Sampai malam semalam pun dah
pukul berapa. Plane touchdown setengah jam lewat. Kesian sepupu aku tunggu
lama. Nasib baik imigresen, kastam, ambil beg sume cepat. Jadi sepupu aku drive
kami ke rumah dia di Yokohama. Kami akan tinggal di sana seminggu. Alhamdulillah,
rezeki sebab dia pelawa gitu. Kami ada juga survey hotel atau apartmen di
Tokyo, tapi lepas tu dia kata buat apa nak bazir duit. Bukan jauh pun nak ke
Tokyo dari rumah dia. Bagai mengantuk disorongkan bantal….
Malu tak terkira bila sampai
rumah dia, dia bagi kami tidur di master bedroom. Ya rabbi! Tebal muka aku. Hebat
betul layanan orang Jepun kepada tetamu. Dia dan suami pindah pergi tidur rumah
mertua dia, di sebelah. Terima kasih yang sungguh tidak terhingga. Sambil taip ni pun aku rasa tertunduk-tunduk tanda Thank you gaya Jepun.
Anak-anak kelaparan jadi layan
diorang makan roti cicah milo sambil sembang. Sedar-sedar dah pukul 2 pagi. Cepat—cepat
naik tidur. Dahla Subuh pukul 4 lebih.
21 Oktober 2015
Selesai Subuh memang kami tidur
la balik. Letih oiii… tak daya aku nak kerja atau menulis dulu pagi-pagi tu. Terjaga
balik dah 9 lebih. Kelam kabut la jugak. Tinggal rumah orang pastu bangun
tengah hari. Turun tu prepare breakfast; aku takde la buat apa pun. Setakat bancuh
milo. Dia yang susah payah untuk kami. Anak-anak aku kurang nak bekerjasama
pulak pagi ni. Nak colouring dulula, makan lambat-lambat la. Akhirnya, pukul 11
pagi baru keluar rumah.
Jalan kaki ke stesen bas,
kemudian naik bas ke Tsurumi Station. Pergi beli Suica Card sorang satu untuk
aku dan husband untuk senang naik turun train. Kami ambil yang harga ¥3000
sorang – deposit ¥500 dah kredit ¥2500. Dari sana kami ke Ginza dulu.
Ginza ni rupanya tempat shopping
mewah. Kami jalan-jalan ajela, tengok-tengok. Anak-anak ni biasala, baru jalan
2-3 langkah dah lapar balikla. Nak junk food la. Gatal la, penat la, itu ini. Aku serba salah
jadinya sebab kesian kat sepupu aku. Dia ambil cuti hari ni nak temankan kami
dan ajar berjalan di Jepun ni. Tak cukup tu, asal boleh semua dia nak belanja. Oh
my…. Janganla nak kata senang hati. Lagi serba salah aku jadinye….
Selesai di Ginza, kami naik train ke Asakusa pulak. Ada shrine yang terkenal di situ, dan kebetulan ada kedai
ramen halal di kawasan berdekatan. Jadi ke sanalah kami. Cantik kawasan dia.
sebelum sampai ke shrine tu ada banyak orang jual souvenir. Survey-surveylah
dulu harga sebab boleh jadi agak mahal. Kami dapat jumpa fridge magnet paling
murah, ¥380 untuk 3 keping. Jadi boronglah dalam 12 ketul. Anak-anak sibuk
geram dengan toys yang biasanya kita boleh jumpa murah-murah di pasar malam. Di
sini ¥1000, bersamaan RM36. Maklumlah, ¥1000 tu bersamaan nilai dengan RM10
kita. Tak dayalah nak, nak beli benda pasar malam bayar RM36. Balik Malaysia kang
kita beli yer?
Disebabkan tak dapat benda yang
dia nak, anak jantanku mogok tak nak posing ambil gambar. Padahal kawasan di
sana sangat cantik! Sedih aku. Dahla tak nak posing… bila aku nak posing dengan
ayahnya, marah pulak. Apalah motif pegi holiday jauh-jauh takde gambar? Sedih tak?
Kami teruskan perjalanan ke
kedai-kedai berhampiran Asakusa Shrine. Di dalam kawasan kedai berbumbung di
situ, kedai kedua dari arah pintu berhampiran shrine ada sebuah kedai ramen
halal. Narita-ya namanya. Kami order 3 jenis meal. Ramen ada, nasi ada. Sementara
tunggu makanan sampai, kami dapat solat juga di kedai tu. Ada disediakan sebuah
surau, lengkap dengan tempat wuduk. Alhamdulillah, ada juga tempat macam ni di
Jepun. Aku sangat terharu. Anak-anak aku makan ayam goreng yang datang sekali
dengan salah-satu meal yang kami order. At least makan la jugak.
Narita-ya Halal Ramen |
Selesai makan kami bergaduh lagi
berebut nak bayar. Stress aku bila semua orang payung ni. Kita datang bukan nak
jadi beban pada orang. Ish ishhhhhhh…. Tapi total harga makanan dlm ¥5500. Sementara
dok bayar tu, orang kedai cuba bersembang tanya dari mana. Tukang masak dia
rupanya dari Pakistan. Ada 2 orang dari Pakistan yang tengah bersembang Hindi
di situ, dan aku sengih je pandang. Sepupu aku tiba-tiba tanya, depa ni cakap
Tamil ke? Jadi aku sebutlah itu bahasa Hindi. Dua orang Pakistan tu macam
kagetla sikit, so aku explain dalam Hindi kata aku boleh cakap Hindi
sikit-sikit. Jadi sempatla speaking seround. Diorang tanya macam mana tahu
Hindi, dan diorang kata sepanjang kat sini tak pernah lagi jumpa orang Malaysia
yang boleh cakap Hindi. Hakikatnya ialah aku ni lepas gian aje. Rindunyeeeeeeee
nak cakap Hindi, serious!! Berbunga-bunga hati aku lepas tu.
By the time selesai makan, dah
pukul 4 lebih. And believe it or not, dah hampir Maghrib masa tu. Jadi memandangkan
sepupu aku kena balik masak dinner untuk family dia (dan dia dah janji dengan
mertua dia yang malam ni nak makan besar dengan tetamu dari Malaysia), so kami
kena terus balik.
Naik train semula ke Tsurumi. Singgah
beli groceries di Walmart. Naik bas balik rumah. Superwoman betul sepupu aku
ni. Dia terus start memasak, lauk penuh meja. Aku nak tolong apa semua dia
halau suruh pegi setelkan anak. Aku nak basuh pinggan dia kata pinggan semua dishwasher
yang basuhkan. Eh eh… ni yang rasa nak pindah dok hotel ni. Aku tak reti jadi
mem di rumah orang. Serba tak kena dibuatnya.
Pukul 8 tu Onichan dan Obachan
(mertua sepupu aku) datang dari rumah sebelah. Suami dia pun sampai balik dari
ofis. Anak-anak dia semua dah balik. Jadi kami makan ramai-ramai. Dia masak
pasta, bakar ikan, sayur goreng, ada lauk sotong kurita, ada 2 jenis sushi yang
kami beli tadi. Meriahlah. Sebelum bersurai aku bagi buah tangan yang kami
bawak dari KL: kain pelikat untuk yang lelaki, kain pasang buat baju kurung
untuk yang perempuan. Sibuk pakat ambil gambar. Lepas tu ambil gambar family
ramai-ramai. Meriah rasa. Rasa betul-betul diraikan. Hebat betul orang Jepun.
Sebelum naik tidur, aku, husband,
sepupu aku dan husband dia bersembang 4 orang; sebelum anak-anak aku mula
bising suruh teman tidur. Kena halau lagi walaupun aku dah bersiap sedia nak
tolong basuh pinggan. Huuuuuuuuuuuuuuuuu…. Camane nak balas bila orang buat baik
dekat kita? Nak belanja makan pun tak dapat ni… asyik kena cantas je…
bes bes..... !
ReplyDelete