16 Disember 2021
Pukul 3 pagi kami bangun bersiap. Kami dah
booking airport shuttle untuk flight kami ke Nevsehir, Cappadocia. Anak-anak
liatlah sikit, tapi barang semua dah siapkan sebelum tidur. Tinggal nak tukar
baju je.
Di luar masih gerimis. Dalam kereta semua pakat
terlelap semula. Perjalanan ke Istanbul Airport dalam 45 minit juga. Check-in
dan drop baggage lancar. Ini juga first time proof of vaccination kami diminta
sejak bermulanya trip ni. Kami akan naik Turkish Airline, dan baggage yang
dapat 15kg seorang. Jadi kami dah berwaspada dari awal, dekat Istanbul sebelum
nak ke Cappadocia ni tak boleh shopping dulu. Takut beg bertambah berat. Haha.
Awalnya kami bercita-cita tinggilah juga, nak
drive sendiri je pusing Turki ni. Tapi bila tengok balik map jaraknya one place
to another rasa macam tak daya pulak. Aku sejak makin tua ni rasa letihnya bila
pergi 1 tempat tu duduk semalam je. Tak sempat hilang penat, dah kena packing
semula, tak sempat puas berjalan pula tu. Bila check pula harga domestic flight
dia takdelah mencekik darah sangat, setiap destinasi untuk 4 orang dalam RM500.
Kira oklah. Kalau sewa kereta campur minyak dan nilai tenaga plus all the different
hotels yang kami perlu book on the way tu, last-last sama gak.
Kami sampai awal, lepak je di gate. Beli roti-roti
sikit buat alas perut. Si Kakak dok mengekek gelak dari pagi, dok bersembang dengan
member-member dia kat phone. Dalam airport macam ni tak boleh buat apala, ada
airport wifi. Masa lain kami memang off je hotspot wifi tu sebab kalau tidak,
baik tak payah bawak je budak tu. Memang asyik tenung phone dia sampai ke
sudah. Tak nampak pun Turki tu macam mana. Ada anak remajalah katakan.
Boarding awal dan take off on time. Terlelap lagi
dalam flight sampai diorang hantar sandwich. Flight pun sejam suku je. Sampai di
Nevsehir, airportnya sungguhlah sekangkang kera. Masuk je pintu dah baggage
claim, adalah saiz 4-5 depa agaknya. Terus pintu keluar. Haha. Jumpa quite a
few Malaysians dan sempat sembang-sembang sekejap. 1 group tu, 2 orang
perempuan baru sampai dari KL through Dubai, diorang terus shoot ke Cappadocia
dulu. Satu lagi group family bertiga, mak ayah dan anak bujang. Baru sampai
juga dari Qatar, terus shoot ke Cappadocia juga. Rupanya kami semua satu transport
yang sama.
Sampai di Cappadocia Caves Hotel, bilik kami
belum ready. Understoodlah, memandangkan kami sampai pun pukul 10 pagi. Orang kat
lobby tu dah tak menyempat nak tanya kami apa nak buat hari ni, pakej apa nak
ambil dan sebagainya. Lek bro, bagi kami tarik nafas dulu. So kami naik ke
coffee house dia, order food sikit sambil lepak dan bincang sekejap. Harga pakej2
yang offered dekat bawah tu semua quoted dalam Euro, dan semua kira ikut
kepala. Maknanya kalau kami ambil tour, contohnya sorang kena dalam €35, kena kali 4 orang pulak tu. Ehhh banyak pulak. So apa yang kami
decide untuk buat ialah sewa kereta pada harga €30 sehari dan jalan ikut kaki sendiri.
Kami dapat kereta dalam pukul 11 lebih, kami proceed ke Goreme Open Air
Museum dulu. Cantik landskap di kawasan ni. Cuaca pun cantik hari ni. Langit biru,
matahari keluar, tapi cuaca sejuk. Just my kind of weather. Bagusnya jalan
sendiri ni, kami tak terikat dengan jadual orang. Rasa malas nak tengok
banyak-banyak, kita skip je. Tak perlu dengar orang nak explain in detail
tentang semua perkara sampai rasa tepu otak.
Dari situ kami drive ke Red Valley dan bergambar sekejap. Angin kuat,
sejuk sangat. Kemudian kami ke Love Valley. Yang tu pun dapat ambil gambar dari
atas je. Aku curious, sebab pernah tengok orang bergambar di bawah struktur
chimney di Love Valley tu. Rupanya kalau nak kena hiking. Okay, bye.
Kami ke Fairy Chimney, tiket masuknya seorang TL25. Waktu tutupnya pukul
4.15 petang, masa kami sampai dah 3 lebih. Tapi sempat je, laju-laju. Bergambar
je yang pentingnya. Hihi.
Dari sana kami balik ke hotel. Check in bilik pun belum lagi. Sampai tu
hantar beg masuk bilik, solat dulu siap-siap, then kami keluar ke pekan cari
dinner. Sebab masa sampai tadi kami dah makan ringan-ringan di kafe hotel ni,
kami tak lunch. So petang ni dah laparlah.
Masuk kedai makanan Anatolia, makan-makan, gelak-gelak. Tiba-tiba ada
satu brader datang ke meja kami, tegur Ayah. Dia tanya, kami ni orang Malaysia
ke, sebab dia tengok gaya macam tu. Masa dia tanya tu dia cakap English dulu.
Bila kami kata ya barulah dia sembang Bahasa Melayu. Rupanya dia pun Malaysian.
Yelah, pakai mask semua, manalah nak cam. Najib Namanya, solo traveler yang
bekerja di Hungary dan datang bercuti di Turki. Husband siap minta IG dia semua.
Siap makan tu kami jalan-jalan sikit di kedai-kedai dekat situ. Pergi
cucuk duit sikit sebab dah makin surut. Sambil-sambil tu kami bincang pasal Hot
Air Balloon Ride. Aku berbelah bahagi, dengan takutnya, dengan mahalnya. Tapi hujahnya
ialah, sekali seumur hidup. Dah sampai sini takkan tak cuba.
Jadi aku serahkan kat husband, dia confirmkan dekat lobby dan bayar
deposit €100. Kami pun masuk bilik dah settle down. Mandi dan tidur.
No comments:
Post a Comment