Jepun.
Terus-terang aku katakan, kalau
bukan kerana minat suami aku dan kalau bukan kerana adanya sepupu aku di sana,
aku tak mungkin plan untuk ke sana. Aku tak pernah ada rasa teringin nak ke
sana walaupun punye ramai orang balik dan ceritakan yang indah-indah.
Prejudis? Mungkin. Sampai aku
pernah kena tegur dengan suami aku a few month ago, masa tengah plan trip ni.
Bila dia suruh aku cari hotel, buat itinerary dan sebagainya, yang sememangnya
rutin aku bila travel selama ni, aku kata dekat dia aku takde mood. Sampai dia
kata, “You tak boleh pilih kasih macam ni. You kena be fair dengan semua tempat
yang kita nak pergi.” Iyelah bang. Masa tu aku bantah jugak, kata aku bukan
pilih kasih, just busy. But maybe truthfully, aku memang pilih kasih.
Tapi bila dah ke sana, memang
satu hakikat yang tempat dia ada banyak pengajaran yang boleh kita contohi.
Dari sudut kebersihan aje aku dah
cukup malu dengan negara sendiri. Lalu di lorong-lorong belakang Akihabara masa
beli kebab tu, seketul sampah dan sedikit bau busuk pun tak ada. Di
lorong-lorong kereta api bawah tanah dia yang ada tempatnya agak terpencil,
takde sikit pun bau hancing. Toilet dia jangan ceritalah. Di Jepun ni anak-anak
aku mesti pelik bila aku tak marah-marah bila diorang mintak nak ke toilet. Kalau
di Malaysia, sebelum keluar rumah aku paksa semua pergi toilet siap-siap supaya
aku tak perlu bawak di luar. Kalau diorang buat perangai nak pergi toilet
jugak, memang kena sembur, siap kena cubit bagai. Aku geli. Tapi di Jepun ni
excited aku.
Dari sudut pengurusan sampah pun
banyak yang boleh kita contohi. Di rumah-rumah, sampah memang diasingkan:
plastic, botol, dan sampah yang boleh dibakar. Lori sampah dia datang ambil
sampah ikut jadual. Satu hari dia datang ambil botol saja, satu hari dia datang
ambil plastic saja, dan satu hari dia datang ambil sampah yang boleh dibakar
saja. Sisa makanan tergolong dalam sampah yang boleh dibakar, dan jenis sampah
ni hanya diangkut 2 kali seminggu. Tapi yang kagumnya, takde pun busuk,
bersepah, berair, berulat-ulat bagai di luar rumah, ataupun di dapur. Cubalah
tengok di tong-tong sampah dekat rumah kita. Tak lalu mak nok.
Satu lagi adalah dari sudut
kejujuran. Sungguh, dalam 7 hari aku di sana, aku kagum dengan kejujuran
diorang. Kalau ibu-ibu yang bawa stroller nak beli barang sekejap dalam kedai
dan kedai tu sempit, diorang tinggal aje stroller tu di luar kedai. Tak ada pun
sesiapa nak culik bawak lari. Setiap kali beli barang, cashier akan kirakan
duit baki kita depan mata kita, siap tunjuk butiran dalam resit. Pernah sekali
masa naik turun train, ada satu perempuan tercicirkan shawl di lantai.
Kebetulan aku melintas shawl tu untuk masuk train, jadi satu passenger yang
baru keluar train tergesa-gesa angkat shawl tu bagi aku sebab ingat aku yang
tercicir. Prihatin. Jarang nak jumpa macam tu di Malaysia. Kata Abang Hadi
pernah aje diorang tertinggal tablet, handphone, wallet dalam public transport,
dan di Jepun ni hampir 100% diyakini yang kita akan dapat semula barang yang
hilang in perfect condition. Cubalah buat macam tu di Malaysia. Cuba tengok!
Kalau bab layanan kepada kami
pulak, sampai sekarang aku masih rasa segan. Sudahlah duduk free seminggu,
diberi pulak master bedroom. Bila aje diorang masak, diorang masak sekali untuk
kami. Siap tanya lagi apa kami suka dan tak suka. Pergi mana-mana diteman,
banyak masanya siap belanja lagi. Aku cuba reflect balik cara kami sendiri, dan
memang jauh ketinggalan. Berkira, kedekut. Aku hanya boleh ucapkan jutaan
terima kasih kepada keluarga sepupu aku atas layanan mereka, dan akan sentiasa
doakan kesejahteraan mereka.
Aku cukup tertanya-tanya macam
mana orang diorang ni boleh ada nilai-nilai murni macam ni. Dari mana mulanya? Sedangkan
kita, Muslim, yang ada guideline kita sendiri, Quran dan Sunnah, gagal jadi
macam tu. Jeles pun ya.
Dari sudut teknikalnya berjalan
di Tokyo ni, memang paling mudah adalah public transport. Suica card, yang
ala-ala Touch n Go kita tu memang sangat membantulah. Cuma mungkin sedikit
pening sebab ada banyak jenis laluan train, ada JR, ada private line. Jadi
kalau kita beli JR pass sekalipun, ia tak boleh digunakan di subway, private
line, bas semua. Jadi yang tu nak kena study lebih sikitlah.
Bab makan pulak, tak banyak yang
boleh aku advice sebab kami bergantung sepenuhnya kepada sepupu aku. Kata dia,
roti pun tak boleh beli sebarangan, jadi sepanjang di sana kami asyik ke
Walmart ke Family Mart entah, dan beli roti brand Pasco. Plastiknya putih
dengan tulisan biru. Kalau jumpa kedai India, kedai kebab, insyallah akan ada
yang halal untuk kita makan. Selebihnya, kami masak sendiri aje. Ada yang
pernah advice kami sebelum ke Jepun dulu, kalau tinggal di hotel, minta staff
reception hotel untuk tuliskan satu nota dalam bahasa Jepun “No alcohol, no
meat, no lard” dan tunjukkan aje pada kedai-kedai mana yang kita teringin nak
masuk. Insyallah mereka boleh advice apa yang boleh dimakan. Orang Jepun ni pun
memang rajin makan seafood, jadi kalau rencahnya tak melibatkan benda-benda tak
halal, memang selamat la untuk dibedal, contohnya takoyaki hari tu.
Shopping pulak, kalau nak pegi
shopping baju tolonglah pergi GU. Aku penuh penyesalan sebab beg penuh dan tak
pergi sana dari awal. Kalau bab souvenir pulak, aku cakap pasal fridge magnet
ajela k, sebab aku memang cari itu aje. Sepanjang di sana, fridge magnet paling
murah kami jumpa ialah di satu kedai di Asakusa, dan di tingkat 1 Tokyo Tower.
Kami hanya beli fridge magnet besi 3 magnet dalam 1 pek, tapi gambar dia memang
cantik-cantik – harga dalam lingkungan ¥380 ke ¥450 satu pek (1 magnet dalam
RM4 duit kita). Magnet yang jenis timbul-timbul dan besar-besar tu mahal
sangat, ada yang sebijik dan ¥380. ¥500 pun ada. Tak dapekla.
GST di Jepun ni 8% yer. Tapi untuk tourist, banyak kedai yang meletakkan tanda Tax Free yang membolehkan kita shopping ditolak cukai terus. Tak payah nak pergi claim-claim cukai masa di airport macam di Europe atau UK dulu. Untuk entitle dapat penolakan cukai ni, kita mesti bawa passport dan diorang nak check passport kita tu. Lepas tu, lain kedai lainlah syarat dia. Ada yang letak minimum purchase ¥10,000, ada jugak yang takde minimum purchase langsung. Kalau pergi ramai-ramai, mungkin boleh combine sekali, bayar sekali untuk kita layak dapat penolakan cukai ni. Lepas tu nanti kiralah asing-asing balik. Banyak oi 8% tu! Jadilah bijak sikit.
GST di Jepun ni 8% yer. Tapi untuk tourist, banyak kedai yang meletakkan tanda Tax Free yang membolehkan kita shopping ditolak cukai terus. Tak payah nak pergi claim-claim cukai masa di airport macam di Europe atau UK dulu. Untuk entitle dapat penolakan cukai ni, kita mesti bawa passport dan diorang nak check passport kita tu. Lepas tu, lain kedai lainlah syarat dia. Ada yang letak minimum purchase ¥10,000, ada jugak yang takde minimum purchase langsung. Kalau pergi ramai-ramai, mungkin boleh combine sekali, bayar sekali untuk kita layak dapat penolakan cukai ni. Lepas tu nanti kiralah asing-asing balik. Banyak oi 8% tu! Jadilah bijak sikit.
Apa lagi ek? Banyak baiknya aku
tengok Jepun ni. Dan benda yang aku syukuri tentang negara kita lepas ke sana
ialah mudahnya mencari makanan Halal di Malaysia ni. Ini juga jawapan yang
diberi oleh anak dara aku bila aku tanya dia, “What do you miss most about
Malaysia?” lepas sampai balik hari tu. Katanya, no. 1, I miss my cousins. No.2
I miss our home. No. 3, All the food is halal. Aku anggapkan jawapan pertama
dia missing her cousins tu berkait rapat dengan ketidakupayaan dia
berkomunikasi dengan anak sepupu aku di sana, jadi dia rindu nak berkawan
dengan orang lain selain adik dia. Rindu rumah pulak, itu sudah pasti, sebab
walau sehebat manapun penginapan kami bila bercuti, banglo ke vila sekalipun,
dia takde jiwa rumah kita. Dan yang ketiga tu pulak, aku tau dia rindu KFC.
Hahaha… Sebab masa dekat sana dia jumpa KFC, tergedik-gedik “I want chicken, I
want chicken”, lepas tu sepupu aku kata it’s not halal. Sampai balik hari tu,
tengah hari tu jugak pergi lunch KFC kau.
Demikianlah sudah. Kalau ada yang
aku teringat nanti aku tambah. Sekarang ni bagi blog ni rehat lagi untuk
beberapa bulan lamanya sementara aku kumpul duit beli tiket pergi tempat baru.
Anak dara aku turun kapal hari tu terus sebut, “Mom, can you take us to Paris
next?” Tersedak aku. Tanya dia, ada apa kat Paris? Dia kata “I want to see another
tower, the one like Tokyo Tower.” Kuikuikui. Masa dekat sana memang dia asyik
sebut, hebat sangatlah diorang buat tower ni. Macam mana diorang boleh buat
tinggi sangat? Haaa… inilah yang aku nak bila bawak budak travel. Diorang
nampak benda-benda yang biasanya diorang tak appreciate.
Mission accomplished!