Julai hari tu, lepas je balik dari Rusia, kami
terus mencari-cari destinasi baru, selayaknya perangai sepasang penagih travel.
So seperti biasa, kriteria pembelian ialah “Murah”. Dan antara tiket murah yang
kami jumpa ialah tiket ke Finland dan Barcelona. Lepas perbincangan panjang
lebar suami isteri, kami decide untuk beli tiket ke Barcelona. Promo Qatar
Airways, return tiket seorang dalam RM2100. Untuk international travel, harga itu
ialah murah, especially ke tempat yang kurang popular (as opposed to Paris,
London dsbnya).
Dan hari ini, Tarikh yang dinanti-nanti sudah
pun tiba. Kami memang plan la untuk pergi time raya cina sebab anak-anak dah
sah-sah cuti panjang, ditambah dengan cuti Hari Wilayah lagi. Husband pun akan
jimat annual leave.
30th/31st Jan 2019
Perjalanan bermula dari rumah jam 10.30 malam,
husband minta kawan dia yang buat Grab untuk hantar kami ke KLIA. Flight pukul
2.15 pagi. Proses check in semua lancar, jadi bila selesai sampai di gate,
masih berbaki sejam setengah. Lepak la dulu, aku sempat uruskan kerja sikit. Boarding
dalam pukul 1 lebih. Flight penuh! Tapi memang aku dah expect, sebab it’s the
start of a long holiday.
Perjalanan ke Qatar ambil masa 7 jam lebih. Anak-anak
memang ternganga tidurnya. Baguslah pun, kena charge energy untuk esok. Diorang
langsung tak ambil makanan dalam flight. Sampai di Qatar dalam pukul 5 pagi
waktu sana. Kami masih ada masa 3 jam lebih sebelum next flight. Jadi lepak
dulu, solat, aku kerja sambil budak-budak ni berlari-larian. Sampai pukul 7
lebih pagi baru ke gate untuk next flight.
Masa check in flight hari tu aku nampak flight
ni macam kosong. Syokla sebab dengan harapan ada kerusi kosong untuk berlunjur
kaki. Tengok-tengok penuh jugak. Sebab kami berempat dan tempat duduk dia
tiga-tiga, kami duduk dua-dua. So aku terpaksalah duduk dengan pakcik Spanish
mane tah sepanjang jalan. Habis tak bebas aku nak terbongkang. Uncomfortable la
jugak, lagi-lagi flight ni seat dia lebih sempit daripada flight awal tadi.
Yang penting anak-anak dapat tidur. Si Kakak cam biasa dengan mabuk dia. Dekat nak
sampai tu dia muntah 1 round. Sempat la ditampung dalam beg muntah dan berlari
ke toilet. Ish ish.
Akhirnya sampai di Barcelona pukul 2 petang
waktu sana. Pantas je setelkan imigresen dan collect baggage. Dan pantas juga
meninggalkan airport. Kami decide untuk naik teksi je ke apartment kami di La
Ramblas. Sebab apa, dahla beg besar, nak mengheret anak-anak lagi. Kalau naik
train pun sorang dah dekat EUR 6 harga dia. Tambah sikit je lagi, terus dapat
selesa sampai ke hotel. Pejam mata jelah. Total harga teksi EUR 33 sebab dia caj sekali masuk luggage dalam boot. Driver kami
Morroccan Muslim. Dia nak bercerita banyak dengan kami, masalahnya English dia
limited. So ala kadar jelah sembangnya.
Sampai di HQ apartmen kami, Short Stay Group
Barcelona, untuk check in dan ambil kunci. Lepas tu kami perlu jalan kaki sikit
untuk sampai ke rumahnya. Ok, rumah dia selesa. Ada double bed dan sofa bed
untuk anak-anak. Luas! Ada dapur, toilet dan all the basic necessities. Memang
trip kali ni kami ambil apartments yang ada dapur untuk jimat duit makan. Masaklaaa
beb!
Lepas freshen up semua, kami keluar balik.
Kelaparan dah ni, harapkan food dalam flight. Especially si kakak yang tak lalu
apa-apa dalam flight, dan siap muntah keluar pulak lagi. Kami pun memang kena
pergi cari sim card. So keluar jalan-jalan keliling ni. Kami beli sim card data
10GB untuk kegunaan kami. Pastu anak-anak sibuk nak guna data jugak, belikan
untuk phone diorang data 4.5GB supaya tak kacau kuota kami. Total harga ialah
EUR 30. Oklah, reasonable aku rasa. Sebab masa kami survey portable router
untuk disewa hari tu, total harga untuk 11 hari trip kami ni dalam RM350. Beli
sim card ni cuma RM150.
Dari sana baru kami dapat Google for halal
food. Jumpa kedai Wild Beef jual burger halal. Beli 3 burger untuk makan 4
orang kami. Tak larat nak habis beb! Burger dia besar, dan harga murah kalau
ikut duit sana. Total 3 bijik burger tu dalam EUR 18. Okla bagi aku, sebab
besar. Sebab kalau kat Malaysia nak dapat burger besar dan sedap memang bukan
RM6 la harga dia kan?
Selesai makan, kami jalan kaki balik. Singgah
beli roti dan telur untuk breakfast esok. Singgah flagship store Barcelona FC dan
Hard Rock Café, saje mencuci mata. Barulah sampai ke rumah kami. Masa tu baru
pukul 7 malam. Dah gelap dah masa tu, sebab Maghrib dalam pukul 6. Selesai mandi
semua, pukul 7.45 anak-anak dah hanyut ke alam mimpi. Kami pun dah separuh
nyawa masa tu sebab tidur dalam flight sekejap-sekejap je. Rasanya dalam pukul
8.30 kami dah tidur.
No comments:
Post a Comment