Bismillahirrahmanirrahim
Dah 3 bulan sejak kami balik dari
Jepun. Sejak masa tu lagi aku dah gelisah semacam sebab belum ada destinasi
untuk tahun 2016. Banyak sangat benda nak kena fikir; currency Malaysia yang
teruk, terrorism di sana-sini, anak yang dah mula sekolah rendah, ketandusan
musim cuti memandangkan banyak cuti sekolah bertembung dengan puasa dan raya
haji…
Untuk trip berdua ni, nak tak
nak, kami kena juga pilih tarikh raya cina ni. Masa ni aje yang cuti panjang,
public holiday banyak, dan sesuai dengan jadual kerja husband. Cuma tempatnya
tak boleh decide.
Jadi lepas berpuluh-puluh kali
bukak website Skyscanner, AirAsia, Emirates, Etihad, Qatar, MAS dan sebagainya,
akhirnya kami memilih: Lombok.
Nak cerita jujur? Aku tak
excited. Sebab, huhuhu… jiran sebelah je kot! Tak thrill la! Tapi nak
pegi jalan punya pasal, ku gagahi jua. Punyelah malas nak research dan plan,
sampaikan hotel pun cari last minute, seminggu sebelum pergi baru finalize. Di
saat-saat akhir tu (yakni sehari sebelum pergi) aku sempat lagi belek tiket
untuk anak-anak. Tiba-tiba rasa macam nak bawak diorang aje ikut sekali. Tapi
mahal sangat pulak, return flight aje dah RM2300. Baik aku simpan duit tu bawak
pegi Europe je.
Sorry kids, we’ll plan something
with you guys later in the year yeah?
4 Februari 2016
Flight kami pukul 3.35 petang,
jadi pagi tu sempat hantar anak-anak sekolah dulu. Peluk-peluk, cium-cium di
khalayak ramai. Pastu balik kemas apa yang patut. Sempat briefing warga-warga
yang akan membantu jaga anak-anak aku. Hati sebak-sebak sikit nak tinggal anak.
Menyampah tak? 10 kali pegi, 10 kali gedik. 365 hari setahun asyik cari tiket
pegi holiday, pastu bila nak tinggal anak sebak, sedih. Haha. Pastu pagi tadi
extra sebak sebab tak sempat jumpa mak mertua aku sebelum pegi. Gedik lagi.
Biasanya sebelum pegi mana-mana mesti salam dia dulu, dengar dia pesan jalan
elok-elok. Hari ni tak sempat pulak, dia takde di rumah masa kami singgah.
Wuuu…
Anyway, pukul 12 ambil bas dari
One Utama ke KLIA2. Sampai sana pukul 1 lebih, terus check in dan terus masuk.
Tenang-tenang aje. Lepak makan Burger King santai-santai pun, masih ada masa
lagi. Board plan dekat 3.30, plane jalan lewat 10 minit.
Perjalanan ambil masa 3 jam aje.
Flight penuh dengan orang dia balik kampong. Ada la seketul dua warga Malaysia
dan warga asing. Sampai sana 6.45 petang tu, dah senja. Proses nak keluar
imigresen dan kastam lambat sikit, sebab dekat situlah nak isi borang bagai.
Biasanya masa pegi tempat lain, borang dia dah bagi siap-siap dalam flight, kita
dah siap-siap isi. Dah tu orang dia takde konsep beratur pulak tu. Muka tak
bersalah menyelit depan kita. Hangin pulak aku!
Seterusnya, keluar dari airport,
kena serbu dengan orang teksi. Tawar-menawar harga untuk ke Senggigi. Dia letak
harga Rp200,000. Kami kata mahal. Last-last seorang mamat ni kata boleh ikut
dia, dia pasang meter. Walaupun ada risiko rate dia jadi lagi mahal daripada
Rp200,000, husband aku lebih rela ikut dia. Transparent, takde rasa was-was
kena tipu. Driver tu cakap Malaysia fasih, tak rasa macam sembang dengan Indonesian.
Dia pernah dok Johor 2 tahun katanya, dok Yong Peng.
Perjalanan ke Senggigi ambil masa
sejam, dengan harga Rp197,000 ++. Keep the change jela kan. Kami menginap di
Sunset House Lombok. Okla. Ambil bilik Garden View, kena duduk seberang jalan,
bukan menghadap laut. Tapi sempat lepak-lepak minum welcome drinks dekat tepi
laut.
Naik bilik, seperti biasa, kita
testing Wifi dulu. Antar khabar berita kepada anak-anak. Sedikit tragedy
melanda apabila aku membuka laptop ini. Iaitu, skrin laptop aku pecah sikit.
Worst decision I’ve ever made in my life: Putting the laptop inside the luggage
and checking it into the plane. Entah kena campak macam mana la beg ni tadi
sampai pecah skrin laptop. Nasib baik masih boleh nampak nak menaip. Kalau tak
jenuh menjawab aku, dah la kerja kena continue buat sebab ada deadline. Balik
ni tadahla, nak kena repair laptop pulak.
Maka dengan ini, selesailah hari
pertama. Nak keluar pegi cari jajan kejap. Lapar pulak! Esok sambung naaaa….
Sorry, gambar takde sebab aku malas nak transfer daripada henpon. Alaa, gambar dari dalam flight je pun. Takde mende sangat.
No comments:
Post a Comment