Tuesday, 14 April 2015

India: Post Trip Entry

Aku masih mengalami withdrawal symptoms of India. Pagi-pagi mulut masih terasa nakkan poori panas-panas cicah yogurt. Masih terbayang vegetable pulao dan gulab jamun di Shimla. Masih teringin butter chicken di hotel di Delhi. Hujan-hujan macam ni, teringin nak hirup masala chai. Ternampak-nampak pemandangan gunung-ganang di Shimla dan sarson ke khet di Agra. Rindu serba-serbi.

Kronik aku ni.

Sekarang baru aku fahamlah kenapa terlalu kerap jumpa cerita pasal mat-mat saleh yang spend months, even years exploring India. Macam Dimitri hari tu, itu kali kedua dia datang ke India. Dan kali ni dia datang untuk 5 minggu. The country just gets to you, if you actually try to get it. Do you get me? Hahaha…

Anyways… sudah-sudahlah pasal feelings aku. Hanya orang yang rasa je akan faham. Sekarang ni aku nak cover aspek-aspek yang lebih teknikal tentang mengembara ke India.

Visa

Pertama sekali ialah visa. Warga Malaysia perlukan tourist visa untuk masuk ke India. Secara ringkasnya, klik ke link https://indianvisaonline.gov.in/visa/info1.jsp, lengkapkan borang, submit. Print borang tu untuk bawa ke pejabat permohonan visa tu, dengan 2 keping gambar berukuran 2x2, salinan flight tiket, dan passport. Ada yang kata kena buat itinerary kita di India, maknanya rancangan hari pertama ke mana, hari kedua ke mana. Tapi untuk kami, dia tak mintak. Dia just minta salinan flight tiket. Tapi bila nak isi borang tu, bila dia minta alamat di India, masukkanlah alamat salah satu hotel yang kita nak tinggal di sana. Untuk visa, kami kena harga dalam RM160 lebih seorang. Tempoh visa 6 bulan.

Visa tu akan dilekatkan dalam passport kita, dan kita boleh collect semula passport dengan visa lepas 3 hari bekerja. Lokasi pejabat visa India di KL ialah berdekatan dengan Dataran Merdeka dan Dayabumi. Menghadap ke AgroBank.

Memandangkan proses nak buat dia taklah lama sangat, aku sarankan janganlah pergi awal sangat. Sebab tarikh visa tu akan bermula dari tarikh kau patut collect passport dan visa tu.

Tempah tiket train

Kalau nak buat trip macam kami, naik train from 1 place to another, sila rujuk link ni Train travel in India. Info dia sangat extensive. Orang yang memang nak buat trip dan nak beli tiket, sila baca sampai habis. Bagi yang sekadar saja syok-syok nak tahu, aku akan rumuskan sedikit sebanyak.

Train yang paling disarankan ialah jenis Shatabdi, Rajdhani dan Duronto. Insyallah, selesa, dengan makan yang sedap disediakan. Mahal sikit berbanding train biasa, tapi train jenis-jenis ni jarang delay.

Nak booking train untuk bukan warga India agak complicated, sebab dia nak phone number India untuk hantar kod login. Kalau takde phone number India, kita kena email customer service dia untuk dihantar kod melalui email. Bab ni ikut nasiblah cepat ke tidak, sebab kita berurusan dengan manusia, bukan mesin. Website yang disarankan untuk guna beli tiket train ialah Cleartrip.com dan Makemytrip.com. Mana-mana satu pun, dia akan link kita dengan irctc.co.in, iaitu website rasmi indian railway, dan tetap akan memerlukan kod login yang dinyatakan di atas.

Biasanya pembelian tiket dibuka 2 bulan sebelum tarikh kita nak travel. Kalau nak travel 26 April 2015, boleh check availability seawal 26 February 2015. Belilah seawal mungkin untuk mengelak tiket habis atau termasuk senarai waitlist.

Currency Exchange

Time aku pergi ni nasib kurang baik sikit; currency India against duit kita meningkat. Jadi nilai duit kita turun sikit.

RM1 = Rs16.80
Rs100 = RM6

Makan

Makanan halal senang nak cari kat sana. Bila sebut perkataan "halal" pun, biasanya orang tak pelik. Dan kalau nampak perkataan "non-vegetarian" pula, jangan cepat sangat melatah. Orang Hindu di sana ramai yang mengamalkan vegan diet, maknanya telur pun diorang tak boleh makan. Kebanyakan masanya yang dimaksudkan dengan "non-vegetarian" tu ialah sajian dengan ikan dan telur, jadi kita masih boleh makan. Daging lembu paling susah nak cari, sebab Hindu sana sembah lembu. Berita paling terkini lepas kami balik ialah di sesetengah bahagian di India, daging lembu diharamkan untuk dijual sama sekali.

JANGAN sekali-kali pergi ke India dan tak cuba Masala Chai. Tersangatlah sedapnya, sampai sekarang aku masih teringin.

Kami bertuah sebab tak kena cirit-birit di sana. Apa-apa hal pun, persediaan menghadapinya dah pun kami buat sebelum pergi. 2 dosen pil Chi Kit Teck Aun aku beli, berserta dengan 2 jenis ubat cirit-birit yang dibeli khas daripada farmasi. Sediakan aje payung sebelum hujan.

Cuaca

Masa terbaik untuk ke  India ialah dari bulan Oktober hingga Mac. Masuk April, suhu akan mula meningkat, dan kemuncak musim panas suhu boleh mencecah 50 darjah Celcius. Julai sampai September ialah musim monsoon, hujan tak berhenti, yang boleh mengakibatkan banyak pengangkutan tergendala, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Banjir besar di Kashmir tahun lepas adalah pada bulan 9.

Oktober sampai Mac tu musim sejuk, dan di Delhi kadang-kadang cecah 1 darjah Celcius. Kalau nak tengok salji pun, inilah masanya, Disember sampai Februari ialah masa terbaik. Untuk tengok salji kena pergi kawasan pergunungan, contohnya di Himachal Pradesh - termasuk Shimla dan Manali.

Bahasa

Bahasa rasmi di India - iaitu bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan sebagainya, ialah Hindi. Jadi basically, asalkan seseorang India tu pergi sekolah, dia memang akan belajar bahasa Hindi. Selain tu, ada ratusan bahasa lain, berserta dialek yang dituturkan, termasuklah Tamil, Punjabi, Telugu, Malayalam dan sebagainya. Tapi pada masa yang sama, tahap penguasaan bahasa Inggeris di sana agak baik, terutama sekali di bandar besar macam Delhi dan Mumbai.

Tak payah kata India, pergi mana-mana pun kalau kita boleh berbahasa tempatan memang advantage besar untuk kita. Orang sana jadi teragak-agak sikit nak kelentong. Tapi kalau tak reti pun takde hal. Just buat muka confident je. Heheh.


Ermm... apa lagi? Dok pikir apa lagi, apa lagi, dah 2 bulan aku peram entry ni. Simpan dalam word file dalam laptop pun langsung tak bagi faedah kat sesiapa kan? So alang-alang dah tulis, aku publish aje ini dulu. Kalau aku teringat apa-apa lagi nanti, aku akan edit dan tambah. Kalau ada sesiapa nak tahu apa-apa, silalah tanya.

1 comment: