Saturday, 6 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 2

5 Februari 2016

Hari kami bermula seawal 7 pagi. Well, Subuhnya 5 lebih, tapi lepas Subuh sambung tido la beb! Bangun kul 7 tu get ready semua, terus pegi breakfast. Ala-ala kadar je, a la carte. Dari tempat duduk kami tu kami boleh nampak ada macam kuil jauh di hujung pantai. Tanya pada pekerja hotel tu, katanya tempat tu Pura Batu Bolong. Dia kata boleh pergi dari pantai. Jadi kami telah menemui misi pertama. Maklumlah, orang memang tak merancang misi kali ni. So apa-apa yang ada, tangkap muat jelah. Haha.


Jalan di sepanjang pantai Batu Bolong sampai ke hujung, adalah dalam 15 minit. Pura tu kami tak boleh naik. Ada signboard kata tak boleh naik kecuali kalau nak sembahyang. So kami bergambar di sekitar batu bolongnya. Yang frustnya, sebab misi ini tangkap muat, tripod kami tak bawak. Takde orang pulak tu nak jadi cameraman. Namun begitu kami tidak berputus asa. Sangkut aje kamera dekat batu. Asal boleh!

Seterusnya kami berjalan pulak sampai ke hujung sana pantai, panjat batu ke pantai sebelah. Nak cari Pantai Senggigi sebenarnya, sebab nak pergi pekan dia. Tanya-tanya orang dekat situ, dia kata “jauh lagiii… 2 kilometer.” Jadi atas sifat mempercayai, kami pun patah balik (padahal hakikatnya lepas tu kami dapat tahu yang tak sampai 5 minit pun jalan ke depan tu dah sampai). On the way nak ke bilik tu jumpala mamat-mamat yang dok promote tour pakej.


Seperti yang kami kata tadi, kami takde agenda. Jadi bila baca-baca pakej yang diorang offer tu, kami decide nak ambil 1. Pilih tour ke Rinjani, tengok waterfall. Diorang offer harga Rp 500,000. Naik bersiap, tukar baju mandi siap-siap, dalam 10.45 pagi kami gerak.

Perjalanan ke Rinjani, Lombok Utara mengambil masa 2 jam ye! Terkejut sekejap aku masa driver tu bagitau. Kalau kat rumah ni, dah macam nak ke Melaka dah. Eloklah pulak, sepanjang jalan tu hujan lebat! Tertido-tido aku dan husband. Pukul 1 kami sampai di Senaru. Memandangkan hujan masih sangat lebat, kami decide untuk lunch dulu. Lagi sekali rasa nak tercekik aku tengok harga makanan dekat sana. Husband ambil set menu nasi, ayam goreng, sup dan buah, air teh o. Aku ambil nasi goreng sayur dengan teh susu. Total harga Rp 132,000 yer tuan-tuan sekalian. RM40 tu! Siap dengan tax 10%, siap dia tak pulangkan lagi duit aku Rp 10,000. Hangat je hati aku masa tu.

Selesai makan hujan dah reda sikit, tapi masih perlu beli baju hujan demi keselamatan handphone. Tiket masuk ke air terjun pulak Rp 10,000 seorang. Kami dah mula kena ikut dengan tour guide dekat situ. Rp 100,000 harga diorg letak. Masalahnya, based on perbincangan dengan driver dan juga boss dia di hotel tadi, kata diorang nak ke air terjun tu straightforward aje. Ada 2 air terjun dekat situ katanya. Satu jalannya menurun, satu lagi jalannya landai. Tapi tiba-tiba tour guide ni punya sembang macam kalau takde guide tu akan hilang, sesat, mati lemas, tak dijumpai selama-lamanya. Makinlah aku panas hati. Muka aku ketat je sepanjang tu. Nasib baiklah laki aku dah cukup kenal muka ketat tu. Jadi cepat-cepat dia kata takpe, kalau kami nak guide kami patah balik. Gitu!

Kami menapak ke air terjun pertama iaitu air terjun Sendang Gila. Tinggi betul, memang gilalah! Mula-mula malu-malu kucing, amik gambar dekat atas, tercangak-cangak tak tau nak buat apa. Datang segerombolan mat saleh, diorang bukak t-shirt, terus turun bawah masuk dalam air terjun tu. Terus husbandku terinspirasi sekali. Lepas tu aku offer kat couple mat salleh tu kata biar aku ambilkan gambar diorang berdua dalam air terjun, sebab kesian tengok bini dia serba tak kena tak dapat amik gambar. Sebagai balasan, diorang pulak offer nak ambil gambar kami. Jadi aku pun turun sekali. Peh peh!

Kebetulan guide kepada mat saleh ni friendly. Suami aku tegur-tegur, tanya pasal air terjun lain. Dia terus bagi direction. Takde pun poyo sangat kata nanti boleh matilah bagai. Cara dia cakap tu macam senang je. Jadi kami tawakal, jalan sendiri cari air terjun seterusnya. Dalam setengah jam juga jalan kaki, lalu jalan yang dah disiapkan. Cumanya takde signboard, jadi kena yakin jela. Masa aku rasa was-was, husband aku confident. Masa dia was-was, aku confident. Jadi dengan cara kerjasama itu, kami akhirnya sampai di air terjun Tiu Kelep. Subhanallah! Serious yang ini memang breathtaking! Ambil gambar best-best. Sekumpulan 3 orang perempuan Malaysia pun ada sekali di sana dengan guide diorang. Kami mintak diorang ambilkan gambar kami.

Tak lama dekat situ, kami gerak balik. Satu kepuasan la bila dapat jumpa tempat tu tanpa guide. Terbukti it’s not impossible. Sampai di atas semula dalam pukul 4 petang. Solat, bergambar sikit. Kami teruskan perjalanan balik. Sempat singgah di Masjid Kuno di situ. Perhentian yang seterusnya adalah di Malimbu 2. Ini adalah satu bukit tinggi, the perfect spot untuk tengok sunset katanya. Dari sana boleh nampak ketiga-tiga Gili: Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Cuma kami kurang bernasib baik tadi, cuaca masih cloudy jadi no sunset view.

So lepas bergambar sikit, balik. Sampai di Sunset House pukul 7 petang. Alhamdulillah, driver kami pun jujur, takde mintak duit lebih. Kami bayar cukup-cukup Rp 500,000. Balik bilik untuk freshen up. Padahal lapaq wei, ketaq lutut dah.

7.45 kami keluar semula ke Pekan Senggigi. Menapak ye! Sebenarnya tak jauh sangat pun. Dalam 15 minit je. Cari-cari kedai makan, semuanya lebih kurang tu juga harganya, mahal. Jadi pilih kedai The Taman Restaurant. Ada live band. Tapi food dia tak sedap pun. Aku order set indian food: butter chicken dengan nasi briyani dan roti naan. Sekali dapat nasi minyak dengan ayam masak merah. Baiklah! Husband makan ayam taliwang. Air sorang satu, lepas tu encik order nachos lagi sepinggan, dengan nachosnya lemau. Total price Rp 250,000. Amboi, begini gayanya, 3 juta tak cukup ni!


Round-round di situ survey souvenir. Lepas tu balik. Sampai bilik dalam 10.15. Rehat ajelah, belek gambar siang tadi.  Letih dah ni, mata tak boleh bukak. Kami pun kejang dah ni. Tabahlah, nak adventure sangat kan…

No comments:

Post a Comment