Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan ini, maka bermulalah satu lagi episode kembara aku
dan suami. Kali ini destinasi kami ialah ke India.
Perancangan kami dibuat dah lama, mungkin lebih 9 bulan
lepas. Dan kami akhirnya finalize perancangan pada Disember tahun lepas. Yalah,
maksudnya proposal meninggalkan anak-anak telah diluluskan oleh pihak berkuasa
tempatan, yakni mak aku dan mak mertua aku. Hahah.
Disebabkan tak kuasa nak bayar dekat travel agent, kami
decide untuk buat trip backpackers. Jadinya semua perancangan dibuat sendiri,
termasuklah beli tiket train. Mencabar, memang mencabar. Lebih-lebih lagi
dengan macam-macam peraturan yang dikenakan dari pihak kerajaan/syarikat di
India. Aku akan share semua insyallah, bila dah selesai nanti.
13 Februari 2015
Flight MAS MH190 ke New Delhi
dijadualkan pada pukul 6.50 petang, jadi aku dan suami gerak ke KL Sentral
pukul 3.30 petang. Abah aku hantar. Dari KL Sentral kami naik KLIA Express ke
airport. Senang sikit, tak payah kacau orang, tak sangkut jam.
Memandangkan flight semua kami
dah check-in online, kami cuma beratur untuk drop baggage. Lepas tu makan-makan
sikit, solat, dan masuk ke flight. Semua lancar, Alhamdulillah. Flight bertolak
dalam 10 minit lewat. Biasalah tu.
Terbang je, aku terus pasang
cerita Hindustan, 2 States. Habis tu dah takde hati nak tengok apa-apa. Tapi
mata pun tak mau pejam. So termenunglah lagi 3 jam lebih. Boleh tahan jugak
turbulence atas kapal terbang tu. Kecut juga perut aku, apatah lagi sekarang
ni, selang dua tiga hari je dok dengar flight kerosakan teknikal la, berpatah
balik la, mendarat cemas la, terhempas la, ditembak jatuh la, hilang la. Hoi!
Tak kelakar!
Makanan atas flight, terus-terang
aku katakan, aku frust la sikit. Biasa naik Qatar, Emirates, aku kenyang beb!
Lazat dan menyelerakan. Tapi semalam, mungkin sebab ke India, dan majority
penumpangnya memang warga India, kami dapat nasi putih dengan lauk apa pun tak
tau. Tahu dahla kan, aku dengan nasi lauk-lauk ni memang tak serasi sangat. So
aku tak makan.
Kalau nak dengar cerita kelakar,
mai aku share sikit. Tengah dok termenung atas kapal tu, takde apa nak buat.
Entah apa yang aku flashback pun aku tak tau, tiba-tiba aku teringat. Ya Allah,
Ya Rabbi. Aku terlupa packing baju tidur! Sumpah aku lupa! Semua lain ada. Baju
jalan, tudung, kasut 2 pasang, benda tak penting macam buku cerita semua aku
angkut. Baju tidur aku lupa packing. Padahal dalam dok sembang dengan husband
semalam dia tanya aku berapa pasang nak bawak, aku dengan yakin bagi jawapan;
2. Dan sekarang baru aku terperasan yang everytime aku ke almari untuk ambil
baju tidur, aku akan teringat benda lain dan dahulukan benda tu. Tulah, gatal
sangat tak buat checklist.
Bengang betul aku dengan diri
sendiri. Kena belilah jawabnya nanti. Dah, dah, jangan serabutkan otak. Pastinya
orang di India juga memakai pakaian, maka pakaian dijual di kedai-kedai.
Sampai di New Delhi Airport on
time. Proses nak keluar semua pun lancar. Dalam kad kastam yang diedarkan, ada
satu senarai benda yang kita perlu declare kalau kita bawak. Lain semua tak
relevan sangat. Tapi bab cash melebihi Rs 10,000 tu mungkin relevan. Sebab Rs
10,000 tu bersamaan dengan RM600 kita je. Tapi orang yang jaga situ kata takde
apalah… Dia suruh jalan aje.
Keluar aje dari balai ketibaan
tu, ada banyak kaunter. Ha, di sinilah ujian ketahanan kita akan bermula kalau
ke India. Barulah akan nampak India sebenar.
Sedia maklum dekat mana-mana pun,
apa yang dijual di airport jauh lebih mahal dari di luar. Jadi aku saja try tanya
dulu, prepaid taxi ke hotel aku berapa dia caj. Rs 1400 = RM84. Gila? So aku
kata no thanks. Tanya simkad pulak. 1 GB data, Rs100 free calls ke apa tah, Rs
750. Sepupu husband aku baru balik dari India cakap harga dia kat luar Rs250
je. So kami kata no thanx jugak.
Keluar dari pintu airport, nampak
booth prepaid taxi kat luar, nama booth tu Delhi Police Prepaid Taxi. Tanya
harga, Rs 400. Nampak tak?? Kalau aku ambil kat dalam tadi, dah rugi Rs 1000.
Bersamaan dengan RM60 tu.
Kami naik teksi van kecik, mamat
yang attend kami tadi ikut sekali dengan driver. Dia boleh cakap English, so
agaknya dia nak jadi interpreter untuk driver. Tapi at the same time aku tau,
mesti dia nak bahagian dia jugak. Hadap ajelah, negara ni memang macam ni.
Probably to show me his worth, dia banyak bagi nasihat what to do and not to do
around the area. What’s going on, current issues di India, tunjukkan
tempat-tempat yang kami lalu (walaupun malam dah gelap, tak nampak apa). Bila
address hotel tak lengkap, dia bawak kami ke pejabat tourist information centre
untuk call hotel semua. Finally sampai ke hotel pukul 11 lebih malam.
“My tip, ma’am?” Haaa… aku rasa
ayat tu akan dengar banyak kali dalam 11 hari kat sini. Aku hulurla Rs 50.
Banyak ke sikit untuk orang diorang, tak dapat dipastikan. Dalam duit kita tu,
RM3.
Kami menginap di Hotel Stay Well
Dx, di Paharganj. Very near to New Delhi Railway Station, untuk kemudahan kami.
Ini area backpackers yang diPENUHI dengan budget hotels. Tapi bilik dia
Alhamdulillah, selesa untuk tidur malam. Ada air panas, ada TV flat screen. Wifi
dia kena bayar, Rs 2 je untuk 24 jam. Aku nak kira dalam RM pun, nilai nyer
berapa sen aje. Bayar jelah kan?
Siap mandi tu, tidur ajelah.
Pukul 12 dah pun.
Semoga esok segalanya berjalan
dengan lebih lancar. Amin!
No comments:
Post a Comment