24 Oktober 2015
Sepupu aku dah ke Hong Kong, jadi
tinggallah kami di rumahnya… Pagi ni kami cuba bangun awal, tapi anakanda
seperti biasalah. Yang buat serba salahnya sebab suami sepupu aku dengan anak
bongsu dia nak join kami keluar hari ni. Kami sebenarnya boleh aje nak survive
sendiri, tapi aku rasa ini culture orang Jepun untuk melayan tetamu, dan
mungkin juga sepupu aku sendiri dah pesan kat suami dia suruh layan kami. Jadi
kami terimalah. Cuma kesianlah sikit dekat dia kena menyaksikan perangai
anak-anak aku.
Shibuya |
Kami akhirnya keluar rumah pukul
10.30 lebih. Jalan kaki ke stesen bas, naik bas ke stesen kereta api dan naik
kereta api ke Shibuya. Di sinilah tempatnya yang selalu menjadi lambang Tokyo:
tempat lintasan yang paling sibuk di Jepun, yang dipenuhi billboard neon
ala-ala New York Times Square. My first impression dari pandangan live, it’s
not as big as I imagined it to be. Aku jenguk-jenguk jugak di bahagian mana
diorang berlakon scene last cerita Fast and Furious: Tokyo Drift tu, tapi tak
dapat dikenal pasti. Haha. Patung Hachiko pun ada dekat-dekat situ.
Suami sepupu aku, Abang Hadi, nak
bawa kami ke NHK Studio Park. Dia kata it’s the national TV station of Japan,
dan anak dia suka rancangan dekat situ. Katanya ada banyak aktiviti untuk
kanak-kanak. Aku ikut aje. Tapi bila sampai sana, kecewa sikit sebab semuanya
dalam Japanese. Benda-benda yang anak sulung aku sepatutnya boleh buat pun, tak
dapat buat sebab tak faham kepala ekor. Jalan-jalan ajelah dalam tu, sambil
nganga. Satu aje bagusnya kami ke sana, kami dapat ambil kesempatan untuk solat
di dalam baby room dia. Kalau ada orang nampak, mesti akan buruk sangka melihat
satu pasangan masuk senyap-senyap dalam bilik baby tanpa membawa baby. Kikikiki…
Harajuku |
Selesai di sana dah pukul 1
lebih. Jalan ke bus stop dan ambil bas ke Harajuku. Sini memang aku teringin
nak pergi, teringin nak ambil gambar dengan orang-orang yang sakan bergaya. Tapi
sesak betul kawasan tu. Masa ni pun anak-anak aku dah berapa round buat
perangai. Dengan internet takde nak mencari makanan halal. Serabutlah kejap. Masuk
Harajuku lagi semak dengan orang. Abang Hadi suruh alas perut dengan crepe
dulu, jadi kami pun beli sorang 1 untuk anak-anak. Elok aje nak jadi cerita,
kami jumpa kawan suami aku dekat situ. Memang through FB dan Instagram kami
tahu dia ada di Tokyo, tapi tak expect akan terserempak memandangkan saiz Tokyo
yang kemain besarnya. Ambil gambar sikit sebelum bersurai.
Bila budak-budak dah alas perut,
kami teruskan perjalanan. Tak sempat pun round dalam Harajuku tu. Abang Hadi
nampak macam pening dengan crowd, jadi tak naklah susahkan dia. Lagipun kami macam
rushing sikit sebab petang ni dia dah buat janji dengan parents dan anak-anak
dia sekali untuk keluar makan sushi sama-sama. Jadi kami teruskan perjalanan,
skip Shinjuku dan terus ke Akihabara.
Akihabara ni tempat yang terkenal
dengan penjualan barang elektronik, dan pada masa sekarang ini, termasuk
barangan anime, games dan sebagainya. Suami aku agak excited nak ke sini, 1. Nak
membelek Gundam model, 2. Untuk mencari kot-kot ada jual jam murah. Layan…
Crepe in Harajuku |
Sebelum dia start shopping kami
singgah kedai kebab makan sikit. Di kedai ni, ayamnya halal, lembunya tidak. Nasib
baiklah aku membawa imej bertudung, jadi bila kami order daging dia terus
bagitahu status halal tak halal tersebut. Makan-makan, lepas tu masuk satu
kedai elektronik besar. Apa ek nama dia? Yodobashi Akiba. Sempatlah aku
menyampaikan hajat adik lelaki aku belikan barang untuk dia, untuk kawan dia. Anak-anak
pun dapat jam tangan sorang 1. Eh, mama dengan ayah belum dapat apa-apa lagi ni…
Yodobashi Akiba |
Akihabara |
Pukul 5 tu kami berkumpul semula
dengan Abang Hadi dan anak dia, sebab tak nak penatkan dia mengikut bontot kami
shopping. Masa tu pun dah senja, jadi kami cancel trip ke Tokyo Tower, instead
kami terus ke Kawasaki; lokasi dinner dengan the whole family. Sampai aje di
Kawasaki, Abang Hadi dapat call bagitahu yang kedai tu full tahap gaban –
waiting time dia 2 jam. Mak dan ayah dia dah ambil nombor dan sedang menunggu
di kedai. Abang Hadi ajak cari alternative di satu shopping kompleks bersebelahan,
tapi tak dapat jumpa casual sushi restaurant macam kedai yang kami nak pergi
ni.
So kami melepak dulu di kompleks
tu. Anak-anak masuk main dekat play area berbayar yang boleh membotakkan kepala
kalau aku biar diorang main lama-lama. Almaklum, semua benda diconvert ke
Ringgit Malaysia yang serba dhaif tu. Dah siap main, lepak-lepak segala sampai
sejam, kami pergilah ke kedai tu menunggu sama-sama. Tapi still panjang. Konsepnya
kena ambil nombor macam pergi bank, pergi hospital kat Malaysia ni. Masa kami
sampai masih ada 100 nombor depan kami. Anak-anak aku dah meragam. Jenuh nak
tenangkan.
Akhirnya lepas 3 jam menunggu. 3
jam ye, kawan-kawan. Kalau kat Malaysia, sumpah aku tak tunggu. Tapi disebabkan
orang nak meraikan kita, tunggu jugakla.
Sedikit maklumat tambahan ye: aku
selama ni tak pernah teringin telan sushi. Tengok pun tak lalu walaupun
appearance dia agak comey-comey dan colourful. Sejak bertahun-tahun
member-member ajak lepak makan kat kedai sushi, adik aku beli sushi bawak balik
dan segala-gala yang seantero dengannya, aku tak pernah sentuh. Makanan Jepun
pertama yang menambat hati aku ialah tempura sayur – sepupu aku ni jugak yang masak masa
dia balik Malaysia dan tinggal di rumah aku. Lepas pada tu aku selalu je suruh
mak aku buat, dan bila dah tua-tua ni, masak sendiri. Tapi sushi, never. Jadi selepas
beli tiket ke Jepun ni, aku gagahkan juga pergi try makan sebagai persediaan. Aku
agak surprised sebab sedapla jugak. Tapi aku hanya makan sushi ikan yang
dimasakla. Belum sampai tahap ikan mentah.
Budak ni pergi kedai sushi makan fries |
Jadi, bila sampai di sini dan
sembang-sembang masa family dinner malam tu, keluar cerita kata aku baru
berjinak-jinak makan sushi. Itu yang diorang excited sangat nak bawak cuba tu. Kedai
tu namanya Sushiro – dia ala-ala Sushi King dan Sakae Sushi di Malaysia. Jenis yang
ada conveyor pusing-pusing tu. Harga dia reasonable, dia ada juga choice
makanan lain untuk orang yang tak makan sushi, dessert segala. Dan sushi dia
sedap! Aku suka sushi salmon. Melantak jugakla malam tu, grilled, boiled,
salmon with cheese, salmon with basil cream. Semua aku bedal. Sushi belut pun aku rasa, sedap jugak. Lagi satu yang
aku suka ialah sushi telur ikan. Anak sulung aku pun cuba grilled salmon sushi
seketul.
Abang Hadi bagi kami rasa miso
sup dan dessert tradisional Jepun yang ada green tea ice cream, kacang merah
dan mochi bersalut tepung kacang. Ntahla apa nama dia, lupa dah aku. Sedap jugak.
Kami berpecah meja sebab 1 meja
boleh duduk 4-6 orang saja. Atok, Nenek dan anak-anak lelaki sepupu aku tu
duduk meja lain. Jadi Abang Hadi ajela yang melayan kami. Kesimpulannya,
sedapla. Harga dia reasonable. Total ¥6000, untuk semeja 6 orang. Lebih kurang
RM200. Abang Hadi sibuk nak belanja lagi. Aku nak bayar dia tak bagi. Aku ajak
tongtong pun dia tak nak. Katanya, “Treat me to a nice restaurant when we go
back to Malaysia.” Hahah. Baiklah. Tunduk lagi.
Dah pukul 10 masa kami naik bas
balik rumah. Sampai rumah setelkan anak-anak mandi semua, diorang terus tido. Barulah
kami kemas-kemas sikit, mandi, solat.
Hari-hari keluar 10 pagi sampai
10 malam. Betul-betul aku lenjan anak-anak aku ni. Haha. Nasib baik bertenaga
je diorang. Malam tido berdengkur, punya penat!
ok budak tu...pi kedai sushi makan fries....lol
ReplyDelete