Tuesday, 28 December 2021

Travel Pasca COVID: Post Trip Observation

 Realitinya ialah, kami masih rasa macam mimpi-mimpi je dah ke Turki dan dah balik pun. Sebab hakikat yang tak ramai orang ketahui adalah, beberapa tahun lepas kami kena scam semasa buat plan ke Turki. Masa tu jumpa company yang offer trip yang nampak menarik dan affordable. Dan niat kami adalah nak buat trip bersama keluarga mertua aku, dalam 13 orang masa tu, termasuk 2 baby. Sebab tu kami cari pakej, sebab aku tak mampu nak plan untuk ramai-ramai orang macam tu. Bukan senang nak book sampai 5 bilik terus di satu hotel yang sama, apatah lagi handle transport ke beberapa kawasan luar Istanbul untuk 13 orang.

Setahun lebih aku perhati track record company tu sebelum aku berani proceed, bila nampak orang lain semua betul-betul dapat pergi trip mereka. Ansuran bulanan dah habis bayar. Duit Turki pun kami dah tukar untuk ke sana. Tapi tulah orang kata, kalau takde rezeki tu.  5 bulan sebelum trip kami, company tu start ada problem dan trip orang lain mula kena cancel atau terkandas bila dah sampai airport. Akhirnya owner dia lari bersama duit-duit kami. Keluarga kecil aku sendiri lesap RM10k. Keluarga besar kami lebihlah lagi, aku malas nak congak dekat sini.

Jadi, selepas pada tu perkataan Turki tu macam pantang sikit sebut dekat rumah. Berbulu je rasa. Walaupun hati sebenarnya meronta-ronta nak pergi. Sebelum ni ditahan-tahan sebab nak jaga sensitivity seluruh keluarga juga. Tapi bila dah Covid macam ni, dan antara tempat pertama yang terima kita ialah Turki, aku gagahi jua. Masa biasa pun aku tak mampu nak plan trip untuk ramai orang, apatah lagi pasca Covid yang penuh rules baru. So, aku minta maaf kepada seisi keluarga, aku jalan dulu. Ada rezeki kita plan lain.

Yang membuatkan aku berani proceed dengan trip ni dalam musim-musim Covid ni juga adalah sebab kebanyakan airline benarkan tiket diubah tarikh seberapa banyak kali yang kita mahu. Contoh tiket Emirates kami ni, kami dapat dengan harga RM1830 seorang lebih kurang. Dan tiket ni valid selama 2 tahun dari tarikh ia dibeli. Sama juga dengan tiket domestik Turkish Airline yang kami beli tu, pun boleh ditukar tarikh. Sebab tu aku kental. Kalau tidak cuak wehhh... Lagi-lagi makin dekat dengan tarikh kami hari tu, muncul Omicron pulak.

Segala hotel pula, of course kita ambil yang free cancellation sampai paling dekat dengan tarikh penginapan. Insurans tak lupa. Kami ada ambil travel insurance Allianz dari Malaysia, dalam RM300 lebih total, dengan pampasan Covid khas RM10,000 kalau salah seorang kami disahkan Covid semasa di sana. Tambahan ialah insurans dari negara Turki sendiri, yang dia offer masa kami apply HES code. Yang itu dicaj EUR30 seorang, dan kalau kami disahkan Covid atau jatuh sakit/kemalangan masa di sana, semua rawatan akan dicover. Begitulah lebih kurang. Memang banyak belanja tambahan disebabkan Covid. Insurans saja mencecah RM1k, dan burn begitu saja. Belum kira swab test sebelum pergi, masa di sana dan selepas balik hari ke-5. Yang free cuma yang perlu buat masa sampai di Malaysia je, kerajaan tanggung.

Anyway, berikut apa yang aku dapat perhatikan semasa di Turki:

1. Cost of living mereka tinggi. Aku tak pasti gaji orang sana macam mana, tapi rata-rata kalau kami pergi makan untuk 4 beranak, tak pernah kurang daripada TL200. Biasanya memang lebih-lebih lagi. Aku beruntung masa aku di sana duit Turki tengah jatuh teruk. Kalau pergi zaman dulu masa duit dia sama atau lebih tinggi daripada kita, aku tak rasa aku mampu. Mungkin kena masak sendiri hari-hari. Beli groceries hari tu roti sebuku, sabun basuh baju paket kecil, sabun basuh pinggan botol kecil, butter, susu, jus, span basuh pinggan, air mineral 2 botol besar dan telur 10 biji, hampir TL100. Kalau dolar for dolar dengan duit kita, RM100 tu tak kelakar.

2. Duit Euro dan USD sama pentingnya dengan duit Lira, especially kalau kita tourist. Benda harian boleh guna Lira, tiada masalah. Tapi aktiviti berkaitan pelancongan, kita mesti akan dicaj dalam Euro atau USD. Hot air balloon, sewa kereta, tiket bas ke Pamukkale, airport shuttle, tour guide… semua tu kami dicaj dalam Euro dan USD. Nasib baik aku tergerak hati untuk bawa semua duit Euro dan USD dalam koleksi kami. Licin ya digunakan, total dalam RM3000 juga kalau convert.

3. Shopping kat sana mahal. Aku masuk LC Waikiki kat sana, Marks and Spencer kat sana, harga barang semua lepas convert lagi mahal daripada di Malaysia. Sedih! Tak cukup masa untuk merayau di outlet di sana, so tak boleh bagi opinion tentang itu.

4. Lesen memandu kita diterima di sana tanpa perlu international driving license. Dan sewaan kereta pula kami dapat selepas sampai di Cappadocia dengan bantuan reception hotel. Masa di Malaysia kami cuba search sendiri dalam website car rental, semuanya tak ada. Baik nak ambil di Nevsehir lepas turun plane mahupun untuk ambil di Goreme sendiri. Kami tak pasti kenapa.

5. Drive sendiri di Cappadocia mungkin lebih value for money kalau pergi dalam kumpulan yang ramai. Sebab tour pakej di sana dah fixed, Red Tour, Green Tour, Blue Tour. Semua tu dicaj ikut kepala, dalam Euro. Trip sehari suntuk pergi ke banyak tempat, tapi tak semua tempat tu kita berminat nak pergi. Ada tempat yang menuntut kita untuk hiking lama, berjalan jauh, mendaki, masuk ke tempat-tempat sempit yang mungkin tak sesuai untuk semua ahli kumpulan kita, dan juga tempat-tempat menjerat pembeli macam kilang tembikar, kilang batu permata, kilang karpet dsbnya.

6. Hot air balloon is worth the price. Tapi surveylah price sebaiknya. Tak semestinya akan jumpa price yang sama. Masa di Istanbul kami dapat offer EUR75 seorang, tapi kami kata belum tahu lagi nak naik ke tidak. Sampai di hotel, kami dicaj EUR65 seorang. Tapi last sekali masa bayar, dia ambil duit kami EUR60 seorang sahaja. Aku pernah dengar orang kena caj sampai USD100 lebih juga.

7. Anjing dan kucing bersepah di mana saja. Dan orang Turki tak kisah dengan anjing. Macam santai aja kalau anjing datang dekat, masuk kedai, masuk dalam hotel. Aku yang serba tak kena.

8. Berdasarkan tip yang kami dapat, kami hanya cucuk duit di ATM Ziraat Bankasi semasa di sana, sebab katanya takkan kenakan caj luar biasa. Alhamdulillah, memang betul bila check statement, duit ditolak mengikut kadar tukaran semasa sahaja, takde caj luar biasa.

9. Public transport di Turki agak extensive. Ada bas, metro, tram, feri. Beli saja Istanbulkart – kad pengangkutan macam Touch n’Go kita tu. Harga satu kad TL15 kalau tak silap. Lepas tu top uplah duit dalam tu seberapa yang perlu. Kami guna kad tu in total dalam 4 hari, kami perlukan lebih kurang TL70-TL80.

10. Sejak musim Covid, Turki mewajibkan semua orang ada HES – something like our MySejahtera. Kita perlu apply sekitar seminggu ke 3 hari sebelum trip untuk dapatkan nombor HES tu. Dekat sana nanti, bila beli Istanbulkart, kita kena link Istanbulkart kita dengan HES number so dia boleh track pergerakan kita. Nak naik bas domestic keluar negeri/daerah pun perlukan HES number untuk beli tiket. Untuk kami, reception hotel kami suruh pergi beli Istanbulkart dan pas aje dekat dia. Dia tolong activate dan link-kan. Sangat baik hati. Pergi mana-mana pun make sure paling koman ada print out/screenshot QR code HES tu sebab ada satu dua mall/muzium yang minta sebelum boleh masuk.

11. Kalau ke Istanbul dengan niat nak mendalami sejarah dan masuk macam-macam muzium, aku nasihatkan hari pertama tu terus beli Museum Pass Turkiye harga TL600. Museum pass ni boleh digunakan di kebanyakan muzium di seluruh Turki selama 15 dari tarikh pertama sekali pass tersebut digunakan. Bukan tarikh ia dibeli tau, tarikh pertama ia digunakan. Kami tak tahu-menahu tentang pass ni sampai kami dah hari kedua di sana. Masuk Galata Tower saja dah TL100 seorang, masuk Topkapi dah TL200 seorang paling basic. Itu belum kira muzium di Cappadocia, Pamukkale, Bursa, Konya dan macam-macam lagi yang ada. Jadi TL600 tu berbaloi. Mungkin hari ketiga dah habis cover TL600.

12. Ini mungkin common knowledge, tapi shopping di Grand Bazaar of course jauh lebih mahal dari tempat lain. Untuk fridge magnet dan sebagainya yang lebih murah, kami jumpa di Sultanahmet. Kalau berminat dengan sabun-sabun handmade, kami jumpa yang murah di kawasan Kadikoy di sebelah Asia. Rempah ratus kami tak survey dan terus beli saja di Spice Market jadi tak boleh nak bagi opinion tentang tu.

13, Exerciselah serba sikit sebelum nak pergi sebab sifatnya Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale itu berbukit-bukau dan banyak mendaki. Kalau bawa anak kecil yang berstroller, aku ucapkan selamat berjaya siap-siap. Stesen-stesen metro dia pun tangga tinggi-tinggi.

14. Kami malas nak fikir hari tu, jadi sim card kami beli saja di hotel. Orang hotel letak harga 40 untuk unlimited data 2 minggu. Tapi aku confirm ada yang value lebih baik, yang dijual dalam Lira pun. Paling-paling pun, pergi ke pejabat pos dia “PTT” untuk dapatkan pakej simcard yang kami nampak jauh lebih murah.

15. Pamukkale sebenarnya agak underrated bagi aku sebab aku enjoy di situ. Especially kalau kau jenis minat peninggalan sejarah dan Greek mythology. Sebenarnya kalau nak tengok everything di situ, sehari suntuk kena luangkan masa. Lagi-lagi kalau nak berendam dalam ancient pool dia atau sekurang-kurangnya celup-celup kaki dalam air panas Pamukkale tu. I wish we had more time there.

As of now, ini yang dapat aku fikir dulu. Nanti kalau terfikir lain, aku edit lagi.

Monday, 27 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 13 - Istanbul - Dubai - KL

 24/25 Disember 2021

Hari ni hari pulang. Flight kami pukul 8.05 malam so teorinya kami ada seharian lagi dekat sini. Tapi masa booking shuttle tu, orang hotel advise kami suruh pergi airport pukul 3 petang sebab hari ni hari Jumaat dan petang selalu jam. Typical, kan? Negara mana pun, asal petang Jumaat mesti jam.

So untuk bagi puas berjalan hari ni, kami kenalah keluar awal sikit. Bangun masa azan Subuh pukul 7 tu, terus kejut anak-anak, bersiap. Setelkan packing beg semua, habiskan makanan yang ada dalam peti such as juice, susu dan telur. Pukul 9 tu kami turun ke reception untuk tinggal luggage.

Then proceed ke tram station untuk ke Sultanahmet. Belum cukup lagi souvenir. So merayau-rayau dekat situ, cari barang. Dapatlah fridge magnet sikit, belilah apa-apa yang menarik untuk buah tangan orang dekat rumah. Duit pun dah susut. Habis segala duit USD, duit Euro semua licin kami tukar. Hujung-hujung tu, kena guna credit card haha.

Dari Sultanahmet ke Grand Bazaar, patah balik ke Sultanahmet dan naik tram ke Serkici. Mulanya nak pergi sampai ke Galata Tower, tapi bila lalu Serkici tu nampak banyak je kedai souvenir. Turun jelah. Beli lagi baklava pula beberapa kotak. Sempat singgah minum dekat satu kedai (sebab Adik nak tumpang toilet).

By then dah dekat pukul 2, so kami kena gerak balik ke hotel dah. Rasa sayang sangat nak balik awal sebab dalam banyak-banyak hari, cuaca hari ni paaaalinggg cantik. Langit biru langsung takde awan, matahari terik jadi suhu pun jadi sedap-sedap aje. Haihh…

Sampai di hotel pukul 2.40, tunggu sampai pukul 3, dan shuttle kami sampai. Perjalanan ke airport ambil masa sejam. Sampai je airport terus ke toilet tukar segala baju tebal dan pakai baju comfy untuk naik flight. Singgah solat dulu di surau, baru drop luggage dan masuk dalam. Boleh bersantai-santai lagi, Kakak dan Ayah pergi makan kat Shake Shack.

Masuk Maghrib tu terus solat, lepas tu menunggu kat gate sampai boarding. Flight ke Dubai ambil masa 4 jam lebih tapi aku langsung tak tidur sebab skrin dia besar kali ni dan ada game best-best. Hahaha. Main game 4 jam, kau mampu?

Sampai di Dubai, ada transit 2 jam saja. Ngam-ngam untuk bagi si Kakak isi perut dia sebab dia refuse to makan apa-apa langsung dalam flight, walau secubit biskut. Ayah boleh sempat terserempak dengan seorang office mate di sini. Random giler.

Anyway, the next flight Dubai ke KL, mostly kami tidur saja. Sebab apa? Sebab skrin dia tak best, aeroplane lama kot. Game pun tak banyak. Haha. Bangun time orang hidang breakfast. Pastu tak sampai 2 jam kemudian dah touchdown.

Sampai tu kami bersantai-santai pergi solat semua dulu. Punyalah lama, bergilir-gilir ke toiletlah apelah. By the time kami sampai di tempat setel prosedur Covid, orang pun dah takde. Check-check MYsejahtera, pakai gelang, swab test, semua laju tak perlu beratur dah. Dan terus keluar dan ambil Grab untuk pulang. Ingatkan ada aturan special ke untuk orang pakai gelang ni, tapi biasa je. Hihi. Maka bermulalah episode kuarantan seminggu kita. Semoga sihat-sihat sahaja. Amin….

Sunday, 26 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 12 - Istanbul

 

23 Disember 2021

Bangun masa azan Subuh dekat pukul 7 tu, terus berjaga. Ada kerja sikit, mengemas sikit, makan-makan sikit. Hari ni kena laju sikit bergerak sebab pukul 10 nanti kena buat PCR test. Kami minta hotel uruskan, dan orang tu akan datang sampai ke bilik hotel untuk buat swab testnya. Kami dicaj TL200 seorang untuk ini.

Pukul 10.10 macam tu staf lab tu sampai dan buat swab test. Kami pun dah ready semua, dia balik je kami pun keluar. Naik bas hari ni, ke kawasan Masjid Eyup Sultan. Kata Ayah, ini masjid yang dibina oleh sahabat nabi, Abu Ayub Al-Ansari. Kawasan tu dikelilingi dengan kawasan perkuburan. Agak unik sebab kubur diorang nisannya tinggi-tinggi, besar-besar.

Masuk dalam kawasan masjid tu dan masuk dalam untuk tengok makam Abu Ayub Al-Ansari. Ada beberapa artifak yang dipamerkan milik Rasulullah juga. Keluar dari sana, pusing-pusing sikit area situ, kemudian pergi merayau dekat area kedai-kedai. Terjumpa penjual strawberi, Adik teringin, jadi kami beli sebekas. Memang seperti biasa, beli strawberi di luar negara manisnya amboiii… memang laju kami makan. Adik biasanya nak makan strawberi kena celup coklat, tapi kat sini boleh makan saja.

Kami jalan sampai ke stesen kereta kabel untuk naik ke Pierre Loti. Kecil je kawasan cable carnya. Ada 4 biji je pun. Naik atas tu, ada banyak café untuk lepak. So kami cari tempat duduk dan order air, snek sikit. Duduk tengok view dekat bawah. Eh, kalau kat Malaysia ada area macam ni, memang kerap aku datang. Santai je kalau nak dating-dating. Lagi-lagi tadi matahari terik, jadi lepak luar pun tak rasa sejuk sangat.

Selesai makan, kami decide untuk menapak turun saja. Malas nak naik cable car. Lalulah kot celah-celah perkuburan tu. Sampai di bawah, dah azan Zohor so singgah solat di Masjid Eyup Sultan tu. Siap tu merayau sikit area sekitar tu, beli-beli barang sikit. Lepas tu naik bas ke kawasan Grand Bazaar semula. By then dah pukul 4, sebab jalan agak jem. Anak-anak dah lapar, jadi masuk aje mana-mana kedai on the way ke Spice Bazaar tu. Makan-makan, dan proceed ke Spice Bazaar. Rushing juga sebab takut kedai dah nak tutup.

Dalam Spice Bazaar pun tak sempatlah nak survey sangat, mana yang pandai promo dekat kami, kami terus beli aje. Beberapa bekas Turkish Delight, beberapa pek rempah. Kemudian jalan-jalan di luar dan beli magnet lagi. Tapi by the time sampai Grand Bazaar balik, dah tutup. So merayau-rayau sekejap di luar, dan balik saja.

Kami naik ke reception dulu, tanya pasal result PCR test kami tadi dan booking airport shuttle untuk balik esok. Alhamdulillah, result kami semua negative. Esok boleh balik. Naik tu check-in flight terus semua. Kepenatan dah hari ni. Kena packing luggage semua dulu.

 

Friday, 24 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 11 - Istanbul

 22 Disember 2021

Bangun awal, dalam pukul 6. Subuh dekat pukul 7 dah. Lepas solat tu aku siapkan kerja sikit. Anak-anak pun terus bangun menghadap phone masing-masing. Breakfast serba sikit. Tapi bermalas-malasan juga sebenarnya. Lagi-lagi bila pukul 9 pun matahari tak berapa nak tinggi lagi. Ayah siap sambung tidur balik seround.

Pukul 9.30 baru aku kerah semua orang bergerak. Last-last pukul 11 juga baru keluar hotel. Naik bas ke jeti feri Karakoy. Guna Istanbulkart je, naik feri seberang ke Asia. Sajalah, nak buat Bosphorus Cruise tu info dapat bermacam jenis sampai aku naik pening. Jadi kita cukupkan syarat dapat naik feri dekat depan ni pun dah cukup. Perjalanan dalam 20 minit, sampai di Kadikoy.

Mula-mula plan lepas sampai tu terus nak patah balik je. Tapi bila Google sikit area sini, macam ada kawasan pasar yang best. Ayah dah pesan, mulai hari ni, jumpa apa-apa yang teringin nak beli, terus beli aje. Masa dah tak banyak dan kami belum beli apa-apa souvenir lagi sebab hari tu takut beg berat nak naik flight domestic tu. Hihihi.

First sekali, setelkan Kakak post her last postcard untuk kawan dia. Merasalah masuk pejabat pos Turki (PTT). Sekali pos poskad, setemnya harga dalam TL23.

Kemudian kami berjalan di sekitar situ. Ayah sempat beli manisan sikit, merasa kopi turki. Terjumpa kedai jual profiterole, jadi kami singgah makan. Tengok-tengok kedai tu ada jual mac n cheese dan lasagna juga, dan kami dah kelaparan sikit. So makan-makan dulu. Siap tu ngam-ngam azan zohor dan ada masjid tepi tu. Jadi kami singgah solat terus. Kalau macam ni, kami boleh stay di luar sampai malam sebab tak rushing nak balik.

Lepas solat, Adik finally dapat beli topi Ertrugul dia yang ayah berkenan sangat tu. Sepanjang hari dia pakai hari ni. Kami merayau lagi, beli kacang-kacang sikit, beli sabun-sabun sikit (typical aku). Sedar tak sedar, dekat 4 jam juga kami di area sini. Sempat masuk LC Waikiki lagi dan Kakak pula dapat beli baju dia.

Barulah kami naik feri ke Besiktas. Ayah nak cuba makan di kedai CZN Burak pula hari ni. Kebetulan hari ni anniversary kami yang ke-14. Special lah sikit. Kami layankan aje. Dari feri, naik bas lepas tu berjalan kaki ke kedai tu. Meriah juga kedainya. Masak-masak dia semua macam-macam persembahan. Ada api-api dan muzik. Menarikla. Food yang kami order tu okla, biasa saja. Nasi arab dengan ayam panggang yang dimasak dalam timbunan garam.

Siap makan, jalan ke Metro dan naik train. On the way balik tu singgah di kawasan Sultanahmet, ingat nak shopping lagi tapi tak banyak dah kedai buka. Jadi balik saja.

Anak-anak makan Maggi Asam Laksa malam ni. Barulah Istanbul Aku Datang. Hahah.

Thursday, 23 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 10 - Pamukkale to Istanbul

 21 Disember 2021

Pukul 6 tu bangun bersiap. Flight kami balik ke Istanbul hari ni pukul 9.55 pagi. Make sure dah ready semuanya, azan je terus Subuh dan keluar. Rupanya orang hotel dah sediakan breakfast untuk kami dekat bawah, so duduklah makan dulu. Terharu sekejap. Boleh aje diorang nak lepas tangan memandangkan kami keluar sebelum waktu breakfast. Tapi diorang usahakan juga.

Semalam masa nak booking airport shuttle, brader tu dah advise suruh kami keluar pukul 7.30. Kami risau juga sebab dah biasa pergi airport 3-4 jam awal. Dia kata walaupun perjalanan sejam, airport kecil aje. Satu-satu masa tu ada 1 flight aje, jadi check-in semua laju. Jangan risau, dia kata. Kami trust dia jelah. So pukul 7.30 tu kereta kami sampai, gerak ke airport. Kami dicaj TL400 untuk transport ni.

Sampai airport, drop baggage semua. Masa lalu scan bag semua tu kelam-kabut sekejap. Phone Adik hilang. Memang memintalah kena berleter dengan aku, sebab aku dah pesan banyak kali, bila nak lalu security macam tu, simpan semua benda dalam beg supaya tak penuh tangan nak mengangkat. Lama gak mencari, last-last jumpa dalam henbeg aku. Agaknya aku pun main sauk je apa yang ada dalam kotak-kotak tu lepas scan. Yang penting melalaklah seround budak tu sebab panik dan kena marah.

Masa naik flight tu, di luar mula snowing balik. Goodbye Pamukkale! Flight sejam saja, nak makan 1 sandwich pun tak sempat habis dah mula descent balik.

Sampai di Istanbul Airport pukul 11 pagi, pick up luggage dan tuju ke tempat airport shuttle kami menunggu di pintu 13. Kali ni pun kami minta Juma, travel agent yang uruskan tiket bas kami hari tu, untuk aturkan. Kami dicaj 25 sehala untuk airport shuttle ke hotel. Ini paling murah yang kami jumpa. Hotel kami sendiri caj USD50 sehala!

Perjalanan ke hotel dalam sejam, tersangkut jem lagi. Kali ni tempat tinggal kami di kawasan moden, tak ada tourist attraction di sini. Dan menghadap a very busy road and a hospital. Asyik bunyi ambulance je. Tabahlah.

Kami tinggal di All Season Suite. Macam apartment, ada 2 bilik dan 2 toilet, dapur dan mesin basuh. Mesin basuh tu yang penting sangat, sebab baju kotor dah menimbun ni. Dan, of course, hotelnya ada lif. Nak cari apartmen yang ada mesin basuh tu tak susah, tapi nak cari apartmen yang ada lif tu yang payah. Tak sanggup ler nak angkut 4 luggage naik tangga. Lisa Surihani bolehlah, ada je mamat nak tolong angkatkan barang. Haha.

Anyway, masuk bilik tu agak impressed, lebih-lebih lagi ada 2 toilet. Tak payah lagi berebut toilet dengan Kakak. Tapi on closer inspection, kami baru sedar yang dia bagi rumah ni gonjeng je. Ada mesin basuh, tapi sabun basuh baju tak disediakan. Ada dishwasher tapi dishwasher tablet tak disediakan. Hatta sebotol air pun tak dibagi dekat kami. Memang sedih. Nak guna pinggan mangkuk sikit-sikit, nak basuh sendiri pun sabun basuh pinggan, span semua tak disediakan.

Naik angin juga aku tadi. Tak pernah lagi aku jumpa accommodation macam ni. Banyak dah aku merantau serata dunia. Paling-paling koman pun alat membersih asas mesti ada, kain nak lap-lap kaunter, span, sabun basuh. Untuk kesenangan diorang jugak, sebab guest boleh buat pembersihan asas. Dan air minum is basic la. Hotel pun boleh sediakan, takkanla korang tak boleh sedia. Padahal masa dia hantar kami ke bilik tadi, dia dah pesan, jangan minum air paip. Maka?

Aku book hotel/apartmen ni melalui Booking.com sebab tempat macam ni ada reception 24 jam kalau kami perlu apa-apa. Dan dalam listing pada Booking.com dah terpampang maklumat pasal airport shuttle disediakan, nak buat swab test pun diorang boleh uruskan. Hal begini yang buat kami decide to book hotel instead of Airbnb. Tapi bila jadi macam ni, aku terkenang-kenang Airbnb pula. Biasanya kalau duduk rumah Airbnb, groceries jarang-jarang nak kena beli. Segala tepung, telur, susu, sabun basuh, tablet dishwasher, penyapu, sampai ke kicap Kipas Udang pun kadang-kadang boleh jumpa. Kalaulah kami tahu boleh jumpa travel agent macam Juma yang boleh uruskan semua benda, I would've booked an Airbnb. 

Haih. Anyway. So solat Zohor, dan keluar. Hari ni kami Taksim. Kebetulan cuaca sangat cantik hari ni. Kami naik Metro guna Istanbulkart kami tu. Sampai di Taksim, berjalan sepanjang Istiklal Avenue tu. Banyaklah kedai-kedai berjenama. Masuk window shopping sikit. Adik finally dapat makan aiskrim Turki dia. Singgah lunch sekejap. Sampai petang, dekat Maghrib tu tiba-tiba started snowing. Tapi sikit ajelah, dan sekejap.

Kami pun dah kepenatan. Beli beberapa simit, kebab ayam, dan gerak balik naik Metro. Sampai di kawasan hotel tu, masuk supermarket pula, kena beli semua kelengkapan yang kami tak ada tu. Walaupun nak guna cuma beberapa kali, terpaksa beli sabun basuh pinggan sebotol, sabun basuh baju sepaket, span sendiri, air mineral besar 2 botol. Selain tu, beli makanan untuk breakfast esok. Yang itu biasalah, pergi mana-mana pun kalau ada dapur, kami akan beli. Macam roti, susu, butter.

Balik bilik tu barulah basuh baju, mandi, solat semua. Settle down for the day.

Wednesday, 22 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 9 - Pamukkale

 20 Disember 2021

Aku bangun seawal pukul 5. Whatsapp dah rancak sebab dekat Malaysia dah pukul 10 pagi. Bersembang sambil buka laptop, membelek apa yang patut. Subuh di sini lewat, dalam pukul 7.10 pagi. Jadi santai-santai saja. Kejut anak-anak sebab breakfast buka pukul 8 dan aku dah lapar.

Setakat pagi ni kami masih belum tahu nak buat apa. Travel agent semalam suggest untuk pergi ke ski resort, tapi jaraknya dalam 70km dari sini. So masa breakfast tu kami tanya dekat owner hotel ni. Bila dia call kepada sources dia, kami dapat tahu ski resort tu tutup. Memang seperti dah dijangka sebab bila kami Google pun nampak tulis temporarily closed.

Bincang-bincang sekejap, tanya opinion mamat tu, dia suggest pergi naik cable car kat Denizli. Kami ingat nak naik teksi je, minta dia callkan, tapi dia kata nak arrange kereta jemput kami dekat hotel, hantar sampai ke cable car, tunggu kami dekat sana dan hantar balik. Tapi kami nak pergi lunch dan shopping di Denizli city juga. Dia kata boleh, dia quote harga TL600 untuk sepanjang hari tu. Husband kata pejam mata ajalah, sebab bila kira balik dalam RM200 je. Senang kerja.

So get ready semua, pukul 11 kami dijemput ke Teleferik/cable car di Denizli. Harga tiket seorang TL10 je. Tapi sampai naik atas tu salji penuh, enjoy sangat budak-budak ni dapat main snowball, baling sana-sini. Puas hatila. Lepas tu minum hot chocolate kejap dekat café. Adalah dalam sejam lebih dekat atas tu, turun balik. Van kami bawa kami ke Denizli center, terus ke kedai makan.

Kami tak sebut pun nak makan apa, dia terus hantar ke satu kedai nama Vorlu Kebap. Bila tengok harga not so bad, kami naik jelah. Promoter dia sungguh beria, siap heret kami jumpa chef, suruh rasa special menu diorang, lamb kebap yang dimasak selama 6 jam. Eh, memang sedap weh! Aku ni jarang-jaranglah nak sentuh lamb, tapi yang tu memang aku makan. Food dia harga sangat reasonable dengan kualiti yang kami dapat. Ayah order lamb kebap tu 250g, Kakak order steak, Adik order chicken fajita, dengan Nutella milkshake dan jus buah-buahan fresh. Total kami bayar tadi TL250 je. Maknanya duit kita dalam RM80 lebih. Puas makan.

Lepas tu jalan-jalan sikit dekat luar tu. Niatnya nak cari souvenir, tapi takde. In the end masuk LC Waikiki dan beli jaket sepasang untuk Adik. Lepas tu jumpa pula kedai dessert, beli sikit, siap duduk minum kejap. Baru balik.

Sampai balik bilik tu solat semua. Kami plan nak pergi swimming pulak. Mamat ni dok promo kata ada tempat thermal pool segala dekat sini. Dia siap nak arrange orang jemput dan hantar kami. Anak-anak dah excited, jadi pergila. Baju swimming memang sedia bawak. Rupanya spa tu dekat another hotel dalam 5 minit dari situ. Kami dapat guna semua facilities dia free. So bila dia promote pakej spa tu, macam rasa obligated pulak untuk ambil satu. Ayah suruh akula. Mula-mula dia pun macam nak. Tapi therapist semua perempuan; Indonesians. Cara aku senang je; aku tanya dia, kalau keadaan terbalik dan spa ni pekerjanya semua lelaki, dia bagi tak aku berurut? Dia kata mestilah tak. So, sekian perbincangan.

Aku jelah dapat urut. Sempat masuk dalam air 10 minit, lepas tu pegi buat hot stone massage. Sedapla. Sejam. Siap ada face massage and face mask. Hammam pun ada sebenarnya, dan therapist tu tanya tadi, nak try hammam tak. Mula-mula aku teruja jugak, tapi lepas tu dia kata, kalau hammam kena bogel semua. Ehhhh.... tak rela aku! Kalau gelap gelita takpe jugak. Ini terang-benderang pulak tu. Kensel terus!

Siap tu lepak sauna sekejap sementara nak tunggu giliran shower room. Pukul 8 baru kami balik. Masa nak bayar tu sengih jela, sebab charge pakej spa aku tu dalam Euro. Kuikuikui... Ayat standard Ayah, "Once in a lifetime. Dah sampai takkan tak cuba." Gitu.

Dah tak larat nak ke mana, balik dinner kat hotel saja. Siap makan, naik bilik mula packing sebab esok dah nak balik Istanbul. Lepas solat tu tidurlah.

Travel Pasca COVID: Day 8 - Pamukkale

 19 Disember 2021

Selepas perjalanan yang panjang dan tak selesa, kami sampai di Pamukkale jam 6 pagi. Turun je bas, dah ada van menunggu bawa kami ke satu office travel agency. Agaknya itu caranya dekat sini, semua syarikat bas ada join venture dgn travel agency. Aku layankan aje, asalkan dapat cepat-cepat keluar dari kesejukan. Hihih.

Mamat yang jemput kami tu kata duduk dulu di ofis dia, sebab hotel buka pukul 8 je. Kami tumpang toilet, bila masuk Subuh dan minta nak solat, dia sediakan ruang siap bentangkan sejadah, bagi teh semua. Sambil-sambil tu dia dok promotelah pakej-pakej dia, dia explain map of the area semua. Sampai pukul 8 tu, dia hantar kami ke hotel kami; White Heaven Suite Hotel.

Awal lagi jadi kami tak expect pun nak dapat masuk bilik terus. Diorang hidang teh dulu sementara nak check in semua. Tak sempat habis minum pun, bilik kami dah ready. Alhamdulillah. And we were so pleasantly surprised. Masa booking hari tu, aku rasa bilik ni biasa-biasa aje. Not the highlight of my trip pun. Kami ambil family room. Tapi bila sampai, bilik dia cantik, sangat luas. Ada 2 double bed dan 1 single bed, tapi ruang masih banyak untuk bukak semua 4 luggage dan masih muat nak solat Jemaah. Puas hati.

Masuk tu bukak beg semua, aku terus mandi dan masuk bawah selimut. Kami dah decide nak rest sekejap, lewat-lewat sikit baru keluar. Dalam pukul 10.30 baru aku kerah semua bersiap. Semua dah siap mandi, dah dapat golek-golek sekejap atas katil. Cuaca cantik dekat luar, jadi pukul 11 macam tu kami dah keluar jalan kaki ke Pamukkale/Hierapolis tu. Singgah di satu kedai bungkus makanan sikit buat makan sambil berjalan.

Kami masuk di North Gate, dan tiket masuk ialah TL110 seorang. Guard tu dah pesan, kalau masuk dari North Gate, kami kena berjalan kaki ayam dalam air sejuk sejauh 1km, baru sampai atas. Tapi takpelah, sebab nak ke South Gate lagi jauh menapaknya.

So sambil menjinjing kasut, kami berjalanlah atas batu-batu putih “cotton castle” tu. Batu-batunya memang sejuk sampai perit kaki, tapi kalau lalu dalam air-air dia, suhunya agak sedap. Suam-suam gitu. So sepanjang jalan kami asyik berhenti rendam kaki dalam air, bergambar. Enjoyla. Cuaca pun sedap-sedap aje.

Sampai di atas, pakai kasut semua balik, then berjalan kat sekitar kawasan atas tu. Tengok runtuhan kota Greece lama yang dibina di sekitar air panas tu. Menarik. Ada muzium dengan artifak yang dijumpai di kawasan tu, semua binaan tembok dengan ukiran dewa-dewa Greece. Ada natural hot spring pool yang sangat menarik, tapi kalau nak mandi kena bayar asing; dewasa TL100, kanak-kanak TL50. Kami tengok jela orang mandi-mandi. Kami sambung berjalan ke teater Hierapolis tu dan bergambar. Sempat ada couple dari India dok photoshoot. Husband tanya juga aku, artis ke. Haha. Nasib baik bukan, kalau tak mau aku hilang akal kat situ.

Walaupun ada banyak lagi tempat belum cover, kami terpaksa gerak balik sebab belum solat. Memanglah boleh je nak redah kat situ, tapi rasa tak proper pulak. So dalam pukul 3.30 tu kami pelan-pelan jalan turun. Nak lalu kat air panas tu juga, sedap. Sempat sembang dengan 1 family dari Malaysia. Diorang datang dengan tour dan baru sampai dari Bursa. Diorang dapat tahu kami dari Cappadocia, dia tanya pasal hot air balloon semua. Dia terkejut kami dapat harga EUR60 seorang, sebab dia kata diorang dicaj USD100 lebih seorang. Hmm… kalau guna pakej memang gitu dahla. Aku no komen. Kalau diorang pandai, diorang pi cari sendirila masa kat Cappadocia nanti.

Anyway, baru nak start turun, si Kakak dah terlentang jatuh dalam air. Habis basah segala baju, seluar kasut semua. Moody terus dia pastu. Sejuk. Dahla semua tu baju fresh, kami baru tukar pakai serba baru pagi tadi. Haihh… tabahlah.

Layankan aje, rendam kaki sepanjang jalan, bergambar, sembang2… Sampai bilik pukul 4 lebih tu solat Zohor Asar, lepas tu lepak menunggu masuk Maghrib. Baru kami keluar cari dinner. Balik semula dalam pukul 8 lebih. Lepak jela. Proses kasut Kakak yang lencun tadi, baju-baju basah dia kena jemur dekat heater. Tapi pukul 9 kami dah tidur.

 

Monday, 20 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 7 - Cappadocia to Pamukkale

 18 Disember 2021

Puas tidur semalam. Bangun pukul 6 lebih untuk buka laptop. Kami sejak datang sini, dah berapa kali kena scam dengan waktu solat. Kalau check dengan internet tu, waktu sekian-sekian. Aku siap dah tulis semuanya awal-awal. Jadi kita solatlah ikut time yang kita dah check tu. Nanti 15 ke 20 minit kemudian, dengarlah azan dari luar. Kena solat balik. Hahah. So hari ni kami tunggu jelah azan dulu. Aku pun tak pasti dekat sini macam mana. Sebab rasa macam setiap hari waktu dia lain. Semalam azan Subuh 6.45 macam tu. Hari ni 6.50 lebih. Mungkin dia betul-betul ikut cuaca dan matahari kot. Bukan macam kita yang dah fixed dalam calendar untuk setahun. Entah.

Husband call reception tanya hari ni ada belon terbang tak, nak keluar ambil gambar. Dia kata ada, jadi kami bersiap dan keluar. Rupanya dekat luar dah serba putih, salji lebat rupanya semalam. Cantiklah, dan sejuk. Naik ke teres atas sekali dan bergambar, tapi cuaca agak berkabus jadi tak nampak sangat belon yang jauh-jauh. Yang betul-betul dekat je kelihatan. Nak berjalan pun kena hati-hati, jalan semua sangat licin.

Dah puas bergambar, kami masuk coffee house untuk breakfast. Makanlah apa yang patut, sambil jiwa masih tak tenang dengan anjing yang berlegar-legar dalam bilik tu. Entahlah, kalau bukan anjing pun, aku tetap rasa tak hygienic untuk biarkan haiwan berkeliaran dalam ruang makan. Itu akulah. Orang lain aku tengok rilek je.

Siap makan, kami turun bersiap semua, dan keluar merayau. Kena drive agak berhati-hati hari ni sebab jalan bersalji dan licin. Adalah beberapa tempat yang kami google nak pergi hari ni. First sekali tuju ke Sobessos, ada runtuhan kota lama dekat situ katanya. Dah drive all the way ke sana, sampai dekat situ lengang aje. Baru nak menapak masuk, ada seekor anjing pula kemain laju berlari “menyambut” kami. Memang nampaklah dia jenis anjing yang nak bermanja, bukan nak menggigit. Tapi aku dengan anjing, memang sebatulah lari. Aku takut!! Selagi kami dok dalam kereta tu, dia duduk tunggu dekat luar. Bila try keluar kereta, dia nak datang menyondol. Dia hilang sekejap, bila kami keluar kereta balik, dia dengar bunyi bising-bising, dia mai balik. Ish! Husband keluar jenguk dekat dalam kawan runtuhan tu, kebanyakannya dah tenggelam pun bawah salji. Tak nampak apa pun kalau kami masuk tengok. So kami decide untuk blah je dari situ.

Kami tuju pula ke Sinasos/Mustafapasa. Tempat ni bandar Greek lama. Sampai sana agak terpinga-pinga mulanya. Pergi ke visitor centre pun takde orang. So kami parking dan berjalan jelah ikut kaki. Anak-anak main salji sekejap, bergambar sikit-sikit. Lepas tu lunch di sebuah kedai kebab. Kecik je kedainya. Tapi okla, sedap!

Masa kami tengah makan tu ada a few locals masuk, nampak macam budak-budak U. Kami tak perasan pun dia tengok-tengok kami, tiba-tiba dia bersuara dalam Bahasa Turki menegur kami. Dalam Bahasa ayam itik dan Bahasa isyarat tu, kami faham dia tanya kat Husband; awak orang China ke? Husband jawab bukan. Pastu minah tu sebut Korea? Husband gelaklah, cakap no Korea. I’m from Malaysia. Tapi pastu awang tu gatai lebih sikit, dia tanya “I look like Korea? Lee Min Ho?” Melompat perempuan tu excited, “Yes Lee Min Ho! Gu Jun Pyo (watak Lee Min Ho dalam Boys Over Flowers).” Hahaha… gelak besar kami. Pastu encik ni kembang sepanjang harila, dia rasa muka dia muka Korea.

Minah tu macam nak bersembang, tapi daripada cara dia bercerita dengan kawan dia, kami dapat faham yang dia kata dia tak pandai English. Reti setakat nak tanya nama apa dan asal dari mana je. Comey budak tu, kemain ramah dan ceria. Food kat kedai tu pun not bad, Adik makan banyak!

Siap makan kami gerak balik, hala pula ke Avanos semula, pergi ke kilang batu onyx. Saje je, dah tak tahu nak pergi mana. Kami ada masa sampai pukul 6 petang untuk merayau sebelum kena pulangkan kereta balik. Bas kami ke Pamukkale pula malam ni, pukul 8.15.

Dekat kilang onyx tu salesman yang layan kami tu agak fasih cakap Bahasa Melayu/Indonesia. Cantik-cantik batu dia. Aku dengan Kakak dah mula bersinar-sinar bijik mata. Ayah kata pilihlah, beli seorang sebiji. Huhuuh. Lama gak nak decide. Ada macam-macam jenis batu, semua teringin. Last-last kami berdua beli loket batu Zultanite yang boleh tukar-tukar warna. Lepas tu barulah patah balik ke Goreme.

Solat Zohor Asar di masjid, lepas tu pergi cari stesen minyak untuk isi minyak sebelum pulangkan kereta. Ayah dropkan kami dan luggage semua di stesen bas dulu, simpan luggage di sana sekejap. Dia pergi pulangkan kereta di hotel, dan jalan kaki patah balik ke kami. By that time, Maghrib pun dah masuk. Jadi pergi masjid sekali lagi.

Lepas solat kami pergi dinner. Lagi sekali kami pilih kedai yang ada fireplace dan lepak je makan santai-santai sampai pukul 7.15. Merayau sekejap di kedai-kedai souvenir situ sampai 7.30 lebih, baru pergi ke stesen bas. Naik overnight bas ke Pamukkale, tapi sampai di Nevsehir kena tukar bas dulu. Brader yang belikan tiket bas hari tu pilih seat kami yang sederet belakang sekali. Aduhai, seat tak selesa dan sempit. Jenuhlah nak mengadap 9 jam naik bas tu. Dengan seat yang keras, melengkung dan tak boleh recline. Tapi service dia not bad la, ada datang hidang air, snek. Cuma kami langsung tak ambil apa-apa. Anak-anak terus lena je. Aku yang terkebil-kebil lama sikit. Semoga selamat sampailah hendaknya.

 

Sunday, 19 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 6 - Cappadocia

 17 Disember 2021

Kami pakat tidur awal semalam. Adik tak sempat apa, dah terlelap sendiri. Phone semua pun tak charge. Aku terjaga balik pukul 5.20 gitu, on laptop, belek apa yang patut. Pukul 6 tu Husband bangun dan call lobby nak confirmkan Hot Air Balloon Ride tu jadi ke tak. Orang tu kata jadi, 7.10 kena ada di lobby. So kami kejut anak-anak, start get ready. Anak-anak susah juga nak bangun, tapi kami paksa jugak.

Pukul 7 tu diorang dah call ke bilik suruh kami turun lobby cepat. Aku hanginla jugak, kata 7.10 lepas tu pressure orang pulak suruh cepat. Kalau nak suruh awal, bagitaula betul-betul. Kena ajar sikit diorang ni konsep janji Melayu. Haha.

Van dah menunggu so kami dibawa ke tempat mula. Ramai juga. Ada 2-3 van pagi tadi, itu dari kawasan hotel kami saja. Cantiklah pemandangan, dengan proses belon tu dikembangkan semua. Masuk dalam bakul tu, dan kami share 1 compartment dengan 2 orang perempuan dari Canada. Excitedla, tengok pemandangan belon-belon banyak di keliling kami. Dalam sejam dekat atas tu, dan kami landing di kawasan Love Valley. Sebelum naik tadi kami diajar landing position juga, macam mana nak duduk masa landing.

Diorang jamu “champagne” celebration sekali, tapi it was non-alcoholic so boleh je minum. Basically sirap yang ada gas je. Masa kami sampai bawah tu, cuaca dah mula gerimis dan berkabus. Kami dihantar balik ke hotel, pergi bayar baki hot air balloon tu dan extend sewa kereta sampai esok. Lepas tu naik breakfast di coffee house dia.

Food banyak, orang pun ramai sebab semua baru sampai dari balloon ride. Tapi kami tak selesa makan sebab ada 2-3 ekor anjing yang dibiar lepas bebas keluar masuk coffee house area tu. So makan sikit je, terus keluar.

Masuk bilik sekejap, bersiap apa yang patut, kemas apa yang ditinggalkan bersepah sebab keluar kelam kabut pagi tadi. Kami setelkan sekali application home quarantine untuk bila sampai balik nanti. Banyak betul procedure tambahan pasal Covid ni, serabut.

Dalam pukul 11 baru keluar merayau. Adik nak tengok underground city katanya. Jadi kami shoot ke Kaymakli. Dalam setengah jam perjalanan dari hotel kami di Goreme ni. Tiket masuk seorang TL60. Ada guide yang offer diri nak tolong guide kami, dia charge USD20. Tapi aku malas. Aku tahu dah perangai anak-anak aku ni, diorang nak merayau je sendiri, bukannya nak dengar orang bercerita sangat. Kecuali kalau yang bercerita tu boleh capture attention diorang. Tengok pattern dekat Topkapi Palace hari tu je dah cukup. Last2, apa yang guide tu cerita kat kami, aku yang kena cerita balik kat diorang, baru masuk kepala otak. Bukan pasal tak paham English ke apa, sebab aku cerita pun cakap English juga. Tapi teknik nak capture attention diorang tu; apa perkara pertama nak highlight, cara nak bercerita, words apa nak guna untuk buat diorang tertarik. Eh, aku maknya, aku kenallah.

So anyway, kami merayau je dalam tu. Sekali-sekala kalau terserempak dengan group lain, kami eavesdrop guide diorang bercerita. Bergambar sikit-sikit. Tapi sapa yang ada claustrophobia tu adalah dinasihatkan untuk tak yahlah kot masuk. Memang sesak sket dalam tu. Itupun kami bernasib baik musim ni tak ramai orang. Aku tak boleh imagine kalau orang ramai pastu kau bersesak dalam terowong-terowong dia yang super rendah; aku yang katik ni pun hampir kena jalan itik.

Kami kat dalam tu dalam setengah jam. Keluar tu tengok-tengok souvenir sikit, masuk kereta dan gerak ke destinasi seterusnya. Hujan gerimis di sesetengah tempat, dan masa kami lalu Uchisar Castle, kawasan tu turun salji. Jadi kami berhenti tepi jalan bergambar dan main salji.

Seterusnya kami ke Avanos; pekan yang terkenal dengan pembuatan tembikar seramik. Adik juga yang minta nak tengok macam mana orang buat. So kami merayau di pekan tu dan masuklah mana-mana workshop yang ada. Tengok dia buat demo dan Kakak decide nak try satu. Sembang-sembang sikit. Mamat tu rekomen kami suruh makan dekat satu kedai di area situ, jadi kami pergi late lunch. Singgah tumpang toilet semua. Di luar masih gerimis.

By the time siap makan dah pun pukul 4, jadi aku ajak balik je. Belum solat semua lagi. Maybe lepas solat boleh keluar balik. Sampai di hotel semula baru aku perasan, scarf yang aku dok pakai hilang. Check balik dalam gambar, setakat kami di underground city tu masih ada. Tapi gambar masa singgah bergambar di Uchisar Castle tu aku dah tak pakai. Aku pun tak pasti tercicir dekat mana sebab takde pula aku nampak terjatuh tepi pintu kereta setiap kali keluar masuk tu. Entahlah, takde rezeki. Malam semalam dah tercicir sekali masa berjalan dekat pekan ni masa Kakak dok pakai. Tapi berjaya jumpa balik. Ayah kata dia dah jumpa rumah dia dekat sini, dia tak nak balik Malaysia. Aku kena lepaskan dia dengan reda. Wuwuwuwu.. sedihhhh

So masuk bilik tu untuk solat je, lepak-lepak sekejap. Lepas tu kami nak keluar balik. Aku nak beli scarf baru sebab esok nak pakai. Tapi anak-anak dah tak berminat nak keluar. So takpelah, kami tinggal aje diorang. Dalam toilet kami ada jacuzzi jadi diorang nak main dalam tu. Masa kami keluar tu adik tengah berendam. Hihi.

Mula-mula pergi cucuk duit lagi, sebab semalam dapat cucuk sikit je. Lepas tu Ayah ajak lepak minum-minum. Dia bawa pergi kedai yang ada fireplace. Yay! Sembang-sembang, makan-makan. Lepas tu kami berjalan dekat luar. Salji dah makin lebat. Aku pergi cari scarf baru, beli souvenir sikit untuk bawa balik, bergambar dalam salji. Anak-anak pun mesej dari dalam bilik, diorang nak keluar bilik ambil video salji. Pergilah.

By the time kami balik, diorang dah berselubung bawah selimut. Hihi. Ini malam last dekat sini. Esok malam dah nak berangkat ke Pamukkale.

Saturday, 18 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 5 - Istanbul to Cappadocia

16 Disember 2021

Pukul 3 pagi kami bangun bersiap. Kami dah booking airport shuttle untuk flight kami ke Nevsehir, Cappadocia. Anak-anak liatlah sikit, tapi barang semua dah siapkan sebelum tidur. Tinggal nak tukar baju je.

Di luar masih gerimis. Dalam kereta semua pakat terlelap semula. Perjalanan ke Istanbul Airport dalam 45 minit juga. Check-in dan drop baggage lancar. Ini juga first time proof of vaccination kami diminta sejak bermulanya trip ni. Kami akan naik Turkish Airline, dan baggage yang dapat 15kg seorang. Jadi kami dah berwaspada dari awal, dekat Istanbul sebelum nak ke Cappadocia ni tak boleh shopping dulu. Takut beg bertambah berat. Haha.

Awalnya kami bercita-cita tinggilah juga, nak drive sendiri je pusing Turki ni. Tapi bila tengok balik map jaraknya one place to another rasa macam tak daya pulak. Aku sejak makin tua ni rasa letihnya bila pergi 1 tempat tu duduk semalam je. Tak sempat hilang penat, dah kena packing semula, tak sempat puas berjalan pula tu. Bila check pula harga domestic flight dia takdelah mencekik darah sangat, setiap destinasi untuk 4 orang dalam RM500. Kira oklah. Kalau sewa kereta campur minyak dan nilai tenaga plus all the different hotels yang kami perlu book on the way tu, last-last sama gak.

Kami sampai awal, lepak je di gate. Beli roti-roti sikit buat alas perut. Si Kakak dok mengekek gelak dari pagi, dok bersembang dengan member-member dia kat phone. Dalam airport macam ni tak boleh buat apala, ada airport wifi. Masa lain kami memang off je hotspot wifi tu sebab kalau tidak, baik tak payah bawak je budak tu. Memang asyik tenung phone dia sampai ke sudah. Tak nampak pun Turki tu macam mana. Ada anak remajalah katakan.

Boarding awal dan take off on time. Terlelap lagi dalam flight sampai diorang hantar sandwich. Flight pun sejam suku je. Sampai di Nevsehir, airportnya sungguhlah sekangkang kera. Masuk je pintu dah baggage claim, adalah saiz 4-5 depa agaknya. Terus pintu keluar. Haha. Jumpa quite a few Malaysians dan sempat sembang-sembang sekejap. 1 group tu, 2 orang perempuan baru sampai dari KL through Dubai, diorang terus shoot ke Cappadocia dulu. Satu lagi group family bertiga, mak ayah dan anak bujang. Baru sampai juga dari Qatar, terus shoot ke Cappadocia juga. Rupanya kami semua satu transport yang sama.

Sampai di Cappadocia Caves Hotel, bilik kami belum ready. Understoodlah, memandangkan kami sampai pun pukul 10 pagi. Orang kat lobby tu dah tak menyempat nak tanya kami apa nak buat hari ni, pakej apa nak ambil dan sebagainya. Lek bro, bagi kami tarik nafas dulu. So kami naik ke coffee house dia, order food sikit sambil lepak dan bincang sekejap. Harga pakej2 yang offered dekat bawah tu semua quoted dalam Euro, dan semua kira ikut kepala. Maknanya kalau kami ambil tour, contohnya sorang kena dalam 35, kena kali 4 orang pulak tu. Ehhh banyak pulak. So apa yang kami decide untuk buat ialah sewa kereta pada harga €30 sehari dan jalan ikut kaki sendiri.

Kami dapat kereta dalam pukul 11 lebih, kami proceed ke Goreme Open Air Museum dulu. Cantik landskap di kawasan ni. Cuaca pun cantik hari ni. Langit biru, matahari keluar, tapi cuaca sejuk. Just my kind of weather. Bagusnya jalan sendiri ni, kami tak terikat dengan jadual orang. Rasa malas nak tengok banyak-banyak, kita skip je. Tak perlu dengar orang nak explain in detail tentang semua perkara sampai rasa tepu otak.

Dari situ kami drive ke Red Valley dan bergambar sekejap. Angin kuat, sejuk sangat. Kemudian kami ke Love Valley. Yang tu pun dapat ambil gambar dari atas je. Aku curious, sebab pernah tengok orang bergambar di bawah struktur chimney di Love Valley tu. Rupanya kalau nak kena hiking. Okay, bye.

Kami ke Fairy Chimney, tiket masuknya seorang TL25. Waktu tutupnya pukul 4.15 petang, masa kami sampai dah 3 lebih. Tapi sempat je, laju-laju. Bergambar je yang pentingnya. Hihi.

Dari sana kami balik ke hotel. Check in bilik pun belum lagi. Sampai tu hantar beg masuk bilik, solat dulu siap-siap, then kami keluar ke pekan cari dinner. Sebab masa sampai tadi kami dah makan ringan-ringan di kafe hotel ni, kami tak lunch. So petang ni dah laparlah.

Masuk kedai makanan Anatolia, makan-makan, gelak-gelak. Tiba-tiba ada satu brader datang ke meja kami, tegur Ayah. Dia tanya, kami ni orang Malaysia ke, sebab dia tengok gaya macam tu. Masa dia tanya tu dia cakap English dulu. Bila kami kata ya barulah dia sembang Bahasa Melayu. Rupanya dia pun Malaysian. Yelah, pakai mask semua, manalah nak cam. Najib Namanya, solo traveler yang bekerja di Hungary dan datang bercuti di Turki. Husband siap minta IG dia semua.

Siap makan tu kami jalan-jalan sikit di kedai-kedai dekat situ. Pergi cucuk duit sikit sebab dah makin surut. Sambil-sambil tu kami bincang pasal Hot Air Balloon Ride. Aku berbelah bahagi, dengan takutnya, dengan mahalnya. Tapi hujahnya ialah, sekali seumur hidup. Dah sampai sini takkan tak cuba.

Jadi aku serahkan kat husband, dia confirmkan dekat lobby dan bayar deposit €100. Kami pun masuk bilik dah settle down. Mandi dan tidur.

Friday, 17 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 4 - Istanbul

15 Disember 2021

Lama kami dapat rest semalam. Dalam pukul 10 kami tidur dan pagi ni bangun Subuh pukul 7. Okla, puas tidur. Actually pukul 4 lebih pagi tu aku dah terjaga, so buka laptop sekejap check apa yang patut, setel apa yang patut, pastu aku sambung tidur balik sampai pukul 7. Dekat luar boleh dengar bunyi hujan gerimis sepanjang malam. Ramalan cuaca pun kata hari ni hujan sepanjang hari. Tabahlah.

Bangun tu terus bersiap sebab hari ni kami ada guide untuk bawa berjalan. Masa dok plan this trip, kami kerap bertanya dekat sorang brader yang ayah aku rekomenkan. Dia Malaysian yang pernah belajar di Istanbul dan ada tour company di sana. Jadi kami decide untuk ambil 1 tour yang dia arrangekan, sambil-sambil kami pun boleh gain more info. Guide kami local bernama Fatih Ozkan. Dia charge kami USD50 untuk sehari dia bawa kami berjalan, 9 pagi sampai 5 petang.

Anyway, lepas breakfast dia dah sampai dekat lobby, jadi kami terus keluar. First sekali dia bawa kami ke Topkapi Palace. Kami sampai awal pagi dan hari pula hujan gerimis jadi orang tak ramai. Dia kata musim before Covid dulu jangan harap nak nampak lengang macam tu. Hujan pun orang penuh. Huhu.

Tiket masuk seorang ialah TL200, dalam RM60 lebih duit kita agaknya dalam time ni. Sebenarnya kalau memang datang lama dan memang niat nak tengok macam-macam muzium, ada baiknya beli Turkiye Museum Pass dia. Harga TL600 tapi boleh guna di macam-macam muzium di seluruh Turki selama 15 hari. Kami dah agak rugi sebab semalam masuk Galata Tower dan hari ni masuk Topkapi dah cecah TL300. Kalau beli siap-siap Museum Pass confirm jimat banyak sebab banyak hari lagi kami dekat Turki ni. Tersilap percaturan.

Anyway, kami hanya decide masuk ke main palace tapi tak beli tiket untuk masuk ke harem sebab kena tambah lagi sorang TL85. Tapi aku suruhla dia explain pasal harem tu. Yalah, sejak dahulukala kalau dengar “harem” je memang takde lain, tempat simpan gundik sultan je yang kita tahu. Tapi dia kata bukan macam tu. “Harem” tu ialah kawasan kediaman keluarga, dia kata. Dayang-dayang dan pekerja istana pun tinggal di sana dan diorang sign kontrak dengan sultan untuk jadi 'barang' kepunyaan sultan. Tapi tak bermakna semua perempuan yang tinggal di harem jadi “milik sultan” in that way, if you know what I mean. Sultan nak orang-orang yang bekerja dalam istana stay dalam istana untuk protect rahsia dalaman diraja. Ramai pekerja perempuan yang berkahwin dengan pekerja lelaki dalam istana juga. Dan kawasan harem juga ada sekolah. Begitulah lebih kurang yang aku faham.

Highlight kami dalam tu adalah bila masuk bilik yang menyimpan barang-barang sebenar milik nabi-nabi. Contoh ada pedang nabi Daud, tongkat nabi Musa, serban nabi Yusuf dan beberapa barang milik Rasulullah dan para sahabat. Adik sangat excited tengok tongkat nasi Musa sebab dia ingat kisah ketuk tongkat keluar ular tu.

Total dalam tu dekat 3 jam, dan lepas tu dia bawa kami ke Hagia Sophia ngam-ngam waktu Zohor jadi kami dapat solat dalam tu. Diorang bertigalah untung. Aku tengah cuti, sian aku. Keluar dari Hagia Sophia, masuk ke Masjid Sultanahmet. Beratur panjang, tapi dalam tu rupanya tengah renovate. Semuanya tertutup tak nampak apa, kecuali siling kubah dia. Setahun setengah lagi baru siap katanya. Nak kena mai pulak nampaknya. Haha. Anak-anak dah gelisah kelaparan so dia bawa kami pergi makan dulu ke tempat yang boleh cuba sutlac dan kunafeh sekali. Anak-anak tak jemu lagi makan cheese pide. Gasak koranglah.

Dari sana kami ke Grand Bazaar. Dia bawa kami singgah ke sebuah madrasah on the way tu, untuk tengok hasil kerja kaligrafi oleh Mr. Sehmus. Cantik btul tulisan dia, macam guna printer. Ayat-ayat Quran yang dia tulis memang superb.

Di Grand Bazaar tu touch n go je, dia cuma explain pasal the place serba sikit. Lepas tu dia bawa kami solat Asar di Masjid Nourusmaniye. Dan tour kami berakhir dekat situ. Sumbangan terakhir dia kepada kami ialah tunjukkan kami cawangan Nusr-et dalam Grand Bazaar tu. Dia kata you should try, the price is worth it. Haha. Maka tergedik-gediklah Ayah sambil berkata, “malam ni I makan ubat gout. Dah sampai sini mana boleh tak cuba.” Padahal kenyang lunch tadi tak sempat hilang lagi. Hahah. Order 1 steak, 1 burger, 1 baked potato dan 1 fried onion flower plus air. Dalam TL850. Oklah tu, pengalaman.

Siap makan baliklah. Kat luar dah gelap. Esok nak gerak awal pulak tu, flight pukul 7.45 pagi. Singgah kedai beli setem je, nak anta poskad kat family dan kawan-kawan si Kakak. Baik orang kedai tu, dia kata tinggalkan je dekat dia, dia tolong poskan. Setem segala pun dia lekatkan.

Balik tu mandi, terus decide baju untuk pagi esok sebab the rest nak packing. Shuttle kami akan jemput pukul 4 pagi ke Istanbul Airport. Weehuu~ 


Thursday, 16 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 3 - Istanbul

14 Disember 2021 

Alkisahnya, tidur tak berapa lama pun semalam. Dekat pukul 4 baru tidur, pukul 7 lebih sikit dah bangun Subuh. In between tu pun bukan lena sangat sebab luar tingkap bilik kami ni boleh dengar bunyi tram dekat luar. Aku memang gitu dahla, bunyi sikit pun jaga.

Bangun tu terus berjagalah. Main phone, laptop, lepas tu start get ready untuk keluar, siapkan baju anak-anak semua. Pukul 8 lebih tu dah naik breakfast. Okla selection dia. Tapi aku yang tak lalu nak makan banyak sebab kepala masih rasa weng, tak cukup tidur.

Dah siap makan semua, turun ke lobby. Kami sembang dulu dengan mamat yang jaga lobby tu. Masa kami sampai semalam brader tu dah kata, diorang nak brief kami pasal Istanbul dan bagi info yang penting. So dia tunjuk map, dia ajar pasal Istanbulkart, dia confirmkan arrangement airport shuttle, buat payment semua. Bagusla mamat tu, serba-serbi dia tolong. Sim card pun kami beli dekat situ je, malas nak pikir panjang. Dia tolong activate semua.

Keluar je dari pintu hotel tu, rupanya Masjid Biru terpampang dah situ. Punyalah dekat. Aya Sofia pun sebelah tu je. Kami berlegar-legar dekat situ, ambil gambar. Tapi kami tak masuk dulu hari ni, sebab dah ada arrangement dengan sorang guide yang kami dah booking. Janjinya esok. Hari ni nak enjoy outdoors dulu sementara belum hujan. Ramalan cuaca kata akan hujan berpanjangan selama kami dekat sini.

Jalan-jalan ikut kaki, anak-anak beli simit makan tepi-tepi tu. Tiba-tiba sampai je Gulhane Park. So jalan-jalan dalam tu sampai tembus ke tepi laut. Ikut je kaki lagi melangkah sampai anak-anak lapar. Bawa diorang makan lunch. Menu biasalah, Adik makan pide, Kakak makan burger, ayah makan sandwich, mama makan hummus dan roti. Tumpang-tumpang toilet segala, sambung jalan.

Ada beberapa perkara kami kena setel hari ni, dan salah satunya ialah booking bas dari Goreme ke Denizli nanti. So bila kebetulan lalu kat travel agency, kami proceed je. Dia bagi harga Eur15 per pax dan aku ambil je sebab bukannya ada masa banyak sangat nak survey bagai. Mamat tu promote hot air balloon trip sekali untuk di Cappadocia nanti, EUR75 per pax dia quote harga. Aku kata kat dia, nantilah kami nak kena check bank balance dulu. Kurang asam dia gelakkan aku. Sib baik comey. Haha.

Dari sana kami menapak je balik ke hotel, sebab memandangkan dah dekat, aku suruh balik semayang je, selamat sikit. Tapi singgah beli Istanbulkart dan tukar sikit duit USD yang kami bawa jadi lira. Istanbulkart tu masa kami sampai lobby, kami pas je kat brader tu dan dia tolong proseskan, masuk HES number dan register semua. HES tu macam MySejahtera kitalah juga.

Anyway, ngam-ngam kami sampai bilik, azan Asar. Dan ngam-ngam juga time kami dalam bilik tu hujan start turun. Dapatlah sekerat hari berjalan dalam cuaca baik. Ayah kata hujan tak hujan, jalan tetap jalan. So dari sana kami top-up Istanbulkart dan naik tram ke Galata Tower. Menapak nak ke tower tu amboi mendakinya. Semput aku. Bergambar dekat luar, pastu Adik nak masuk dalam. Kita layankan aje. Tiketnya sorang 100 Lira, jadi total dekat RM120 jugaklah. Masuk bergambar dan baca-baca pameran dia tu.

By the time kami turun, dah gelap. Sempat bergambar depan kedai Salt Bae dekat luar tu. Tapi anak-anak takde hati nak makan. Kepenatan dah semua. Kakak kata nak beli McD je dekat dengan hotel kami tu. Jadi menapak turun dan naik tram balik. Singgah beli McD dan balik bilik. Diorang makan, aku mandi, lepas tu berselubung bawah selimut. Nyamannn…

Cuaca sepanjang hari ni dalam 10 darjah macam tu. Sedap-sedap ajelah jalan. Dekat sini rule pemakaian mask dia tak seketat kita di Malaysia. Brader hotel aku ni dah bagitau, bila jalan-jalan dekat luar, tak perlu pakai. Tapi bila masuk indoors macam mall, muzium dan juga dalam public transport mesti pakai.

Wednesday, 15 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 2 - Dubai

13 December 2021

Subuh di Dubai pukul 5.30 pagi so dalam pukul 6 aku kejutkan diorang dan terus bangunlah. Sebab kami dapat free breakfast dan kami dah booking tour of Dubai.

Memandangkan kami cuma ada siang ni je di Dubai, malas rasa nak terpinga-pinga ke sana sini mencari tempat yang nak ditengok. So bila search online, kami jumpa half day tour di Klook yang charge harga RM54 seorang untuk dia bawa tengok all the main attractions di Dubai dari pukul 9 sampai 1 tengah hari. Kami book ajelah.

Pukul 7 lebih tu kami dah turun breakfast. Suasana masih tenang, tak ramai orang, makan pun sedap. Agak okay selection dia. Lepas tu baru naik semula, lepak-lepak dalam bilik, mengemas semua. Pukul 9 tu kami turun simpan beg dekat bilik luggage hotel kami dan tunggu tour guide kami jemput.

Pukul 9.30 dia sampai, tapi agak frust sikit sebab ada 2 orang lain pun sekali dengan kami. A young Indian couple. Mulanya aku excitedla juga, ingatkan boleh buat kawan. Tapi menyombong ya rabbi. Duduk satu kereta macam tu pun, langsung dia tak senyum dengan kami, apatah lagi bercakap.

At one of the first stops tu aku tengok diorang dok struggle nak selfie so aku pergilah ramah mulut tanya diorang nak aku tolong ambilkan gambar ke. Yang lelaki tu acuh tak acuh je jawab tak payah, yang perempuan tu langsung tak acknowledge. Maka lastlah tu aku nak buat effort. Lepas pada tu aku memang ignore jelah.

Anyway, driver kami pulak kata diri dia tour guide, tapi dia bersembang dengan laki aku je berdua dekat depan, macam dalam kelambu pulak tu. Kami yang duduk belakang ni haram tak dengar apa. Antara tempat yang dia bawa kami stop ialah Dubai Creek, La Mer Beach, Jumeirah Beach, Jumeirah Mosque, Souk Madinat Jumeirah, Atlantis, dan last sekali Burj Khalifa. Well, apa-apa hal pun, kami dapatlah gambar tempat-tempat penting di Dubai dalam sehari.

Sepatutnya lepas selesai tour tu, dia kena hantar kami balik ke hotel. Tapi kami suruh dia tinggal je kami dekat Dubai Mall tu sebab nak lunch dan jalan-jalan. Masa first kami keluar dekat Dubai Fountain tu dan tengok Burj Khalifa tu, I actually gasped. Memanglah tahu itu bangunan tertinggi di dunia, tapi somehow tak pernah imagine tinggi dia tu camane. Aku rasa nak rebah bila tengok bangunan tinggi macam tu. Gayat!

Tapi disebabkan si Kakak dah dok berzikir lapar bagai, kami masuk cari lunch dulu. Terus tuju ke Cheesecake Factory je, nak hilangkan gian. Memang betullah dia lapar, sebab kami suruh Kakak order kids meal sliders, dalam gambar tu ada 2 biji burger. Bila waitress tu ambil order, dia kata ada choice nak 2 biji burger atau 4 biji burger. Confident makcik tu order 4 bijik. Adik order kids pizza, aku dan husband share pasta meal. Sebab nak order cheesecake juga. Dan aku kata kat Ayahnya, kang nak kena abiskan burger Kakak lagi. Sekali dia sedut semua 4 biji burger tu, siap tolong makan pizza Adik sekali. Gelak je bapak dia tengok.

Dah kenyang barulah ada mood nak ambil gambar dekat Dubai Aquarium besar alam dekat luar tu, jalan-jalan sikit tengok orang ice skating. Jumpa surau, terus solat jamak. Barulah kami keluar ke Dubai Fountain tu balik dan ambil gambar Burj Khalifa. Orang boleh tahanlah ramai, tapi masih terkawal.

Sepanjang hari ni cuaca dekat Dubai ni, agak susah juga aku nak explain. Matahari dia terik, memang panas, especially dalam pukul 10 lebih tadi. Menyengat panasnya, pedih kulit dan silau mata. But at the same time, angin dia nyaman dan temperature dia tak tinggi. Kalau duduk dekat bawah teduh, memang kalau bentang tikar boleh lenalah. Sebab ada unsur angin sejuk. Katanya inilah definisi winter di Dubai. Subuh dia lebih kurang macam time kita, tapi Maghrib dia pukul 5.30 petang dan Isyak dekat pukul 7 malam.

Anyway, selesai dekat situ dah pukul 4 lebih, kami terus ambil teksi patah balik ke hotel. Flight kami ke Istanbul malam ni pukul 8.45 malam. Sampai di hotel kami ambil beg-beg, tukar balik baju santai untuk naik flight. Lepas tu ambil hotel shuttle ke Terminal 3.

Masalahnya sekarang, kami pun masih tak pasti kami terminal berapa sebab dalam boarding pass takde print dan takde orang boleh bagi kami info dekat situ. Driver shuttle kata dia rasa kami patut ke Terminal 2 (yang bas tu takkan hantar), dan lebih baik naik teksi dari hotel sebab murah separuh harga berbanding ambil teksi dari Terminal 3. Tapi tulah, kami pun takde info. Bedal jelah, gerak ke Terminal 3 dan pastikan dengan staff dekat sana. Lepas diorang check flight number kami barulah confirm kami patut di Terminal 2. So ambil teksi ke Terminal 2.

Nasib baiklah kami ni jenis awal, so by the time kami sampai Terminal 2 tu, kami masih ada 3 jam sebelum flight. Yela, datanglah awal sebab tak tahu apa jenis prosedur diorang nak buat dekat kita musim-musim Covid ni kan.

Rupanya takde apa pun, masuk je terus. Cuma satu je tragedi yang kami lalui. Masa diorang scan beg-beg kami, 1 beg dia tarik ke tepi dan suruh bukak. Dia keluarkan extension cable yang kami bawa untuk charge phone-phone, laptop semua. Pastu dia rampas. Dia kata extension cables are not allowed. Aduuh… Tak pasal-pasal nak kena cari baru. Dahla laptop ada 2 biji, phone ada 4. Kacau betullah makcik. Haihh

Lepas tu tunggu jelah flight. Solat pun terpaksa tangguh sampai di Istanbul nanti sebab suraunya tengah under maintenance.

Kami naik ni airline flydubai, codesharing dengan Emirates. Yang kecewanya, bila naik dalam flight, in-flight entertainment dia kena bayar kalau nak tengok. Satu geng AirAsia la gitu. Anak aku bising dah, “Mana boleh macam ni, kita bayar mahal untuk naik Emirates.” Betul jugak kan? Aku bayar normal price untuk naik premium airline, alih-alih dapat bajet plak. Nak minum air sedap pun kena bayar. Nasib baik dinner diorang tetap serve dalam airline tu. Tapi of course aku sorang je yang melantak. Yang lagi tiga tu dah hanyut, kepenatan.

Flight dalam 5 jam, jadi kami sampai di Istanbul pukul 12.40 pagi. Kali ni pun lancar semuanya proses keluar dari airport. Driver yang kami book daripada hotel pun dah menunggu untuk hantar kami ke hotel. Kat luar hujan sikit, tapi tengah malam dan hujan macam tu pun temperature sedap, 9 darjah. So insyallah siang taklah sejuk mana.

Sampai di hotel kami, The Heritage Hotel, dalam pukul 2 lebih pagi. Terus naik mandi solat semua. Tapi sebab toilet ada 1, dekat pukul 4 juga baru kami settle down semua.

 

Tuesday, 14 December 2021

Travel Pasca COVID: Day 1 - Off to Dubai

 

12 Disember 2021

Bismillah…

Setelah terperangkap dek Covid selama hampir 2 tahun, berjaya juga terlepas kandang dan melihat dunia semula. Dan-dan PM announce kata border dah buka dan kita boleh keluar, aku dan husband dah menggeletis macam ulat. Teruslah mencari apa yang patut. Syaratnya macam biasa, apa tiket paling murah kita beli. Tapi of course kali ni ada syarat tambahan; mana tempat yang terima Malaysian tanpa kuarantin kita beli. Maka, Turkey destinasi kali ini.

Flight kami adalah pada 12 Disember 2021, menaiki Emirates. Inilah kali pertama kami semua akan mencuba Emirates. Kebetulan untuk tiket paling murah ni, transitnya di Dubai adalah selama 22 jam lebih. Kami anggap ini rezekilah untuk jejak Dubai pulak, memandangkan si Adik dari dulu sibuk nak tengok “The Tallest Building in the World”.

Flight pukul 7.10 malam, jadi dalam pukul 3.15 kami dah gerak dari rumah. Kami tak berapa pasti ada additional Covid procedure atau tidak, jadi to be on the safe side, keluar awal sikit. Tapi nampaknya semua proses macam biasa saja. Persediaan dah dibuat sebelum ke airport sendiri, iaitu buat swab test sehari sebelum flight. Dekat dua tahun aku bertahan daripada buat swab test, akhirnya lobos juga hidung ini. Tak virgin dah. Haha..

Anyway, satu je yang tak bestnya, KLIA macam mati. Kedai-kedai pakat tutup belaka, including kedai makan. Boleh kira berapa ketul je buka, jadi niat kami nak sampai awal dan lepak2 minum dulu terkubur. Dah lama aku tunggu nak makan O’Briens airport, sebab tu rutin kami sejak beberapa tahun lepas. Tapi orang beratur punyalah panjang, memandangkan dia aje bukak. Last-last makan cikedis je tepi gate.

Surprisingly, flight kami ke Dubai penuh seperti biasa. Penuh sepenuh-penuhnyalah. Mask perlu dipakai sepanjang masa, kecuali semasa makan. Kami dapat tempat sederet 4 orang, so rilek saja, tak perlu berapat-rapat dengan strangers.

Flight ke Dubai ambil masa dalam 7 jam, agak berkematulah bontot. Nasib baik movie baru-baru dia best. So kami pakat tengok movie. Food dia biasa-biasa aje. Aku rasa Qatar syok lagi. Seat dia tak berapa sedap untuk aku, rasa kejung masa duduk, tak relax.

Elok pulak dalam flight tu ada sorang budak umur dalam setahun lebih ke dua tahun yang melalak macam kena dera. Lamalah jugak dia punya meraung tu. Dia senyap sekejap, kang sejam kemudian dia sambung lagi. So last-last aku rasa aku tidur dalam 45 minit je kot the whole journey tu. Lainnya aku main game kat in-flight entertainment tu.

Sampai di Dubai pukul 10.20 malam waktu Dubai, bersamaan pukul 2.20 pagi waktu Malaysia. Kami pergi tanya orang pasal visa on arrival untuk keluar ke Dubai. Orang tu tanya “Which passport are you holding sir?” Bila kami jawab Malaysia, dia jawab yes, just go, you can go. Mudah sekali. So lepas lalu imigresen kaunter, kami pun terlepas menjejakkan kaki ke bumi Dubai. Takde pun sapa-sapa check vaksin ke, result swab test ke. 

Menapak ke tempat menunggu shuttle bus hotel kami, Premier Inn Dubai International Airport, dan kami dibawa ke hotel. Check in dan terus masuk bilik. Alhamdulillah, bilik family ada 1 katil double dan 2 katil single. Tak besar tapi just nice. Cuma kena berebut 1 toilet jelah.

Barulah nak jamak solat Maghrib Isyak, nak makan-makan sikit sandwich beli dekat bawah tadi. Dalam pukul 1 baru kami tidur.

Yang penting, first part of the journey dah setel, berjaya jejak Dubai.