Subhanallah sejuknya dekat sini!! Terseksa aku malam
semalam. Nak mengendeng kat husband, tapi kami masing-masing tidur atas sofa. Aku
sempatla menyempit atas sofa dia, tapi lepas tu tangan dia kebas sebab tak
boleh bergerak. Huhuhu.
Anyway, macam biasa, lepas je Subuh pukul 5 lebih tu kami
terus berjaga, walaupun malam semalam tidur lewat. Dalam pukul 7 lebih tu aku
decide nak masak breakfast. Yela, tumpang tidur free dekat rumah orang, cubalah
berbudi bahasa sikit. Husband suruh buat cucur, jadi aku pun ketung ketang di
dapur. Kawan aku dah bagitahu yang diaorang takkan bangun awal sangat, so tak
kisahlah. Kami goreng bahagian kami dulu, makan-makan, aku sempat kerja sikit,
lepas tu husband ajak tengok cerita Korea. Last episode My Love From The Star
(sebab kami bakal miss last episode yang ditayangkan di Malaysia Rabu ni).
Kami terus membeli-belah, masuk ke Poundland – iaitu kedai
di mana semua barangnya berharga £1. Aku borong coklat kat situ. By then
husband kawan aku dah join, jadi kami merayau-rayau dalam shopping complex. Pergi
market sekejap beli buah. Blueberry dua bekas besar harga £1. Nangis aku, sebab
kat rumah aku memang tiap-tiap minggu beli blueberry, satu bekas kecik paling
murah pun RM9.
Dalam pukul 4 lebih kami gerak balik naik train. Sampai rumah,
solat semua sekejap, then kami ikut kawan aku tu ke rumah kawan diorang. Nak ambil
barang. Dia ajak masuk, dia jamu makan goreng pisang dan teh. Sedapnya,
sejuk-sejuk tu makan goreng pisang!
Pukul 7.30 kami balik. Para suami duduk depan TV tengok Man
United vs Man City. Aku dan kawan aku masak dinner. Simple je, nasi putih, ayam
goreng, tom yam, sayur bak choy dan telur dadar. Sedapnya makan panas-panas
dalam cuaca sejuk.
Itu ajelah untuk hari ni. Gambar pun tak banyak sebab shopping je. Dalam pukul 11.30 kami tidur.
Salam Fai. Im Dina. Saya terjumpa blogpost u masa tgh research bout birmingham. My family akan move to birmingham sept ni. If u dun mind blh x share contact number/email ur friend yg berada di sana? Blh berkenalan fellow malaysian n also maybe dia blh share tips dgn i. My email dina_sallehudin@yahoo.com n phone number 0122811174. Tq dear
ReplyDelete