Day 7
The view from right outside our hotel |
Breakfast as usual and ready to
board the bus by 7.45. First activity for today is menaiki bot ke sekitar Tasik
Lucerne (The Lake of Four Forests). Sejuk gedi! Hari ni barulah berbungkus
sakan. Jaketnya, pashmina lagi. Wah, winter abislah kengkonon. Viewnya,
Masya-Allah! Cuaca perfect, pemandangan sangat cantik. The whole boat ride was
an hour, dan kami turun di kaki Mount Pilatus, where we next rode the cog-wheel
train up the mountain. Memang hebatlah train tu sebab gunung tu curam sungguh,
steady je dia naik. It’s something like Bukit Bendera, but way, way higher. How
high? Well, when we almost reached the peak, kami mula jumpa salji di situ.
That’s how high and how cold it was. Tapi amazingly, gunung tu jugak menjadi
training spot untuk orang yang nak naik pergunungan Himalaya. Punyela ramai
kami jumpa orang yang mendaki gunung tu. Fuh! Respect!
The view from the cog-wheel train |
Ish, cantik sungguhlah kat atas
tu. I mean, words can only describe so much, and I am not overly articulate
anyway. Apa yang boleh aku katakan ialah beautiful, amazing, breathtaking,
awesome, dan perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya. Especially since kami
sungguh beruntung sebab cuaca clear aje sepanjang dekat sana. Esther sendiri
cakap that is quite unusual for Switzerland. Aren’t we a lucky lot?
Puas amik gambar, minum dan makan
sikit dekat kafe dia: sepinggan baked baby potatoes dengan secawan hot
chocolate. Nyaman sekali! Then, at 10.55 semua naik cable car untuk turun ke
bawah. So kami dapat experience both; cog-wheel train and the cable car. Duduk satu
cable car dengan Kay and Tim.
The view from the top of Mount Pilatus |
The bus then sends the rest of us
yang tak join folklore lunch (optional excursion) ke bandar Lucerne. Kami hanya
akan dijemput balik pada jam 5 petang. Ada 5 jam lagi tu masa tu. First sekali
masuk Bucherer dulu sebab kami semua diberi voucher untuk redeem sudu percuma
sorang satu. Sempatla tengok barang-barang yang diorang jual – barang-barang
yang menjadi trademark Switzerland; jam, Swiss knife, jewelries. Orang semua
kata murah ek? Aku tengok hampir muntah darah di situ. Ada satu jam on display
tu, harganya Chf125,000, bersamaan lebih kurang RM375,000. Dapat sebijik rumah
nok!
Lepas tu round bandar Lucerne.
Cam biasalah, mencari makanan adalah satu aktiviti yang stressful kepada kami
berdua. Penat berjalan, lepak tepi tasik makan biskut. Hilang penat, berjalan
balik. Kami decide untuk pergi train station sebab kalau ikut teori train
station tu tempat tumpuan ramai orang dan biasanya daripada golongan kelas
pertengahan dan bawah. Aku bajet adalah makanan murah, dan mungkin juga makanan
berbilang bangsa. Kali ini instinct kami tepat. Food ada, walaupun makanan
Italy dan hanya untuk take-away, tapi price okay. Supermarket pun ada so stock
up on bread and butter for later.
Pergi tepi tasik untuk menikmati
makanan kami: Spinach and ricotta ravioli in tomato and basil sauce serta suku
potong pizza. Dap! First time ni aku makan ravioli. Hilang kempunan.
Off topic sikit: Serious, aku
yakin yang aku dah gemuk sejak start trip ni. seluar aku ketat wehhh. Tang
perut! Hadoiyai! Dahla dah hitam, gemuk pulak. Sadis!
Anyway, lepak tengok orang
lalu-lalang sampai bosan, pergi jalan-jalan cari souvenir. Belila coklat dalam
15 bar. Oh, dan aku juga dapat membeli cow bells macam yang Raj letak kat lembu
sebelum keluar lagu Tujhe Dekha… dalam citer Dilwale. Boleh? Ahahhaha… Kecik je
aku beli. 1 for me and 1 for Kak Milah, sebab hanya kami berdua je yang faham
simboliknya. Dan, still slightly related to that, dekat sini ramainyalaaaa
Indians! Sungguh, aku rasa filem Bollywoodlah penyumbang kepada hakikat
tersebut, sebab sejak zaman-berzaman diorang suka shooting kat Switzerland.
Kalau bukan whole movie pun, satu lagu mesti ada jugak. Aku hoping jugak jumpa
pelakon Bollywood, tapi no luck. Ahahah.
Tau tak apa yang aku rasa since
coming on this trip? Aku rasa nak cari balik SEMUAAA movie yang pernah aku
tengok yang melibatkan SEMUAAA tempat-tempat yang aku dah pergi ni, dan do a
movie marathon. Maybe I should get my sister to help with that.
Heheheheheheheheh…
sister can help, mother have to help with babysitting also. ngeheheheh
ReplyDeletebabysit who? I'm back oredi lorr
Delete