Memandangkan semalam pukul 8.30 kami dah terbongkang, pagi
tadi pukul 4.30 kami dah bangun. Memang kami set alarm pukul 4.30 sebab dah
masuk Subuh. Lepas tu rasa macam segar-bugar pulak, so terus bangun, surfing
apa yang patut, upload gambar apa yang patut. Breakfast ala kadar lebihan
makanan Lubnan semalam dan buah-buahan yang memang Duane sediakan untuk kami.
Pukul 7.30 tu kami dah sedia menapak di jalan-jalan sekitar
Queen’s Park ni. Sejuk oi! Kami saja gatal jalan kaki lalu Portobello Market tu
lagi, pastu jadi mereng sekejap. Dengan makanan yang dijual, yang halal pun
banyak. Pastry dan desserts lagi. Bunga-bungaan tok sah kira. Tapi aku menahan
diri daripada membeli apa-apa. Iyerla, exchange rate Pound: RM = 5.50. Jadi
bawak-bawak bertenang sikit bab shopping tu yer.
Kami menapak dan terus menapak lagi lalu Bayswater,
sampailah ke Kensington Gardens. Sempat singgah 1 butik yang jual semua benda
dlm kedai dia £5, so aku borong 5 helai cardigan untuk souvenir adik-beradik
perempuan. And then masuk ke Kensington Gardens, saja-saja ambil gambar. Ramai
warga tempatan beriadah memandangkan hari ni Sabtu. Nervous sikit, sebab anjing
banyak dan dibiar terlepas aje. Heheh…
Kami menapak lagi lalu Hyde Park, sampailah ke Marble Arch.
Jauh sebenarnya berjalan tu. Kalau naik train sekejap je sampai, tapi ntah,
terasa nak berjalan. Dari Marble Arch tu barulah kami ambil train, sebab
husband nak pergi ke Stamford Bridge. Hari ni ada game Chelsea vs Arsenal, dan
walaupun kami takde tiket untuk masuk tengok, dia cuma nak merasa kemeriahan
tu, serta membeli souvenir matchday. Meriah train, penuh dengan orang berbaju
biru.
Bila sampai stadium tu memang terasala meriahnya. Kami tawaf
luar stadium tu, ambil-ambil gambar. Husband beli muffler matchday ambil gambar
untuk bikin panas kawan-kawan dia yang peminat tegar Chelsea mahupun Arsenal.
Sempat nampak bekas pemain Liverpool, Steve McManaman (ye ker eja tu?). Bila
orang semua masuk stadium, kami naik train balik ke town.
Turun di Charing Cross, sebab kata Duane station tu dekat
dengan semua main attractions. Kami menuju ke Trafalgar Square, tapi rupanya
hari ni macam ada perhimpunan aman berkempen tentang anti-racism or something
like that. So tak dapatlah kami nak buat adegan drama Cinta Antara Benua kat situ. Badan pun dah mula
letih.
Memandangkan dah pukul 1 lebih masa tu, kami nak cari
surau/masjid. Masa di KL dulu research memang nampak ada banyak masjid di
London, tapi bahananya di sini ialah kami tak ada internet connection. Tak
kuasa pulak nak beli sim card bagai, setakat seminggu lebih dekat sini. So carila
free wifi mana yang jumpa, lepas tu menapak cari masjid. Hampir nak putus asa
sebab tak ingat nama jalan. So berhenti makan dulu dekat kedai kebab halal
dekat situ. Nasib baik penjual tu tau dekat mana suraunya, di jalan yang sama, cuma
kami putus asa awal sikit, tak sempat jalan sampai ke situ. Haha..
Makan dulu. Tapi kecewa la, sebab aku dok teringin makan
fish and chips di UK ni. Pegi order kat kedai Lubnan. Samalah konsepnya macam
order nasi goreng cina kat kedai makanan Thailand. Tak sedap! Patut order roti
dengan hummus jeh.
Selesai makan pergi solat di Berwick Street, di dalam kawasan Soho. Islamic centre tu rupanya tak
sediakan kemudahan solat untuk perempuan. Nasib baiklah aku memang cuti. Dia ada
letak map untuk ke masjid yang lebih besar kalau jemaah perempuan nak solat. Jauh
sikitlah nak jalan.
Dari sana kami berjalan ke Oxford Street. Haaa, barula
berjumpa kedai untuk shopping. Aku masuk Marks and Spencer dan H&M. Dapat
beli barang untuk anak-anak sikit. Takdelah nak beli hebat-hebat pun. Yang longgok-longgok,
sale sampai tinggal £3 ke £5. Haha. Kenala kira, berbaloi ke tak. Kalau convert
harga baju budak jadi sampai RM50-RM60, baik aku beli kat Malaysia je. Kat Malaysia
pun aku tak beli baju anak mahal camtu.
By pukul 4 petang, kami naik train lagi skali. Kali ni
husband nak ke Stadium West Ham United pulak. Ada game WHU vs Manchester
United. Seperti awal tadi, kami bukannya ada tiket pun, tapi saja nak join
kemeriahan dan beli matchday souvenir.
Beckham in khakhi jacket and hat. |
Kawasan Upton Park, di sekitar stadium Boleyn Ground tu
sangat banyak orang Islam dan kedai halal. Tapi kami cepat-cepat je kat sana. Beli
muffler ambil gambar depan stadium. Tapi detik yang sangat memorable adalah
apabila kami nampak David Beckham live! Dia datang untuk tengok game tu, dan
kebetulan kami tengah berdiri di depan pagar tempat dia parking kereta. Terkesima
jiwa kewanitaan aku sekejap. Husband amik gambar laju-laju, tapi disebabkan
jurugambar amatur, semua nampak pagar je. Dahla kamera zoom singkat pulak tu. Takpelah,
yang penting ia melekat di hatiku. Hahah..
It started raining, so laju-laju kami ke station semula, dan
balik. Naik train, ada beberapa pertukaran train, dan akhirnya pukul 6 lebih tu
kami sampai ke Queen’s Park. Beli ayam panggang halal untuk dinner, bungkus
bawak balik. Mandi-mandi, makan-makan, kemas barang yang beli tadi. Ayam yang
beli tadi pedas pulak, so aku masak Maggi je makan. Telur dah beli di kedai
runcit tadi. Nasib baik Duane sediakan microwave dalam bilik ni.
Maka sekian dulu untuk hari ni. Kaki kejang oii.. Mengikut app yang mengira langkah kaki, aku telah berjalan hampir 29000 langkah hari ini. Tahniah! Seluar dah longgar sikit. Hahaha…
No comments:
Post a Comment