Friday, 25 November 2016

Kids’ Winter Trip Day 6: Disneyland Paris

23 November 2016

Letih sangat semalam, semua pakat tidur sampai pagi. Aku pun tak bangun awal untuk kerja. Subuh dekat Paris ni masuk pukul 6.58 pagi. Jadi elok bangun untuk Subuh. Dekat luar hujam gerimis, tapi check ramalan cuaca kata sepanjang hari ni akan cerah.

Jadi lepas fikir dan bincang, kami decide untuk pergi ke Disneyland hari ni. Kalau tak, selagi tak pergi, selagi tu anak-anak sibuk tanya. Nak berjalan tempat lain pun tak tenang.

Siap-siap, kemas-kemas semua. Budak-budak breakfast dekat bilik. Akhirnya kami ada cerek untuk jerang air, dapatlah minum Milo, makan nestum, bancuh sup. Meriah! Boleh ringankan beg sikit jugak.

Dalam pukul 9 kami keluar. Naik Metro dari Anvers, tukar train di Nation, naik RER A ke stesen Marne La Valle – Chessy. Disebabkan lokasi tempat ni luar daripada bandar Paris, tiketnya harga mahal. Sehala untuk kami harga €7.60, dan anak-anak harga €3.80. Jadi total pergi balik ialah €45.60. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam.

Kami sampai dekat sana dalam pukul 10.15. Just nice dengan opening hours dia, yang buka pukul 10. Tapi kami rasa a bit rushed sebab waktu tutup dia pulak pukul 7 petang, berbanding dengan masa dekat Tokyo dulu pukul 10 malam.


Kami beli tiket untuk 2 taman, Walt Disney World dan Disneyland Park. Tiketnya kami beli online dekat website dia. Aku just nak bagi tip sikitla dalam hal beli tiket ni. Okay, bila buka website Disneyland Paris ni, bahasa yang dia guna ialah bahasa Perancis. Jadi buat warga am Malaysia kebanyakan memang tak faham la kan.  Jadi kita kena tukar language dia. Okay, pemilihan bahasa memainkan peranan penting. Kita boleh tukar ke bahasa Amerika Syarikat, dan boleh tukar ke bahasa United Kingdom. Setiap bahasa ni pulak, dia akan paparkan harga ikut mata wang negara tersebut. US dalam USD, UK dalam Pound.

Setiap harga tu berbeza ok! Macam aku hari tu, sebab aku kedekut pahit dan nak bayar harga yang paling murah, aku check tiga-tiga. USD, Pound, dan Euro (kena buka dalam bahasa Perancis). Bila dibandingkan ketiga-tiga harga ni, surprise, surprise! Harga Pound paling murah. £36 untuk dewasa, £30 untuk kanak-kanak. Jadi dalam RM kita mengikut mata wang semasa hari tu, jadi harga dalam RM695. Kalau ikut Euro RM821, kalau ikut USD pulak dalam RM850 lebih. Banyak tau beza! Ini semua bergantung pada kadar tukaran wang semasa, jadi kena check dan bandingkan semua. Ya, memang banyak kerja. Tapi orang marhaen macam aku memang kena rajin macam nilah. Hahah.


Anyway, masuk ke Walt Disney World dulu, sebab yang tu tutup lagi awal, pukul 6. Dapatlah naik beberapa ride, tapi dekat situ macam lebih kepada orang dewasa. Jadi sekejap aje dekat situ, kami terus keluar ke Disneyland Park. Kami bebas untuk keluar masuk dua-dua taman tu, jadi tak kisahlah nak macam mana. Masuk ke Disneyland Park, dan mula merayau naik rides. Orang sederhana ramai, sebab hari ni hari kerja kan. Dan taman dia tak sebesar di Tokyo dulu.


Cuma satu yang sangat glaring bagi aku, dan sangat mengganggu, ialah just how many people are smoking in the park. Aku ni memang allergic asap rokok. Sangat allergic. Dan sepanjang kat sana aku rasa sangat susah untuk aku menyedut nafas yang bebas asap rokok. Yang muda, yang tua, yang remaja, yang mak bapak budak tolak stroller pun hisap rokok. Serious aku tak faham. Jadi sejak dari first sampai kepala aku berdenyut-denyut, sakit. Dekat-dekat nak balik tu, tekak aku pun dah sakit. Dan itu satu petanda tak baik, sebab everytime aku sakit tekak, seluruh badan aku akan menyusul. Selsema, demam, batuk, hilang suara.. Damn you smokers!

Kids seronok ajela main segala rides. Ada hujan gerimis sekejap, tapi sekejap aje. Hujan singgah. Masuk pukul 3 tu aku dah gelisah nak solat. Bila check map dia, takde pulak tulis prayer room ke pape. Nak mesej tanya member yang pernah ke sini pun takde wifi. Jadi alang-alang budak-budak pun dah lapar, kami pergi makan. Ada satu kedai makan nama Colonel Hathi’s Pizza Outpost. Bila check menu dia, ada pilihan pasta dan pizza vegetarian, garlic bread. Jadi kami order set tu. Makanlah sorang sikit.


Dalam restoran tu ada toilet, jadi kami pergi ambil wuduk dulu. Dekat luar restoran tu ada tempat makan juga, macam pangkin macam tu. Tapi takde orang duduk sebab semua orang pilih tempat duduk dalam, dekat luar sejuk sangat. Jadi kami gunakan tempat tu untuk solat. Gunakan kompas yang sedia ada dalam fon, dan hala ke arah Barat, atau lebih specific, kedudukan kiblat dari Paris ialah 260 darjah dari Utara.

Selesai solat, kami sambung berjalan. Masa tu dah tak banyak ride buka, dan yang mana yang buka semuanya panjang-panjang sebab orang dah tak banyak pilihan. Anak-anak sempat bergambar dengan Jesse daripada Toy Story. Lepas tu duduk melepak tepi castle tunggu parade mula.

Aku semakin sesak dengan asap rokok bila duduk di kalangan crowd macam tu. Rimas rasa. Selesai parade, nak main apa pun dah takda, unless kami nak patah balik ke Fantasyland, yang majority kami dah main tadi. So pergi merayau dekat kedai-kedai dia. The child in me cries! Geram btul nak beli barang-barang dia, tapi mahal nak mampos!

Dalam pukul 6 diorang buat persembahan pasang lampu dekat pokok Krismas. Kami nak terus balik masa tu, lepas tu baru teringat yang pukul 7 ada fireworks. Jadi lepaklah lagi, beli hot chocolate, santai-santai. Husband aku dapatlah rehatkan kaki dia yang sakit. Entahla sebab kasut ketat ke, kena serangan gout ke.


Selesai fireworks pukul 7.30 petang, kami gerak ke train untuk balik. Semua pakat terbongkang dalam train. Nasib baik train tak penuh. Tukar train di Nation dan balik ke Anvers. Sampai di hotel dalam pukul 9 malam.


Anak-anak tukar baju semua, makan sikit, dan terus tidur. Kami pun samalah. Tapi aku lambatlah sikit, kena belek laptop dulu. 

All in all, kami sekeluarga sependapat yang Tokyo Disneyland lebih happening. Tapi itu subjektif la. Aku rasa the fact that Tokyo Disneyland was our first Disneyland memainkan peranan. Sebab bila first time tu, dia punya Wow tu lain. Kali ni, banyak rides yang sama macam di Tokyo dulu, jadi takdelah rasa Wow sangat. Rides dia pun di Paris ni banyak yang tengah renovate. Jadi kami tak banyak dapat main. Tapi takpelah, Kids enjoy, itu je motifnya. 

Thursday, 24 November 2016

Kids’ Winter Trip Day 5: Brussels – Paris

22 November 2016

Anak-anak bangun pukul 5 lebih, lapar. Kami terus bangun mengemas sebab pagi ni kami akan naik train ke Paris pulak. Train pukul 9.13 pagi. Ya, aku tahu sangat specific bunyinya, tapi percayalah, train diorang memang gerak tepat pada masa yang dijadualkan.

Pukul 8 lebih sikit kami dah check out sebab nak kena menapak lagi ke train station. Inilah part yang paling aku lemah sekali. Beg makin hari makin berat bila ditambah barang sana sikit, sini sikit. Anak-anak pulak mesti kena pimpin sepanjang masa. Aku tak berani ambik risiko biar anak-anak jalan sendiri. Memanglah trafik dekat Europe ni cukup berhemah dalam melayan pejalan kaki. But still, not taking any chances. Jadi gagahkan mengheret beg sambil pimpin anak.

Sampai di station masih ada masa setengah jam. Aku borong roti dan air, dan bawak naik train untuk breakfast. Journey kali ni dalam sejam suku aje, tapi sempatlah aku buka laptop lagi. Alang-alang ada wifi free. Train kali ni pun Thalys juga. Anak-anak main, lepas tu coloring. Ayah dia membuta la… Apa lagi hobi dia?

Sampai Paris pukul 10.35 pagi, di Station Gare du Nord. Jejak-jejak kaki kat platform Adik dah bersuara siap-siap. “Mama kata kita pegi Paris. Takde pun Eiffel Tower.” Eh eh… sabar boleh? Apa-apa hal kena menapak ke hotel dulu. Aduh, letih lagi! Jaraknya kali ni dalam 1 km.

Kami akan duduk di Hotel Regina Montmartre untuk 3 malam seterusnya. Sampai tu memang dah expect la kata belum boleh check in sebab baru pukul 11. Kami nak tinggal beg aje. Reception dia agak friendly dan helpful. Kami kemas-kemas barang yang nak bawa berjalan, lepas tu keluar. Kiri-kanan hotel memang kedai halal, jadi memang takkan kebulur la kami. Tinggal sanggup ke tak aje nak menghadap kebab lagi. (Aku la tu).


Plan tu nak terus menuju ke Eiffel, tapi sambil berjalan kaki ke Metro tu, ternampak Sacre Coeur. Jadi kami detour dulu. Sebab first time aku dengan husband datang Paris dulu, kami tak berpeluang ke sini. Cantik betul bangunan dia, pemandangan dia, suasana dia. Bergambar, layankan anak-anak main carousel yang bapak mahal. €4 untuk 2 orang budak tu. Ish ish… Sabar jelah.

Dari sana kami merayau di kawasan sekitar tu. Ada kawasan seni, penuh dengan orang melukis, dengan atmosphere yang sangat comel. Aku sangat suka tempat tu. Si Adik apatahla lagi. Dia tu sangat obsess dengan lukisan, jadi kalau ikutkan dia, dia nak duduk situ tengok orang melukis sampai siap. Bila kami bawak dia pergi dari sana, merajuk siap menangis-nangis. Aduii.. letih mak nak layan.

By then dah pukul 1, jadi pelan-pelan kami jalan turun balik ke hotel tapi lalu jalan lain. Dapatlah tengok macam-macam. Budak-budak sibuk lapar lagi, jadi berenti dekat satu kedai kebab yang ada jual Nutella crepe. Layan diorang makan, husband pun order satu kebab. Sedap jugak dekat kedai tu. Barulah sambung berjalan ke hotel.

Sepanjang jalan tu penuh dengan kedai-kedai sex, tapi aku tak dapat nak pastikan nama area tu apa. Strip club ada, kedai sex toys ada, rumah urut ada. Lagi meriah daripada Amsterdam. Kami jalan buat blur aje, dengan harapan anak-anak aku tak bertanya. Sempatla buat isyarat-isyarat mata kat husband, kata nanti anak tidur kita datang cuci mata lagi. Kikikiki…

Sampai di hotel, terus check in. alhamdulillah, bilik dia kali ni selesa sikit untuk tidur 3 malam.  Tapi bilik ni tak mahal sangat. Satu malam dalam RM 300. Harga dia lebih kurang standard harga bilik hotel dekat Malaysia jugak. tapi selesa. 

Kemas, solat semua. Dalam pukul 3 lebih tu kami keluar semula. Kali ni nak bawaklah budak-budak ni tengok Eiffel Tower yang dinanti-nantikan tu. Tapi disebabkan untuk ke sana dari stesen metro Anvers ni, kami kena tukar train di Charles de Gaulle – Etoille, kami decide untuk singgah dulu situ. Dekat situlah letaknya Arc de Triomphe, Champs Elysees, dan yang paling penting, kedai kebab Lebanon yang menjadi pujaan hati aku. Dah 4 tahun setengah aku mengidam, sejak last aku ke sini tahun 2012. Lepas singgah bergambar dekat Arc de Triomphe, kami berjalan ke kawasan kedai kebab tu. Dia dekat lorong sebelum kedai Swatch. Nama kedai tu La Galette du Liban.

Rezeki akulah, kedai tu masih wujud walaupun dia teramat simple dan kecik. Tempat duduk pun ala-ala kaunter gitu aje. Order kafta sandwich dia, yang berintikan daging, kentang, humus, sayur-sayur… oh, sedapnya. Anak-anak makan roti cicah humus, dan lepas tu aku beli satu pudding dia, mouhalabieh. Oh Em Gee, sedapnya! Kali ni aku akan mengidam benda alah tu pulak sampai aku dapat kembali ke Paris.

Husband aku nak sangat tengok Eiffel Tower at night, sebab masa kami datang dulu summer, nak tunggu malam berjanggut. Isyak masa tu pukul 11 malam. So kali ni, dia tunggu Maghrib dulu baru dia ajak gerak ke Eiffel. Reaction anak-anak aku masa tengok Eiffel kali pertama memang priceless. Aku rasa diorang tak expect saiz dia majestic macam tu. Aku pun walaupun pernah datang dah dulu, masih dapat reaksi yang sama. Dia punya wow tu lain macam.


Mula-mula kami ambil gambar dekat luar aje, sebab nampak beratur kemain panjang nak masuk. Aku pun rasa macam bazir duit je masuk. Tapi Adik dok pujuk-pujuk ajak masuk, Kakak pun teringin sangat. I figured, that would be something different from my previous trip. So beratur untuk masuk. Rupanya yang panjang sangat tu polis buat body check. Yelah, diorang paranoidla kot sejak kes tembak-tembak and bom dekat Paris tu. Nak masuk bawah Eiffel tu tak kena bayar pun. Yang kena bayar cuma kalau nak naik ke atas dia.

Masuk betul-betuk bawah kangkang tower tu, Adik ajak naik pulak. Bila pergi belek harga untuk naik, taklah semahal yang aku bayangkan. Dewasa €11 untuk naik ke first deck, dan €17 untuk naik ke puncak. Anak-anak dapat reduced fare, €8 sorang. Total €50.

Demi pengalaman anak-anak, aku setuju. Beratur la kejap untuk masuk tu. Ohoi… Gayat beb naik atas. Nampak seantero kawasan. Sejuk plak tu. Dari dek bawah tu kami naik ke puncak atas. Lagilah seriau. Tapi satu pengalaman yang sangat berharga. Anak-anak boleh siap peluk aku cakap thank you, mum! Itu sangat mengharukan dan rasa worth it. Lebih-lebih lagi bila Kakak yang buat, sebab dia bukan jenis yang macam tu. Dia Rock sikit.

Pukul 8 tu anak-anak dah penat, jadi kami pun turun. Tapi perjalanan masih panjang. Kena naik 2 train dan berjalan kaki yang banyak dulu sebelum dapat sampai ke hotel. Budak-budak ni dah macam zombie dah.


Sampai di bilik dalam pukul 9, lepas bersih-bersih badan sikit. Diorang tidur. Kami pun tidur awal. Letih betul!

Wednesday, 23 November 2016

Kids’ Winter Trip Day 4: Amsterdam – Brussels

Hari ni kami akan meninggalkan Amsterdam menuju ke Brussels. Train kami pukul 7.17 pagi. Tapi aku terjaga pukul 3.30 dah tak boleh lena, jadi aku kerja sampai pukul 5. Budak-budak bangun, jadi kami mula mengemas, bersiap. Janji dengan teksi pukul 6.15 pagi, tapi Subuh masuk pukul 6.11. Jadi agak kelam-kabut pagi tu. Barang semua dah kemas, tapi teksi masih terpaksa menunggu kami sekejap sementara solat.

Teksi dari hotel ke train station, alahai… 3 minit je kot. Kalau bukan sebab anak-anak, memang kami jalan kaki je. Tak yah membazir 7 euro tu bayar teksi. Tapi apakan daya kan?

Sampai di station, check platform semua, dan tunggu train datang. Memang kami datang 45 minit awal, supaya tak terkejar-kejar. Sempatlah aku beli air, beli losyen yang tak jumpa cari semalam. Itupun, dalam rushing tu, aku main capai je apa yang aku nampak.  Sampai kaunter nak bayar, harga dia €7.85 kau! Losyen Nivea bodo je. Mak aih, tulah losyen brand biasa paling mahal aku pernah beli! Haha.

Train on time, dan perjalanan ambil masa sekitar 2 jam. Dalam train ada internet, ada meja, jadi aku tak lepaskan peluang untuk siapkan kerja sikit. Anak-anak and husband pun dah biasa tengok aku macam ni.

Kami naik train Thalys. Perjalanan 4 orang ni kami bayar dalam €90. Dalam bab membeli tiket pulak, kena kerja keras sikit, search di banyak website. Untuk tiket perjalanan yang sama, tak mustahil kita akan jumpa 3 ke 4 harga yang berbeza, jadi cuba banding dulu. Antara website yang aku guna ialah https://www.trainline.eu/ , https://loco2.com/, dan website Thalys sendiri.

Jam 9 lebih kami sampai di Brussels Midi station. Kami berjalan kaki ke hotel Urban City Centre Hotel, tempat tinggal kami untuk 1 malam. Sepanjang jalan tu sangat banyak kedai halal kami jumpa, jadi memang tak risaulah dekat sini.

Disebabkan kami sampai awal, kami masih belum boleh check-in, dan memang kami dah expect perkara tu. Jadi kami minta nak tinggal beg dulu supaya dapat terus keluar explore kawasan ni. Kami terus aje berjalan ke centre dia, ke arah patung Manneken Pis. Tapi budak-budak pulak bising lapar. Banyak kedai pulak masih belum bukak masa tu. Jenuhla berjalan sambil pujuk diorang. Sampailah jumpa kawasan yang penuh dengan kedai waffle. Jadi beli waffle dan makan depan kedai. Sambil tu kami nampak dekat hujung jalan tu penuh dengan orang ambik gambar. Rupanya kami beli waffle betul-betul sebelah Manneken Pis. Haha.

Bergambar sikit, singgah 1 kedai beli souvenir siap-siap supaya tak tercicir nanti. Lepas tu kami berjalan ke arah Grand Place. Cantikla kawasan tu. Bangunan dia besar betul. Sejarah dia tak payah tanya aku la. Kalau aku bawak budak-budak ni masuk muzium, mau kena halau keluar nanti. Diorang ni mane reti senyap. Dekat tengah dataran tu kerja diaorang kejar burung merpati.

Tiba-tiba start hujan, jadi kami berjalan cari kedai makan untuk berteduh. Lunch lah terus dekat kedai kebab. Adoi, kalau aku kena makan kebab lagi, memang aku nangis. Tak boleh telan dah rasa. Biar jelah anak-anak makan. Siap makan, hujan masih belum berhenti jadi kami masuk shopping complex pulak. Bagi budak-budak masuk kedai toys, sampai hujan berhenti.

Sebenarnya dekat Brussels ni tak ada apa pun kami nak tengok. Jadi jalan santai-santai, hala ke hotel semula sebab masa tu pun dah dekat pukul 2. Nasib baiklah reception kata kami boleh masuk dah. Hotel dia dalam bangunan lama, jadi tak ada lif. Suami aku jadi badang, mengangkat 2 beg tarik besar tu naik tangga yang curam. Bilik kami pulak hostel sebenarnya, ada 2 katil double decker, dan 1 katil single. Sempitlah jugak, tapi toilet dia dalam bilik. Terima ajelah untuk 1 malam.

Sebab kami dah habis merayau tadi, kami lepak aje dalam bilik. Tadi budak-budak sibuk mengantuk jadi kami suruh diorang tidur supaya ada energy nak keluar balik dinner dan jalan-jalan malam. Tapi diaorang sibuk main. Ayah dia jelah tidur. Aku macam biasalah, kerja masuk bertubi-tubi dengan deadline singkat. Sambil tu selang 10 minit nak kena membebel kat budak-budak sebab bila diorang lupa je, diorang mula menjerit-jerit semula. Dahla bilik-bilik dekat sini semua rapat-rapat. Ada yang datang marah kang jenuh!

Masuk maghrib pukul 5 tu aku kejut husband, terus bersiap untuk keluar. Hujan agak lebat dekat luar, tapi sebab anak-anak sibuk nak dinner, kenalah keluar jugak. Masa on the way ke hotel tadi aku ada nampak kedai pasta halal, jadi kami menghala ke sana. Memang kedai tu penuh dengan orang-orang tempatan yang bertudung. Yakinlah sikit.

Order pasta 4 cheese, pizza marghareta, sup untuk husband, hot chocolate untuk anak-anak. Dia bagi sekali sebakul roti yang dia potong kecik-kecik, aduhai sedapnyaaaa.. Pasta dia pun sedap, pizza dia pun sedap, sup pun sedap. Semua memang kena dengan tekak aku. Nama kedai dia Pasta Baraka. Ini website dia, http://www.pastabaraka.be/. Aku rekomen la. Kalau ke Brussels dan nak cari food halal yang selain daripada kebab, ini yang aku cadangkan.

Selesai makan, energy anak-anak dah up balik, diorang ajak pergi tengok Manneken Pis tu lagi. Suka betul tengok budak kencing ye! So jalan-jalan santai, bergambar lagi dekat Grand Place dan di lorong-lorong di kawasan tu, yang memang romantic betul suasana dia. Aku kerahkanlah anak-anak ambil gambar aku dan husband. it’s the least they can do after I brought them on this trip, kan? Haha.

Lepas tu balik bilik. Anak-anak mandi tukar baju dan terus tidur. Badan aku dah penuh naik ruam dah ni. Nasib baik badan anak-anak tahan. Itupun sejak sebulan lepas aku berleter dekat diorang suruh pakai losyen setiap hari supaya kulit tak kering. Aku buat benda yang sama, tapi nampaknya kulit aku lebih koman daripada kulit anak-anakku. Huhhuuhuh… Menggaru ruam ini sangatlah lazat. Jauh bezanya daripada menggaru bekas gigitan nyamuk. Hanya orang yang pernah merasanya akan faham. Hahaha…



Tuesday, 22 November 2016

Kids' Winter Trip Day 3: Amsterdam

20 November 2016

Nak kata jet lag ke, apa, aku pun tak tahu.  Tapi pukul 1.30 pagi aku dah terkebil-kebil. Yelah pun, pukul 8.30 malam dah tidur. Adik pun terjaga lebih kurang masa tu, lapar. Aku pulak terlupa langsung nak bekal biskut-biskut. Yang ada cuma maggi, nestum, milo… Semua yang kena jerang air dan dalam bilik ni takde kettle. Nasib baiklah owner hotel ni dah bagitau dekat sini boleh minum terus dari paip. Jadi bukak air panas-panas, bancuhkan milo untuk anak-anak.

Lepas tu aku kerah diorang tidur balik, aku pun tidur. Tapi lagi sekali terjaga pukul 5 pagi, dan aku pun terus bangun. Macam biasalah, kerja. Anak-anak pun terjaga sama bila aku buka lampu. Jadi pukul 5.30 pagi dah bising bilik aku. Subuh dekat sini pukul 6.10 gitu. Dalam pukul 7 lebih baru kami mula bersiap untuk keluar. Itu pun dekat luar masih gelap. Matahari naik dekat sini pukul 8 pagi.

Dalam 8.30 kami keluar untuk ke stesen bas di Amsterdam Centraal. Destinasi hari ni nak ke Zaanse Schans. Singgah di kedai Ice Bakery sebab tertarik dengan selection roti-roti dia. Kedai tu macam specialize dalam makanan dengan Nutella, jadi kami order croissant, waffle, pretzel, hot chocolate. Sedap sungguh makan panas-panas. Lepas tu kami teruskan berjalan ke station. Terpinga-pinga lagi sekali mencari tempat bas.


Disebabkan kami masih tak confident nak beli tiket di mesin, kami ke kaunter. Bagus juga sebenarnya. Sebab barulah tau, budak-budak kena bayar EUR 1 aje seorang. Dewasa pula EUR10 seorang untuk 2 hala. Bas untuk ke Zaanse Schans ialah bas Rnet nombor 391. Perjalanan mengambil masa 40 minit sehala. Untuk ke sana train pun ada, tapi based on research dan juga maklumat daripada owner hotel ni, kami dapat tahu yang dari train station di Zaandam kami masih perlu berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Zaanse Schans, dan katanya orang selalu sesat dalam perjalanan dari stesen ke Zaanse Schans tu. Kalau naik bas pula, terus sampai di pintu masuk. Dalam situasi cuaca yang hujan dan angin kuat ni, bas adalah option terbaik.

Kami sampai di Zaanse Schans pukul 11 pagi. Hujan langsung tak berhenti, ditambah pulak dengan angin yang sangat kuat. Zaanse Schans ni jadi tarikan sebab ada kincir-kincir angin tradisional dia. Dan seluruh kawasan tu ada bangunan kecil-kecil yang mempamerkan industri-industri utama di Holland, macam pembuatan cheese, kasut kayu, coklat, dan banyak lagi. So kami berteduh dalam rumah-rumah tula. Dapat tengok demonstrasi pembuatan terompah kayu, dapat rasa macam-macam jenis cheese, coklat. Sepatutnya dalam kincir angin tu pun boleh masuk dengan sedikit bayaran, tapi sebab cuaca memang tak mengizinkan, kami terpaksa ambil gambar dari jauh aje. Bukan dia tak buka, tapi kami takut nak redah angin. Sangat-sangat kuat, jalan pun melayang-layang. Ada tourist mat saleh, baju hujan dia koyak rabak dek angin. Yang payung patah pun ada.

Di Zaanse Schans ni, secara umumnya masuk free. Semua rumah kecik-kecik tu free entrance aje. Tapi kalau nak masuk muzium untuk tahu sejarah tempat tu, nak masuk kincir angin, dan beberapa aktiviti lain, ada bayaran dia. Kalau tak salah aku, ada pakej yang dapat masuk semua dengan harga EUR15 seorang. Kami tak bayar apa-apa langsung semalam, sebab cuaca macam tu, buat benda basic aje.

Lepas 2 jam dekat sana, kami naik bas balik ke Amsterdam. Sampai di Amsterdam semula dalam pukul 2. Kami Google cari masjid yang terdekat, tapi semua jauh sangat. So kami pilih untuk makan di kedai Turkish Grill dengan harapan dia ada surau. Nasib baik memang ada, walaupun bilik tu ialah bilik stor diorang aje sebenarnya. Tapi sejadah dah sedia dibentang, jadi memang diorang guna tempat tu untuk solat nampaknya.

Food dekat kedai tu sedap, tapi banding dengan kedai kebab semalam yang ni mahal la. Portion kecil tapi harga lagi tinggi. Gasaklah, asalkan anak-anak kenyang. Selesai makan dah pukul 3 lebih. Ingat nak pegi bergambar dekat I Amsterdam tu, dekat Rijkmuseum. Tapi ikut Google maps, kami kena jalan kaki 30 minit. Ada lagi satu sign I Amsterdam tu di seberang sungai dari Amsterdam Centraal, yang memang nampak dari jauh tak ramai orang. Tapi husband aku nak pergi Rijkmuseum jugak. Jadi kami menapak ke sana. Anak-anak biasalah, typical anak-anak. Baru je lepas makan, suruh jalan kaki je terus penat. Panas betul hati aku.

Sampai di Rijkmuseum tu ya rabbi, sampai tak nampak mana sign I Amsterdam tu. Orang penuh berkerumun. Kecewa aku. Aku terus teringat yang dekat seberang sungai tu kosong je takde orang. Tapi dah alang-alang sampai, usahakanlah juga ambil gambar. Walaupun gambar-gambar kami dipenuhi dengan mula orang lain sekali. Haha.

Betul-betul depan sign tu ada tempat ice skating. Anak-anak aku sibuk nak main, tapi sebab cuaca belum tahap beku lagi, ice dia tu berair, berlecak. Budak-budak ni mana ada experience skating langsung. So aku tak bagi. Demi keselamatan lah kan. Budak-budak dekat situ laju-laju belaka skatingnya. Digelek tangan kaki anak aku nanti, sape yang tak dapat holiday? Mak dia jugak!

Bagi diorang tengok orang skating sampai hujan gerimis turun. Kami gerak balik. Hari pun dah senja masa tu. Jalan kaki balik ke hotel. Anak-anak tak nak mandi pun, sejuk. Jadi lepas cuci muka, cuci kaki, diorang terus tido.

Aku memang dah plan dengan husband dan dah pun inform anak-anak yang kami akan keluar lepas diorang tidur malam ni. Kami tak pernah buat sebelum ni, ini kali pertama. Tapi disebabkan hotel ni sangat kecil, dan keluar masuk dia kena lalu 1 pintu yang sama, di depan pengurus dia, kami agak confident untuk tinggalkan diorang. Ada beberapa agenda dalam senarai kami. 1. Kena beli beli souvenir sebab pagi-pagi esok kami dah gerak ke Brussels. 2. Kena beli makanan untuk budak-budak makan pagi esok. 3. Kena beli losyen sebab losyen kami dah nak habis dan badan aku dah mula naik ruam. 4. Kami nak ke Red Light District.

Jadi keluarlah kami berlenggang mak minah. Anak-anak tak sedar pun kami pergi. Beli beberapa croissant untuk sarapan esok. Beli sikit fridge magnet takut tak sempat beli dari Amsterdam lagi lepas ni. Cari farmasi semuanya dah tutup. Jadi seterusnya ke Red Light District.


Sejujurnya, aku kecewa la dengan apa yang aku jumpa. Tak seperti yang aku bayangkan. Hahaha. Mana ada orang menari-nari bogel dekat tingkap pun. Kalau nak tengok, semua kena masuk dalam kelab. Memang taklah aku nak bayar kan? Aku berbungkus habis, pakai hood, takut orang ingat ni perempuan Muslim suicide bomber mana nak letupkan tempat maksiat. Wuwuwu.

Jalan satu round dekat situ, lepas tu terus gerak balik. Sambil-sambil tu cari juga farmasi, tapi dekat pukul 8 dah masa tu, kedai dah tutup. Beli kebab dan fries buat bekal sambil berjalan. Sampai balik ke bilik semula pukul 8. Anak-anak langsung tak sedar kami keluar. Heheh. Selamat.


Monday, 21 November 2016

Kids' Winter Trip Day 2: Doha - Amsterdam

19 November 2016

Tidur memang awal semalam, tapi aku rasa setiap sejam aku terjaga. Punyelah fobia takut terlajak, tertinggal kapal terbang. Bangun pukul 3 tu get ready, packing, sempat kerja sikit. Pukul 4 pagi kami check out dan shuttle hantarkan kami ke airport. Kena caj QAR 50. Tak sampai 10 minit pun ke airport tu.

Disebabkan boarding pass sume dah ada, kami terus aje masuk. Masih ada 2 jam masa tu, jadi pergi breakfast dulu, alang-alang nak kena perabih duit Qatar. Lepak di food court dia. Aku nak judge sangat pun mungkin aku baru sangat berkenalan dengan Qatar ni, tapi daripada observation aku, barang-barang dia harga mahal jugak. Dia takde main satu angka sangat. Jadi bila convert ke duit kita tu rasa mahal sangat. Street food kat Souq Waqif pun dah QAR 10. Tak ke dalam duit Malaysia jadi RM12? Huhuhu… Aiskrim yang jual dekat gerai pun 1 dah QAR5. Convert duit kita, dah bleh dapat single scoop Baskin Robbins dah tu. Mahal la jugak kan? Jadi makanan kat airport lagilah tak yah cerita. Coklat kat duty free 1 kotak Ferrero Rocher yang ada 12 ketul kat dalam dia dah QAR23 kot. Tak jadi aku nak beli.


Anyway, Solat Subuh di surau dia. Then terus ke gate dan terus board the plane. Alhamdulillah, flight agak kosong, jadi takde stranger duduk sebelah aku. Dapatlah kangkang luas sikit. Kikiki. Aku duduk dengan Kakak hari ni, Ayah duduk dengan Adik. Masing-masing melayan diri, tengok movie, main game. Flight duration ialah sekitar 7 jam, dan kami sampai di Amsterdam lebih kurang 12 tengah hari.
Ketibaan kami disambut dengan hujan. Sejuk ya amat. Kakak dah siap-siap muncung sebab, “Ma, you said there’d be snow!” Macamlah snow tu boleh order bungkus ikat tepi kan? Beratur untuk imigresen dia boleh tahan panjangnya. I mean, for a very busy airport like Schiphol, aku terkejut kawasan imigresen dia sekecik itu. Kaunter untuk International semalam yang buka cuma 4 aku rasa.

Selesai ambil beg semua, terus keluar dan terus sampai ke stesen kereta api Schiphol. Hotel kami betul-betul dekat tengah bandar, dekat dengan Amsterdam Centraal untuk memudahkan keluar masuk nanti. Mahal, memang subhanallah mahalnya. In fact sepanjang plan trip ni, cari penginapan di Amsterdam ialah yang paling seksa sebab sangat mahal. Hotel ke, Airbnb ke, hostel ke, semua mencanak. Jadi alang-alang nak kena bayar banyak-banyak, biarlah betul tengah bandar, dan dapat berjalan kaki je ke semua tempat kan?

Kami terpinga-pinga sekejap dekat train station tu. Pergi tanya dekat information counter sikit. Dan akhirnya beli tiket dekat kaunter sebab tak berapa yakin nak guna mesin-mesin dia tu. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ke Amsterdam Centraal berharga EUR15.60 kalau tak salah. Dari airport ke Centraal pula cuma 10 minit gitu.

Sampai di Centraal barulah kami merasa sejuk sebenar Amsterdam ni. Dari tadi terlindung dalam bangunan dan kenderaan. Terpinga-pinga lagi sekali mencari arah tuju untuk ke hotel, dan terus menapak ke hotel. Technically, hotel kami cuma 1km lebih dari station tu. Tapi jangan dilupakan keadaan kami yang mengheret 2 luggage besar, sorang satu memegang tangan anak, setiap orang membawa beg galas, baru nak membiasakan diri dengan sejuk, dan ditimpa pula hujan. Tak kelakar ye sedara. Cuba pula heret beg tarik di atas cobblestone, jalan-jalan yang berbatu buntar tu. Lagilah tidak kelakar.

Rasa macam jauhnyelaaaaaa hotel tu. Anak-anak kami pakaikan baju hujan, tapi kami pula redah aje. Dalam 10 minit berjalan barulah sampai. Alhamdulillah. Typical mak-mak, baru je jejak kaki dekat Amsterdam aku dah menjerit satu round di tengah bandar orang, sebab anak dara aku buat hal saja-saja pegi celup kasut dalam lopak. Ya rabbi, kasut kau tu dahla bukan waterproof nak! Kejap lagi pakai kasut basah pastu demam, sape yang tak dapat holiday? Mak kau jugak!

Sampai di Hotel Hegra, kami terus dapat bilik. Dia takde tanya banyak-banyak pun. Bagi wifi password, ajar kami keluar masuk, dan kami terus naik. Dia dalam bangunan typical Amsterdam, yang curam-curam ke atas. Tangga dia sangat sempit. Tapi beg kami dah ada pekerja dia tolong hantarkan. Bilik kami dapat 4 katil single, memang family room. Sempit, tapi cozy. Heater dah siap pasang jadi selesa rasa lepas berhujan sejuk dekat luar tu. Bermulalah episod memunggah beg mencari barang, solat, tukar baju ke pakaian yang lebih tebal dan kering. Dalam pukul 4 kami keluar semula.

Matahari dah mula turun pun masa tu, sebab maghrib di sini jam 4.45 petang. Bergambar sikit-sikit. Terus cari dinner. Kami ada nampak beberapa kedai yang jual kebab tadi. Jadi terus tuju ke situ. Anak-anak dah lapar. Order shawarma, nasi, fries, sup ayam, air. Total dalam EUR23. Okla, makan-makan, dapat duduk sebelah heater pulak. Anak jantan seperti biasa, “Energy level Han dah turun lagi. Nak tidur.” Baru pukul 5 waktu tempatan, tapi dah 12 malam di Malaysia.

Siap makan aku heret juga diorang merayau. Punyelah banyak kedai jual ganja tu. Dan sejak sampai hidung aku ni sesak dengan bau rokok aje, orang sana kuat betul hisap rokok. Atau mungkinkah semua itu pelancong yang mengambil peluang merasa ganja itu secara halal di sisi undang-undang? Pening aku. Belum try hisap lagi dah pening siap-siap. Haha.

Dalam dok berjalan tu, dengan aku mengheret Adik yang macam zombie, dengan Kakak muncung sedepa sebab sejuk. Ayah kata dia rasa Kakak rasa sejuk luar biasa sebab kasut dia basah. Well, is that my fault? Sape yang terjun lopak dengan sengaja? Dahla kasut ada sepasang aje. Jadi bila nampak H&M dekat situ dengan display pakaian kanak-kanak di luar, kami pun laju je masuk. Jumpalah but budak-budak. So pilih-pilih, dan belilah sepasang sorang untuk diorang pakai. Yelah, hari ni baru hari pertama di Europe, ada lagi seminggu nak menghadap cuaca sejuk hujan macam ni. Kesian pulak kalau hari-hari pakai kasut basah lembap. Belilah. Total 2 kasut dalam EUR43. Murah la sebenarnya, sebab masa aku survey nak beli dekat KL hari tu sepasang dah dekat RM200.

Lepas tu terus menapak balik aje. Sedih betul. Pukul 6 dah balik bilik sebab anak mengantuk. Kalau kami berdua je ni, lagi pulak di kawasan yang nightlife meriah macam ni yang buat kami rasa selamat, aku rasa mau sampai kul 10 malam kami kat luar lagi. Lepak minum, jalan-jalan, sembang-sembang. Rugiiiii….


Sampai bilik, diorang cuba kasut baru aje, lepas terus tidur. 6.30 petang ye kawan-kawan. Ucapkan tahniah kepada kami.

Sunday, 20 November 2016

Kids’ Winter Trip 2016 - Doha

The truth is… aku memang gatal kaki nak berjalan jauh sejak awal tahun lagi. Disebabkan trip yang dah kami buat tahun ni adalah ke negara-negara jiran: Lombok dan Krabi, aku asyik terasa macam aku belum pergi mana-mana tahun ni. Plan asalnya nak bercuti masa Raya Haji, nak merasa beraya oversea. Tapi sebab mak mertua aku berat hati, dan aku ni jenis takut derhaka orangnya, kami batalkan rancangan.

Tapi bulan 9 tu ada sale besar-besaran di Qatar Airways pulak, dan aku terjebak. Kebetulan ada deal Kids Fly Free With Adults, jadi kalau beli 2 tiket orang dewasa, boleh bawak 2 kanak-kanak percuma. Alhamdulillah, rezeki. Untuk kami berempat aku dapat tiket ke Amsterdam dengan harga lebih kurang RM6200. Lebih kurang RM1500 seorang return flight. Sambarla beb, sape nak bagi?

Disebabkan banyak factor yang nak kena fikir seperti exam anak, baki cuti tahunan husband, kenduri-kendara sedara-mara, dan lain-lain, tarikh yang sesuai ialah November. Itu pun anak-anak aku kerah start cuti sekolah seminggu awal. Tabahlah nak, dapat mak berjiwa nomad.

Day 1: 18 November 2016

Flight Qatar Airways dari Kuala Lumpur ke Doha ialah pada jam 9.15 pagi. Pukul 5 dah kerah anak-anak bangun bersiap. Adik ipar aku yang hantarkan kami ke airport. Semuanya cepat dan lancar sebab kami dah online check-in. Drop beg aje.

Masa nak lepas imigresen tu aku menyaksikan sesuatu yang cukup horror bagi aku; seorang mamat tak lepas imigresen sebab tak bayar PTPTN. Adoi, scarynya. Walaupun PTPTN aku dah lama abis bayar, aku tetap rasa kecuakan itu.

Anyway, sebab awal lagi, kami sempat breakfast dulu dekat dalam, lepas tu baru ke gate. Flight kami sangat penuh. Kami dapat seat 4 sederet atas flight. Anak-anak agak teruja sebab masuk-masuk flight aje dapat kids toys, pastu selection movie dan games untuk diorang banyak. Siap ada bantal dan selimut. Mewahla. Yelah pun, perbandingan diorang dengan apa? Selama ni pengalaman naik AirAsia dengan Malindo je. Haha.

Flight ambil masa dalam 7 jam, dan kami sampai di Doha jam 12 tengah hari waktu tempatan. Kami sengaja ambil flight dengan transit 21 jam, supaya dapat merasa melawat Doha. In fact, kalau naik flight Qatar Airways transit di Doha, kita juga boleh apply visa Qatar free untuk melawat Qatar. Terms and conditions apply, tapi kami layak, dan itulah yang kami dapat. Save budget oi! Kalau tidak, sorang kena dlm RM150. 4 orang dah RM600 beb! 

Sampai tu kami pergi ke arrival untuk keluar dari airport. Sepatutnya kalau naik Qatar Airways, kami entitle untuk ambil free city tour pada masa-masa berjadual. Tapi disebabkan miscommunication dengan orang kaunter, kami terus keluar ke Arrival. Sepatutnya untuk register tour tu kami kena pergi ke transit area dulu. Takpelah, takde rezeki. Tukar duit di money changer dekat airport tu, dan ambil teksi ke hotel. Buat masa sekarang ni exchange rate Qatar ialah EUR 100 bersamaan QAR 369. Maknanya dengan duit kita tu QAR 1 = RM1.20 gitu kot.

Kami book hotel Elegance Castle Hotel di Maarif Street, tak jauh dari Corniche. Teksi berharga lebih kurang QAR40. Mungkin dalam RM50-60 duit kita, walaupun hotel dengan airport cuma dalam 10 minit. Masa check-in tu pun aku tercuak sekejap bila mamat reception tu mintak surat nikah kami. Aduh, lupa pulak kami ni pergi middle east. Dengan penuh innocent dan bersungguh-sungguh kami katakan yang kami dah kawin sebab ini anak-anak kami. Macamlah orang tak kawin tak reti buat anak, kan? Haha.


Masuk ke bilik dan solat siap-siap, lepas tu terus keluar. Based on research yang tak berapa nak mendalam sangat, kami cadang nak ke Souq Waqif dan Corniche. Tengok map cuma walking distance dari hotel. Kami search juga kalau nak buat desert tour, tapi 4 orang harganya dah RM1000 duit kita. Ish, tak sanggup pulak rasa.

Sini panas la jugak, 29°C. Sesat-sesat beberapa kali, sampai dekat satu masjid yang cantik. Nak bergambar pun anak-anak dah merah muka, panas, lapar, dahaga. Jadi teruskan berjalan ke Souq Waqif dan cari lunch. Aku dengan husband dah penuh perut makan dalam flight. Anak-anak asyik tak berkenan menu dlm flight jadi each of us kena makan meal untuk 2 org. Tapi anak-anak laparla. Bak kata anak jantanku “Energy Han dah zero, Han nak tidur betul-betul atas katil dengan bantal.” Check jam waktu Malaysia, dah dekat pukul 9 malam rupanya. Patutla lembik sangat, memang waktu tidur dia. Padahal dekat Doha baru pukul 3 petang. Lepas sumbat makanan dan santai-santai kejap barulah, “Energy Han dah sampai 20!”. Baiklah, sila senyum dalam gambar sekarang.

Lepas bergambar di sekitar Souq tu, kami jalan kaki ke Corniche. Agaknya Qatar ni weekend dia Jumaat Sabtu, sebab petang ni punyalah ramai orang. Yang aku maksudkan orang pula ialah bukan warga tempatan ye. Aku rasa macam aku sedang berada di Bangladesh. Kalau kita rasa dekat Malaysia ramai, dekat sana ramai lagi. Penuh area Corniche tu dengan diorang, berpiknik, melepak. Kami je orang yang jelas tourist kat situ, mengusung kamera, tripod, beg galas dan anak kecik. Haha.

Bergambar dan mengambil gambar. Masa tu dalam pukul 5, dan dah pun azan Maghrib. Bila hari dah cukup gelap, bot-bot yang tadi tersadai dekat tepi-tepi air tu mula berlampu lip lap. Dengan muzik kuat-kuat. Rupanya diorang buat attraction naik bot untuk tengok city view. Romantik la jugak kalau diikutkan. Bagi kami pulak, benda-benda macam tu fun la untuk budak-budak. Bot pertama yang approach kami quote harga 80 Riyal untuk 1 family, dan kebetulan cuma kami saja dalam bot tu. Dia tak tunggu pun orang ramai-ramai untuk penuhkan bot. Jadi sebab duit Qatar pun bukannya nak guna dah lepas ni, kami setuju memperabihkan duit.


Operator bot tu Bangladeshi juga. Masuk dalam bot dia suruh pilih lagu apa nak dia pasang, “You want English song sir?” Suamiku yang sebegitu penyayang terhadap isterinya itu terus petik, “We want Bollywood, Hindi Hindi!” Suka la brader tu. Dalam setengah jam dalam bot tu dapatlah dengar 4-5 lagu. Anak dara aku boleh buat disco pulak tu dalam tu. Mentang-mentang kami je ada, dan lampu bot ditutup, tinggal pasang lampu lip lap je. Dia punya ronggeng! Itu padahal tak mengaku minat Hindustan tu. Bila keluar lagu favourite aku, dia jerit sama sebab cam lagu tu. Ewah! Kau sebenarnya mahu tapi malu kan?

Lepas habis boat ride barulah sembang dengan operator boat tu, sebab dia pelik, kami ni orang apa? Kenapa minat Hindustan? Bila sebut kami orang Malaysia, melompat dia. “I stay in Singapore 8 years! Malaysia Singapore very close. I go to JB also.” Heheh. Tapi rezeki dia lebih murah dekat Qatar. Bot tu bapak mertua dia punya, bisnes family la sekarang. Asyukkk aaa…

Lepas tu kami menapak je balik ke hotel. Jauhla, memang jauh. Tapi terimalah kan? Untuk ke airport esok pagi, kami book shuttle siap-siap dari hotel, QAR50. Pejam mata jelah bayar. Pukul 4 pagi pulak tu kan?


Naik ke bilik, mandi dan settle down. Anak-anak aku terus lena. Check jam, baru pukul 7 malam. Hahaha. Inilah juga nasib di Amsterdam ni agaknya? Asal gelap je, terus tidur. Dahla siang sekejap je. 

Wednesday, 1 June 2016

To Krabi Thailand With Kids - Day 5: Ao Nang

31 May 2016

Hari untuk pulang. Tak ada plan apa-apa hari ni. Bangun pukul 7 lebih, kejut anak-anak pergi breakfast. Tak perlu diberitahulah kan, pagi ni pun hujan lagi. Muncung je muka anak-anak bila aku tak bagi diorang mandi pool. Siap makan, Husband ajak pergi shopping souvenir sikit lagi. Kena jalan kakila ke pekan. Aku on aje, tapi anak-anak bisinglah. Elok pulak masa tulah matahari nak keluar buat beberapa ketika.
Ibis Styles Krabi Ao Nang


Heret budak-budak tu ke kedai, sebab fridge magnet tak cukup lagi untuk encik tu bagi ofismate dia. Sempat dia sambar baju sehelai dua. Adik dok merajuk sakan masa tu sebab aku kata kat diorang dua beradik, aku tak jadi nak bawak diorang pergi Europe sebab tak dengar kata sangat. Adik beriya bebenor nak pegi tengok tempat lagu Gerua katanya. Tu yang sedih habis bila aku kata tak nak bawak. (Macamlah aku nak pergi sana pun kan?) Pitam aku!

Balik ke hotel balik, memandangkan masa tu baru pukul 9, dan kami hanya nak check out pukul 11.30, aku suruh jugaklah Husband bawak budak-budak tu ke pool. Aku stay dalam bilik aje, mengemas. Diorang sempat main dalam setengah jam, dan naik bila tiba-tiba hujan lebat.

Lepak-lepak tunggu pukul 11 lebih, turun ke lobi untuk check out. Kami dah booking teksi untuk ke airport. Flight pukul 2:25 petang.

Anak-anak dah lapar balik lepas swimming tadi, jadi aku lari ke tepi masjid Ao Nang tu, beli pancake Nutella tu for the last time. Bagilah diorang makan puas-puas, sebab si Kakak dah ada ura-ura nak suruh aku belajar buat benda alah tu. Eh, satu kerja nak menebar roti canai pulak aku ni!

Teksi sampai, kami teruskan perjalanan ke airport. Tapi sebelum tu ada detour sikit. Sebab apa? Sebab aku terlepas pandang anak bongsu nan seorang di rumah aku belum beli baju dia. Hari tu masa dekat Krabi Town aku tak beli sebab takde saiz baby. Alaahai.. camano boleh lupa! Singgah kedai souvenir beli baju kanak-kanak sehelai cuma. Pelik akak cashier tu.

Sampai di airport dalam pukul 12 lebih. Terus check in luggage. Beranganlah kengkononnya nak lunch dulu sebelum naik kapal. Tengok-tengok airport sekangkang kera. Tempat nak lepak pun takde. Beli jelah keropok-keropok sikit, buat alas perut. Pergi solat siap-siap supaya balik nanti tak terkejar-kejar. Dan terus masuk ke gate. Sementara tunggu kapal sampai sempatlah makan aiskrim sket. Aku dok cari pulut mangga, ingat nak makan satu lagi sebelum balik, tapi takde rezeki.

Kapal sampai, selamatlah naik kapal. Anak-anak berebut nak duduk dengan Ayah. Alhamdulillah. Nah, bermanjalah puas-puas dengan Ayahmu. Esok dia dah kembali ke ofis. Aku dapat membaca dan tidur dengan aman dalam kapal. Penerbangan sampai di KLIA2 on time.

Selesailah sudah percutian kali ni. Ya, memang penuh pancaroba. Ya, memang tak banyak yang dapat kami buat disebabkan hujan. Tapi anak-anak masih tak boleh berhenti bercakap pasal apa yang sempat diorang buat sepanjang 5 hari ni. So, in the end, bila pergi holiday bawak anak ni, pendapat diorang yang penting. Diorang bukan kisah pun attraction mana kita sempat pergi, bangunan apa yang kita sempat tengok. Bila tanya diorang “What’s your favorite thing about this trip?”, tau Kakak jawab apa? “The double decker bed!” Nampak tak di situ? Kalau aku tau, semua trip aku bawak duduk dorm backpackers tu. Haaaa… duduk katil double decker sampai lebam.

Ajaibnya, walaupun dah bermewah-mewahan berbelanja, makan tak kira bajet, dengan pergi massage satu family, beli baju banyak helai untuk anak beranak; kami masih berjaya bawak balik duit Thailand yang tak dipakai. Kami bukan tukar banyak pun, RM2900 dapat THB25000. Itu termasuk bayar hotel dekat Phi Phi dalam RM700. Maknanya kos di sana masih affordable. Kalau aku pergi berdua dengan husband, dengan cara kami yang makan sehari sekali, berjalan kaki ke semua tempat, atau sekadar menyewa motor, tiket dan hotel pun bayar hanya untuk 2 orang, memang bertambah-tambahlah jimatnya.


Jadi, kesimpulan yang boleh aku berikan ialah Krabi is a good destination choice untuk percutian yang murah dan menggembirakan anak-anak.