Monday, 8 February 2016

Honeymoon 2016: Lombok, Indonesia Day 4

7 Februari 2016

Bangun Subuh 5 lebih tu, lepas tu tidur balik sampai pukul 8. Takde hati nak bangun awal memandangkan kami pun takde specific plan hari. Kali ni holiday yang betul-betul holiday la. Berehat. Santai.

Bangun tu bersiap pun tak rushing, pergi breakfast di pantai. Mejanya bawah pokok, atas pasir pantai. Memang terbaiklah. Satu yang best resort ni, biliknya ada 8 biji aje. Jadi guest tak ramai, tak serabut.

Kami diberi menu untuk pilih makanan breakfast. Masa bincang dengan husband tu, aku sebut juga. Kena tanya dekat waiter tu, bacon tu maksudnya beef/chicken bacon ke, atau memang bacon babi. Mula-mula husband kata eh, ini Lombok, semua daging halal je. Tapi aku kata tanya aje. Nasib baik tanya beb! Memang daging babi! Haha… Bila kami tanya tu baru waiter tu macam terperasan aku ni bertudung segala. Jadi kami minta dia kecualikan bacon daripada hidangan tu nanti.

Makan-makan breakfast sambil bincang ape aktiviti hari ni. Aku serahkan dekat husband sebab aku takde idea. Tapi syukur jugaklah bila dia kata kita tak payahlah pergi snorkelling tu. Aku ni bukan penggemar aktiviti dalam air sangat. Lagilah kalau nak masuk laut dalam ni. Seram je rasa. So lepas makan, golek-golek atas hammock dia kat tepi pantai tu. Bila dah mula panas, kami masuk bilik.

Kata husband, kita rilek-rilek ajelah hari ni. Petang-petang sikit baru keluar mandi laut. Jadi raja membongkang terus melaksanakan aktiviti kepakarannya, sementara aku sempat kerja 1 job, lepas tu baca buku. Sedar-sedar dah pukul 1.

Aku kejut husband ajak solat terus. Lepas tu terus get ready untuk keluar. Pulangkan balik basikal semalam sebab dah cukup 24 jam. Kami berjalan kaki hari ni. Kali ni kami menghala ke arah bertentangan dari arah kami datang hari tu. Saja nak explore pantai sebelah sana. Bila jumpa pantai yang best, kami berhenti mandi. Lepas tu sambung jalan lagi, berhenti pulak ambil gambar sana-sini. Sejam setengah jugaklah kami berjalan nak sampai ke hujung. Sampai tu kami pergi ke kedai makan dekat situ, makan lunch. Okla harga dia, fries, chicken sandwich, pizza, air sorang satu Rp145,000. Kenyang la.

Siap makan kami jalan balik. By the time kami lalu di buaian-buaian dekat Ombak Sunset tu, cahaya matahari memang just nice untuk ambil gambar cantik. Orang pun tak ramai. Tapi kami nampak ada official photographer kerja dekat situ, jadi kami tak pasti kalau orang luar saja-saja nak pergi ambil gambar boleh ke tak. Entah-entah kena bayar ke apa ke. Last-last husband kata malaslah, tak payah ambil gambar. Muncunglah sekejap aku. Ingat boleh datang sini hari-hari ke apa?


 

Sampai balik di hotel kami, terus landing dekat lounge chair dia kat tepi pantai. Belek henfon, sempat bertegur-tegur dengan couple Sweden tu. Lepas hilang penat, husband ajak pergi pantai ambik gambar.

Barulah aku senyum balik. Matahari tengah turun masa tu, cahaya dia cantik sangat reflect atas air. Banyak jugak kami posing, berlari-lari sebab pasang timer, pacak tripod kat pasir. Pedulik hape aku orang tengok.Datang sini bayar guna duit aku.

Last-last kami terdiam aje, duduk atas pasir tengok matahari turun. Cantik! Hari ni ada rezeki nak tengok pemandangan ni. Alhamdulillah.

Hilang je matahari, kami masuk bilik, mandi semua. Tengah aku mandi blackout pulak. Yang tragisnya dekat hotel ni, bila elektrik takde, air kat paip semua pun tak keluar. Tabahlah, shampoo penuh rambut, bertenggek dekat 15 minit.

Solat, then pukul 8 tu kami jalan ke town. Eh, berapa puluh kali aku menapak kat jalan tu. Dahla jauh. Pegi makan dekat pasar malam tu lagi, hari ni makan tilapia goreng dengan nasi. Beli apam balik lagi buat bekal berjalan. Ingat nak pi berurut, tapi semua tempat urut dia open sangat. Kejap lagi dia selak seluar aku sampai paha, naya pulak. Kedai yang tertutup pulak takde tukang urut lelaki untuk husband aku malam ni. Takde rezekilah. Next time.

Jalan kaki balik, lepak tepi pantai sekejap bagi hilang peluh, barulah bersurai untuk hari ini. Esok nak kembali ke Lombok semula. Dekat dah nak balik! Haram 1 souvenir tak beli lagi, untuk diri sendiri pun belum, apatah lagi orang lain. Typical masalah aku bila travel.

No comments:

Post a Comment