Day 6
We leave Venice, and Italy,
today.
Ada surat! |
First stop, at around 9.30, was
in Verona. Ini ialah lokasi rumah Juliet Capulet, heroin cerita Romeo and
Juliet tu. Kami dibawa melawat balcony bilik dia, tempat di mana Romeo telah
panjat untuk ayat si Juliet ni. Tengok dari bawah je. Nak masuk dalam kena
bayar. Siapa yang pernah tengok cerita Letters to Juliet, diberitahu di sini
bahawa memang ada surat-surat yang orang selit dalam dinding dekat situ. Tapi
satu lagi realiti yang tak ditonjolkan dalam filem tersebut ialah
dinding-dinding dekat situ habis diconteng oleh para jiwang karat dari seluruh
dunia. Semua nak immortalize nama diorang dan pasangan dekat situ. Yang aku tak
paham tu, kenapa Romeo and Juliet dijadikan simbol cinta sejati? Semua orang
tak tahu ke yang sebelum sempat apa-apa Romeo dan Juliet tu dah mati
bodoh-bodoh je? Hahah.
Strolling in Verona |
The journey continues and we stop
at a rest area after passing Milan untuk lunch. Beli pasta tomato sauce dan
seafood risotto. Then the journey continues again, and at around 3 kami melintasi
sempadan Italy memasuki Switzerland. Serta-merta pemandangannya bertukar.
Subhanallah, cantiknya. Gunung, sungai, tasik. Jalan raya dia sendiri kurang
sibuk dan ada banyak terowong. Kami turut melalui terowong San Gotthard yang
terpanjang di… errr… Eropah? Dunia? Alamak, I wasn’t paying attention to
Esther. Anyway, it was 17km long. Dahla satu lane aje each direction. Aku
terfikir, kalau jadi apa-apa dalam tu macam mana? Elok je keluar dari terowong
tu baru Esther cakap, “I didn’t want to say this earlier but a few years ago a
truck caught fire in the tunnel. Quite a few people died from inhaling the
fumes.” Ya, baiklah. Huhuhu.
Pagi tadi masa terserempak dengan
Esther kami tanya dia, how long is the journey today. Dia kata, “We would reach
Lucerne at about 4.35.” Wah, sangat precise. True enough, when the first of
Lake Lucerne came into sight, it was 4.25pm. That’s pretty accurate to me.
Masuk ke town untuk ambil gambar dekat lion statue yang menjadi symbol dan
penghormatan kepada askar-askar Swiss yang tewas dalam mempertahankan Marie
Antoinette. After that straight to Postillion Hotel.
Okay, when it comes to this
hotel, aku sedikit disappointed. I mean, I know the location is superb. It is
right by Lake Lucerne, and the view is amazing. Tapi berbanding 2 hotel yang
sebelum ni; Novotel dan Antony Palace, yang ni kekuranganla. Where do I begin?
Tak ada jag, naturally. Tak ada bath tub. Tak ada karpet (which I find totally
unacceptable memandangkan kawasan ni sejuk giler). Tak ada wi-fi. Tak ada extra
pillow. But, okay, I’m gonna stop complaining now.
Special meal request |
Dinner at 6.15. Again, everyone
was served pork so kami dapat fish. Sekali lagi makan semeja dengan pork. Well,
just play it cool. I mean, kalau nak berkira sangat, jangan travel ke negara
oranglah kan? We do our best to follow our religion, which is why kami buat
special request kepada Esther, “No pork, alcohol, meat and poultry”. Other than
that, everything is no longer within our control. Kalau nak yakin bersih,
kenalah bawah periuk belanga pinggan mangkuk sudu garfu dari rumah sendiri.
Duduk semeja dengan father and
daughter, Deb and Herman, from Tasmania. Like many of our groupmates we spoke
to, diorang pun akan continue holiday untuk 2 minggu lagi – ke Holland. Seronok
dengar. Macam masa sembang dengan Wayne and Peter, father and son, hari tu.
Diorang akan continue lagi 2 minggu travel all over France and then to Turkey I
think. Diorang boleh cuti lama sebab in Australia, if you have stayed in 1
company for more than 10 years, you get long service leave, which is for 3
months. You get to use up the 3 months as you please throughout your service
there, dan itu tak termasuk dengan annual leave selama sebulan. Kenyang nok;
pegi holiday, gaji jalan.
No comments:
Post a Comment