Selepas bersawang hampir setahun blog ni, I’m finally back.
Because it’s time for another trip!
Kali ni kami akan ke England, United Kingdom. Alhamdulillah,
ada rezeki nak tengok negara orang. Tumpang Miss BFF dan suami sedang menetap
di UK untuk setahun, kami mengambil kesempatan untuk jadikan alasan untuk ke
sana. Ada jugak tempat tumpang tidur. Save budget. Haha.
Trip ni plan dah lama, dari tahun lepas. Sebelum BFF ke sana
aku and husband dah membuat kira-kira. Lepas dia pegi, kami finalize. Ye, kali
ni kami pegi dengan duit sendiri – takde dah peraduan bagai. Setahun menyimpan
oi!
Tapi kali ni, perasaan masa nak pergi ni sedikit berbeza. Elok-elok
2 minggu sebelum trip, bila semangat baru nak memuncak, dunia dikejutkan dengan
kisah MH370. Aku terus takde hati nak pegi. Kecut perut rasa nak naik kapal
terbang. Ramai yang kata “kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati…” Tapi
hati aku ni bukan kecut pasal mati. Hati aku kecut memikirkan anak-anak yang
kena tinggal kalau Mama dan Ayah mati serentak. Boleh gitu?
Paling kesian adalah Layla, sebab dia dah faham. Sejak
kejadian MH370 tu dia asyik pujuk aku jangan pegi. Sehari sebelum bertolak, dia
merayu aku jangan pegi, dan sekejap-sekejap dia tanya, “aeroplane yang hilang
tu dah jumpa ke?”. Alahh sayang Mama, doakan Mama dan Ayah balik selamat ok?
So anyway…
21 Mac 2014
Flight Etihad Airways EY413 Kuala Lumpur ke Abu Dhabi
dijadualkan pada jam 3.25 pagi. Adik ipar aku Ijah hantar kami ke KL Sentral
pukul 11.30 dan kami naik ERL ke KLIA. Mahal la, tapi cepat dan tak susahkan
sesiapa.
Panjang jugak beratur nak check-in, penumpang berbilang
bangsa. Otak paranoid aku pikir, kalau terhempas ni lagi banyakla negara terlibat.
Haha. Boleh pulak satu flight dengan pelakon Pekin Ibrahim. Nasib baik aku
dengan husband…. Hahahah…
Flight was ok, seat dia semua selesa. Aku dapat tidur tu
maknanya memang oklah tu. Alhamdulillah 7 jam tu tak terasa. Sampai Abu Dhabi
7.15 pagi, setengah jam lewat. Next flight pukul 8.30 pagi. Macam ributla
berlarinya. Orang punyelah ramai, beratur punye panjang untuk security check. Panic
sekejap. Nasib baik sempat. Dan sempat singgah solat Subuh, freshen up kat
toilet semua. Masuk flight EY19 pukul 8, take off pukul 9.
Kali ni punya flight sempit. Seat dia terasa sempitnya
berbanding flight awal tadi. Takyah tanya akula apa jenis flight, Boeing ke
Airbus ke. Memang bukan bidang kepakaran aku. Yang aku tau sempit. Dan seat tak
boleh recline. Boleh gitu? Aku yang saiz miniature ni pun terseksa, aku tak
boleh bayangkan keadaan warga-warga Africa dan Mat Salleh.
Memandangkan hari siang, aku tengoklah in flight
entertainment sikit. Itu pun sebab ada cerita Chennai Express. Sambil-sambil tu
makan-makan. Malang nasib kami, masa beli tiket tu ada option untuk pilih jenis
meal. Kami yang first time nak beli tiket flight international ni tersangatlah
blurnya. Rupanya itu untuk orang-orang yang ada penyakit ke, vegetarian ke
bagai. Orang awam abaikan je option tu. Kami gatal tangan pilih Low Salt Meal. Abis
tu, menu sedap-sedap semua kami telan air liur. Semua dapat special meal. Hahah.
Pembelajaran pertama untuk perjalanan kali ini.
View untuk flight kali ni sangat cantik sebab kami merentasi
Europe. Masa lintas Switzerland, masyallah, cantiknya gunung-gunung diliputi
salji. Kami sampai di London Heathrow jam 12.30 tengah hari waktu tempatan. Alhamdulillah,
selamat sampai.
Selesai semua, mulalah adventurenya. Naik underground train untuk ke Queen’s Park, destinasi penginapan kami. Kami duduk rumah orang, guna website Airbnb. Bagi yang tak kenal Airbnb, it’s a concept di mana orang yang ada bilik kosong, rumah kosong, atau apa-apa jenis penginapan untuk sewakan kepada orang luar. Kami akan tinggal di flat milik Duane Spencer, seorang lelaki kulit hitam.
Perjalanan dari Heathrow ke Queen’s Park ambil masa sejam,
dengan pertukaran train di Piccadilly Circus. Duane sendiri datang jemput kami
di station Queen’s Park, dan kami jalan kaki ke rumah dia. Lepas dia explain
cara keluar masuk, terangkan cara nak guna barang-barang dalam rumah dia, kami
mandi solat semua dan keluar balik.
Jalan kaki ke Portobello Market. Cuaca cantik, sejuk,
nyaman. Rumah-rumah kat sini pun comel-comel je. Tengah spring pulak, jadi
bunga banyak. Portobello market dah hampir tutup masa kami sampai, tapi sekadar
nak jalan-jalan, okla. Sempat borong fridge magnet so that tak payah fikir lagi
lepas ni.
3 jam berjalan, pergi dan balik. Kena jugak hujan gerimis
sikit. Singgah dinner di Baalbak Lebanese Cuisine, lepas tu terus balik. Sekian
adventure untuk hari ini.
Nak cari makanan halal dekat area ni memang senang sangatla.
Orang Islam pun sangat ramai, sana sini jumpa orang bertudung. Kedai runcit
pulak semuanya orang India. Boleh practice speaking Hindi seround dua. Kehkehkeh…
p/s: Gambar-gambar ai semua no filter yer. Kalau lawa tu, sama ada suasana tu memang lawa, ataupun kamera canggih, ataupun tukang ambik gambar dia hebat. sila pilih yang berkenaan. haha
p/s: Gambar-gambar ai semua no filter yer. Kalau lawa tu, sama ada suasana tu memang lawa, ataupun kamera canggih, ataupun tukang ambik gambar dia hebat. sila pilih yang berkenaan. haha
waaa...updated terus.......Layla ok jer..... tak ty dah pasal aeroplane tu dah.. :)
ReplyDelete