I thought of quitting this blog thing. But somehow
I can’t haha.
So here goes.
Winter Trip 2019
Our flight is at 8 p.m. so we left for the
airport at 4 p.m. Semua lancar je. Naik Qatar Airways ke Doha. Flight penuh
sepenuh-penuhnya. Tapi kami dapat seat sederet 4 orang kat tengah so all is
good.
Transit 3 jam, sempat solat semua. Next flight pukul
2 pagi waktu Doha. Pun semua lancar. Anak-anak tido most of the way dalam both
flights. Kakak perlu disumbat ubat mabuk supaya kami semua tenang. Dia pun tido
je the whole way. Dapat kids meal dalam flight kemain fancy pun dia langsung
tak sentuh. Adik at least jamah la jugak sikit2.
Anyway, touchdown at 6.30 pagi waktu tempatan.
HELLO ZURICH! Suhu semasa ialah 4 darjah Celsius.
Go through immigration, all good. Dia mintak
nak tengok tiket balik so just bukak email tunjuk kat dia. All okay. Collect baggage.
Then off we go. Since waktu awal lagi, no point keluar dulu. So kami cari
prayer room dekat dalam airport untuk solat Subuh. By the time jumpa, hari dah
cerah. Solat jugalah.
It’s not a proper surau. It’s a meditation
area, signboard dia letak lambang suma agama: Islam, Kristian, Jewish dan
beberapa lagi. In one of the rooms dah diletakkan rak dengan sejadah dan
telekung so we used that. Cuma toiletnya agak jauh. So angkut semua barang ke
toilet dulu, ambil wuduk, then baru ke prayer room semula.
Lepas solat baru gerak ke car rental area, pick
up kereta. Kami sewa kereta untuk 3 hari dekat sini. Kali ni awal-awal sewa
kereta besar supaya tak jadi isu luggage tak muat. Lancar semua, terus ke
kereta. Awal lagi, hari pun baru je cerah. Masa tu dalam pukul 8.30. So kami
merayau bandar Zurich dulu.
Parking kat sini agak mencabar sebab bayar
mahal. Pastu dia ada limit pulak, maksimum boleh park 2 jam je. So kami park di
satu kawasan tepi tasik dan pegi merayau kawasan sekitar. Kami belum pecah duit
Franc, jadi ada 1 perempuan Swiss tolong kami explain how it works nak membayar
parking tu. Tapi terpaksa bayar guna syiling Euro yang kami ada. Rugilah sikit
sebab harga dia caj sama, tapi currency lain. Bayar guna currency mahal, lagi
mahal la nilai dia.
Anyway, merayau je dekat area situ. kami takde
pun research apa benda nak tengok dekat Zurich ni. Sebab pegi jalan memang
sekadar nak tengok tempat orang je. Kami end up dekat satu pasar pagi yang jual
sayur, bunga-bunga dan produk tempatan. Memang hilang akal lah kisahnya. Beli
buah buat gigit-gigit, beli sayur untuk masak petang, beli croissant buat
hilangkan lapar anak-anak. Begitulah. Jalan-jalan sekejap tepi tasik.
Ambil-ambil gambar depan church. Sampai cukup 2 jam parking, kami gerak dari
sana.
Terus ke Lucerne pula. HELLO LUCERNE, we meet again!
Perjalanan dari Zurich ke Lucerne ambil masa dalam 40 minit.
Satu bagusnya dekat Swiss ni, dia banyak
sediakan bangunan khas untuk parking. Walaupun bayar dia mahal, isu parking tak
cukup tu tak wujud. Kami pun park dalam tu, siapkan anak-anak pakai tebal-tebal,
then keluar. Diorang dah merengek lapar, which is the thing that happens most
often in all our travels.
So depan tempat parking tu ada kedai India.
Bolehla setakat nak order vegetarian stuff. Tapi bila tengok harga, beruban
kepala aku. Satu pinggan lauk simple dah CHF25, which is about RM100. So aku
estimate kalau 1 family makan harga dia jadi dalam RM600 duit Malaysia. Oh,
lemah jantung aku. So Ayah kata kensel. Kami jalan kaki sampai ke train
station, cari apa ada dalam tu. Singgah Bucherer, 1 kedai jual branded stuff untuk
tumpang jamban jap. Hehe.
End up kami beli vegetarian pasta dekat kedai
Bachmans. Makan terus dekat dalam station tu. Beli 1 penne pomodoro, 1 spinach
ricotta ravioli with pomodoro sauce and 1 gnocchi in pesto sauce. Sedap btul
makan.
Siap tu barula anak-anak boleh berfungsi
seperti manusia normal kembali. Pegi ambil gambar dekat Chapel Bridge, masuk
kedai souvenir beli souvenir sikit. Pergi Lion Monument yang dipenuhi tourist China
n Korea. Lepas tu kami singgah Coop untuk beli groceries apa yang nak masak
sikit. Best gak Coop ni. Aku jumpa mozarella cheese 600 gm harga CHF3.10. Dalam RM14 duit kita. Sayangnya tak bleh bawak balik sebab perjalanan masih panjang. Wuwuwu... Pastu coklat plak 1 bar yang besar tu harga CHF0.50. Eh geram plak, apa lagi aku borong la sket. Tetap coklat Swiss walaupun brand pasaraya. kehkeh..
Dari sana kami drive ke masjid dekat Lucerne
ni. It’s an Islamic Centre yang terletak dalam 1 bangunan. Agak tricky nak cari
dia. But we managed to find it. Solat Zohor Asar jamak dekat situ.
Then kami teruskan perjalanan ke tempat tinggal
kami di Interlaken. Perjalanan ambil masa sejam suku. Anak-anak dah terbongkang
kat belakang. Kami jela enjoy the awesome view. Tapi aku seriau sebab
jalan-jalan dia agak sempit dan kereta orang tempatan agak laju. Dengan hari dah senja, mata pun nampak tak nampak je ni. Cik abang pulak dah ngantuk. Nebes ai takut
jatuh gaung. Wuwuwu…
Sampai homestay pukul 5, dah Maghrib dah pun
dekat sini. Tony, the owner, dah tunggu untuk explain pasal rumah dia. Aku kena
mengadap adik yang bermasalah beroperasi seperti manusia normal bila tak cukup
tido. Melalak seround, pastu sambung tido lagi atas sofa tanpa mandi dan makan.
Last-last kami bogelkan je, tukarkan baju tido dan suruh dia masuk tidur. Tak
kuasa nak layan.
Pukul 7 malam semua dah masuk tido. Makan pun
gigit-gigit je apa snek yang ada. Mak tak kuasa dah nak masak. Esok pagi
breakfast jelah.