27 Oktober 2015
Last dah hari ni. Kami tak bangun
awal sangat hari ni sebab tak ada specific agenda. Pukul 8 lebih tu bangun buat
kerja sikit, mula packing beg. Aihhh… Penuh pulak beg aku ni, padahal banyak
dah souvenir aku bagi kat family di Jepun ni. Pasai apa? Pasai sepupu aku hari
tu clearkan baju-baju lama anak dia bagi kat anak-anak aku. Punyela banyak!
Aku belum pun shopping sejak
sampai Jepun ni, jadi plan hari ni nak pi perabih duit sikitlah. Sepupu aku
kedengaran sedang busy bersiap ke office di bawah. Aku turun siapkan anak-anak,
breakfast semua. Tunggu Zohor dulu baru kami keluar. Baru hari ni dapat peluang
menguji kebolehan survival di Jepun. Haha.
Naik bas ke Stesen Tsurumi, then
dari Tsurumi kami ke Ueno. Hari ni kami nak ke pasar yang kami lalu Ahad lepas,
Ameyayokocho. Round-round tengok barang. Aku terjumpa jacket vest harga ¥1000
bersamaan RM36. Sambar sudah!
Husband dok sibuk belek kasut,
tapi bila bendanya ada di Malaysia pada harga yang lebih murah, memang tak
payahler nak beratkan beg beli bawak balik.
Lepas tu dia ajak masuk ke
bangunan Uniqlo. Barang Uniqlo tu sendiri kami dah belek dari hari 1st
di Ginza lagi. Tapi Uniqlo tu sendiri ada sister brand dia yang hanya dijual di
Japan iaitu GU. Masa di Ginza hari tu sepupu aku dah sebut dan tunjuk kedai GU.
Dia kata murah banyak berbanding Uniqlo. Tapi sebab masa tu kami lebih focus
kepada sightseeing, kami tak masuk. So hari ni bila masuk, wah, terjojol-jojol
biji mata aku!
Murah wehhhh! Sweater pada normal
price pun dalam ¥2000 camtu. Di Uniqlo harganya ¥7000 tau! Tengah aku membelek,
aku tersampai ke kawasan Clearance Sale. Ya rabbi, lagi tergedik-gedik aku
jadiknya. Baju semua harga ¥990. Walaupun aku ni sejak azalinye menyampah bab
shopping ni, tapi bila masuk bab shopping barang MURAH, aku rajin. Mula-mula
cari baju anak-anak dulu. Dapat jaket sepasang sorang untuk diorang. Aku nak
beli lebih, jaket winter segala untuk kids, pastu husband aku kata “Bilanye
diorang nak pakai. Kalau pun kita pergi setahun dua lagi, by that time dah kecik
untuk diorang.” Ok, point noted. Letak balik.
Husband aku beli 2 pasang
sweater, dan aku pula terjumpa bubble jaket yang dah lama aku cari-cari. Nasib
baiklah saiz aku, sebab ada sepasang aje dekat situ. Kaler pun comey, purple
gelap. In total 5 pasang baju tu dlm ¥6000 lebih. Murahla. Kalau kat Uniqlo
baru dapat sehelai, kau. Memikirkan beg yang dah sarat dan padat dekat rumah,
aku tahankan hati nak beli lagi.
Jalan lagi di pasar-pasar tu,
lepas tu lapar pulak. So kami singgah di kedai takoyaki hari tu, Gindaco.
Makan-makan. Lepas tu sambung perjalanan. Masuk kedai Yodobashi Akiba, cawangan
sini, tapi takde apa-apa yang menarik pun. By that time dah pukul 5 camtu, jadi
kami gerak balik. Flight kami malam ni 11.45 malam, sebab tu rilek je.
Sampai di rumah, masih kosong.
Semua belum balik skolah, balik keje. So kami terus mandi, packing semua
siap-siap. Pergi belakang rumah sidai baju, nampak bulan mengambang penuh
belakang rumah sepupu aku tu. Dahla view belakang tu terbaik sebab rumah dia
tinggi, nampak bandar sampai ke Tokyo. Pastu ada bulan pulak kat atas. Kalau
bukan sebab angin kuat dan sejuk, memang aku bercanda dekat situ. Sementara nak
naik ambil kamera segala, bulan dah bersembunyi di sebalik awan. Takde chance
nak merakam detik tu.
Sepupu aku dan anak-anak dia
sampai balik 6 lebih. Dia terus masak dinner. Kami dinner ramai-ramai, dalam
pukul 8.30 tu kami gerak ke Haneda Airport. Sekejap aje sampai, tak sempat
setengah jam pun. Panjang juga beratur nak drop baggage. Selesai drop baggage
kami pergi lepak dengan sepupu aku, husband dan anak bongsu dia. Bergambar
sikit. Dalam pukul 10.30 kami masuk dalam, scan beg semua. Airport dia tak
perlu jalan jauh macam KLIA2. Sempatlah aku manfaatkan Wifi free di situ. Kerja
masuk bertubi-tubi pulak, deadline singkat.
Flight kami terlewat dalam 30
minit. Dalam pukul 12 baru boarding. Naik je atas, selamat sampai di tempat
duduk, terus terbongkang anak jantanku. Bila terbang je, anak dara ku pun
hanyut sama. In fact throughout the flight tu kami memang tidur best. Lampu
kapal ditutup most of the flight, jadi selesa la. Duduk bahagian bontot kapal
pun rasa lapang sikit, dan sunyi sikit.
Flight touchdown di KL jam 6.40
pagi.
Hari ni gambar sikit, macam
biasa. Dah jadi pattern dia gitu. Hari last je takde mood nak ambil gambar. Haha.
No comments:
Post a Comment