Layla is turning 3 in about a
month, and I’m planning a party for her.
Dan betapa ia sungguh memeningkan
kepala.
Truthfully, aku adalah
jenis-jenis mak yang tak berapa over-acting sangat pasal birthdays ni. Walaupun
memang ada celebrate birthday anak-anak sejak umur diorang setahun, aku tak pernahla
buat party besar-besaran. Sekadar buat kat rumah, ajak family and friends yang
paling rapat sahaja. Birthday Ilhan hari tu nampak macam besarla sikit,
berkhemah-khemah bagai, sebab aku tumpang potong kek pada majlis bertunang adik
iparku, Ijah. Hehehe…
Bagi aku there’s no point buat
party hebat-hebat sedangkan anak tu belum paham apa-apa. Macam Ilhan hari tu,
terpinga-pinga je. Kakak dia yang lebih.
Sebab tu kali ni, party ni aku
rasakan penting, untuk Layla dan juga aku. Untuk dia sebab dia dah paham apa
itu ‘birthday party’, serta apa yang patut berlaku dalam sesebuah birthday
party. Untuk aku sebab aku rasa bersalah dan kesian dekat dia kalau aku tak
buat party untuk dia di kala dia sudah faham apa itu birthday party. Tengok gaya
dia masa party Ilhan hari tu je cukupla. Orang nyanyi happy birthday untuk adik,
dia yang tersipu-sipu…
So anyway, planning a party with
limited (monetary) resources is another challenge altogether.
My first choice is an outdoor party,
tapi weather unpredictability membuatkan aku dengan berat hatinya terpaksa
melupakan idea itu. Kalau tidak, memang senang sangat, depan rumah Mama dah
sah-sah ada padang permainan. Tasik Kiara
pun ada.
So now I have to resort to other
(more expensive) plans. Expensive? Yes, indoor children’s parties are
expensive!! Antara calon-calonnya ialah birthday party packages dekat fast food
outlets seperti KFC, McD dan sebagainya, atau party di indoor playgrounds untuk
kanak-kanak seperti YuKids, Kidzania dan sebagainya. Botaklah bapak kau,
anakku.
Aku bukannya tak consider nak
buat party kat rumah, tapi ruang takde. Jemputan dalam 50 orang, kat mana aku
nak sumbat? Takkan nak sewa khemah? Pastu aku malas nak handle sendiri party
games untuk budak-budak. Dah kena upah clown ke, magician ke, tukang bentuk
belon ke pulak… Ish ish. Ini baru birthday party ke-3. Belum kenduri kahwin
dia.
Di kala-kala beginilah aku selalu
terfikir, kalau aku ada income tetap sendiri kan bagus. At least untuk
benda-benda remeh, yang tak penting tapi masih tergedik-gedik nak buat ni, aku
boleh guna duit sendiri. Tak payah menyusahkan suami. Sebab apa, mengikut nafsu
keibuan aku ni, macam-macam aku dah berangan. Kalau boleh sewa stadium, Stadium
Bukit Jalil aku sewa bagi diorang berparti puas-puas.
Macam mana nak plan ni? Party
yang happening untuk 50 orang tetamu tapi di bawah RM500? Termasuk hiburan
untuk kanak-kanak ya. Kalau untuk orang dewasa je, RM500 tu kacang goreng je. Hiburan untuk kanak-kanak tu
ialah keyword yang menyekat kepala aku sekarang ni.
Semoga datanglah ilham kepadaku
secepat mungkin. Atau, lagi best, datanglah duit yang banyak kepadaku. Amin.
No comments:
Post a Comment