Saturday, 21 February 2015

India: Misi Memburu Shahid Kapoor - Day 6

India Day 6

19th February 2015

Kami dijangka tiba ke Shimla menaiki bas ekspres pada jam 7 pagi. Aku memang tidur nyenyak dalam bas, sebab kerusi boleh dibaringkan, dan mungkin sebab kami memang keletihan mental dan fizikal hari ni.

Sedar-sedar, orang bas tengah kejutkan semua penumpang suruh bangun. Dah sampai. Tengok jam pukul 5.30 pagi. Amboi, laju betul dia bawak. Turun aje bas, terus merasalah udara sejuk kawasan pergunungan. Fuuu…
.
Orang-orang teksi dah menunggu, dan kami minta dibawa ke hotel Honeymoon Inn. Dia minta Rs300, kami tawar minta kurang, dapatlah Rs250. Sejuk ni, nak tahan lama-lama kat luar pun tak sanggup.

Kami memang dah sedia maklum yang kereta tak boleh naik ke hotel tu. So gelap-gelap buta tu kami mencanak naik bukit ke hotel kami. Takdelah tinggi sangat pun, dan ada lampu jalan. So takde hal. Cuma semputlah sikit. Almaklum, last sekali aku exercise ialah sebelum pergi England tahun lepas; itu pun sebab seluar aku semua dah tak muat. Kikikki…

Kami sampai awal, jadi belum ada bilik yang sedia. Katanya memang full house. Jadi kami disuruh duduk di coffee house, guna wifi dia, aku buat kerja yang patut. Sempat breakfast skali. Sampai pukul 9 macam tu, finally dapat bilik.

Alhamdulillah, bilik dia cosy. Ada heater, heated bed. Air panas semua working elok. Kami letih, jadi lepas mandi kami tidur sekejap sementara tunggu Zohor. Hari ni plannya memang nak round area Shimla town aje. Bangun tidur pukul 12, get ready. Zohor pukul 12.30, lepas tu terus keluar.

Jalan kaki aje ke Mall Road, The Ridge. Pergi tengok Christchurch, jalan-jalan di kawasan shopping dia. Beli pakora, makan sambal berjalan. Di sini aku berani nak beli street food dia, sebab sini sangat bersih. Udara sangat segar. In fact, smoking is prohibited di kawasan awam, dan boleh didenda kalau peraturan tu dilanggar.

Sampai-sampai aje aku dan husband dah kena ikut dengan seorang budak kecil, pengemis. Kami memang takde duit pecah nak bagi. Sorryla kalau bunyinya kedekut sikit, tapi di tempat orang ni aku pun kesuntukan cash. Selama ni, masa di Jaipur, Agra, kalau ada budak-budak mintak sedekah cakap, “bukh lagi hai. Kuch khane ke liye paise dedo..” maksudnya “saya lapar, bagilah duit sikit untuk makan”, aku akan hulur biskut aje. Stok biskut ada banyak. Aku rasa lagi relevan daripada diorang dapat duit dan mungkin bagi kepada sindiket. Anyway, a few times aku bagitau budak tu aku takde duit, dia tak nak blah jugak, last-last aku hulur ajelah bungkusan pakora tu. Wuwuwuuw… aku nak makan lagi! Boleh plak lepas dapat pakora, d
ia siap boleh tunjuk kat poket tepi beg, mintak biskut cheese aku simpan kat situ. Hambeklah nak…

Sejuk-sejuk macam tu, teringin pulak nak makan aiskrim, jadi kami beli aiskrim vanilla, dok makan sambil jalan. Aku khusyuk giler menikmati aiskrim aku, sebab rasa dia light dan tak manis sangat. Lazat! Tiba-tiba ada benda lompat naik atas aku dan rampas aiskrim tu. Rasa dia macam ada orang lompat dan hempuk kita dari belakang, ala-ala member-member suka main terkejut-kejut masa sekolah-sekolah dulu kan? Aku tak sempat register apa yang berlaku sebab everything happened so fast! It was a huge monkey! Ya Allah, aku dahla memang takut giler monyet. Nasib baik aku bukan jenis drama queen, nak menjerit bagai. Dan nasib baik dia tak mencederakan aku dalam apa jua cara. Takut wooo monyet! Dah rampas tu dahlah, takde rezekilah… hhuhuuhuh….

Lepas tu just jalan-jalan, shopping. Surprisingly, aku jadi hilang akal shopping kat sini. Specialty sini ialah shawl dan fabric untuk buat baju Punjabi (which is memang barang yang aku cari-cari selama ni). Lembut sangat kainnya. Di kedai 1st yang aku masuk, aku beli 2 pasang, Rs1100. Lepas tu jalan lagi, beli 3 pasang for Rs1200. Ikut jenisla, ada kain cotton, ada kain wool, ada yang 3 piece suit, ada yang 2 piece suit. Kalau Rs400 sepasang tu, baru RM24. Memang ok sangatlah untuk beli. Nak mahal-mahal tak mampulah aku. Di satu lagi kedai aku beli sepasang, harga Rs250.

Santai-santai aje berjalan. Best siot shopping sini! Bezanya kat sini dengan Delhi, Jaipur, Agra semua, orang kat sini tak pushy. Kita tanya baru dia jawab, kita kata tak nak dia tak paksa beli. Kita minta diskaun, kalau ada dia bagi, kalau tak boleh, memang final lah harga tu. Dan diaorang takde usaha nak cakap English dengan kami. Jadi semua transaksi telah dilakukan dengan bercakap Hindi. Alhamdulillah, okay jugak. Ada juga dua tiga kedai yang tanya-tanya kami dari mana. Bila tau aku dari Malaysia, tanya pulak macam mana aku tau Hindi. Soalan tu sejak aku sampai India ni dah berjuta kali aku jawab. Agaknya diorang semua pikir, budak ni mesti takde keje lain, asyik mengadap citer Hindustan je kat umah sampai reti cakap.

Pukul 5 lebih tu kami gerak balik ke hotel. Maghrib di sini dalam pukul 6.15 petang. Sampai bilik, relax-relax dulu, sebab kata reception, dinner starts at 8. Mula-mula dalam bilik dah plan dah nak order apa. Bila sampai ke coffee house di bawah, husband tergoda pulak dengan buffet selection dia. Dekat sini ayam dia memang tak halal, tapi buffet dia pulak specialize untuk vegetarian. Hanya ada 2 menu aje yang guna daging. Jadi memang sesuai sangatlah untuk kami. So, kami pilih nak ambil buffet dinner – seorang Rs400. Sedap makanan dia. Nasi pulao dia sedap, shahi paneer dia sedap (aku dah jatuh cinta dengan paneer (soft cheese)!), pasta dia pun ok. Ada a few desserts, including aiskrim. Okla… kenyang.

Siap makan, kami masuk bilik dan rehat. Kira-kira duit, upload gambar. Itu ajelah untuk hari ni. Sebab lepak di Shimla aje, taklah banyak sangat aktiviti.


No comments:

Post a Comment