24/25 Disember 2021
Hari ni hari pulang. Flight kami pukul 8.05 malam so teorinya kami ada seharian lagi dekat sini. Tapi masa booking shuttle
tu, orang hotel advise kami suruh pergi airport pukul 3 petang sebab hari ni
hari Jumaat dan petang selalu jam. Typical, kan? Negara mana pun, asal petang Jumaat
mesti jam.
So untuk bagi puas berjalan hari ni, kami
kenalah keluar awal sikit. Bangun masa azan Subuh pukul 7 tu, terus kejut
anak-anak, bersiap. Setelkan packing beg semua, habiskan makanan yang ada dalam
peti such as juice, susu dan telur. Pukul 9 tu kami turun ke reception untuk
tinggal luggage.
Then proceed ke tram station untuk ke
Sultanahmet. Belum cukup lagi souvenir. So merayau-rayau dekat situ, cari
barang. Dapatlah fridge magnet sikit, belilah apa-apa yang menarik untuk buah
tangan orang dekat rumah. Duit pun dah susut. Habis segala duit USD, duit Euro
semua licin kami tukar. Hujung-hujung tu, kena guna credit card haha.
Dari Sultanahmet ke Grand Bazaar, patah balik
ke Sultanahmet dan naik tram ke Serkici. Mulanya nak pergi sampai ke Galata
Tower, tapi bila lalu Serkici tu nampak banyak je kedai souvenir. Turun jelah. Beli
lagi baklava pula beberapa kotak. Sempat singgah minum dekat satu kedai (sebab
Adik nak tumpang toilet).
By then dah dekat pukul 2, so kami kena gerak
balik ke hotel dah. Rasa sayang sangat nak balik awal sebab dalam banyak-banyak
hari, cuaca hari ni paaaalinggg cantik. Langit biru langsung takde awan, matahari
terik jadi suhu pun jadi sedap-sedap aje. Haihh…
Sampai di hotel pukul 2.40, tunggu sampai pukul
3, dan shuttle kami sampai. Perjalanan ke airport ambil masa sejam. Sampai je
airport terus ke toilet tukar segala baju tebal dan pakai baju comfy untuk naik
flight. Singgah solat dulu di surau, baru drop luggage dan masuk dalam. Boleh bersantai-santai
lagi, Kakak dan Ayah pergi makan kat Shake Shack.
Masuk Maghrib tu terus solat, lepas tu menunggu
kat gate sampai boarding. Flight ke Dubai ambil masa 4 jam lebih tapi aku
langsung tak tidur sebab skrin dia besar kali ni dan ada game best-best. Hahaha.
Main game 4 jam, kau mampu?
Sampai di Dubai, ada transit 2 jam saja. Ngam-ngam
untuk bagi si Kakak isi perut dia sebab dia refuse to makan apa-apa langsung
dalam flight, walau secubit biskut. Ayah boleh sempat terserempak dengan
seorang office mate di sini. Random giler.
Anyway, the next flight Dubai ke KL, mostly
kami tidur saja. Sebab apa? Sebab skrin dia tak best, aeroplane lama kot. Game
pun tak banyak. Haha. Bangun time orang hidang breakfast. Pastu tak sampai 2
jam kemudian dah touchdown.
Sampai tu kami bersantai-santai pergi solat semua
dulu. Punyalah lama, bergilir-gilir ke toiletlah apelah. By the time kami
sampai di tempat setel prosedur Covid, orang pun dah takde. Check-check
MYsejahtera, pakai gelang, swab test, semua laju tak perlu beratur dah. Dan terus
keluar dan ambil Grab untuk pulang. Ingatkan ada aturan special ke untuk orang
pakai gelang ni, tapi biasa je. Hihi. Maka bermulalah episode kuarantan
seminggu kita. Semoga sihat-sihat sahaja. Amin….
No comments:
Post a Comment