9 February 2019
Kami bangun pukul 5 sebab banyak yang perlu
diuruskan pagi ni. Pertama sekali kena drive ke Malaga Airport dan return
kereta sewa. Lepas tu nak check in flight Vueling Air balik ke Barcelona.
Flight kami pukul 9.45.
Airport dekat je, tapi sebab airline kali ni
level-level AirAsia, aku tak nak ambil risiko. Keluar dari rumah tu pukul 6
pagi, terus return kereta. Orang jaga kaunter kereta sewa pun belum ada sebab
kaunter buka pukul 7 pagi. Tapi dah ada instruction dekat situ cara return
kereta di luar waktu operasi. Just isi borang yang disediakan dan drop kunci
je. Alhamdulillah, kami gunakan kereta tu 5 hari dengan selamat dan takde
masalah apa-apa. 5 hari memandu sejauh lebih kurang 1000 km, kami isi minyak
EUR 50. Kereta Audi A4 tu pakai Diesel, jimatlah sikit.
Anyway, naik ke airport dan drop baggage. Kami dah
check in online. Flight ni pun murah sebenarnya. Harga untuk seorang ialah EUR15.99
kalau tak salah. So total untuk kami berempat hari tu dalam EUR 60 lebih bersamaan
RM300 lebih kurang. Tapi sebab kami ada beg, kami add on 2 luggage, kena bayar
extra. 1 luggage EUR 20, jadi kena bayar EUR 40. Harga luggage lagi mahal daripada
harga seat ya tuan puan. Sekian terima kasih. Tapi masih lagi murah dan cepat
berbanding naik train. Redha jelah.
Kami sampai awal jadi lepas drop baggage kami pergi solat dekat multifaith prayer room. Ye, ada bilik untuk solat, tapi dia buat general lah. Semua agama boleh masuk. Biliknya diletakkan bangku panjang-panjang macam dalam church, tapi masih luas dan banyak ruang untuk solat. Cuma wuduk kena pergi ambil di toilet sebab tiada ruang wuduk disediakan. Bagi aku, ini dah cukup baik daripada perlu solat di tepi-tepi toilet dan sebagainya. At least it can be done privately.
Selepas imigresen semua, kami lepak minum kat Costa Coffee sebab gate pun belum diumumkan lagi. 15 minit
sebelum boarding baru gate diberitahu dekat skrin informasi. Pukul 9 baru kami
ke gate. Boarding semua lancar, flight dia pun selesa. Kami semua tidur je
dalam flight yang ambil masa dalam sejam setengah tu. Sampai di Barcelona Airport
dalam pukul 11.15. Collect luggage dan naik teksi ke hotel kami di La Rambla.
Tak jauh daripada apartmen pertama kami masa first sampai dulu.
Kali ni kami booking Hotel Palermo dekat-dekat
area Boqueria Market. Senang je nak jumpa hotel dia. Bila kami masuk, dia kata
bilik dah sedia semua. Tapi bila anak-anak aku menjengukkan muka, masalah terus
timbul. Mamat reception tu tak benarkan kami masuk bilik tu. Dia kata kami book
bilik untuk 2 orang, tapi tetamu ada 4 orang. Ya Allah, kering darah kami
masa ni. Sungguh, aku sentiasa akan baca terms and conditions betul-betul kalau
book hotel especially kat luar negara disebabkan benda-benda macam nilah.
Lagilah, aku memang kerja dalam bidang ni. All the fine prints hotel memang aku
sangat ambil berat. Dan honestly yang aku faham ialah kami book bilik untuk 4 orang. Masa
pilih configuration katil dah diberi pilihan yang kau kena klik. Pilihan 1) 2 twin beds
OR Pilihan 2) 1 double bed, 2 bunk beds. Dan kami klik pilihan kedua.
Dia kata ayat tu sepatutnya 3 pilihan; 2 twin
beds, OR 2 double bed, OR 2 bunk beds. Masalahnya OR yang terakhir tu tak wujud
dalam ayat tu. Puas kami tunjuk dekat dia, dia kata it’s not our fault, it’s
Booking.com’s fault. You contact them. Aku mintak refund, dia kata booking ni
Non-refundable. Aku mintak dia bagi pengecualian sebab ada budak-budak, dia
kata ini polisi hotel dan dia tak boleh letakkan risiko atas hotel dia. Dia kata
hotel dia full, so 2 orang boleh duduk sini, 2 orang lagi kena pergi cari hotel
lain. Aku bingung masa tu. Nak bergaduh pun ada. Aku langsung tak rasa kami
salah sebab itu yang tertulis dalam booking kami. Aku mintak tengok bilik, just
nice je untuk kami berempat, ada ruang untuk diorang tidur di bawah. Tapi dia
kata it doesn’t work that way. So aku dengan husband dah termenung kat tepi
sambil husband buka booking.com nak cari hotel lain dekat-dekat situ. Aku dah
berkeras kata biar burn aje duit yang dah bayar ni; cari hotel lain untuk kami
berempat sebab tak nak berpecah.
Tiba-tiba mamat tu berlembut sendiri. Dia datang
balik dekat kami dari tempat dia di reception, dia kata dia boleh kawtim. Dia akan rekodkan kami sebagai
book Triple Room instead of Double Room, dan dia akan rekod nama satu je anak
kami. Tapi kami kena senyap-senyap. Cuma kena bayar tambahan EUR 10. Aku pun tak
tahu apa yang buat dia berubah fikiran; mungkin tengok muka toya anak-anak aku.
Tapi kita pun janganlah nak jadi bodoh kan. Orang dah bagi tu terima aje, dan
cakap terima kasih banyak-banyak. Admit je kesalahan kita (walaupun aku tau aku
tak salah), cakap ‘we appreciate this’ banyak-banyak kali, cakap sorry, cakap
thank you. Bayar-bayar, dan masuk bilik senyap-senyap. Budak-budak tu pun dah
cukup besar untuk paham, kali ni diorang senyap je dalam bilik. Takut kena halau
agaknya.
By the time tu Zohor dah masuk. Kami solat,
bersiap dan keluar. Pertama sekali pergi makan dulu di kedai Turki (lagi). Dekat
Barcelona ni harga makanan memang mahal lah. Sekali makan EUR40 tak lari. Pejam
mata jelah, nak balik dah ni esok.
Lepas makan husband aku nak ke Camp Nou,
stadium Barcelona FC. Itu dah memang kontrak tetap masa sign borang nikah dulu.
Aku kena teman dia tengok bola, dia kena teman aku tengok Hindustan. So fine. Walaupun
aku merajuk sungguh tak dapat buat stadium tour Real Madrid. Nak ambik gambar
dengan Ramos woiiii! Untuk ke sana kami beli multiuser train pass macam hari
tu di Madrid. Beli 20 ride dengan harga EUR 20.40. Murah sikit berbanding di Madrid hari
tu.
Sampai sana dia buat keputusan veto sendiri nak
masuk stadium tour walaupun mahal kemain. Dewasa EUR 26, kanak-kanak EUR 20. Ada
tax lagi. Peh peh peh. Sape nak pegi dia belanja lah kan? Kalau Real Madrid ari tu
aku sanggup bayar. Hahaha.
Tapi bila masuk dalam, feel dia tak sama la
macam masuk Old Trafford. Masa masuk Old Trafford dulu aku macam sebak-sebak
pun ya. Kali ni nak baca kisah dia pun malas-malas. Stadium dia tak berapa
best. Stadium tour bayar mahal camtu tapi dressing room players pun tak leh
masuk. Langsung takde chance nak ambil gambar dengan baju player atau duduk kat
seat diorang dalam dressing room. Dahla lighting gelap, nak ambil gambar semua
tak cantik. Dulu Old Trafford semua dapat, siap ada sijil lagi lepas keluar. Kesimpulannya
tak best. Dahla current player Barcelona semua tak hensem. Kuikuikui.
Boring-boring pun dalam 2 jam jugak dekat situ. Keluar dari sana dah pukul 5 lebih. Kami dah takde hala tuju ni, sebab mood nak
balik tu dah datang. Selalu memang macam ni. Rasa sentimental je sebab holiday
dah nak abis.
So kami naik train ke Passeig de Gracia. Husband
pergi beli barang yang kawan dia order daripada store Barcelona FC (sebab dapat
order lepas kami gerak daripada stadium. Nasib baik official store dia
bersepah). Then masuk H&M perabih duit. Husband aku je beli jaket sehelai. Lepas
tu ada kafe dalam tu jual semua makanan vegetarian nama Flax & Kale, kami
lepak makan kek dan minum-minum. Lepas tu terus balik bilik je. Anak-anak kata
makan kek je dah kenyang. Alhamdulillah. Selamat duit mak.
Mandi-mandi, sembang-sembang. Bilik kali ni walaupun
kecil, selesa sebenarnya. The only hotel/apartmen/rumah yang kami duduk yang
berkarpet. Takdelah seksa nak pijak lantai. Kami dah plan nak bangun lambat dan
keluar lambat esok. Nak santai-santai aje last day. Anak-anak tidur, kami layan
Memories of the Alhambra last episode kat Netflix. Hahah.