Sunday, 20 November 2016

Kids’ Winter Trip 2016 - Doha

The truth is… aku memang gatal kaki nak berjalan jauh sejak awal tahun lagi. Disebabkan trip yang dah kami buat tahun ni adalah ke negara-negara jiran: Lombok dan Krabi, aku asyik terasa macam aku belum pergi mana-mana tahun ni. Plan asalnya nak bercuti masa Raya Haji, nak merasa beraya oversea. Tapi sebab mak mertua aku berat hati, dan aku ni jenis takut derhaka orangnya, kami batalkan rancangan.

Tapi bulan 9 tu ada sale besar-besaran di Qatar Airways pulak, dan aku terjebak. Kebetulan ada deal Kids Fly Free With Adults, jadi kalau beli 2 tiket orang dewasa, boleh bawak 2 kanak-kanak percuma. Alhamdulillah, rezeki. Untuk kami berempat aku dapat tiket ke Amsterdam dengan harga lebih kurang RM6200. Lebih kurang RM1500 seorang return flight. Sambarla beb, sape nak bagi?

Disebabkan banyak factor yang nak kena fikir seperti exam anak, baki cuti tahunan husband, kenduri-kendara sedara-mara, dan lain-lain, tarikh yang sesuai ialah November. Itu pun anak-anak aku kerah start cuti sekolah seminggu awal. Tabahlah nak, dapat mak berjiwa nomad.

Day 1: 18 November 2016

Flight Qatar Airways dari Kuala Lumpur ke Doha ialah pada jam 9.15 pagi. Pukul 5 dah kerah anak-anak bangun bersiap. Adik ipar aku yang hantarkan kami ke airport. Semuanya cepat dan lancar sebab kami dah online check-in. Drop beg aje.

Masa nak lepas imigresen tu aku menyaksikan sesuatu yang cukup horror bagi aku; seorang mamat tak lepas imigresen sebab tak bayar PTPTN. Adoi, scarynya. Walaupun PTPTN aku dah lama abis bayar, aku tetap rasa kecuakan itu.

Anyway, sebab awal lagi, kami sempat breakfast dulu dekat dalam, lepas tu baru ke gate. Flight kami sangat penuh. Kami dapat seat 4 sederet atas flight. Anak-anak agak teruja sebab masuk-masuk flight aje dapat kids toys, pastu selection movie dan games untuk diorang banyak. Siap ada bantal dan selimut. Mewahla. Yelah pun, perbandingan diorang dengan apa? Selama ni pengalaman naik AirAsia dengan Malindo je. Haha.

Flight ambil masa dalam 7 jam, dan kami sampai di Doha jam 12 tengah hari waktu tempatan. Kami sengaja ambil flight dengan transit 21 jam, supaya dapat merasa melawat Doha. In fact, kalau naik flight Qatar Airways transit di Doha, kita juga boleh apply visa Qatar free untuk melawat Qatar. Terms and conditions apply, tapi kami layak, dan itulah yang kami dapat. Save budget oi! Kalau tidak, sorang kena dlm RM150. 4 orang dah RM600 beb! 

Sampai tu kami pergi ke arrival untuk keluar dari airport. Sepatutnya kalau naik Qatar Airways, kami entitle untuk ambil free city tour pada masa-masa berjadual. Tapi disebabkan miscommunication dengan orang kaunter, kami terus keluar ke Arrival. Sepatutnya untuk register tour tu kami kena pergi ke transit area dulu. Takpelah, takde rezeki. Tukar duit di money changer dekat airport tu, dan ambil teksi ke hotel. Buat masa sekarang ni exchange rate Qatar ialah EUR 100 bersamaan QAR 369. Maknanya dengan duit kita tu QAR 1 = RM1.20 gitu kot.

Kami book hotel Elegance Castle Hotel di Maarif Street, tak jauh dari Corniche. Teksi berharga lebih kurang QAR40. Mungkin dalam RM50-60 duit kita, walaupun hotel dengan airport cuma dalam 10 minit. Masa check-in tu pun aku tercuak sekejap bila mamat reception tu mintak surat nikah kami. Aduh, lupa pulak kami ni pergi middle east. Dengan penuh innocent dan bersungguh-sungguh kami katakan yang kami dah kawin sebab ini anak-anak kami. Macamlah orang tak kawin tak reti buat anak, kan? Haha.


Masuk ke bilik dan solat siap-siap, lepas tu terus keluar. Based on research yang tak berapa nak mendalam sangat, kami cadang nak ke Souq Waqif dan Corniche. Tengok map cuma walking distance dari hotel. Kami search juga kalau nak buat desert tour, tapi 4 orang harganya dah RM1000 duit kita. Ish, tak sanggup pulak rasa.

Sini panas la jugak, 29°C. Sesat-sesat beberapa kali, sampai dekat satu masjid yang cantik. Nak bergambar pun anak-anak dah merah muka, panas, lapar, dahaga. Jadi teruskan berjalan ke Souq Waqif dan cari lunch. Aku dengan husband dah penuh perut makan dalam flight. Anak-anak asyik tak berkenan menu dlm flight jadi each of us kena makan meal untuk 2 org. Tapi anak-anak laparla. Bak kata anak jantanku “Energy Han dah zero, Han nak tidur betul-betul atas katil dengan bantal.” Check jam waktu Malaysia, dah dekat pukul 9 malam rupanya. Patutla lembik sangat, memang waktu tidur dia. Padahal dekat Doha baru pukul 3 petang. Lepas sumbat makanan dan santai-santai kejap barulah, “Energy Han dah sampai 20!”. Baiklah, sila senyum dalam gambar sekarang.

Lepas bergambar di sekitar Souq tu, kami jalan kaki ke Corniche. Agaknya Qatar ni weekend dia Jumaat Sabtu, sebab petang ni punyalah ramai orang. Yang aku maksudkan orang pula ialah bukan warga tempatan ye. Aku rasa macam aku sedang berada di Bangladesh. Kalau kita rasa dekat Malaysia ramai, dekat sana ramai lagi. Penuh area Corniche tu dengan diorang, berpiknik, melepak. Kami je orang yang jelas tourist kat situ, mengusung kamera, tripod, beg galas dan anak kecik. Haha.

Bergambar dan mengambil gambar. Masa tu dalam pukul 5, dan dah pun azan Maghrib. Bila hari dah cukup gelap, bot-bot yang tadi tersadai dekat tepi-tepi air tu mula berlampu lip lap. Dengan muzik kuat-kuat. Rupanya diorang buat attraction naik bot untuk tengok city view. Romantik la jugak kalau diikutkan. Bagi kami pulak, benda-benda macam tu fun la untuk budak-budak. Bot pertama yang approach kami quote harga 80 Riyal untuk 1 family, dan kebetulan cuma kami saja dalam bot tu. Dia tak tunggu pun orang ramai-ramai untuk penuhkan bot. Jadi sebab duit Qatar pun bukannya nak guna dah lepas ni, kami setuju memperabihkan duit.


Operator bot tu Bangladeshi juga. Masuk dalam bot dia suruh pilih lagu apa nak dia pasang, “You want English song sir?” Suamiku yang sebegitu penyayang terhadap isterinya itu terus petik, “We want Bollywood, Hindi Hindi!” Suka la brader tu. Dalam setengah jam dalam bot tu dapatlah dengar 4-5 lagu. Anak dara aku boleh buat disco pulak tu dalam tu. Mentang-mentang kami je ada, dan lampu bot ditutup, tinggal pasang lampu lip lap je. Dia punya ronggeng! Itu padahal tak mengaku minat Hindustan tu. Bila keluar lagu favourite aku, dia jerit sama sebab cam lagu tu. Ewah! Kau sebenarnya mahu tapi malu kan?

Lepas habis boat ride barulah sembang dengan operator boat tu, sebab dia pelik, kami ni orang apa? Kenapa minat Hindustan? Bila sebut kami orang Malaysia, melompat dia. “I stay in Singapore 8 years! Malaysia Singapore very close. I go to JB also.” Heheh. Tapi rezeki dia lebih murah dekat Qatar. Bot tu bapak mertua dia punya, bisnes family la sekarang. Asyukkk aaa…

Lepas tu kami menapak je balik ke hotel. Jauhla, memang jauh. Tapi terimalah kan? Untuk ke airport esok pagi, kami book shuttle siap-siap dari hotel, QAR50. Pejam mata jelah bayar. Pukul 4 pagi pulak tu kan?


Naik ke bilik, mandi dan settle down. Anak-anak aku terus lena. Check jam, baru pukul 7 malam. Hahaha. Inilah juga nasib di Amsterdam ni agaknya? Asal gelap je, terus tidur. Dahla siang sekejap je. 

No comments:

Post a Comment