India Day 10
23rd February 2015
Last day in India. Flight kami
jam 12.55 tengah hari nanti, jadi takdelah rushing sangat pagi ni. Bangun macam
biasa, mengemas, santai-santai aje tengok TV. Sampai dalam pukul 8.45 tu kami
naik breakfast di atas. Asyik makan kat restoran hotel je kami ni kan? Bukan
pasal adventure ke tak adventure, tapi kalau dah masakan dia kena dengan tekak
dan perut kami, aku malas nak fikir banyak-banyak. Hari ni pun kami pekena
poori lagi, dengan cheese omelette.
Selesai makan, terus angkut beg
dan check out. Sebak-sebak rasa nak tinggal. Aku suka layanan yang kami terima
dekat hotel ni. Semua orang murah senyuman, semua orang cakap baik-baik dengan
aku, makan sedap. Diorang jaga beg kami dengan baik sepanjang seminggu kami
tinggalkan beg di sini, kami minta printkan flight tiket semalam pun kami tak
kena charge apa-apa. In fact, wifi yang ditulis kata kena charge Rs2 per device
tu pun langsung tak pernah kena charge. Kami ni kalau sekali ambil, sampai 3
password. Rata-rata, walaupun hotel ni hotel backpackers di kawasan
backpackers, aku sangat selesa. Alhamdulillah. Aku recommend ni ya; Hotel Stay
Well Dx. Kalau duduk sini, cuba ‘butter chicken’ dia. Tapi sebutlah dulu kata
nak ayam halal. Rasanya bila kita minta baru dia sediakan.
Anyway… Keluar hotel aje, kami
decide untuk naik auto ke airport. Sebab malas nak berjalan sampai ke train
station untuk ambil prepaid taxi. Kalau hotel yang aturkan, setahu aku dia
charge Rs800. Naik auto ni, pakcik tu quote harga Rs250. Kami terus setuju aje.
Aku terus sebut juga dekat pakcik tu, “Raste mein kisi mithai ka dukhaan hai?
Agar haan to please stop karo.” Yakni, aku minta dia singgah dekat mana-mana
kedai manisan kalau jumpa on the way. Dia kata ok. So kami teruskan perjalanan.
Uncle tu berhenti di satu kedai
dalam 5 minit perjalanan dari hotel tadi. Rambang mata kejap aku. Tanya dekat
orang kedai, boleh buat 1 box campur-campur tak. Dia kata boleh, harga pun
reasonable – Rs340 per box. So I decided to make 2 boxes, satu lagi untuk
husband bawa ke office. Husband stay dekat auto je, sebab barang banyak nak
diangkut.
Perjalanan diteruskan ke airport.
Uncle auto tegur pasal aku boleh berbahasa Hindi. “Yeh to bahut khushi ki baat
hai.” Dia kata dia sangat berbesar hati orang asing reti bahasa dia.
Sengih-sengih je aku.
Jalan agak sesak ke airport tu. Naik auto bolehlah menyelit-nyelit.
Nyaris-nyaris juga tersodok bontot bas. Selamat panjang umur. Kalau tak,
keluarlah berita, “2 Orang Rakyat Malaysia maut kemalangan di New Delhi.”
Wuwuwu..
Bila nak dekat sampai airport tu,
kami dihentikan di stesen feeder bus. Rupanya auto tak boleh masuk sampai
dalam. Dia boleh hantar kat luar tu je. So kena tunggu feeder bus pulak, tapi
free je. Panas bontot juga aku kejap, takut lambat. Masa tu dah 10.30.
Security di Indira Gandhi
International Airport ni agak ketat. Nak masuk ke dalam pintu masuk airport tu
sendiri pun dah kena beratur check tiket dan passport. Takde maknanyalah korang
nak saja-saja pergi bersiar-siar shopping bagai kat situ macam dekat KLIA tu. Dah
masuk, pergi kaunter MAS untuk check in bag. Lepas tu barulah cabarannya
bermula.
Mula-mula beratur untuk kaunter
imigresen. Dahla kaunter tak banyak yang buka, service lambat pulak tu. Lepas
tu orang diorang amboi, sesedap rasa dok potong queue. Aku tak paham betul bab
ni. Yang datang kumpulan besar-besar tu, diorang rasa diorang fully entitled
untuk menyelit masuk join ahli keluarga diorang yang dah berada di depan. Panas
betul hati aku!
Selesai dekat imigresen, beratur
untuk scan beg pulak. Lagi sekali, sungguh takde system. Sesiapa je boleh
menyelit dan potong line bila-bila masa diorang nak. Aku setel cepat sebab line
perempuan tak ramai. Husband la yang tersangkut lama, sebab orang asyik potong
depan dia. By then dah pukul 12. Aku dok pikir, kalau ada lagi satu check point
kat dalam tu, memang setella kami tertinggal flight. Nasib baik takde. Kami board
plane pukul 12.35, plane gerak on time. Plane sampai di KLIA awal setengah jam.
Tapi airport macam tak prepare, jadi kami duduk dalam plane menunggu parking
dekat setengah jam. Maka dengan itu berakhirlah pengembaraan kali ni.
Jujur aku katakan, aku sebak
betul nak tinggalkan India. Aku tak expect akan rasa feelings ni. Pergi Korea,
pergi Europe, pergi Australia, pergi England, bila nak balik rasa biasa je.
Pergi India ni, entahlah.. Apa yang special? Aku tak dapat nak explain. Kotor,
kena tipu, serabut. Tapi hati aku tersangkut. Sebelum pergi aku siap cakap
dekat husband, tak mustahil lepas balik ni aku akan berhenti gilakan Bollywood
sebab serik dengan India. But I needed to go at least once, sebab tak masuk
akal kalau aku tak jejak kaki aku sekali ke negara tu. And true enough, hati
aku memang dekat dengan culture diorang. Kalau bukan sebab janjinya tinggal
anak setahun sekali je, mungkin sebulan dua lagi aku pergi lagi sekali. Terlalu
banyak lagi tempat yang aku nak tengok dekat sana.
Masa kami bincang nak pergi
India, terlalu banyak pihak yang bagi pendapat negatif. “Jangan pergi, bahaya
sangat.” “Kalau nak pergi, guna agensi, lebih selamat.” “Jangan pergi berdua,
senang kena tipu.” “Tak payahlah, takde apa yang menarik pun. Teramat kotor.” “Bawa
air mineral banyak-banyak. Air dia sangat kotor. Nanti sakit perut.” Dan macam-macam
lagi. In fact, takde satu pun orang yang kami tanya yang bagi positive
feedback. Tapi aku degil, dan aku beruntung sebab dapat husband yang amat
supportive. And I’m so, so glad we did it. I can safely say that it’s one of
the most wonderful experiences of my life. Yang paling ketara bagi aku ialah, I
gained so much more confidence with myself. Selama ni aku memang totally
dependant kat husband, dan susah nak buat apa-apa sendiri. Tapi bila sampai
sana, sepanjang 11 hari tu boleh dikatakan aku kena uruskan semua, especially
bila nak kena communicate dengan locals. And suddenly I feel like someone new. Alhamdulillah…
Tipulah kalau kata kami tak
takut. Sejak beberapa minggu sebelum pergi, aku dan husband akan buat solat
hajat lepas Maghrib untuk doakan keselamatan dan kelancaran perjalanan kali ni.
Sepanjang dekat sana, setiap hari sebelum keluar hotel untuk mulakan hari kami,
kami baca doa dulu apa yang patut. Alhamdulillah, semua selamat. Kena tipu
sikit-sikit tu perkara biasa. Yang penting tak ada apa-apa yang membahayakan
nyawa, dan kami langsung tak sakit perut seperti yang digembar-gemburkan. Banyak
je belasah makanan tepi jalan, beli chai segala.
Kesimpulannya, just live your
dream. Kalau ada risiko bahaya, buatlah segala persiapan yang sepatutnya, tapi
jangan jadikan bahaya tu penghalang. Ajal maut di tangan tuhan, kan?
P/s: aku akan sambung entry akan
datang dengan some tips tentang nak pergi India. Sebab ada benda-benda diorang
yang tersangat complicated – contohnya pembelian tiket kereta api. I will try
to update the soonest possible.
Assalamualaikum
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian blog ni. Gembira sangat bila baca setiap entri India. InsyaAllah saya akan ke India bulan 8 ni, harap2 perjalanan dimudahkan. Banyak yang saya belajar daripada blog puan. Saya faham sangat perasaan puan tentang rasa sedih nak tinggalkan India. Sebab saya pun rasa benda yang sama semasa saya pergi ke Korea Selatan. Apabila kita boleh bertutur dalam bahasa masyarakat tempatan, kita akan lebih mendalami budaya mereka. Dan perkara itu membuatkan hati kita lebih sayu bila nak meninggalkan satu-satu tempat tu. Doakan perjalanan saya selamat ya. Terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini.