Friday, 15 February 2019

Spanish Exploration 2019 - Granada to Malaga Day 9


8 Februari 2019 

Bangun Subuh dalam pukul 6.45 tu terus turun memasak breakfast. Buat French toast untuk anak-anak dan cucur Adabi letak ubi untuk kami. Ibu cemerlang sangat aku bila travel ni. Tak pernah lagi dalam sejarah bangun pagi-pagi buta masak beria untuk breakfast kalau kat rumah. Paling rajin pun kukus pau atau goreng roti boom je. Weekend lagilah, ke mamak je terus. Kahkah.

Sambil tu husband kejut anak-anak, dan kemas beg semua. Kami 1 malam je di Granada ni, dan akan bertolak ke Malaga hari ni. Tapi takdelah nak gerak awal-awal sangat, sebab bukan ada apa pun Malaga tu. Kami pilih untuk ke sana sebab flight dari sana yang termurah untuk balik ke Barcelona, dan jarak ke Malaga pun cuma sejam setengah drive.

Lepas siap kemas dan makan breakfast, dalam pukul 8.30 kami keluar. Pergi jumpa dengan brader reception apartment tu, buat muka kesian sikit. Cakap kata kami dah check out dari apartment tu dan beg-beg dah letak dalam kereta. Cuma kami nak keluar dari parking je lambat sikit. Maklumlah, parking ni berbayar, EUR 15 setiap 24 jam. Nasib baik dia kata kami boleh keluar pukul 12.

So kami terus menapak ke Sacromonte dan Albaicin. Dua tempat ni berada di atas bukit dan menghadap ke Alhambra. Aku tahu pasal tempat-tempat ni daripada novel yang aku baru baca beberapa bulan lepas, yang berlatarbelakangkan tempat tu. Rumah-rumah dekat sana diukir dalam bukit dan dipanggil cave houses. Kebanyakan orang yang tinggal di sana 100 tahun lepas adalah daripada golongan gipsi. Sekarang ni tempat tu dah akan kosong dan banyak rumah dah ditinggalkan.

Nak naik ke sana boleh tahan mendakinya. Tapi view Alhambra dari sana memang cantik. Cuma aku suggest pergi sana belah petang untuk dapatkan gambar yang cantik sebab matahari naik dari belakang Alhambra tu, dan gambar waktu pagi jadi silau sebab menghadap cahaya. Nak lebih canticklagi naik ke sana bila hari gelap, boleh tengok Alhambra di waktu malam diterangi lampu di keliling dia tu. Itu satu penyesalan aku sebab tak usaha cari tempat tu semalam. Now it’s too late. Kalau nak cari spot cantik untuk ambil gambar seluruh Alhambra, cari Mirador San Nicolas. Tempat ni juga betul-betul di sebelah Mosque of Granada. View dari masjid tu pun superb.

Di plaza San Nicolas tu ramai orang menyanyi-nyanyi buat persembahan, melukis dan menjual barang dagangan diorang. Kami lepak sekejap je sebab masa tu pun dah pukul 11.15. Lepas tu turun ke apartmen balik, terus drop kunci dan keluar dari sana. Hati aku sayu tinggalkan Granada ni. Walaupun impak Alhambra tu tak berapa sampai ke jiwa aku masa masuk ke dalam sana, pemandangan seketul Alhambra tu pagi tadi rasa tak puas aku tenung. Haihhh… 

Aku kata impak dalam Alhambra tu tak sampai ke jiwa bukanlah sebab aku ni hati kering. Tapi sebab dalam bangunan tu sendiri kosong. Aku tak boleh nak bayangkan gaya hidup orang dulu-dulu. Bila dia tulis kata bilik tu bilik tidur pun takde katilnya untuk aku bayangkan. Bila dia kata bilik persidangan, takde dia cipta semula situasi zaman tu dengan meja meeting dia untuk aku berangan. Jangankan kata perabot, lukisan atau diagram pun takde. Aku ni manusia visual, nak kena tengok baru faham. Berbezalah dengan masa aku masuk ke Versailles, istana di Perancis dulu, setiap ruang dia lengkap dengan perabot, langsir, bantal, kusyen, sampai ke sikat dan cermin pun dia letak. Masa tu memang sampai ke jiwa. Kali ni pergi setakat tenung ukiran di dinding jelah. Dan aku bukannya faham seni architecture ni. Itulah maksud aku dengan "tak sampai ke jiwa".

Anyway, Perjalanan ke Malaga straight forward je, masuk highway Autovia. Dan dari Madrid ke Cordoba ke Seville ke Granada ke Malaga semuanya takde tol. Kalau drive dari Barcelona ke Madrid baru kena tol. So untung jugaklah kami. Tapi baru drive dalam setengah jam, aku dan husband dua-dua mengantuk. Jadi kami exit highway dulu cari kawasan boleh parking dan tidur sekejap. Anak-anak kat belakang memang dah terbongkang dah. 10 minit jelah berentinya, lepas tu sambung drive balik.

Sampai di Malaga pukul 2 lebih. Kali ni pun kami duduk Airbnb. Rumah kali ni pun owner dia tak reti cakap English. Dok bermesej dengan dia aturkan check in kami, jenuh dok google translate. Masa kami sampai tu rumah tu masih tengah dikemas. First impression yang tak berapa bestla. Kami masuk juga rumah tu sebab nak letak beg, dan itu silap kami agaknya. Nampak rumah tu dalam keadaan tak terurus, terus rasa tak best. Niat asal nak freshen up dan solat dulu sebelum keluar, tapi rumah tu amat kecik dan takde ruang langsung untuk kami guna sebelum dia siap kemas. Jadi kami terus keluar solat di masjid je.

Masjid Malaga adalah dalam 10 minit jalan kaki dari situ. Lepas solat terus keluar merayau. Terus-terang memang kami dah takde mood nak sightseeing. Anak-anak lapar so Google kedai makan halal, jumpa kedai pizza. Kami beli pizza large 1 dan 1 pinggan sheesh tawook dengan nasi. Besar alam pizza dia, memang kenyang semua orang. Dan itulah meal paling murah kami makan sepanjang trip ni; dalam EUR 17.

Lepas makan tu kami google pulak mane boleh kami pergi. Tapi tak sempat jumpa attractions, dah ternampak ramai orang lalu jinjing beg Primark. Terus Google lokasi Primark je. Hahah. Mall tu tak jauh pun dari tempat kami makan so pergilah shopping sikit. Beli jaket untuk anak jantan je. Dengan 2 helai kemeja untuk aku. Level Primark takdelah mahal mana. Baju aku tu sehelai EUR 3 je. Hahah.

Sambung merayau lepas tu, pergi ke central area Malaga. Niat nak cari fridge magnet je. Meriah jugaklah center tu, ada cathedral besar, banyak kedai makan dan orang makan di luar, pemuzik jalanan, hiasan lampu-lampu. Banyak kedai untuk shopping. Kami masuk satu dua kedai tapi takde jumpa apa-apa berkenan. Bila hari mula gelap, kami pun jalan balik.

Sampai di rumah tu lepas dah siap kemas pun tak rasa happy. Aku tak nafi condition rumah tu yang kotor masa kami sampai memainkan peranan besar dalam membentuk perasaan ni. Ada bau yang tak sedap dalam rumah tu, bila husband dan anak aku buka peti ais diorang kata bau busuk (aku langsung tak bukaklah lepas tu. Tak sanggup). Lantainya berminyak. Toiletnya pecah-pecah, dan malap. Ada ruang dapur kecil tapi takde singki jadi basuh membasuh pinggan semua kena buat dalam toilet. Dan takde heater. Aduh, serba tak kenalah aku rasa. Nasib baiklah untuk satu malam je dan pagi-pagi buta esok dah kena keluar. Dan the highlight of the disaster ialah, bila mandi, shower area dah bertakung dan airnya tak surut-surut. Longkangnya sumbat agaknya. Masuk orang keempat mandi, dah tinggal 1 cm lagi air nak keluar membanjiri seluruh lantai toilet. Dah kena mandi dalam air banjir bekas air mandi diorang. Serabut betul aku. Nasib baiklah cecair daripada anak dan laki sendiri.

Kalau tau macam ni, baik aku cari hostel atau budget hotel. Ada dapur pun in the end aku geli nak guna. Memang susahla aku nak bagi good review kat dia ni. Anak-anak pun kemain complain tak boleh tidur, cadar dan sarung bantal bau hapak. Aduh duh.

Kami packing je semua barang siap-siap, anak-anak dah tidur atas katil sofa. Tidur je cepat-cepat supaya siang cepat sampai.


No comments:

Post a Comment