dekat situ, tapi dekat tak dekat pun
dalam 8km jugak. Takkan nak menapak lagi? Dari sana nanti belum tentu ada bas
nak balik ke town. Tak sanggup den nak bayar teksi sejauh tu. Haihhhh…
Lunch on Hyeopjae Beach |
Hampir pukul 4 gerak pulang. Sampai di terminal, hujan. Kami masih belum dapat beli souvenir, jadi cuba merayau kedai-kedai dekat situ cari kedai souvenir. Langsung tak ada. Akhirnya ambil teksi balik. Sampai sana dalam pukul 5, check in dan tanya reception dekat mana kami boleh beli souvenir Jeju, T-shirt semua tu. Kata mamat tu, “You should try Dongmun Market, but it closes at 7 or 8pm.” Macam ribut kami naik solat, terus keluar balik dalam hujan tu, naik teksi ke Dongmun Market.
Nasib tak menyebelahi kami. Dongmun Market yang kami jumpa
penuh dengan kedai jual ikan, sayur, buah dan daging. Berapa ekor kepala babi juga
kami jumpa. Sengih ajela. Kalau ada jual baju pun, semua baju pakaian harian
warga tempatan. T-shirt imitation dsbnya. Kecewa lagi. Tak tahulah kalau kami
yang tak pandai mencari, tapi setakat yang kami jalan tu, memang tak jumpa.
Jungang Underground Shopping Mall |
Maggi Kari & Asam Laksa! woohoo! |
Balik lagi. Mandi-mandi, dinner makan Maggi, nak clearkan ruang dalam beg. Husband tengok aku monyok aje, pukul 8 tu dia ajak keluar cari barang di sekitar hotel. Sekadar menyedapkan hatila tu, sebab area situ kami dah round pun hari tu. Belilah teddy bear sekor untuk anak sedara aku. Beli roti untuk breakfast esok.
Pukul 9.30 tu kami dah sampai ke bilik. Kepenatan, bukan
sekadar fizikal tapi mental dan emosi jugak. Malas nak fikir, terus tidur aje.
Esok kami dah ke Seoul. Goodbye Jeju, you will definitely be missed. I’ll try
to come again someday, when I’ve gone to all the other countries in my list.
Next time I’m gonna make things right!
Oops, wait a minute! I'm sounding wayyyy too negative here. It's okay, in spite of the few glitches here and there, I got to see the side of Jeju that not many tourists get to. Lalu ceruk-ceruk kampung, pergi pasar ikan, naik laluan bas yang cuma warga tempatan guna. Cool huh?!
Oops, wait a minute! I'm sounding wayyyy too negative here. It's okay, in spite of the few glitches here and there, I got to see the side of Jeju that not many tourists get to. Lalu ceruk-ceruk kampung, pergi pasar ikan, naik laluan bas yang cuma warga tempatan guna. Cool huh?!
No comments:
Post a Comment