23 Disember 2021
Bangun masa azan Subuh dekat pukul 7 tu, terus
berjaga. Ada kerja sikit, mengemas sikit, makan-makan sikit. Hari ni kena laju
sikit bergerak sebab pukul 10 nanti kena buat PCR test. Kami minta hotel
uruskan, dan orang tu akan datang sampai ke bilik hotel untuk buat swab
testnya. Kami dicaj TL200 seorang untuk ini.
Pukul 10.10 macam tu staf lab tu sampai dan
buat swab test. Kami pun dah ready semua, dia balik je kami pun keluar. Naik bas
hari ni, ke kawasan Masjid Eyup Sultan. Kata Ayah, ini masjid yang dibina oleh
sahabat nabi, Abu Ayub Al-Ansari. Kawasan tu dikelilingi dengan kawasan perkuburan.
Agak unik sebab kubur diorang nisannya tinggi-tinggi, besar-besar.
Masuk dalam kawasan masjid tu dan masuk dalam
untuk tengok makam Abu Ayub Al-Ansari. Ada beberapa artifak yang dipamerkan
milik Rasulullah juga. Keluar dari sana, pusing-pusing sikit area situ, kemudian
pergi merayau dekat area kedai-kedai. Terjumpa penjual strawberi, Adik teringin, jadi kami beli sebekas. Memang seperti biasa, beli strawberi di luar negara
manisnya amboiii… memang laju kami makan. Adik biasanya nak makan strawberi
kena celup coklat, tapi kat sini boleh makan saja.
Kami jalan sampai ke stesen kereta kabel untuk
naik ke Pierre Loti. Kecil je kawasan cable carnya. Ada 4 biji je pun. Naik atas
tu, ada banyak café untuk lepak. So kami cari tempat duduk dan order air, snek
sikit. Duduk tengok view dekat bawah. Eh, kalau kat Malaysia ada area macam ni,
memang kerap aku datang. Santai je kalau nak dating-dating. Lagi-lagi tadi
matahari terik, jadi lepak luar pun tak rasa sejuk sangat.
Selesai makan, kami decide untuk menapak turun saja.
Malas nak naik cable car. Lalulah kot celah-celah perkuburan tu. Sampai di
bawah, dah azan Zohor so singgah solat di Masjid Eyup Sultan tu. Siap tu
merayau sikit area sekitar tu, beli-beli barang sikit. Lepas tu naik bas ke kawasan
Grand Bazaar semula. By then dah pukul 4, sebab jalan agak jem. Anak-anak dah
lapar, jadi masuk aje mana-mana kedai on the way ke Spice Bazaar tu. Makan-makan,
dan proceed ke Spice Bazaar. Rushing juga sebab takut kedai dah nak tutup.
Dalam Spice Bazaar pun tak sempatlah nak survey
sangat, mana yang pandai promo dekat kami, kami terus beli aje. Beberapa bekas
Turkish Delight, beberapa pek rempah. Kemudian jalan-jalan di luar dan beli
magnet lagi. Tapi by the time sampai Grand Bazaar balik, dah tutup. So merayau-rayau
sekejap di luar, dan balik saja.
Kami naik ke reception dulu, tanya pasal result
PCR test kami tadi dan booking airport shuttle untuk balik esok. Alhamdulillah,
result kami semua negative. Esok boleh balik. Naik tu check-in flight terus
semua. Kepenatan dah hari ni. Kena packing luggage semua dulu.
No comments:
Post a Comment