6 Februari 2019
Bangun Subuh pukul 6.45 tu, terus bersiap. Hari
ni pun masak nasi sup lagi untuk habiskan ubi dan carrot yang aku beli hari tu.
Sambil tu packing, uruskan baju-baju yang basuh semalam. Kami keluar pukul 9
lebih, sebab attractions dekat sini buka pukul 10 je. Lambat la sikit. Hantar
barang ke kereta dulu, lepas tu kami merayau. Pertama sekali masuk ke rumah mandian
zaman khalifah dulu. Ala-ala spa hamman gitu. Dari sana kami terus ke Mezquita-Cathedral
de Cordoba. Harga tiket EUR 10 setiap orang dewasa. Kanak-kanak masuk free.
Dalamnya cantik sangat. Kubah-kubah belang-belang,
ukiran-ukiran, ditambah pula dengan keunikan senibina Islam dan Kristian dalam
satu bangunan. Terus-terang aku tak berapa tahu kisah dekat situ. kami pun
takde ambil apa-apa guide sebab takut lama sangat dekat sana. Kami rushing
sebenarnya pagi ni. Niat asal nak ke Medina Azzahra yang terletak lebih kurang
7 km dari situ pun kami tak dapat pergi. In fact, pagi tu kami sempat ke masjid
Cordoba tu saja. Taman Alcazar dekat luar tu pun tak dapat masuk.
Masa kami gerak dari Cordoba dah pukul 12. Owner
Airbnb yang akan kami tinggal di Sevilla hari ni dah mula mesej-mesej nak tahu
pukul berapa kami sampai untuk aturkan pengambilan kunci. So kami terus je ke
sana, takde stop-stop lagi.
Perjalanan dari Cordoba ke Sevilla cuma sejam
setengah. Kami sampai di Sevilla dalam pukul 2. Owner Airbnb kami Susana dah masuk
kerja, jadi dia dah tinggalkan arahan untuk ambil kunci dalam kotak kunci dan
bagi instruction untuk parking kereta. Alhamdulillah, semua jelas dan lancar.
Rumah kali ni amatlah memuaskan hati lepas
dapat rumah-rumah sebelum ni yang ala kadar. Kali ni ada 2 bilik dan 1 katil
sofa di ruang tamu. Jadi anak-anak pun boleh tidur bilik diorang sendiri. Yay! Keperluan
yang disediakan cukup lengkap, baik dalam toilet, dekat dapur, dan juga
maklumat penting tentang Kawasan sekitar. Aku cukup puas hati kali ni. Buka cabinet
dapur dia, segala tepung, gula, garam, serbuk air coklat, teh, kopi semua ada. Dalam
peti ada butter, sos-sos, jem. Dia sediakan jugak semangkuk muffin untuk kami
makan. Semua maklumat dah tertaip elok dalam fail, apa saja kita nak tahu dah
ada. Mesin basuh dengan ampaian pun ada.
So aku happy kali ni. Lebih-lebih lagi kami
akan duduk di sini 2 malam, terus rasa lega. So kami solat dulu, bersiap semua,
then keluar berjalan. Cuaca di Sevilla pun sedap-sedap aje, dalam 19 darjah. Disebabkan
kelaparan, kami tuju ke kedai makan dulu, dekat area Universidad de Seville,
dekat kedai el Rincon de Beirut. Sebab cuaca sedap, kami decide untuk makan
dekat luar. Nyaman gitu. Tapi hadaplah beberapa kali kena taik burung. Hihih.
Makan typical arabian food again, dan kali ni
price dia much cheaper. Kami makan berempat total harga dalam EUR 28. Lepas tu
kami berjalan kaki ke Plaza de Espana. Biasalah, bergambar dengan family. Anak-anak
sibuk sangat nak naik kereta kuda. Mula-mula malas jugak nak naik sebab harga
dia EUR 45 untuk pusingan dalam setengah jam. Tapi lepas tu si Ayah ni cair
pulak dengan anak-anak. Layankanlah jugak.
Buat satu pusingan Kawasan tu, tapi pemandu
kami takde bercerita apa-apa, jadi buta-buta jela naik kereta kudanya. Sampai balik
ke tempat berhenti, hari dah hampir gelap. Kami bergambar sikit-sikit lagi,
sampai pukul 7 lebih, kami jalan balik.
Tuan rumah Airbnb kami nak jumpa kami
sebenarnya pukul 7.30 tu, tapi kami terlambat sebab jalan kaki dan singgah beli
barang dapur. Beli benda simple-simple je, telur, susu, minyak dan roti. By the
time kami sampai rumah, Susana tu kata dia dah balik. So kami settle down dekat
rumah. Pukul 8 lebih macam tu dia datang balik untuk explainkan apa yang patut.
Baguslah host ni.
Kami dah tak keluar malam ni. Rehat aje dekat
rumah. Anak-anak tidur pukul 9 lebih. Aku kerja. Dalam pukul 11 baru tidur.
*Kalau berminat nak book accommodation di Airbnb atau and tak pernah sign up sebelum ni, boleh klik sini and boleh dapat diskaun untuk 1st trip korang. Macam rumah dekat Seville ni, memang puas hatilah! Serba cukup! Kalau korang ada rumah or bilik kosong nak sewakan dekat tourist pun boleh sangat.
No comments:
Post a Comment