Wednesday, 28 October 2015

Tokyo Day 6: Mount Fuji & Yokohama

26 Oktober 2015

Pagi-pagi buta tadi sepupu aku dah sampai balik dari Hong Kong. Walaupun kami bangun pukul 8 macam biasa, aku tak bagi husband dan anak-anak aku turun awal sebab nak bagi sepupu aku rehat. Aku sorang turun dulu, mendapatkan perkhabaran. Aku boleh agaklah yang dia letih sebab flight dia tengah malam semalam dan touch down di Tokyo dekat kul 5 pagi. Manelah nak dapat tidur sangat. Sampai aje balik dia terus siapkan anak-anak dia pergi sekolah semua. In fact sebelum bersurai semalam pun Abang Hadi ala-ala bagi peringatan dengan penuh tersiratnya supaya bagi peluang wife dia rehat. Hihi. Katanya “I think tomorrow morning Hani needs to sleep so maybe you all should get more rest too.” Ye, ye, kami faham. Kami tak kacau.

Takkanlah aku nak kerah dia kalau dia penat kan? Aku pun dah standby nak pergi shopping around Tokyo kalau takde apa-apa plan lain hari ni. Sejak datang mana sempat shopping lagi. Kami melepak di atas sampai 9.30 pagi. Bila turun bawak anak-anak aku mandi semua pun aku warning suruh senyap. Lena dia tidur atas sofa sampai pukul 11. Aku dah bersiap nak keluar ke Tokyo bila dia jaga, dan dia terus tanya nak ke mana hari ni.

Aku kata kalau penat takpe, kami jalan sendiri. Dia suruh pilih sama ada nak pergi Fuji atau Ibaraki. Dua-dua pun memerlukan dia untuk drive 2 jam pergi, 2 jam balik. Rasa tak syok jugak. Tapi lepas tu basically dia tolong putuskan untuk kami ke Fuji memandangkan cuaca panas elok hari ni, potensi untuk nampak Fuji agak tinggi. Jadi lepas solat Zohor, kami keluar.

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih jugak. Kami tak plan nak naik sampai atas Fuji pun. Asalkan dapat view cantik untuk ambil gambar, jadilah. Bonus kalau dapat skali gambar daun-daun kuning, merah, oren.

Aku nak cerita kami ke mana pun aku tak pasti apa nama tempat tu. Tapi ia satu kawasan taman tradisional Jepun dengan rumah-rumah lama, beberapa aktiviti kraftangan tempatan, peluang untuk pakai baju tradisional semua. Pemandangan cantik dekat situ. Kebetulan rezeki kami, pokok merah yang ada di Ibaraki tu pun ada sikit dekat sana. Takdelah penuh sepadang macam di sana, tapi adalah sederet dua. Cukuplah untuk kami kata kat orang, “kami pernah tengok dah pokok tu”. Hahah.


Sakan jugak ambil gambar. Sepupu aku yang memang pandai ambil gambar tu pun naik excited explore the area. Sempat kami menuntut ilmu photography daripada dia. Kami ni harap kamera je feature segala mak nenek, tapi ambil gambar pakai Smart Auto. Haha…

By the time pukul 4 lebih tu kami lepak di satu kedai, makan soba dan udon. Gaya-gaya nak balik tu, terserempak dengan sepasang couple yang tegur kami. Yang lelaki tu Cina Malaysia dari Kedah, yang perempuan tu pulak mixed Japanese and Malay. Sempatlah sembang-sembang. Siap bertukar-tukar Facebook dan phone number sebab yang perempuan tu bakal sambung study di UIA next year. She can’t speak Malay. Only English and Japanese.


Full moon!
Kami bersurai pukul 5 lebih. Gerak balik. Sempat singgah di kedai dekat-dekat situ untuk beli sayur. Kami beli pisang kaki untuk bawak balik memandangkan it’s in season right now. Kebetulan malam ni bulan penuh. Subhanallah! Pasai apa, pasai dah lama tak nampak bulan di Malaysia. Rindu kat bulan.

Lepas tu teruskan perjalanan balik. Bila sepupu aku dah naik mengantuk drive, kami stop di RnR dia. Mak aih! Memang kagum aku dengan toilet dia. Lawa macam lobi hotel! Bab ni memang aku akan rindu Japan la.

Yokohama City
Aku ingat kami akan terus balik, tapi sepupu aku detour ke Yokohama City memandangkan kami tinggal seminggu di Yokohama tapi tak tengok Yokohama lagi. Cantik juga Yokohama waktu malam. Ada ferris wheel besar ala-ala London Eye. Berlampu-lampu. Dekat dengan pelabuhan jadi boleh tengok bot besar. Suasana nyaman. Kami pusing satu round, lepas tu mula cari dinner. Kedai-kedai dia tutup awal pulak. Masuk dalam shopping complex dekat situ, ada cawangan kedai India yang kami makan di Odaiba hari tu, Khazana, jadi serbu ke sana. Masa kami sampai pekerja dia baru pasang sign “Closed”. Kami pujuk-pujuk minta jadi last customer, reluctantly dia bagi. Siap suruh kami order cepat-cepat. Haha.

Siap makan kami terus balik. Sampai rumah pun dah 10 lebih. Aku dah lembik, tapi sepupu aku masih lincah buat itu ini. Aku dan husband setelkan anak-anak, suruh diorang tidur. Aku belum boleh tidur sebab kerja ada deadline yang menunggu esok. Huuuuu…. Penat!

No comments:

Post a Comment