6 Februari 2016
Bangun Subuh macam biasa, terus
mengemas beg. Hari ni kami akan meninggalkan Sunset House Lombok dan Senggigi
untuk ke Gili Trawangan. Kami bakal bermalam di sana untuk 2 malam.
Pukul 7.15 kami turun breakfast.
Hari ni buffet yang agak limited. Nasi goreng, satay ayam, kuah kacang,
buah-buahan, telur made to order, roti. Aku tala kepada roti dan telurlah
seperti biasa. Selesai makan kami nak naik ke bilik ambil beg. Sebenarnya belum
ada perjanjian lagi dengan mana-mana pihak untuk hantar kami ke Pelabuhan
Bangsal. Kebetulan masa nak ke bilik kami terserempak dengan Pak Emi, chief
security di Sunset House. Dia tolong aturkan pakej semalam, dan hari ni dia
tanya kami agenda kami lagi. Kami sebut tentang ke Pelabuhan Bangsal jadi dia
tolong aturkan lagi.
Rp 150,000 untuk hantar kami
terus ke pintu tiket feri. Itu perjanjiannya. Kata Pak Emi, teksi Bluebird
biasa tak boleh masuk sampai ke tepi laut tempat naik bot tu. Kalau naik Innova
atau Avanza, iaitu kereta standard yang digunakan oleh tour operators, boleh
masuk sampai ke dalam. Jadi kami tak perlu berjalan kaki sekitar 100 ke 200
meter untuk masuk ke dalam. Memikirkan tu, kami pun setuju dengan Rp 150, 000
tu.
Check out pukul 9, terus ke
Pelabuhan Bangsal. Oh, sebelum tu kami singgah di Holiday Resort Lombok, iaitu
hotel seterusnya yang akan kami tinggal lepas balik dari Gili nanti. Tujuannya,
kami nak tinggalkan beg besar. Haha. Benda ni kami dah pernah buat dulu di
India, di Australia. Dan clearly it’s so convenient for everyone. Pada aku,
buat apa penat-penat heret beg besar tu naik turun bot kalau boleh ditinggalkan
aje. Jadi isi nama, dapat kad simpanan bagasi, terus sambung perjalanan ke
Bangsal.
Sampai dekat sana, driver kami
masuk ke parking. Di luar tempat parking tu kami nampak banyak teksi Bluebird
parking dan drivernya dok bersembang-sembang. Aku terpinga-pinga sekejap sebab
aku tak nampak mana lautnya, apatah lagi botnya. Dia terus mintak Rp 150, 000
tu. Ok, kami bayar Rp 200,000 takde tukar. Untuk beberapa saat dia macam nak redha
je dapat extra Rp 50,000 tu. Tapi kami pun tak turun, menunggu baki. Barulah
dia kelam kabut cari duit baki. Mintak dekat orang lalu-lalang di luar. Lepas
tu dia bagitahu kami boleh turun, kena jalan dalam 100 meter untuk ke jeti.
Dengan terpinga-pinga kami
keluar. Mula-mula aku terima beb. Aku ingat semua orang memang tak boleh masuk
dalam, walaupun dalam kepala aku masih dok dengar lagi jaminan Pak Emi tadi.
Tapi, sambil kami dok berjalan masuk tu, punya banyak kereta Innova dan Avanza
lintas kami menghantar penumpang ke dalam. Dengan serta-merta darah aku
menyirap. Cilakak betul mamat ni tipu aku! Selling point dia untuk kami ambil
transport dia tadi ialah “Hantar sampai dalam” tapi kami ditinggalkan di luar,
masih kena jalan kaki. Isunya bukan pasal jalan kaki. Aku pernah jalan kaki
dari pagi sampai petang, gagah. Isunya ialah tidak amanah. Jenuh laki aku
menyabarkan aku.
Anyway, sampai di kaunter tiket,
seperti biasa, pengusaha private boat akan promosikan boat diorang. “Pantas,
tak perlu menunggu lama”. Tapi kami nekad nak naik public boat aje, total price
2 orang Rp 39,000. Konsep public boat ni, bila bot dah cukup 45 penumpang baru
dia akan jalan. Tapi tak jadi masalah untuk kami. Kami sempat duduk dalam 10
minit aje, dah dipanggil naik bot sebab orang dah cukup. Maklumlah, pagi Sabtu
pulak tu.
Perjalanan dalam bot tu ambil
masa 45 minit, terus ke Gili Trawangan. Hampir pukul 11 kami dah sampai ke Gili
Trawangan.
Sampai aje di pulau tu, penuh
dengan kedai-kedai, foreigners. Riuh! Memang meriah pulau ni! Hotel yang kami
pilih jauh dari pekan. Ikut e-mail daripada hotel, kalau berjalan kaki akan
ambil masa 30 ke 45 minit. Kami ada pilihan untuk naik cidomo, iaitu kereta
kuda kecil. Tapi aku dan husband dua-dua malas nak pergi bertanya harga.
Rilek-rilek kami jalan, walaupun beg galas kemain berat! Panas terik pulak tu.
Dalam setengah jam tu sampai ke Gili Teak Resort.
First impression aku masa sampai
ialah, alamak, hotel ni belum siap ke? Sebab pool dia takde air, dan masih ada
orang dok bertukang. Check in aje, kami diberi welcome drink. Husbandku macam
unta, sekali sedut abis. Aku jugak yang penuh bersopan. Sekali gelas aku bawak
masuk bilik. Bilik dia superb!
Very airy, open concept. Cermin
sekeliling, ada seating area di luar dan di dalam bilik. The best part is, open
concept bathroom. Selalu
tengok dalam gambar aje, hotel-hotel di Bali ada open concept bathroom. Hari ni baru merasa. Kekok beb! Nak kencing pun rasa macam kena endap. Hahahah. Macam biasa, perkara pertama yang dirasmikan adalah Wifi. Hihi.
tengok dalam gambar aje, hotel-hotel di Bali ada open concept bathroom. Hari ni baru merasa. Kekok beb! Nak kencing pun rasa macam kena endap. Hahahah. Macam biasa, perkara pertama yang dirasmikan adalah Wifi. Hihi.
Lepak-lepak tunggu Zohor, terus
solat. Lepas tu barulah keluar. Husband ajak sewa basikal seorang satu.
Harganya Rp 50,000 setiap basikal, sewanya 24 jam. Walaupun aku super nervous
sebab tak biasa dah naik basikal ni. Lagi-lagi kat jalan tak rata cam pulau ni.
Bagi tak mengecewakan suamiku, ku gagahi jua. Baru nak suruh dia carry aku je,
aku dok belakang. Haha.
Jadi mulalah episode kami pusing
island. Berhenti satu tempat bila nampak swing yang jadi gambar standard Gili
Trawangan tu. Baru dok bincang-bincang nak ambil gambar ke tak, datang sorang
pompuan mat saleh offer nak ambilkan gambar kami. Jadi on ajelah. Dia dari
Australia rupanya. Hehe.
Sambung perjalanan lagi. Satu
pusingan pulau tu kalau takde berenti mungkin ambil masa sejam kot. Kebas beb
bontot aku. Kena hentak-hentak di jalanan tu, nak nangis rase. Sampai satu
tahap aku merayu dekat husband aku, aku kena rehatkan bontot aku kejap. Jadi
kami berenti lunch. Masa tu betul-betul dekat tempat kami sampai dari bot tadi.
Kedai yang kami pilih ialah kedai Ocean 2, berhadapan dengan Sama-Sama Lounge
yang ada gambar Bob Marley. Sebab apa kami pilih kedai tu? Sebab banding dengan
semua kedai yang aku sempat usha menu dia, yang tu paling murah. Hahahahha.
Wifi laju plak tu. Husband aku order nasi goreng ayam Rp 25,000. Aku order
pasta Rp 32,000. Gagahla tu kan. Total price dengan air Rp 87,000. Murah daripada kat
Senggigi semalam.
Barulah kenyang perut suka hati.
Sambung mengayuh pulang ke hotel. memandangkan matahari dah tak terpacak atas
kepala, kami tak masuk bilik pun. Pilih satu katil tepi laut, pergi terbongkang
dekat situ. Raja membongkang di sebelah aku ni memang sekelip mata hanyut. Aku
la terkebil-kebil sorang-sorang. Keluarkan tripod, ambil gambar sendiri. Dan
daripada aku buang masa termenung, aku pun pegi ambil laptop tulis blog ni.
Haha. Special tau post yang ni. Bila baca ni takde bau-bau angin laut ke?
Kuikuikui.
Sedar tak sedar, dalam 3 jam aku
dan husband duduk di pantai. Itu pun kami masuk sebab tiba-tiba hujan
rintik-rintik. Aku dahla bawak laptop ke tepi pantai ni. Alang-alang dah masuk
bilik tu, mandi-mandi. Badan melekit sebab masuk dalam laut kejap tadi, amik
gambar kat buaian tu.
Masa kami sampai di bilik, ada
satu couple mat saleh tegur kata hai. Bila kami bagi respond baik, si aweknya
patah balik datang ke bilik kami. Dia tengah tak puas hati rupanya pasal
swimming pool kat resort ni tengah repair, tak boleh guna. Dia kata diorang tak
diberitahu langsung pasal benda ni, jadi diorang rasa tertipu. Yela, masa
booking tengok gambar va-va-voom kan. Dia kata dia frust sebab diorang datang
nak celebrate anniversary parents boyfriend dia. Dia tanya kami, kami ada dapat
notification tak pasal pool tu tak boleh guna. Memang kami pun tak dapat. Bila boyfriend
dia datang join sembang sekali, kami dapat tau diorang dari Sweden.
Anyway, sunset tu kami lepak
pantai lagi, lepas tu pergi ke town. Asalnya nak naik basikal, sebab alang-alang
dah bayar kan, lenjan la. Tapi ya rabbi, gelap gelita jalan. Dahla rush hour
crowd kemain busy jalan. Aku ni dahla bawak siang-siang pun melelong. Apatah lagi
malam. So aku merayu kat husband mintak parking basikal, kita jalan kaki. Dia redha
jela dapat bini camni.
Menapaklah kami ke town. Makan di
art market dia, makanan tradisional Indonesia. Adalah ikan bakar segala. Kami share
sekor ikan, 2 pinggan nasi, 2 air. Rp 105,000. Beli apam balik dia,
terangbulan. Dekat sini murah, Rp13,000 dah boleh dapat sebijik yang basic. Beli
jagung bakar sekali buat bekal berjalan balik. Kejang kaki woiiii… entah berapa
ribu langkah aku berjalan ari ni. Nak pergi urut, tak pegi-pegi gak lagi. Takut
duit tak cukuppppp…
Letih betul badan aku agaknya, suara aku pun dah mula hilang dah ni. Esok orang ajak bersembang, suara aku dah macam Saleem Iklim. Ish!
Anyway, Sebelum tidur kita sambung lepak
tepi pantai lagi. I can so get used to this man…
No comments:
Post a Comment