India Day 3 – Jaipur
Hari ni sehari lagi kami di
Jaipur. Janji dengan Rehan hanya pukul 10 jadi santai aje di bilik. Lepas Subuh
pukul 6 tu aku terus berjaga, setelkan kerja-kerja yang ada. Pukul 9 kami
keluar untuk breakfast di restoran hotel. Berpatutanlah harga; paratha berinti,
roti bakar dengan telur dadar, jus, kopi Rs210, sama dengan RM12. Harga makan
dia lebih kurang aje dengan Malaysia. Lagi-lagi makan di restoran hotel pulak.
Pukul 10 tu Rehan sampai dan kami
mulakan acara hari ini dengan menuju ke Amber Fort. Perjalanan pagi tu sesak
sikit, mungkin sebab pagi, orang nak pergi kerja semua. Banyak juga jumpa
babi-babi berkeliaran. Hihi. That’s not something we see everyday.
Sampai di Amber Fort, orang dah
ramai. Nampaklah gajah-gajah yang jadi pengangkutan untuk naik ke atas. Ramai
mat saleh yang gunakan service tu. Tanya pada Rehan, berapa harga untuk naik
gajah, Rs950 katanya. Banyak souvenir lain aku boleh beli dengan harga tu. Bukan
jauh pun nak menapak. Busuk taik gajah oi! Haha. Nasihat yang boleh aku berikan
di sini ialah, stay as far away from the elephant as possible. Jangan sampai
dia sembur entah air apa dari dalam belalai dia tu. Pehh… hahah..
Sampai di atas tu, macam biasa,
kena beli tiket. Berbulu betul aku tengok beza harga tiket local dengan tiket
foreigner. Local kena bayar Rs25 je kot. Foreigner Rs200. Huh! Sakit hatiku! Aku
pun macam malas-malas je nak masuk istana lagi. Memang tahu, mesti cantik, dan
rugi datang jauh-jauh tapi tak masuk. Tapi demikianlah adanya. Aku malas. So pusing-pusing
ambil gambar atas tu, turun balik. Seronoknya tu, kami tak kena kacau dengan
tukang jual barang. Sesak nafas aku tengok mat saleh kena hurung dengan
diorang. Letak harga bapak mahal pulak tu.
Turun bawah tu Rehan gelak je
bila aku kata kami tak masuk. Dia tanya nak pegi mana pulak, so aku ada sebut
kata petang nanti nak tengok sunset kat Tiger Fort. Dia nasihatkan kami untuk
tak pegi masa tu. Katanya atas tu jadi port untuk budak-budak lelaki muda lepak
minum-minum. Dan kalau pergi sunset, nak turun nanti dah gelap sangat. Kalau nak
pegi lelaki saja, dia takde masalah, tapi dia tak nak ambil risiko bawak
perempuan. So kami decide untuk pegi tengah hari tu.
Dan bila kami lalu jalan untuk ke
sana, aku fahamlah concern dia. Jalannya kiri kanan hutan, tak ada lampu. Dia
bawa kami berhenti ke satu spot untuk tengok view, kat situ penuh dengan
botol-botol arak pecah, puntung rokok. Memang seramla jugak kalau dipikirkan
apa yang boleh berlaku kepada seorang wanita yang hanya dilindungi oleh
suaminya.
Masa kat situ kami banyak
bersembang pasal filem. Tempat-tempat artis shooting filem, artis yang dia
pernah jumpa, so lepas tu dia bawa kami tengok satu lokasi dari filem Rang De
Basanti lakonan Aamir Khan. Cerita tu memang famous masa keluar sebab dia ada
elemen patriotik. Tapi sayangnya aku tak tengok cerita, so scene filem tu aku
tak tahu. Tapi takpelah, yang penting pijak bekas tapak kaki Aamir Khan. Kikikiki…
Nak masuk ke Tiger Fort tu kena
bayar. Sampai di kaunter aku just mintak “do tiket” maksudnya nak 2 tiket. Orang
tu tanya “Indian hai?”, dan aku tiba-tiba jadi jahat dan angguk. Makanya aku
dapat harga local. Hahahahahaha… Untuk membuktikan ‘kewarganegaraan’ aku, bila
dia tanya “aapko guide chahti?” (Perlu guide tak?) aku pun jawab “nahi, nahi. Nahin
chahiye.” (Tak, tak. Tak perlu.) Jadi terbukti aku orang ‘India’. Selamat duit
aku Rs60.
Tiger Fort ni kata si Rehan,
maharaja masa tu, aku lupa nama dia, bina sebagai rumah gundik. Dia ada 9
gundik, jadi dia bina 9 ‘apartmen’ dalam tu. Di dalam tu ada laluan untuk
maharaja pergi dari bilik ke bilik untuk ‘service’ gundiknya. Pergh! Ubat kuat
apa agaknya maharaja tu pakai. Kalau jual ubat tu sekarang kat FB atau
Instagram, kaya penjualnya!
Dari atas palace tu, view Jaipur
tersangat superb! Nampak just about the whole of Jaipur, dengan bumbung-bumbung
bandar dia. Berselerak, tapi cantik. I’m so happy to have gotten this
opportunity.
Selesai di sana, dia bawa kami
pergi semula ke kedai baju semalam, sebab entah camane seluar aku senteng
pulak. Jadi diorang alterkan. Sempatlah si Shoaib tu sambung kempen laki aku
tempah suit. RM500 untuk full suit, with the best quality material. Aku tahu
tergugat juga laki aku tu. Tapi sebab perjalanan masih panjang, nak backpacking
bagai. Kalau di Delhi tu mungkin buat juga, sebab boleh tinggal di hotel. Mana nak
dapat tempah suit high quality tailor made ikut badan kita, kain bagus semua,
dengan upah jahit lagi, harga RM500? Ke Thailand dan Indon mungkinlah. Di Malaysia
definitely not.
Selesai di sana, Rehan hantar
kami makan di Rainbow Restaurant. Kali ni dia tak nak join, agaknya sebab kedai
tu macam up sikit. Aircond semua. Ramai tourist pergi. Kami order biryani telur
setengah pinggan, paneer naan 1, dan butter chicken. Sedap beb! Pecah rekod,
pertama kali aku makan makanan berkuah ala-ala kari. Sedap aa. Ahahahah… mampos
kalau mak aku baca. Selama ni tengok kari aku lari sebatu, tak lalu! Total harga
makan dalam Rs800, dalam RM50 la. Butter chicken tu yang mahal, half portion
Rs340.
Siap makan aku minta Rehan bawa
ke bazaar. Belum beli souvenir lagi ni. Serabut aku. Tapi dia dan husband aku
buat janji untuk sejam aje. Alahai. Haha. Sempatlah shopping 2 pasang kain
untuk buat Punjabi suit, Rs900. Cantik! Jangan aku tergoda untuk amik for
myself sudahla. Jenuh jap gi nak beli apa untuk family yang lain? Semua kedai
jual benda yang lebih kurang sama, tapi aku cair dengan kedai tu sebab penjual
dia soft spoken aje. Asyik panggil aku “didi, didi”, yang bermaksud kakak tapi
dalam bahasa yang sangat manja. Selama ni orang asyik panggil aku ‘mem’, yang
bermaksud puan. Yelah mere bhai, aku beli dengan kau.
Husband sempat singgah beli air
tebu tepi jalan, Rs10 dengan ais, Rs12 tanpa ais. Aku tak minum sebab bukan
peminat air tebu. Tapi husband cakap sedap! Rasanya lain, macam letak limau ke,
garam ke entah.
Last stop kami ialah ke kedai
batu permata dan barang kemas. Kami masuk dengan open mind, sebab dah takde
aktiviti nak buat. Bila sampai sana, jatuh cinta pula dengan design dia. Batu-batu
dia cantik. So pejam-pejam mata, belikan satu untuk anak daraku di rumah. Dia selalu
sebut-sebut, nak amulet macam Sofia The First. Harga aku dapat Rs2100,
bersamaan RM120. Bertawakallah kepada Allah, kalau dia tipu aku itu dia punya
bahagianlah. Tapi according to him, batu-batu ni ada value, dan value dia akan
meningkat. Kalau ada datang balik bila-bila, katanya, datang aje ke kedai dia
semula untuk check nilai baru batu tu. Aku tembak jugak, kata betul ke ni? Dia tunjuk
gambar tuhan dia besar gabak dalam kedai tu. Dia kata dia tak boleh tipu, tuhan
dia tengok. Hahaha. Baiklah!
Maka selesai untuk hari tu. Janji
dengan Rehan suruh dia jemput kami pagi-pagi esok untuk ke stesen kereta api. Dia
bagi kami buku testimonial dia, minta tulis ucapan untuk dia untuk tourist akan
datang tengok. Dia suruh tulis dalam Bahasa Melayu kita. Dalam English dah
banyak katanya.
Masa tu baru pukul 5.30, tapi
that’s it for the day. Aku pun belum berani lagi nak keluar malam-malam. Nak ke
mana pun tak tahu. So melangut tengok Hindustan di TV, menghadap computer. Dinner
pun tak makan. Sekali sehari sudahlah. Jimat duit, jaga perut. Ahhaha…
Mama kata lepas ni dia masak kari kau tak makan, siap.
ReplyDeleteMama kata lepas ni dia masak kari kau tak makan, siap.
ReplyDeletehaha... cite kat mak juga makan kari.... !
ReplyDeletekikikikiki.... jangan kecik hati mak-mak ku... nanti kita cari resipi butter chicken ek! haha...
ReplyDelete