13 December 2021
Subuh di Dubai pukul 5.30 pagi so dalam pukul 6
aku kejutkan diorang dan terus bangunlah. Sebab kami dapat free breakfast dan
kami dah booking tour of Dubai.
Memandangkan kami cuma ada siang ni je di
Dubai, malas rasa nak terpinga-pinga ke sana sini mencari tempat yang nak
ditengok. So bila search online, kami jumpa half day tour di Klook yang charge
harga RM54 seorang untuk dia bawa tengok all the main attractions di Dubai dari
pukul 9 sampai 1 tengah hari. Kami book ajelah.
Pukul 7 lebih tu kami dah turun breakfast.
Suasana masih tenang, tak ramai orang, makan pun sedap. Agak okay selection
dia. Lepas tu baru naik semula, lepak-lepak dalam bilik, mengemas semua. Pukul
9 tu kami turun simpan beg dekat bilik luggage hotel kami dan tunggu tour guide
kami jemput.
Pukul 9.30 dia sampai, tapi agak frust sikit
sebab ada 2 orang lain pun sekali dengan kami. A young Indian couple. Mulanya
aku excitedla juga, ingatkan boleh buat kawan. Tapi menyombong ya rabbi. Duduk
satu kereta macam tu pun, langsung dia tak senyum dengan kami, apatah lagi
bercakap.
At one of the first stops tu aku tengok diorang
dok struggle nak selfie so aku pergilah ramah mulut tanya diorang nak aku
tolong ambilkan gambar ke. Yang lelaki tu acuh tak acuh je jawab tak payah,
yang perempuan tu langsung tak acknowledge. Maka lastlah tu aku nak buat
effort. Lepas pada tu aku memang ignore jelah.
Anyway, driver kami pulak kata diri dia tour
guide, tapi dia bersembang dengan laki aku je berdua dekat depan, macam dalam
kelambu pulak tu. Kami yang duduk belakang ni haram tak dengar apa. Antara tempat
yang dia bawa kami stop ialah Dubai Creek, La Mer Beach, Jumeirah Beach, Jumeirah
Mosque, Souk Madinat Jumeirah, Atlantis, dan last sekali Burj Khalifa. Well,
apa-apa hal pun, kami dapatlah gambar tempat-tempat penting di Dubai dalam
sehari.
Sepatutnya lepas selesai tour tu, dia kena
hantar kami balik ke hotel. Tapi kami suruh dia tinggal je kami dekat Dubai
Mall tu sebab nak lunch dan jalan-jalan. Masa first kami keluar dekat Dubai
Fountain tu dan tengok Burj Khalifa tu, I actually gasped. Memanglah tahu itu
bangunan tertinggi di dunia, tapi somehow tak pernah imagine tinggi dia tu
camane. Aku rasa nak rebah bila tengok bangunan tinggi macam tu. Gayat!
Tapi disebabkan si Kakak dah dok berzikir lapar
bagai, kami masuk cari lunch dulu. Terus tuju ke Cheesecake Factory je, nak
hilangkan gian. Memang betullah dia lapar, sebab kami suruh Kakak order kids
meal sliders, dalam gambar tu ada 2 biji burger. Bila waitress tu ambil order,
dia kata ada choice nak 2 biji burger atau 4 biji burger. Confident makcik tu
order 4 bijik. Adik order kids pizza, aku dan husband share pasta meal. Sebab
nak order cheesecake juga. Dan aku kata kat Ayahnya, kang nak kena abiskan
burger Kakak lagi. Sekali dia sedut semua 4 biji burger tu, siap tolong makan
pizza Adik sekali. Gelak je bapak dia tengok.
Dah kenyang barulah ada mood nak ambil gambar
dekat Dubai Aquarium besar alam dekat luar tu, jalan-jalan sikit tengok orang
ice skating. Jumpa surau, terus solat jamak. Barulah kami keluar ke Dubai
Fountain tu balik dan ambil gambar Burj Khalifa. Orang boleh tahanlah ramai, tapi
masih terkawal.
Sepanjang hari ni cuaca dekat Dubai ni, agak
susah juga aku nak explain. Matahari dia terik, memang panas, especially dalam
pukul 10 lebih tadi. Menyengat panasnya, pedih kulit dan silau mata. But at the
same time, angin dia nyaman dan temperature dia tak tinggi. Kalau duduk dekat
bawah teduh, memang kalau bentang tikar boleh lenalah. Sebab ada unsur angin
sejuk. Katanya inilah definisi winter di Dubai. Subuh dia lebih kurang macam time
kita, tapi Maghrib dia pukul 5.30 petang dan Isyak dekat pukul 7 malam.
Anyway, selesai dekat situ dah pukul 4 lebih,
kami terus ambil teksi patah balik ke hotel. Flight kami ke Istanbul malam ni
pukul 8.45 malam. Sampai di hotel kami ambil beg-beg, tukar balik baju santai
untuk naik flight. Lepas tu ambil hotel shuttle ke Terminal 3.
Masalahnya sekarang, kami pun masih tak pasti
kami terminal berapa sebab dalam boarding pass takde print dan takde orang
boleh bagi kami info dekat situ. Driver shuttle kata dia rasa kami patut ke
Terminal 2 (yang bas tu takkan hantar), dan lebih baik naik teksi dari hotel
sebab murah separuh harga berbanding ambil teksi dari Terminal 3. Tapi tulah,
kami pun takde info. Bedal jelah, gerak ke Terminal 3 dan pastikan dengan staff
dekat sana. Lepas diorang check flight number kami barulah confirm kami patut
di Terminal 2. So ambil teksi ke Terminal 2.
Nasib baiklah kami ni jenis awal, so by the
time kami sampai Terminal 2 tu, kami masih ada 3 jam sebelum flight. Yela,
datanglah awal sebab tak tahu apa jenis prosedur diorang nak buat dekat kita
musim-musim Covid ni kan.
Rupanya takde apa pun, masuk je terus. Cuma
satu je tragedi yang kami lalui. Masa diorang scan beg-beg kami, 1 beg dia tarik
ke tepi dan suruh bukak. Dia keluarkan extension cable yang kami bawa untuk
charge phone-phone, laptop semua. Pastu dia rampas. Dia kata extension cables
are not allowed. Aduuh… Tak pasal-pasal nak kena cari baru. Dahla laptop ada 2
biji, phone ada 4. Kacau betullah makcik. Haihh
Lepas tu tunggu jelah flight. Solat pun
terpaksa tangguh sampai di Istanbul nanti sebab suraunya tengah under
maintenance.
Kami naik ni airline flydubai, codesharing
dengan Emirates. Yang kecewanya, bila naik dalam flight, in-flight
entertainment dia kena bayar kalau nak tengok. Satu geng AirAsia la gitu. Anak
aku bising dah, “Mana boleh macam ni, kita bayar mahal untuk naik Emirates.”
Betul jugak kan? Aku bayar normal price untuk naik premium airline, alih-alih
dapat bajet plak. Nak minum air sedap pun kena bayar. Nasib baik dinner diorang
tetap serve dalam airline tu. Tapi of course aku sorang je yang melantak. Yang
lagi tiga tu dah hanyut, kepenatan.
Flight dalam 5 jam, jadi kami sampai di
Istanbul pukul 12.40 pagi. Kali ni pun lancar semuanya proses keluar dari
airport. Driver yang kami book daripada hotel pun dah menunggu untuk hantar
kami ke hotel. Kat luar hujan sikit, tapi tengah malam dan hujan macam tu pun
temperature sedap, 9 darjah. So insyallah siang taklah sejuk mana.
Sampai di hotel kami, The Heritage Hotel, dalam
pukul 2 lebih pagi. Terus naik mandi solat semua. Tapi sebab toilet ada 1, dekat
pukul 4 juga baru kami settle down semua.
No comments:
Post a Comment