Tuesday, 17 July 2012

Post Layla's Birthday Party


Alhamdulillah, party Layla sudah selesai. Akhirnya aku buat party dekat rumah jugak. Tapi rumah Mama la, bukan rumah sendiri. Heheh.

Semua juadah dimasak sendiri, kecuali seri muka dan kek-kek. Puas hati la dapat jamu orang dengan homecooked food. Turn up juga sangat memberangsangkan. Penuhlah rumah Mama tu.

Cumanya bila buat majlis dekat rumah dan masak sendiri macam ni, masa untuk mingle dengan tetamu sangatlah limited. Semua kita kena settle sendiri kan? Food habis kita kena rush untuk refill sendiri, pinggan tak cukup kena rush basuh sendiri. Banyak masa dekat dapur jela. Dekat situ tu terkilan la sikit. Frust tak dapat hangout dengan friends. Aku pun nak mintak maaf banyak-banyak dekat semua kalau ada kekurangan dari segi layanan, makanan dan sebagainya.

Yang penting the kids had fun. Layla hari-hari dok ulang video orang nyanyi Happy Birthday kat dia. Macam-macam hadiah dapat. Terima kasihlah kawan-kawanku sekalian, melayan anak aku yang sorang ni, beli present mahal-mahal.

Aku dah saspen dah a few days before the party, sebab Layla tiba-tiba demam. Sudahlah demam, dia langsung-langsung terus tak nak minum susu dah. Berhenti minum susu dan minum botol secara cold turkey: Terus, mendadak, serta-merta dan tiba-tiba. Susah hatinya aku tuhan saja yang tahu. Daripada minum susu sampai dekat 10 botol sehari kepada 0 botol. Air pun kurang minum, makan pun tidak. Hari ke-4 dia demam tu, dia dehydrated. Masuk apa semua muntah balik. Nasib baik lepas bagi air bancuh dengan oral rehydration salt, dia okay balik. Tapi sampai sekarang tak minum susulah. Dah seminggu genap.

Lepas tu aku dan Ilhan pun jangkit demam selesema sama. Sampai ke hari party tu kami masih berhingus dan sengau-sengau belaka. Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Niat aku nak buat party yang besar sikit untuk Layla dah berjaya aku tunaikan.

Next up is Ramadhan. Cabaran paling besar is making sure the kids still eat just as much even though aku berpuasa dan tidak berlaku terlalu banyak pembaziran. Why? Normally they only eat when I eat, or else I normally have to finish up their leftovers. Aku juga perlu focus kepada Layla’s new situation. I’m giving her 1 month from the time dia stop minum susu hari tu. Kalau berat badan dia turun banyak, dia masih refuse sebarang substitute kepada susu dan appetite dia tak bertambah, I’m gonna have to go see child specialist. Appeton pun aku dah bagi, appetite masih macam tu jugak.

Layla ni memang susah makan. Sampai sekarang, dah nak masuk 3 tahun, dia belum ada favorite food. Dia makan pasta, dia makan nasi, tapi ala kadar je. Dia makan ikan, dia makan ayam, tapi ikut mood dia. Dia makan nasi ayam, tapi hanya di Chicken Rice Shop. Dia suka nasi beriyani dan nasi kenduri, tapi takdelah sampai makan bertambah-tambah. Dia makan pancake, tapi kosong tanpa topping atau filling. Dia tak suka sayur, bubur, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng. Dia suka buah-buahan tempatan, tapi itu tidak mengenyangkan. Dia suka goreng pisang, tapi tak suka sebarang jenis cucur goreng yang lain. Dia suka fast food, tapi lebih cenderung kepada toys yang dapat dengan pembelian makanan tersebut.

Ah, pening, pening!

I do appreciate and welcome opinions and suggestions from others. Bantulah ibu yang susah hati ini. 


Sunday, 24 June 2012

Motherhood Challenge #577: Planning a Birthday Party


Layla is turning 3 in about a month, and I’m planning a party for her.

Dan betapa ia sungguh memeningkan kepala.

Truthfully, aku adalah jenis-jenis mak yang tak berapa over-acting sangat pasal birthdays ni. Walaupun memang ada celebrate birthday anak-anak sejak umur diorang setahun, aku tak pernahla buat party besar-besaran. Sekadar buat kat rumah, ajak family and friends yang paling rapat sahaja. Birthday Ilhan hari tu nampak macam besarla sikit, berkhemah-khemah bagai, sebab aku tumpang potong kek pada majlis bertunang adik iparku, Ijah. Hehehe…  

Bagi aku there’s no point buat party hebat-hebat sedangkan anak tu belum paham apa-apa. Macam Ilhan hari tu, terpinga-pinga je. Kakak dia yang lebih.

Sebab tu kali ni, party ni aku rasakan penting, untuk Layla dan juga aku. Untuk dia sebab dia dah paham apa itu ‘birthday party’, serta apa yang patut berlaku dalam sesebuah birthday party. Untuk aku sebab aku rasa bersalah dan kesian dekat dia kalau aku tak buat party untuk dia di kala dia sudah faham apa itu birthday party. Tengok gaya dia masa party Ilhan hari tu je cukupla. Orang nyanyi happy birthday untuk adik, dia yang tersipu-sipu…

So anyway, planning a party with limited (monetary) resources is another challenge altogether.

My first choice is an outdoor party, tapi weather unpredictability membuatkan aku dengan berat hatinya terpaksa melupakan idea itu. Kalau tidak, memang senang sangat, depan rumah Mama dah sah-sah  ada padang permainan. Tasik Kiara pun ada.

So now I have to resort to other (more expensive) plans. Expensive? Yes, indoor children’s parties are expensive!! Antara calon-calonnya ialah birthday party packages dekat fast food outlets seperti KFC, McD dan sebagainya, atau party di indoor playgrounds untuk kanak-kanak seperti YuKids, Kidzania dan sebagainya. Botaklah bapak kau, anakku.

Aku bukannya tak consider nak buat party kat rumah, tapi ruang takde. Jemputan dalam 50 orang, kat mana aku nak sumbat? Takkan nak sewa khemah? Pastu aku malas nak handle sendiri party games untuk budak-budak. Dah kena upah clown ke, magician ke, tukang bentuk belon ke pulak… Ish ish. Ini baru birthday party ke-3. Belum kenduri kahwin dia.

Di kala-kala beginilah aku selalu terfikir, kalau aku ada income tetap sendiri kan bagus. At least untuk benda-benda remeh, yang tak penting tapi masih tergedik-gedik nak buat ni, aku boleh guna duit sendiri. Tak payah menyusahkan suami. Sebab apa, mengikut nafsu keibuan aku ni, macam-macam aku dah berangan. Kalau boleh sewa stadium, Stadium Bukit Jalil aku sewa bagi diorang berparti puas-puas.

Macam mana nak plan ni? Party yang happening untuk 50 orang tetamu tapi di bawah RM500? Termasuk hiburan untuk kanak-kanak ya. Kalau untuk orang dewasa je, RM500 tu kacang goreng je. Hiburan untuk kanak-kanak tu ialah keyword yang menyekat kepala aku sekarang ni.  

Semoga datanglah ilham kepadaku secepat mungkin. Atau, lagi best, datanglah duit yang banyak kepadaku. Amin. 

Sunday, 17 June 2012

Post Eurotrip


So…. The trip is finally over. It’s back to reality for both of us.

Ilhan decided to give us a huge dose of reality the day after we got back. Agaknya dia dah simpan lama dalam hati. Bila kami balik aje, dia terus buat perangai sungguh-sungguh; sepanjang hari dia mengamuk, melalak, menangis, menjerit. Mak, Ayah, Mama and Abah yang tengok perangai dia geleng kepala aje. Kata diorang, sepanjang kami takde dia punyelah baik, senang sangat nak jaga. Ewah ewah Awang! Dendam ye? Heheh… Marah betul dia kena tinggal.

Layla Alhamdulillah, okay. Ajak balik rumah Mutiara pun okay aje. Mak cerita, sepanjang kami takde tu dia tak pernah tanya pasal kami secara direct. Tapi dia berkias-kias. Sekali-sekala dia akan tanya, “Dekat Europe tu ada toilet tak, Nenek?” atau “Europe tu jauh ke?” atau masa diorang bawak dia pegi main dekat taman, dia tanya, “Europe tu dekat sini ke?”. Sungguh, sebak aku dengar, walaupun masa tu aku dah balik. Jenuh menelan-nelan air liur menahan sebak dan terkebil-kebil mengeringkan air mata yang bergenang. The fact that dia cuba untuk stay macho, tak nak tanya pasal Mama dan Ayah, tapi masih teringin nak tahu… Oh, sayu hatiku.

Mak kata ada sekali kami ber-skype dengan diorang (masa dekat Florence), right after that Ilhan terus mengamuk, susahnya nak dipujuk. Kesian bila pikir balik. Yalah, dia nampak kami dekat skrin, tapi lepas tu takde pulak. Nak tanya tak reti, orang explain pun dia tak paham. Aduhai, itulah kalau tinggal anak kecik-kecik. Insya-allah lepas ni tak buat lagi… Kecuali kalau menang trip ke Europe lagi. Ahahahahah….

Expenses wise, Alhamdulillah, kami cuma guna RM5,000 yang menang tu aje. Kalau ada guna duit sendiri pun, cuma untuk preparation sebelum pergi, beli begla, baju la ape semua, dan lengkapkan keperluan anak-anak sebelum tinggalkan diorang. Yes, I admit I would have preferred to spend more freely in Europe, buy better gifts for our family, buy more souvenirs for our friends, buy more stuff for ourselves! Hakikatnya, pegi sejauh itu, aku cuma beli untuk diri sendiri beberapa fridge magnet, 1 cow bell key chain, satu set underwear Marks & Spencer (yang harganya murah banyak berbanding di Malaysia), 1 jam kaca Murano dari Venice dan 1 pashmina. Selain jam tu yang harganya €12, yang lain semua di bawah €10. Husband pulak hanya beli sehelai T-shirt, 1 Swiss knife kecik dan 1 topi capitano Veniezia tu. For kids, hanya 2 helai t-shirt seorang dan 5 bar coklat Swiss.

Sebab tu, kalau ada yang membaca di sini, dan kalau ada yang berkecil hati sebab tak dapat apa-apa dari sana, aku minta maaf banyak-banyak… We wish we could buy everything for everyone, tapi that was impossible.

What I wish I had bought more of? The pashmina… €5 je satu, menyesal tak beli lebih! More T-shirts, for myself, husband and for family members. Sungguh, kalau aku tahu barang dekat Switzerland dan Paris semahal itu, I would’ve bought all T-shirts and souvenirs dekat Italy. Barang dekat Italy murah sebenarnya. Cost of living dia lebih kurang kita. Bezanya, berbelanja dalan Euro dan bukan RM. I wish I had bought the cute capitano hats for the kids sebab diorang suka sangat topi tu, especially adik. The Murano watches, untuk my sisters. Swiss knives for Faizal, Abah and Ayah. Dan yang paling aku terkilan sekali, I didn’t get anything for Kak Gayah. Tak sangka pulak Kak Milah nak balik kampong right after aku balik sini. Kalau tahu, mesti aku beli 1 cow bell tu untuk dia. Benda tu sangat meaningful untuk kami…

Anyways, seperti yang telah aku katakan kepada husband masa dekat sana, holidays are addictive. After this, we’re gonna want to do this again. This is bad, really bad. And I’m so right! Sampai aje balik, kami gatal tangan bukak-bukak website Trafalgar tu. Pastu hati panas, sebab dah confirm la tak mampu. I was content with holidaying all over Malaysia before, but now, that’s not gonna be enough. Damn! Kena cari job banyak-banyak supaya mampu.

Do I miss Europe? Yes! The weather, the food, the architecture… Am I glad I’m home? Yes! I can’t bear being away from my kids any longer. What did I enjoy the most? Oh, susah nak jawab. At every city I had something I fell in love with. In Rome it was the history, in Florence it was the hotel, in Venice it was the shopping, the whole atmosphere of the city and Burano Island. In Lucerne it was the weather and the scenery. In Paris it was the Lebanese galette. Heheh.. I just wish we got to experience Paris by night. Tapi aku redha, susah untuk mengalaminya sebab malamnya terlalu lewat. Maghrib pun dah hampir 10 malam, susah untuk kami bergerak ke sana ke mari selewat tu. Bahaya pun ya.

Where do I want to go next? Austria! I’ve always wanted to go to Austria. Tapi untuk adil, team mana yang kalah final Euro, kita pergi ke negara itu. Ahahahah… Kenapa yang kalah, bukan yang menang? Sebab Esther ada cerita hari tu, sebaik sahaja Italy menang World Cup, kos tourism dia meningkat sangat banyak. Harga barang semua naik. So I’d expect the same from this one too. Hehehe…

A lot of things were unexpected; some good, some bad. The optional excursions were sort of unexpected. We found about it just days before leaving. We thought the RM5k was only for food and souvenirs, but more than half of it went to the excursions. We didn’t expect to enjoy the company of our tour members. They were really cool! (Almost) everyone went along with each other, everyone was punctual ALL the time. Seriously, Esther was so impressed! I had some good food while we were there: delicious baked fish a few times in Venice, great pesto pasta in Florence, daily dose of super good croissants loaded with butter. Didn’t expect Paris weather to still be so Spring-y. Cold! And the Business Class surprise was the cherry on the cake!

All in all, it was a great experience. The highlight of 2012, and possibly my life. Alhamdulillah atas rezeki ni. And thank you Sayang, for taking me with you.

Friday, 15 June 2012

Europe: Last Day and The Journey Home


Day 10

It’s our last day! Cepatnyaaa masa berlalu…

The rest of our group mates will continue on to London. Kami pun tak pasti kenapa travel agent kami belikan flight tiket kami untuk fly out from Paris. Frustla jugak tak dapat pergi sampai London, tapi apa boleh buat, holiday free, tadah aje. Only a bunch from the group yang ends at Paris, among which are Ron and Carol, Wayne and Peter, Marie, Herman and Bev…

Today is also the only day we get to sleep in. Hari lain semua by 8 dah siap dalam bas. Tapi husband pagi-pagi buta dah bangun, semangat nak turun jumpa Esther. Bukan apa, kena pergi bayar tip. Tip? Yup, tip. Dalam write-up daripada company tu dah siap tertulis mengenai Gratuity: If you are satisfied with the services of your travel director and driver, you are encouraged to pay them gratuity…bla…bla… Siap tulis harga lagi, sehari seorang kena bayar berapa. Kalikanlah dengan berapa hari trip tu. Memang semput kejap aku bila kira. Dalam Euro memangla nampak sikit, tapi bila kali dalam RM, telan air liur aku... Kalau ikutkan hati aku, aku tak nak bayar full. Bukan nak berkira, tapi mahal tu beb. Sama harga dengan sewa rumah aku sebulan dalam RM. Tip aje, kan? Gaji diorang mesti jalan jugak, kan? Huhuhu… Tapi husband insist on paying, and since it’s his money, I’ve got no more say. Plus, he is that kind of man yang takde tipu-tipu punya, and I love that quality in him…

Anyway, I slept in. He went down to see Esther dan dapatlah jumpa a few of our friends before they leave. Bila pikir balik later, menyesal pun ada tak turun sekali. At least dapat jumpa Celine, Lim, May Chow, Pei Yee dan Michelle. And maybe Kay and Tim.

We had a whole day of free time. Check out is at 12 but our flight is at 10.25 tonight at Charles De Gaulle airport. The transport that’s going to take us to airport is arranged to fetch us at 5pm.

Kami turun breakfast pukul 8, then masuk bilik and start packing. Try call Ron and Carol tapi no answer. Kami sepatutnya hang out together hari ni sebab kami akan ke airport sama-sama. A few times try tak dapat, kami turun check out pukul 11, hoping to run into them dekat bawah. Takde jugak. Figured they must have checked out early and went out, kami pun decide nak ke downtown Paris semula. Took the shuttle car to train station, took the train to Paris.

It was so disappointing to find out that most shops are closed on Sundays in Paris. So kami berjalan-jalan tanpa arah tuju. Hanya kedai-kedai di Champs Elysees aje yang bukak, dan kedai-kedai itu juga berada di luar kemampuan kami. Had lunch at the same Lebanese eatery we ate at yesterday. The weather was really cold today, mendung je, berangin. Nak ambik gambar pun dah takde mood. So in the end at 3 kami gerak balik hotel. Thankfully the whole group was there; Ron, Carol, Marie, Wayne and Peter.

Bersembang dekat lobby sampai dekat pukul 5, transport sampai so leave for airport. We got down at Terminal 1 and said goodbye to the rest. We still had 5 hours to go before flight time. Ish ish… menyangap! Dahla kedekut punya airport, Wi-Fi free untuk 15 minit pertama je. Lepas tu kena bayar.

Pergi semayang dulu dekat surau. Best tengok surau dia, sebab ramai orang. Ramai rupanya orang Perancis yang Muslim. Ramai yang berkulit hitam. Prayer room dia pulak dibahagikan kepada 3 bilik; untuk Kristian, Yahudi dan Muslim. Cool!

Aboard our plane at almost 10. It was raining heavily outside. Sesungguhnya aku sangat bersyukur sebab sepanjang perjalanan ni kami tak pernah tersekat dengan cuaca buruk. It did rain, but only on days we would be travelling on the bus. Esther sendiri gelarkan kumpulan tour kami “The Sunshine Group”. Amazing. Alhamdulillah.

Flight Qatar Airways QR0016 left CDG airport at 10.25pm. Great food again on board. Chicken breast in tomato sauce served with gnocchi and salad. Chocolate brownie as dessert. That’s my 1st gnocchi right there. Sedap! I could barely sleep again even though I was really tired. Felt really uncomfortable sebab the whole day dah berjalan, tak mandi, seluar dah ketat (ya, ya, saya gemuk dah!). Rimas!

Arrived in Doha at 5.50 waktu Doha. Cerah benderang dah. Macam 9 pagi. Cari surau qadha semua semayang yang terlepas smalam, then hang around menunggu connecting flight. Agak slow sikit pergerakan check-in ke penerbangan Qatar Airways QR0622.

When it was finally our turn, the lady keyed-in some details, looked at us, smiled and said, “I will upgrade you to Business Class.” What?! Kami katala, “No, we are on economy.” Dia jawab, “No, no. I upgrade you to business class.”Haa?! Sengih lebarla kami. Terima kasih banyak-banyak, kak! Just before we leave the counter dia cakap lagi, “Today is your lucky day!” Heheheh… It’s been a whole lot of lucky streak ma’am. It’s been a few lucky months, I’d say.

That's pretty much how our seats looked like. 
And I tell you, Business Class is AWESOME! I don’t think I can ever go back to economy! Kerusi dia terbaik! Boleh buat jadi katil. Peh! Siap ada gegar-gegar urut badan lagi. Meja dia ala-ala marble. TV skrin besar. Headset berkualiti tinggi. Dapat aksesori tidur; eyemask, ear plug and socks, lepas tu dapat pulak pajamas sepasang. Tak cukup tu, dapat vanity kit pulak. Lip balm, refreshing water and hand lotion berjenama Salvatore Ferragamo. Layanan pulak, wah! Tip top! Dapat hot towel, drinks are served in real water goblet. Yang macam kat hotel-hotel tu. Makan semua pun guna pinggan dan kutleri sebenar ya, bukan plastic. Siap ada menu lagi, boleh pilih nak makan apa. Breakfast aku makan roti-roti, fruit smoothie, fruit platter with honey yogurt, spinach frittata with steamed vege. Wah wah! Seluar makin ketat!

Lepas je makan terus tido, (sekaligus menyumbang kepada kegemukan lagi). 2 hours later baru bangun. The flight wasn’t so smooth. Throughout the way ada turbulence. But who cares when you’re in Business Class. Hahah. Makan 2nd round, macaroni and cheese pulak. Terbaiklah. Terbaik untuk tahap kalori badan yang bertambah. Hihih.

With all that luxury, penerbangan 6 jam lebih tu rasa macam singkat pulak. Arrived in KL at 8.50pm waktu tempatan.

I’ll have to say, the trip ended with a bang! Thank you Qatar Airways for upgrading us! I enjoyed every second of it!

Now I finally get to see my babies!!

Thursday, 14 June 2012

Eurotrip: Paris


Day 9

We’re in Paris today!

Stereotype, again. :P
Lepas breakfast, first activity is sightseeing. Yakni bermaksud melihat Paris dari dalam bas. Frust jugakla sikit sebab belum sempat guide habis cerita pasal satu bangunan, dah sampai satu lagi lokasi bersejarah. Macam rushed sikit. Dan sometimes kami sendiri tak sure which building are we supposed to look at. Tapi satu yang aku suka, local guide dia tu sangat best. Lawak-lawak sarkastik, dan dia ceritakan sejarah dengan cara yang bersahaja dan mudah so that semua orang boleh relate. Selamba je dia kutuk English people depan-depan Esther yang dah sah-sah British. 

Dia bagilah kami chance turun bas amik gambar depan Eiffel. Itu je yang penting pun.

From there, siapa yang bayar optional tour ke Versailles stay on the bus, while those who don’t turun di situ untuk free time in Paris. Kami bayar for optional tour, so off we go to Versailles.

Ia adalah sebuah istana yang dibina oleh King Louis XIV yang menjadi istana rasmi Perancis sehinggalah kebangkitan Revolusi Perancis yang telah mengakibatkan Louis XVI dan Marie-Antoinette dihukum bunuh sekaligus membawa kepada berakhirnya legasi King Louis.

Strolling the garden in Versailles
The palace was huge, so was the garden and the history behind the whole place. But what struck me the most was the side most often overlooked by public. As usual, otak aku yang complicated ni suka nampak benda-benda di sebalik tabir. This time my mind centered on the queens of France. I mean, sejak kecik kita disogok dengan Disney cartoons and what’s it like to be a princess, to marry a prince, and to be a queen. All nice and glossy and sparkly and pretty.

But in reality, kehidupan diorang sungguh dreadful! Firstly, perkahwinan adalah satu kontrak pelebaran kuasa dan membina alliance sesame negara. There’s no such thing as marrying the person you love (unless you fall in love with person you marry. In which case, you are lucky.) Kedua, kau tak ada sebarang kuasa selain to sit there and look pretty. And you literally have to sit there because you can’t bear to stand so long, much less to walk around when you’re wearing a dress weighing 25kg. The whole country looks at you all day long, memerhatikan setiap gerak-geri dan bahasa badan, obviously sambil mengkritik dan mencari flaws. The minute you get married, the whole country waits for you to get pregnant as you are responsible to produce an heir to the throne. Imagine the pressure! If you produce female heirs (totally useless) or worse still, you can’t get pregnant at all, chances are high that your husband would go find a mistress. And well, the truth is, whether or not you produce an heir, your husband would still have mistresses anyway. He’s the king.

I was affected by that. Such injustice.

And then there was Marie Antoinette. Nama dia sering disebut-sebut sejak kami berada di Switzerland lagi (remember the lion statue?) Husband pun ada tanya, kenapa Marie Antoinette tu famous? Aku tak dapat jawab sebab I was never a history buff. Anyway, kini aku tahu dan aku ingin berkongsi.

The portrait of Marie Antoinette and her kids 
She was the wife of Louis the XVI. Guide tu cerita-ceritala pasal dia, kami masuk bilik dia, tengok pilihan hiasan bilik dia, diberitahu yang dia digelar Queen of Flowers. Fine. But one thing caught my eye. Gambar dia ni. 

Kata guide tu, dalam banyak-banyak queen, dia seorang yang insist nak dipotretkan bersama anak-anak dia. Dalam gambar tu ada 3 orang budak. Yang perempuan berada paling hampir dengan dia. Itu anak sulung dia, dan sangat rapat dengan dia. Yang kedua ialah anak lelaki, yang merupakan heir to the throne serta di ribanya seorang budak lelaki kecil, iaitu anak ketiga dia. Dekat belakang tu ada satu katil baby yang kosong. Rupanya dia ada satu lagi anak kecil, anak bongsu perempuan, yang meninggal sebelum lukisan tu sempat siap. Tak lama lepas tu anak lelaki dia (heir) pun meninggal. Tinggal dua anak dia. Bila Marie Antoinette dan King Louis XVI mati dibunuh semasa Revolusi Perancis, anak ketiga dia yang lelaki tu berumur 9 tahun. Sebab rakyat France takut dia bangkit membawa system beraja kembali, dia dimasukkan ke penjara. Dua tahun lepas tu dia meninggal. Tinggallah anak sulung yang perempuan, yang dianggap tiada threat kepada negara tetapi masih ada value. Jadi dia dihantar ke Austria (tempat lahir mak dia) sebagai pertukaran kepada tawanan-tawanan Perancis di sana. Sebak sungguh aku dengar kisah tu. Sungguh. Bergenang-genang air mata aku.

Bayangkan perasaan ibu yang kematian anak-anak. Bayangkan perasaan anak-anak yang ibu bapanya mati dibunuh. Bayangkan perasaan anak kecil yang dipenjara. Bayangkan perasaan seorang anak yang sebatang kara, kehilangan semua ahli keluarganya dan dihantar ke negara lain. I can’t bear it…

Ehem…

Eh, meleret-leret pulak kali ni.

Well, lepas ke Versailles tu kami dihantar balik ke Paris. We did our own thing sampai petang. Ate at a delicious Lebanese eatery yang menjual galettes; macam kebabla jugak sikit. Eh, sedap btul! Beli 1 galette with shredded chicken and 1 galette with minced meat. Masing terngiang-ngiang di lidahku!

Belila souvenir-souvenir sikit. Kedai berjenama yang kami masuk hanyalah Marks & Spencer. Ada 1 couple approach kami mintak tolong masuk LV belikan barang untuk diorang sebab katanya setiap customer ada limit berapa item yang boleh beli dan diorang dah exceed limit. Mintak maaflah ye, tak dapat tolong. Orang yang beratur kat luar LV panjang berjela. Entah apa yang digilakan. Aku tengok tak lawa pun. Semua corak sama, pattern macam makcik-makcik. Oopps. Personal opinion aje. No offence. J

Jauh kami berjalan kaki pusing Paris tanpa arah tuju. Baca peta pun tak berapa paham. So jadikan Arc de Triomphe serta Champs Elysees sebagai landmark dan berjalan ajelah. Dekat pukul 5 baru gerak balik naik Tram. Sesat sebentar sebab instead of turun kat station La Defense Grand Arche, kami turun di Esplanade de La Defense. Rugi lagi €3.40. Sampai di station yang betul, tunggu free shuttle car dari hotel, balik. Terus bertapa dalam bilik, dah malas nak keluar. Enough excitement for one day.



Malam makan Maggi aje. Hehe.

Wednesday, 13 June 2012

Eurotrip: Journey to Paris


Day 8

We leave Lucerne today. And aren’t we glad we did, because it rained! Can you imagine just how freezing it would be like to go up the mountain today?!

Our journey of 11 days, marked.
And it’s a long, long drive, only stopping a few times at rest areas to go to toilet and have lunch. Most of the time duduk jela, melengung dalam bas. Tidur-tidur sikit, tengok pemandangan, baca buku…

Throughout the journey lancar je, but as soon as we reach Paris, which was at about 4.30pm, we got stuck in traffic jam. Ugh! Sampai Hotel Mercure La Defense 5 at 5.30. Kami boleh terus settle for the night sebab kami tak pilih untuk pergi River Seine Cruise tu. We were tired anyway.

The room this time was… well, just okay. Small. Very small. Barely had any place to put our bags and untuk semayang. Toilet pun basic. Thankfully ada unlimited wi-fi, although if you really think about it, it’s not entirely unlimited since they limit you from using any VoIP. Tak dapatla nak ber-skype dengan anak-anak.

Rest for about an hour, and then we went out to find dinner. Satu good thing pasal hotel ni ialah it’s situated in a business area, so we can find all kinds of food around the area. You name it, Chinese, Thai, Japanese, Italian… and we found a Turkish restaurant, Halal. Alhamdulillah. Orderla kebab segala. Tapi malangnya aku tak enjoy sangat sebab ayam dia bukan entirely chicken breast, dan aku hanya boleh telan chicken breast. Any other chicken part makes me wanna puke. Sorry!

Settled for the night at around 10.30. Husband bengang sebab takde channel yang show Euro. Huhuhu.

So we are finally in the last city of our trip. I can’t believe how fast the time flies; it’s almost dreamlike. I’m now nervous about going back. Aku tau betapa senang dan selesanya the kids have settled into a routine with our parents back in Malaysia, and how everything is so exciting as they get to rotate between both homes every other day. Aku tahu Layla akan sangat-sangat bising tak nak ikut kami balik Mutiara nanti, sebab it’ll all be boring. She’ll be stuck all day with just mama and adik. Mama selalu marah-marah. Tak ada orang nak layan dia main non-stop. Ah… Nervousnya aku!

Adik pulak have grown so comfortable. I heard he’s only been waking up once for milk every night. He’s been sleeping in aircond. Alamak! Risaunya! Kalau dia dah tak selesa tidur kat our house camane? Kalau aku dah tak larat nak dukung anak sendiri camane? Tengok dalam gambar, Ilhan macam dah membesar dengan jaya je! Ahahah…

And myself? I’m not even back home and I’m already suffering from post-holiday syndrome. I’m gonna miss my uninterrupted sleep, life of leisure and fun. Hahaha. Lama beb aku meninggalkan kerja-kerja memasak, mengemas, membasuh pinggan, menyidai dan melipat baju, membasuh berak anak, memandikan anak, membuat susu anak. Ho! Ho! Ho!

 Bila belek balik gambar-gambar trip ni, macam aku dengan husband pergi berdua je pulak. Berapa kerat je gambar kitorg dengan trip members yang lain. Katak bawah tempurung sungguh! Hahah. Tapi aku friendly la dengan diorang. Tak ambik gambar sama-sama je…

Tuesday, 12 June 2012

Eurotrip: Lucerne-Mount Pilatus


Day 7

The view from right outside our hotel
Breakfast as usual and ready to board the bus by 7.45. First activity for today is menaiki bot ke sekitar Tasik Lucerne (The Lake of Four Forests). Sejuk gedi! Hari ni barulah berbungkus sakan. Jaketnya, pashmina lagi. Wah, winter abislah kengkonon. Viewnya, Masya-Allah! Cuaca perfect, pemandangan sangat cantik. The whole boat ride was an hour, dan kami turun di kaki Mount Pilatus, where we next rode the cog-wheel train up the mountain. Memang hebatlah train tu sebab gunung tu curam sungguh, steady je dia naik. It’s something like Bukit Bendera, but way, way higher. How high? Well, when we almost reached the peak, kami mula jumpa salji di situ. That’s how high and how cold it was. Tapi amazingly, gunung tu jugak menjadi training spot untuk orang yang nak naik pergunungan Himalaya. Punyela ramai kami jumpa orang yang mendaki gunung tu. Fuh! Respect!
The view from the cog-wheel train

Ish, cantik sungguhlah kat atas tu. I mean, words can only describe so much, and I am not overly articulate anyway. Apa yang boleh aku katakan ialah beautiful, amazing, breathtaking, awesome, dan perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya. Especially since kami sungguh beruntung sebab cuaca clear aje sepanjang dekat sana. Esther sendiri cakap that is quite unusual for Switzerland. Aren’t we a lucky lot?

Puas amik gambar, minum dan makan sikit dekat kafe dia: sepinggan baked baby potatoes dengan secawan hot chocolate. Nyaman sekali! Then, at 10.55 semua naik cable car untuk turun ke bawah. So kami dapat experience both; cog-wheel train and the cable car. Duduk satu cable car dengan Kay and Tim.

The view from the top of Mount Pilatus
The bus then sends the rest of us yang tak join folklore lunch (optional excursion) ke bandar Lucerne. Kami hanya akan dijemput balik pada jam 5 petang. Ada 5 jam lagi tu masa tu. First sekali masuk Bucherer dulu sebab kami semua diberi voucher untuk redeem sudu percuma sorang satu. Sempatla tengok barang-barang yang diorang jual – barang-barang yang menjadi trademark Switzerland; jam, Swiss knife, jewelries. Orang semua kata murah ek? Aku tengok hampir muntah darah di situ. Ada satu jam on display tu, harganya Chf125,000, bersamaan lebih kurang RM375,000. Dapat sebijik rumah nok!

Lepas tu round bandar Lucerne. Cam biasalah, mencari makanan adalah satu aktiviti yang stressful kepada kami berdua. Penat berjalan, lepak tepi tasik makan biskut. Hilang penat, berjalan balik. Kami decide untuk pergi train station sebab kalau ikut teori train station tu tempat tumpuan ramai orang dan biasanya daripada golongan kelas pertengahan dan bawah. Aku bajet adalah makanan murah, dan mungkin juga makanan berbilang bangsa. Kali ini instinct kami tepat. Food ada, walaupun makanan Italy dan hanya untuk take-away, tapi price okay. Supermarket pun ada so stock up on bread and butter for later.

Pergi tepi tasik untuk menikmati makanan kami: Spinach and ricotta ravioli in tomato and basil sauce serta suku potong pizza. Dap! First time ni aku makan ravioli. Hilang kempunan.

Off topic sikit: Serious, aku yakin yang aku dah gemuk sejak start trip ni. seluar aku ketat wehhh. Tang perut! Hadoiyai! Dahla dah hitam, gemuk pulak. Sadis!

Anyway, lepak tengok orang lalu-lalang sampai bosan, pergi jalan-jalan cari souvenir. Belila coklat dalam 15 bar. Oh, dan aku juga dapat membeli cow bells macam yang Raj letak kat lembu sebelum keluar lagu Tujhe Dekha… dalam citer Dilwale. Boleh? Ahahhaha… Kecik je aku beli. 1 for me and 1 for Kak Milah, sebab hanya kami berdua je yang faham simboliknya. Dan, still slightly related to that, dekat sini ramainyalaaaa Indians! Sungguh, aku rasa filem Bollywoodlah penyumbang kepada hakikat tersebut, sebab sejak zaman-berzaman diorang suka shooting kat Switzerland. Kalau bukan whole movie pun, satu lagu mesti ada jugak. Aku hoping jugak jumpa pelakon Bollywood, tapi no luck. Ahahah.

Beli aiskrim seround sementara menunggu pukul 5. Tepat pukul 5 balik bilik. Husband kata nak tidur kejap, pastu baru nak keluar picnic tepi tasik, makan roti. Tapi belum sempat apa dah hujan lebat. Angin punyalah kuat, sungguh menakutkan. So we stayed in the room till morning; packing and all. Leaving Switzerland tomorrow.

Tau tak apa yang aku rasa since coming on this trip? Aku rasa nak cari balik SEMUAAA movie yang pernah aku tengok yang melibatkan SEMUAAA tempat-tempat yang aku dah pergi ni, dan do a movie marathon. Maybe I should get my sister to help with that. Heheheheheheheheh…