Saturday, 31 October 2015

Tokyo - Post Trip Observation

Jepun.

Terus-terang aku katakan, kalau bukan kerana minat suami aku dan kalau bukan kerana adanya sepupu aku di sana, aku tak mungkin plan untuk ke sana. Aku tak pernah ada rasa teringin nak ke sana walaupun punye ramai orang balik dan ceritakan yang indah-indah.

Prejudis? Mungkin. Sampai aku pernah kena tegur dengan suami aku a few month ago, masa tengah plan trip ni. Bila dia suruh aku cari hotel, buat itinerary dan sebagainya, yang sememangnya rutin aku bila travel selama ni, aku kata dekat dia aku takde mood. Sampai dia kata, “You tak boleh pilih kasih macam ni. You kena be fair dengan semua tempat yang kita nak pergi.” Iyelah bang. Masa tu aku bantah jugak, kata aku bukan pilih kasih, just busy. But maybe truthfully, aku memang pilih kasih.

Tapi bila dah ke sana, memang satu hakikat yang tempat dia ada banyak pengajaran yang boleh kita contohi.

Dari sudut kebersihan aje aku dah cukup malu dengan negara sendiri. Lalu di lorong-lorong belakang Akihabara masa beli kebab tu, seketul sampah dan sedikit bau busuk pun tak ada. Di lorong-lorong kereta api bawah tanah dia yang ada tempatnya agak terpencil, takde sikit pun bau hancing. Toilet dia jangan ceritalah. Di Jepun ni anak-anak aku mesti pelik bila aku tak marah-marah bila diorang mintak nak ke toilet. Kalau di Malaysia, sebelum keluar rumah aku paksa semua pergi toilet siap-siap supaya aku tak perlu bawak di luar. Kalau diorang buat perangai nak pergi toilet jugak, memang kena sembur, siap kena cubit bagai. Aku geli. Tapi di Jepun ni excited aku.

Dari sudut pengurusan sampah pun banyak yang boleh kita contohi. Di rumah-rumah, sampah memang diasingkan: plastic, botol, dan sampah yang boleh dibakar. Lori sampah dia datang ambil sampah ikut jadual. Satu hari dia datang ambil botol saja, satu hari dia datang ambil plastic saja, dan satu hari dia datang ambil sampah yang boleh dibakar saja. Sisa makanan tergolong dalam sampah yang boleh dibakar, dan jenis sampah ni hanya diangkut 2 kali seminggu. Tapi yang kagumnya, takde pun busuk, bersepah, berair, berulat-ulat bagai di luar rumah, ataupun di dapur. Cubalah tengok di tong-tong sampah dekat rumah kita. Tak lalu mak nok.

Satu lagi adalah dari sudut kejujuran. Sungguh, dalam 7 hari aku di sana, aku kagum dengan kejujuran diorang. Kalau ibu-ibu yang bawa stroller nak beli barang sekejap dalam kedai dan kedai tu sempit, diorang tinggal aje stroller tu di luar kedai. Tak ada pun sesiapa nak culik bawak lari. Setiap kali beli barang, cashier akan kirakan duit baki kita depan mata kita, siap tunjuk butiran dalam resit. Pernah sekali masa naik turun train, ada satu perempuan tercicirkan shawl di lantai. Kebetulan aku melintas shawl tu untuk masuk train, jadi satu passenger yang baru keluar train tergesa-gesa angkat shawl tu bagi aku sebab ingat aku yang tercicir. Prihatin. Jarang nak jumpa macam tu di Malaysia. Kata Abang Hadi pernah aje diorang tertinggal tablet, handphone, wallet dalam public transport, dan di Jepun ni hampir 100% diyakini yang kita akan dapat semula barang yang hilang in perfect condition. Cubalah buat macam tu di Malaysia. Cuba tengok!

Kalau bab layanan kepada kami pulak, sampai sekarang aku masih rasa segan. Sudahlah duduk free seminggu, diberi pulak master bedroom. Bila aje diorang masak, diorang masak sekali untuk kami. Siap tanya lagi apa kami suka dan tak suka. Pergi mana-mana diteman, banyak masanya siap belanja lagi. Aku cuba reflect balik cara kami sendiri, dan memang jauh ketinggalan. Berkira, kedekut. Aku hanya boleh ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga sepupu aku atas layanan mereka, dan akan sentiasa doakan kesejahteraan mereka.

Aku cukup tertanya-tanya macam mana orang diorang ni boleh ada nilai-nilai murni macam ni. Dari mana mulanya? Sedangkan kita, Muslim, yang ada guideline kita sendiri, Quran dan Sunnah, gagal jadi macam tu. Jeles pun ya.

Dari sudut teknikalnya berjalan di Tokyo ni, memang paling mudah adalah public transport. Suica card, yang ala-ala Touch n Go kita tu memang sangat membantulah. Cuma mungkin sedikit pening sebab ada banyak jenis laluan train, ada JR, ada private line. Jadi kalau kita beli JR pass sekalipun, ia tak boleh digunakan di subway, private line, bas semua. Jadi yang tu nak kena study lebih sikitlah.

Bab makan pulak, tak banyak yang boleh aku advice sebab kami bergantung sepenuhnya kepada sepupu aku. Kata dia, roti pun tak boleh beli sebarangan, jadi sepanjang di sana kami asyik ke Walmart ke Family Mart entah, dan beli roti brand Pasco. Plastiknya putih dengan tulisan biru. Kalau jumpa kedai India, kedai kebab, insyallah akan ada yang halal untuk kita makan. Selebihnya, kami masak sendiri aje. Ada yang pernah advice kami sebelum ke Jepun dulu, kalau tinggal di hotel, minta staff reception hotel untuk tuliskan satu nota dalam bahasa Jepun “No alcohol, no meat, no lard” dan tunjukkan aje pada kedai-kedai mana yang kita teringin nak masuk. Insyallah mereka boleh advice apa yang boleh dimakan. Orang Jepun ni pun memang rajin makan seafood, jadi kalau rencahnya tak melibatkan benda-benda tak halal, memang selamat la untuk dibedal, contohnya takoyaki hari tu.

Shopping pulak, kalau nak pegi shopping baju tolonglah pergi GU. Aku penuh penyesalan sebab beg penuh dan tak pergi sana dari awal. Kalau bab souvenir pulak, aku cakap pasal fridge magnet ajela k, sebab aku memang cari itu aje. Sepanjang di sana, fridge magnet paling murah kami jumpa ialah di satu kedai di Asakusa, dan di tingkat 1 Tokyo Tower. Kami hanya beli fridge magnet besi 3 magnet dalam 1 pek, tapi gambar dia memang cantik-cantik – harga dalam lingkungan ¥380 ke ¥450 satu pek (1 magnet dalam RM4 duit kita). Magnet yang jenis timbul-timbul dan besar-besar tu mahal sangat, ada yang sebijik dan ¥380. ¥500 pun ada. Tak dapekla.

GST di Jepun ni 8% yer. Tapi untuk tourist, banyak kedai yang meletakkan tanda Tax Free yang membolehkan kita shopping ditolak cukai terus. Tak payah nak pergi claim-claim cukai masa di airport macam di Europe atau UK dulu. Untuk entitle dapat penolakan cukai ni, kita mesti bawa passport dan diorang nak check passport kita tu. Lepas tu, lain kedai lainlah syarat dia. Ada yang letak minimum purchase ¥10,000, ada jugak yang takde minimum purchase langsung. Kalau pergi ramai-ramai, mungkin boleh combine sekali, bayar sekali untuk kita layak dapat penolakan cukai ni. Lepas tu nanti kiralah asing-asing balik. Banyak oi 8% tu! Jadilah bijak sikit.

Apa lagi ek? Banyak baiknya aku tengok Jepun ni. Dan benda yang aku syukuri tentang negara kita lepas ke sana ialah mudahnya mencari makanan Halal di Malaysia ni. Ini juga jawapan yang diberi oleh anak dara aku bila aku tanya dia, “What do you miss most about Malaysia?” lepas sampai balik hari tu. Katanya, no. 1, I miss my cousins. No.2 I miss our home. No. 3, All the food is halal. Aku anggapkan jawapan pertama dia missing her cousins tu berkait rapat dengan ketidakupayaan dia berkomunikasi dengan anak sepupu aku di sana, jadi dia rindu nak berkawan dengan orang lain selain adik dia. Rindu rumah pulak, itu sudah pasti, sebab walau sehebat manapun penginapan kami bila bercuti, banglo ke vila sekalipun, dia takde jiwa rumah kita. Dan yang ketiga tu pulak, aku tau dia rindu KFC. Hahaha… Sebab masa dekat sana dia jumpa KFC, tergedik-gedik “I want chicken, I want chicken”, lepas tu sepupu aku kata it’s not halal. Sampai balik hari tu, tengah hari tu jugak pergi lunch KFC kau.

Demikianlah sudah. Kalau ada yang aku teringat nanti aku tambah. Sekarang ni bagi blog ni rehat lagi untuk beberapa bulan lamanya sementara aku kumpul duit beli tiket pergi tempat baru. Anak dara aku turun kapal hari tu terus sebut, “Mom, can you take us to Paris next?” Tersedak aku. Tanya dia, ada apa kat Paris? Dia kata “I want to see another tower, the one like Tokyo Tower.” Kuikuikui. Masa dekat sana memang dia asyik sebut, hebat sangatlah diorang buat tower ni. Macam mana diorang boleh buat tinggi sangat? Haaa… inilah yang aku nak bila bawak budak travel. Diorang nampak benda-benda yang biasanya diorang tak appreciate.


Mission accomplished!

Friday, 30 October 2015

Tokyo Day 7: Ameyayokocho

27 Oktober 2015

Last dah hari ni. Kami tak bangun awal sangat hari ni sebab tak ada specific agenda. Pukul 8 lebih tu bangun buat kerja sikit, mula packing beg. Aihhh… Penuh pulak beg aku ni, padahal banyak dah souvenir aku bagi kat family di Jepun ni. Pasai apa? Pasai sepupu aku hari tu clearkan baju-baju lama anak dia bagi kat anak-anak aku. Punyela banyak!

Aku belum pun shopping sejak sampai Jepun ni, jadi plan hari ni nak pi perabih duit sikitlah. Sepupu aku kedengaran sedang busy bersiap ke office di bawah. Aku turun siapkan anak-anak, breakfast semua. Tunggu Zohor dulu baru kami keluar. Baru hari ni dapat peluang menguji kebolehan survival di Jepun. Haha.

Naik bas ke Stesen Tsurumi, then dari Tsurumi kami ke Ueno. Hari ni kami nak ke pasar yang kami lalu Ahad lepas, Ameyayokocho. Round-round tengok barang. Aku terjumpa jacket vest harga ¥1000 bersamaan RM36. Sambar sudah!

Husband dok sibuk belek kasut, tapi bila bendanya ada di Malaysia pada harga yang lebih murah, memang tak payahler nak beratkan beg beli bawak balik.

Lepas tu dia ajak masuk ke bangunan Uniqlo. Barang Uniqlo tu sendiri kami dah belek dari hari 1st di Ginza lagi. Tapi Uniqlo tu sendiri ada sister brand dia yang hanya dijual di Japan iaitu GU. Masa di Ginza hari tu sepupu aku dah sebut dan tunjuk kedai GU. Dia kata murah banyak berbanding Uniqlo. Tapi sebab masa tu kami lebih focus kepada sightseeing, kami tak masuk. So hari ni bila masuk, wah, terjojol-jojol biji mata aku!

Murah wehhhh! Sweater pada normal price pun dalam ¥2000 camtu. Di Uniqlo harganya ¥7000 tau! Tengah aku membelek, aku tersampai ke kawasan Clearance Sale. Ya rabbi, lagi tergedik-gedik aku jadiknya. Baju semua harga ¥990. Walaupun aku ni sejak azalinye menyampah bab shopping ni, tapi bila masuk bab shopping barang MURAH, aku rajin. Mula-mula cari baju anak-anak dulu. Dapat jaket sepasang sorang untuk diorang. Aku nak beli lebih, jaket winter segala untuk kids, pastu husband aku kata “Bilanye diorang nak pakai. Kalau pun kita pergi setahun dua lagi, by that time dah kecik untuk diorang.” Ok, point noted. Letak balik.

Husband aku beli 2 pasang sweater, dan aku pula terjumpa bubble jaket yang dah lama aku cari-cari. Nasib baiklah saiz aku, sebab ada sepasang aje dekat situ. Kaler pun comey, purple gelap. In total 5 pasang baju tu dlm ¥6000 lebih. Murahla. Kalau kat Uniqlo baru dapat sehelai, kau. Memikirkan beg yang dah sarat dan padat dekat rumah, aku tahankan hati nak beli lagi.

Jalan lagi di pasar-pasar tu, lepas tu lapar pulak. So kami singgah di kedai takoyaki hari tu, Gindaco. Makan-makan. Lepas tu sambung perjalanan. Masuk kedai Yodobashi Akiba, cawangan sini, tapi takde apa-apa yang menarik pun. By that time dah pukul 5 camtu, jadi kami gerak balik. Flight kami malam ni 11.45 malam, sebab tu rilek je.


Sampai di rumah, masih kosong. Semua belum balik skolah, balik keje. So kami terus mandi, packing semua siap-siap. Pergi belakang rumah sidai baju, nampak bulan mengambang penuh belakang rumah sepupu aku tu. Dahla view belakang tu terbaik sebab rumah dia tinggi, nampak bandar sampai ke Tokyo. Pastu ada bulan pulak kat atas. Kalau bukan sebab angin kuat dan sejuk, memang aku bercanda dekat situ. Sementara nak naik ambil kamera segala, bulan dah bersembunyi di sebalik awan. Takde chance nak merakam detik tu.

Sepupu aku dan anak-anak dia sampai balik 6 lebih. Dia terus masak dinner. Kami dinner ramai-ramai, dalam pukul 8.30 tu kami gerak ke Haneda Airport. Sekejap aje sampai, tak sempat setengah jam pun. Panjang juga beratur nak drop baggage. Selesai drop baggage kami pergi lepak dengan sepupu aku, husband dan anak bongsu dia. Bergambar sikit. Dalam pukul 10.30 kami masuk dalam, scan beg semua. Airport dia tak perlu jalan jauh macam KLIA2. Sempatlah aku manfaatkan Wifi free di situ. Kerja masuk bertubi-tubi pulak, deadline singkat.

Flight kami terlewat dalam 30 minit. Dalam pukul 12 baru boarding. Naik je atas, selamat sampai di tempat duduk, terus terbongkang anak jantanku. Bila terbang je, anak dara ku pun hanyut sama. In fact throughout the flight tu kami memang tidur best. Lampu kapal ditutup most of the flight, jadi selesa la. Duduk bahagian bontot kapal pun rasa lapang sikit, dan sunyi sikit.

Flight touchdown di KL jam 6.40 pagi.


Hari ni gambar sikit, macam biasa. Dah jadi pattern dia gitu. Hari last je takde mood nak ambil gambar. Haha.

Wednesday, 28 October 2015

Tokyo Day 6: Mount Fuji & Yokohama

26 Oktober 2015

Pagi-pagi buta tadi sepupu aku dah sampai balik dari Hong Kong. Walaupun kami bangun pukul 8 macam biasa, aku tak bagi husband dan anak-anak aku turun awal sebab nak bagi sepupu aku rehat. Aku sorang turun dulu, mendapatkan perkhabaran. Aku boleh agaklah yang dia letih sebab flight dia tengah malam semalam dan touch down di Tokyo dekat kul 5 pagi. Manelah nak dapat tidur sangat. Sampai aje balik dia terus siapkan anak-anak dia pergi sekolah semua. In fact sebelum bersurai semalam pun Abang Hadi ala-ala bagi peringatan dengan penuh tersiratnya supaya bagi peluang wife dia rehat. Hihi. Katanya “I think tomorrow morning Hani needs to sleep so maybe you all should get more rest too.” Ye, ye, kami faham. Kami tak kacau.

Takkanlah aku nak kerah dia kalau dia penat kan? Aku pun dah standby nak pergi shopping around Tokyo kalau takde apa-apa plan lain hari ni. Sejak datang mana sempat shopping lagi. Kami melepak di atas sampai 9.30 pagi. Bila turun bawak anak-anak aku mandi semua pun aku warning suruh senyap. Lena dia tidur atas sofa sampai pukul 11. Aku dah bersiap nak keluar ke Tokyo bila dia jaga, dan dia terus tanya nak ke mana hari ni.

Aku kata kalau penat takpe, kami jalan sendiri. Dia suruh pilih sama ada nak pergi Fuji atau Ibaraki. Dua-dua pun memerlukan dia untuk drive 2 jam pergi, 2 jam balik. Rasa tak syok jugak. Tapi lepas tu basically dia tolong putuskan untuk kami ke Fuji memandangkan cuaca panas elok hari ni, potensi untuk nampak Fuji agak tinggi. Jadi lepas solat Zohor, kami keluar.

Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih jugak. Kami tak plan nak naik sampai atas Fuji pun. Asalkan dapat view cantik untuk ambil gambar, jadilah. Bonus kalau dapat skali gambar daun-daun kuning, merah, oren.

Aku nak cerita kami ke mana pun aku tak pasti apa nama tempat tu. Tapi ia satu kawasan taman tradisional Jepun dengan rumah-rumah lama, beberapa aktiviti kraftangan tempatan, peluang untuk pakai baju tradisional semua. Pemandangan cantik dekat situ. Kebetulan rezeki kami, pokok merah yang ada di Ibaraki tu pun ada sikit dekat sana. Takdelah penuh sepadang macam di sana, tapi adalah sederet dua. Cukuplah untuk kami kata kat orang, “kami pernah tengok dah pokok tu”. Hahah.


Sakan jugak ambil gambar. Sepupu aku yang memang pandai ambil gambar tu pun naik excited explore the area. Sempat kami menuntut ilmu photography daripada dia. Kami ni harap kamera je feature segala mak nenek, tapi ambil gambar pakai Smart Auto. Haha…

By the time pukul 4 lebih tu kami lepak di satu kedai, makan soba dan udon. Gaya-gaya nak balik tu, terserempak dengan sepasang couple yang tegur kami. Yang lelaki tu Cina Malaysia dari Kedah, yang perempuan tu pulak mixed Japanese and Malay. Sempatlah sembang-sembang. Siap bertukar-tukar Facebook dan phone number sebab yang perempuan tu bakal sambung study di UIA next year. She can’t speak Malay. Only English and Japanese.


Full moon!
Kami bersurai pukul 5 lebih. Gerak balik. Sempat singgah di kedai dekat-dekat situ untuk beli sayur. Kami beli pisang kaki untuk bawak balik memandangkan it’s in season right now. Kebetulan malam ni bulan penuh. Subhanallah! Pasai apa, pasai dah lama tak nampak bulan di Malaysia. Rindu kat bulan.

Lepas tu teruskan perjalanan balik. Bila sepupu aku dah naik mengantuk drive, kami stop di RnR dia. Mak aih! Memang kagum aku dengan toilet dia. Lawa macam lobi hotel! Bab ni memang aku akan rindu Japan la.

Yokohama City
Aku ingat kami akan terus balik, tapi sepupu aku detour ke Yokohama City memandangkan kami tinggal seminggu di Yokohama tapi tak tengok Yokohama lagi. Cantik juga Yokohama waktu malam. Ada ferris wheel besar ala-ala London Eye. Berlampu-lampu. Dekat dengan pelabuhan jadi boleh tengok bot besar. Suasana nyaman. Kami pusing satu round, lepas tu mula cari dinner. Kedai-kedai dia tutup awal pulak. Masuk dalam shopping complex dekat situ, ada cawangan kedai India yang kami makan di Odaiba hari tu, Khazana, jadi serbu ke sana. Masa kami sampai pekerja dia baru pasang sign “Closed”. Kami pujuk-pujuk minta jadi last customer, reluctantly dia bagi. Siap suruh kami order cepat-cepat. Haha.

Siap makan kami terus balik. Sampai rumah pun dah 10 lebih. Aku dah lembik, tapi sepupu aku masih lincah buat itu ini. Aku dan husband setelkan anak-anak, suruh diorang tidur. Aku belum boleh tidur sebab kerja ada deadline yang menunggu esok. Huuuuu…. Penat!

Tuesday, 27 October 2015

Tokyo Day 5: Ueno Zoo, Ueno Park, Tokyo One Piece Tower

25 Oktober 2015

Hari ni kami semua terbangun agak awal daripada biasa. By the time pukul 9 tu dah boleh dikatakan ready untuk keluar. Kami tengah get ready untuk keluar bila Abang Hadi turun dan tanya apa plan hari ni. Dia sebenarnya ajak pusing Yokohama hari ni, tapi ada beberapa tempat di Tokyo yang kami masih belum pergi. Jadi aku kata kami nak ke Tokyo lagi. Dia kata dia akan ikut dengan anak bongsu dia lagi. Jadi kami tunggu diorang bersiap. Dalam pukul 10.15 keluar rumah.

Naik train dari Tsurumi Sta. terus ke Ueno dulu. Kami nak jalan-jalan aje sebenarnya di sana. Ada park, ada pasar dan beberapa pilihan makanan halal. Tapi masa sebutkan tempat-tempat yang nak pergi dekat Abang Hadi tadi, aku ada mention maybe ke Ueno Zoo jadi dia terus laju hala ke Ueno Zoo. Anak dara aku pulak dah reti baca dan nampak signboard zoo tu, terus terkinja-kinja nak pergi. Jadi ikutkan ajelah.


Tiket masuk ¥600 setiap dewasa. Kanak-kanak 12 tahun ke atas baru kena bayar. Baguskan? Merayau-rayau dalam zoo tu, layan anak-anak. Kami berpecah dengan Abang Hadi anak beranak sebab diorang nak pergi makan. Janji nak jumpa balik dalam sejam. Sejam tu tak cukup untuk kami habiskan seluruh zoo sebab agak besar jugak. Tapi oklah tu, aku pun boring dok lama-lama dalam zoo. Haha.

Pukul 1.30 berkumpul semula, dan kami nak teruskan perjalanan ke Tokyo Tower. Kami melintasi Ueno Park, dan tersangkut sikit di sana sebab ramai street performers. Anak aku dan anak sepupu aku tak nak berganjak. Alahai. Tersekat-sekat perjalanan. Jenuh aku heret. Haha.

Sampai di pasar di Ueno tu kami singgah beli kebab dulu makan lunch. Apa ye nama pasar tu? Amayacho ke ape tah. Nampak barang-barang dia menarik. Macam Petaling Street pun ada. Dah siap makan kebab barulah ternampak kedai takoyaki. Jadi belilah jugak, buat bekal masa hadapan.


Seterusnya kami jalan ke train station, naik train ke Tokyo Tower. Objektif nak masuk ke Tokyo Tower ni ialah sebab suami akulah. Dalam Tokyo Tower tu ada ala-ala museum atau theme park untuk anime One Piece. Encik ni memang gilakan cerita tu. Penuh satu hard disk dengan cerita tu aje. Sejak dulu lagi dia dok sibuk nak datang Jepun sebab nak tengok tempat ni. Jadi boleh dikatakan tempat ni adalah antara sebab utama kami decide untuk ke Tokyo, selain daripada Gundam di Odaiba hari tu.

Beratur beli tiket, nak tersedak aku tengok harganya. ¥3900 untuk dewasa, ¥1900 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas. Total dalam ¥12000. Lebih kurang RM400 jugaklah. Tapi since dah sampai, kalau aku patah balik tak bagi dia masuk, mungkin dia akan tidur mengigau setiap malam sampai ke tua. Alang-alang dah sampai…

Sebelum masuk ke tempat tu kami solat dulu di Baby Room. Ini atas saranan orang customer service sendiri, sebab Abang Hadi tolong tanyakan. Nak ambil wuduk mencabar seperti biasalah. Botol air sangat penting untuk buat basuh kaki.

Barulah kami masuk ke Tokyo One Piece Tower. Boleh nampaklah excitednya suami aku. Lama dah tak nampak excited macam tu. Last mungkin masa kahwin dulu. Hahahha… eh tak, mungkin masa pegi Old Trafford. Kikiki…

Rupanya dalam ni bukan sekadar exhibition dan patung-patung, tapi ada juga games macam dalam theme park. Treasure hunt la segala. Seronok jugakla. Kami main segala game yang ada. Of course, selaku orang yang tak pernah tengok walau satu episode, aku tak faham sepatah haram jalan ceritanya. Kata suami aku, setiap game tu ada episode dan season dia, dan dia dah pernah tengok. Aku membayangkan perasaannya macam kalau aku dapat pergi ke set filem Bollywood gitu, mestilah terkinja-kinja juga. So, happylah untuk dia.






Yang syoknya, anak-anak aku pun kemain enjoy. Anak dara aku dah melekat dengan anak sepupu aku tu, mengikut bontot kakak. Tapi kisah persahabatan mereka agak tragis sebab mereka bersahabat tanpa bersuara. Aimee (anak sepupu aku) hanya boleh cakap Jepun. English tak reti, Melayu apatah lagi. Jadi between them takde mode of communication. Jadi pertalian jiwa ajelah ada. Tengok show duduk sebelah-sebelah. Naik turun escalator sama-sama. Sampai si Adik jeles asyik kena tinggal. A few times jugaklah dia merajuk.

In total we spent about 4 hours dekat sana. Jadi nasib baik jugaklah kami pergi hari ni, with ample time to spare. Kalau pergi senja semalam, mesti tak puas. Kesian jugak aku tengok Abang Hadi kena ikut perangai budak-budak. Pukul 7 barulah naik ke Tokyo Tower platform tu. Tengok view lampu-lampu di bawah. Duduk minum dan makan aiskrim sekejap. Layla dan Aimee siap bergambar pakai costume Halloween.


Pukul 8 lebih kami gerak balik ke station, dan terus balik rumah. Ojichan dan Obachan dah tunggu kami di rumah, nak supper di rumah diorang. Nenek masak tempura dan mee soba. Lapar-lapar tu sedap pulak aku melantak. Abang Hadi kena jadi interpreterlah, sebab nenek memang tak reti cakap English. Rumah diorang macam rumah tradisional Jepun, ada tatami room semua. Dapatla jugak experience rumah camtu. Siap ada zen garden kat luar.


Kami di sana sampai 11 malam. Barulah balik dan settle down. Anak-anak mandi dan terus pengsan. Aku aje yang kena siapkan kerja lagi, deadline is looming. Wuwuwu…


Monday, 26 October 2015

Tokyo Day 4: Shibuya, Harajuku, Akihabara, Kawasaki

24 Oktober 2015

Sepupu aku dah ke Hong Kong, jadi tinggallah kami di rumahnya… Pagi ni kami cuba bangun awal, tapi anakanda seperti biasalah. Yang buat serba salahnya sebab suami sepupu aku dengan anak bongsu dia nak join kami keluar hari ni. Kami sebenarnya boleh aje nak survive sendiri, tapi aku rasa ini culture orang Jepun untuk melayan tetamu, dan mungkin juga sepupu aku sendiri dah pesan kat suami dia suruh layan kami. Jadi kami terimalah. Cuma kesianlah sikit dekat dia kena menyaksikan perangai anak-anak aku.

Shibuya
Kami akhirnya keluar rumah pukul 10.30 lebih. Jalan kaki ke stesen bas, naik bas ke stesen kereta api dan naik kereta api ke Shibuya. Di sinilah tempatnya yang selalu menjadi lambang Tokyo: tempat lintasan yang paling sibuk di Jepun, yang dipenuhi billboard neon ala-ala New York Times Square. My first impression dari pandangan live, it’s not as big as I imagined it to be. Aku jenguk-jenguk jugak di bahagian mana diorang berlakon scene last cerita Fast and Furious: Tokyo Drift tu, tapi tak dapat dikenal pasti. Haha. Patung Hachiko pun ada dekat-dekat situ.


Suami sepupu aku, Abang Hadi, nak bawa kami ke NHK Studio Park. Dia kata it’s the national TV station of Japan, dan anak dia suka rancangan dekat situ. Katanya ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Aku ikut aje. Tapi bila sampai sana, kecewa sikit sebab semuanya dalam Japanese. Benda-benda yang anak sulung aku sepatutnya boleh buat pun, tak dapat buat sebab tak faham kepala ekor. Jalan-jalan ajelah dalam tu, sambil nganga. Satu aje bagusnya kami ke sana, kami dapat ambil kesempatan untuk solat di dalam baby room dia. Kalau ada orang nampak, mesti akan buruk sangka melihat satu pasangan masuk senyap-senyap dalam bilik baby tanpa membawa baby. Kikikiki…

Harajuku
Selesai di sana dah pukul 1 lebih. Jalan ke bus stop dan ambil bas ke Harajuku. Sini memang aku teringin nak pergi, teringin nak ambil gambar dengan orang-orang yang sakan bergaya. Tapi sesak betul kawasan tu. Masa ni pun anak-anak aku dah berapa round buat perangai. Dengan internet takde nak mencari makanan halal. Serabutlah kejap. Masuk Harajuku lagi semak dengan orang. Abang Hadi suruh alas perut dengan crepe dulu, jadi kami pun beli sorang 1 untuk anak-anak. Elok aje nak jadi cerita, kami jumpa kawan suami aku dekat situ. Memang through FB dan Instagram kami tahu dia ada di Tokyo, tapi tak expect akan terserempak memandangkan saiz Tokyo yang kemain besarnya. Ambil gambar sikit sebelum bersurai.


Bila budak-budak dah alas perut, kami teruskan perjalanan. Tak sempat pun round dalam Harajuku tu. Abang Hadi nampak macam pening dengan crowd, jadi tak naklah susahkan dia. Lagipun kami macam rushing sikit sebab petang ni dia dah buat janji dengan parents dan anak-anak dia sekali untuk keluar makan sushi sama-sama. Jadi kami teruskan perjalanan, skip Shinjuku dan terus ke Akihabara.
Akihabara ni tempat yang terkenal dengan penjualan barang elektronik, dan pada masa sekarang ini, termasuk barangan anime, games dan sebagainya. Suami aku agak excited nak ke sini, 1. Nak membelek Gundam model, 2. Untuk mencari kot-kot ada jual jam murah. Layan…

Crepe in Harajuku
Sebelum dia start shopping kami singgah kedai kebab makan sikit. Di kedai ni, ayamnya halal, lembunya tidak. Nasib baiklah aku membawa imej bertudung, jadi bila kami order daging dia terus bagitahu status halal tak halal tersebut. Makan-makan, lepas tu masuk satu kedai elektronik besar. Apa ek nama dia? Yodobashi Akiba. Sempatlah aku menyampaikan hajat adik lelaki aku belikan barang untuk dia, untuk kawan dia. Anak-anak pun dapat jam tangan sorang 1. Eh, mama dengan ayah belum dapat apa-apa lagi ni…



Yodobashi Akiba
Akihabara
Pukul 5 tu kami berkumpul semula dengan Abang Hadi dan anak dia, sebab tak nak penatkan dia mengikut bontot kami shopping. Masa tu pun dah senja, jadi kami cancel trip ke Tokyo Tower, instead kami terus ke Kawasaki; lokasi dinner dengan the whole family. Sampai aje di Kawasaki, Abang Hadi dapat call bagitahu yang kedai tu full tahap gaban – waiting time dia 2 jam. Mak dan ayah dia dah ambil nombor dan sedang menunggu di kedai. Abang Hadi ajak cari alternative di satu shopping kompleks bersebelahan, tapi tak dapat jumpa casual sushi restaurant macam kedai yang kami nak pergi ni.


So kami melepak dulu di kompleks tu. Anak-anak masuk main dekat play area berbayar yang boleh membotakkan kepala kalau aku biar diorang main lama-lama. Almaklum, semua benda diconvert ke Ringgit Malaysia yang serba dhaif tu. Dah siap main, lepak-lepak segala sampai sejam, kami pergilah ke kedai tu menunggu sama-sama. Tapi still panjang. Konsepnya kena ambil nombor macam pergi bank, pergi hospital kat Malaysia ni. Masa kami sampai masih ada 100 nombor depan kami. Anak-anak aku dah meragam. Jenuh nak tenangkan.


Akhirnya lepas 3 jam menunggu. 3 jam ye, kawan-kawan. Kalau kat Malaysia, sumpah aku tak tunggu. Tapi disebabkan orang nak meraikan kita, tunggu jugakla.

Sedikit maklumat tambahan ye: aku selama ni tak pernah teringin telan sushi. Tengok pun tak lalu walaupun appearance dia agak comey-comey dan colourful. Sejak bertahun-tahun member-member ajak lepak makan kat kedai sushi, adik aku beli sushi bawak balik dan segala-gala yang seantero dengannya, aku tak pernah sentuh. Makanan Jepun pertama yang menambat hati aku ialah tempura sayur – sepupu aku ni jugak yang masak masa dia balik Malaysia dan tinggal di rumah aku. Lepas pada tu aku selalu je suruh mak aku buat, dan bila dah tua-tua ni, masak sendiri. Tapi sushi, never. Jadi selepas beli tiket ke Jepun ni, aku gagahkan juga pergi try makan sebagai persediaan. Aku agak surprised sebab sedapla jugak. Tapi aku hanya makan sushi ikan yang dimasakla. Belum sampai tahap ikan mentah.

Budak ni pergi kedai sushi makan fries
Jadi, bila sampai di sini dan sembang-sembang masa family dinner malam tu, keluar cerita kata aku baru berjinak-jinak makan sushi. Itu yang diorang excited sangat nak bawak cuba tu. Kedai tu namanya Sushiro – dia ala-ala Sushi King dan Sakae Sushi di Malaysia. Jenis yang ada conveyor pusing-pusing tu. Harga dia reasonable, dia ada juga choice makanan lain untuk orang yang tak makan sushi, dessert segala. Dan sushi dia sedap! Aku suka sushi salmon. Melantak jugakla malam tu, grilled, boiled, salmon with cheese, salmon with basil cream. Semua aku bedal. Sushi belut pun aku rasa, sedap jugak. Lagi satu yang aku suka ialah sushi telur ikan. Anak sulung aku pun cuba grilled salmon sushi seketul.

Abang Hadi bagi kami rasa miso sup dan dessert tradisional Jepun yang ada green tea ice cream, kacang merah dan mochi bersalut tepung kacang. Ntahla apa nama dia, lupa dah aku. Sedap jugak.

Kami berpecah meja sebab 1 meja boleh duduk 4-6 orang saja. Atok, Nenek dan anak-anak lelaki sepupu aku tu duduk meja lain. Jadi Abang Hadi ajela yang melayan kami. Kesimpulannya, sedapla. Harga dia reasonable. Total ¥6000, untuk semeja 6 orang. Lebih kurang RM200. Abang Hadi sibuk nak belanja lagi. Aku nak bayar dia tak bagi. Aku ajak tongtong pun dia tak nak. Katanya, “Treat me to a nice restaurant when we go back to Malaysia.” Hahah. Baiklah. Tunduk lagi.

Dah pukul 10 masa kami naik bas balik rumah. Sampai rumah setelkan anak-anak mandi semua, diorang terus tido. Barulah kami kemas-kemas sikit, mandi, solat.


Hari-hari keluar 10 pagi sampai 10 malam. Betul-betul aku lenjan anak-anak aku ni. Haha. Nasib baik bertenaga je diorang. Malam tido berdengkur, punya penat! 

Sunday, 25 October 2015

Tokyo Day 3: Odaiba

23 Oktober 2015

Sepatutnya agenda hari ni ialah ke Fuji. Sepupu aku volunteer nak bawak. Dia dah siap ambil cuti daripada ofis. Tapi pada masa yang sama dia dok kempen ajak pergi ke Ibaraki – ada musim pokok-pokok berdaun merah yang unik dan cantik. Kebetulan masa kami di sini tengah in season. Kami berbelah bahagi, sebab we can only choose 1 destination. Fuji is an iconic landmark, jadi kalau sekali sampai tak tengok macam rugi jugak. Ibaraki pula memang cantik, and photography-worthy. Errrrr..

Even pagi ni kami masih tak dapat decide. Bangun dalam pukul 8, kami semua cepat je siap, tapi anak jantan aku seperti biasa…. Jadi sementara menunggu dia aku buat kerja apa yang patut, sembang-sembang, makan breakfast. Sepupu aku pun siapkan kerja dia sikit. Bila dia check ramalan cuaca, katanya area Fuji mendung berkabus, jadi Fuji tak nampak. Memandangkan masa dah pun pukul 10 lebih, kami decide untuk round area sini aje.

Masuk pukul 11 lebih dah Zohor, jadi lepas Zohor kami keluar. Mula-mula ke pasaraya tempatan, saja nak masuk 100 yen shop. Beli mainan kids semua. Then kami terus gerak ke Odaiba.


Ini dalam senarai suami aku sebenarnya. Dekat Odaiba ni ada patung Gundam besar, dan ada Gundam Café serta Gundam Museum. Selaku peminat benda-benda sedemikian, memang inilah salah satu sebab kenapa dia nak sangat datang Jepun. Kami layankan aje.

Sampai di DiverCity Tokyo Plaza, terus ke muzium. Lepas dia membelek lama, kami turun tengok patung. Sempat detour ke Baskin Robbins sebab anak dara sibuk sangat nak. Bila akhirnya dapat tengok robot besar tu, si Adik yang terkinja-kinja. Siap merajuk bila dia nak ambil gambar sorang-sorang, kami paksa amik gambar family. Dia dengan mogok diala.


Di luar-luar tu ada taman kecil, dan kebetulan ada pokok-pokok yang dah berdaun merah. Sempatla posing sebarang dua. Anak-anak sibuk main baling-baling daun keringlah bagai. Tiba-tiba robot besar tu bergerak pulak, geleng-geleng kepala bagai. Excited lagi awang tu.

Dekat-dekat dengan taman tu ada pulak kereta dok drift racing. Kami pegi menyibuk sekejap, tengok-tengok, ambil gambar. Sampailah pukul 3 lebih. Sepupu aku dah lapar, jadi kami jalan kaki ke satu shopping complex tak jauh dari DiverCity tu, Decks, pergi makan di kedai India, obviously halal. Khazana namanya.

View dari kedai makan tu superb terbaik. Menghadap ke Rainbow Bridge, dan sungai di bawahnya, dan segala tour boats yang lalu-lalang di situ. Memang best. Makan pun boleh tahan berpatutan harga, sebab kami datang masa Happy Hour, ada set meal murah (between 3 and 6 pm kalau tak salah). By the way, di Jepun ni, satu tip yang bagus daripada sepupu aku ialah make sure makan masa lunch, sebab harga lunch selalu jauh lebih murah. Dia ada set meal segala. Jadi kalau datang dan nak berjimat dan nak makan sekali sehari je, make sure fully utilize lunch meals.


Anyway, waiter kedai tu orang Jepun, tapi sepupu aku pergi tanya dia, kerja kedai india ni pandai cakap India tak. Dia kata sikit-sikit. Sepupu aku pergi kempen kata aku pun boleh. Jadi waiter Jepun tu cakap dengan aku “thode-thode jaante hai” meaning dia tahu sikit-sikit. Aku pun balaslah semula kata aku pun boleh sikit-sikit. Kuikuikui. Comey je dengar orang Jepun cakap Hindi.


Selesai makan kami merayau di kedai-kedai dalam tu. Banyak jual souvenir items. Unik-unik juga, tapi so far takde yang boleh beat harga magnet yang kami jumpa di Asakusa. In the end aku beli mochi 3 kotak untuk bawak balik. Senang banyak dan hilang was-was sebab sepupu aku check setiap ingredient yang dicetak di kotak before kami decide untuk beli. Yang membimbangkan tu, ada beberapa jenis Kitkat yang bahannya tak halal. Aku lupa pulak nak ambil gambar Kitkat yang tak halal tu untuk share dekat sini.


By the time kami keluar dari sana dah gelap. Ambik gambar view malam Rainbow Bridge. Kemudian gerak balik.

View from Khazana
Kental tak kental lah sepupu aku tu. Tengah malam ni dia ada flight ke HK. Melayan kami sampai pukul 7 lebih baru balik. Baru nak packing segala. Pukul 9 lebih sikit dia dah gerak ke airport.

Tinggallah kami untuk survive sendiri bersama suami dan anak-anak dia. insyallah semua okay. Dia dah ajar aku guna dishwasher, suruh masak apa yang ada, suruh pergi kedai kalau barang tak cukup. Insyallah okay.


Ni husband dia kata nak join kami keluar merayau di Tokyo pulak esok. Memang ada tour guide ajela sepanjang kami di Tokyo ni nampaknya. Hehe. 

Saturday, 24 October 2015

Tokyo Day 2: Disneyland!!

22 Oktober 2015

Agenda hari ini ialah ke Disneyland!!

Tidur malam semalam pun dah lewat, pagi tadi bangun awal nak prepare bekal untuk anak-anak pulak. Panda mata aku. Abisla, gambar tak cantik!

Siapkan kids agak mencabar jugak, terutamanya si Adik. Walaupun mengetahui bahawa hari ni hari Disneyland, dia buat liat dia sama banyak jugak. Kami kena keluar awal hari ni, sebab sepupu aku dah decide untuk hantar kami ke Disneyland on the way dia ke ofis. Aku dah bersiap-sedia untuk pergi ke Disneyland naik train, tapi dia kata dia nak hantar. Ermm… Tunduk lagi tanda terima kasih.

Lepas siap bekal, siap breakfast, siapkan anak, dekat pukul 9 tu keluar rumah. Perjalanan ambil masa dalam 30 minit, ditambah dengan rush hour traffic. Kami dihantar sampai depan station train Maihama di Disneyland. Dari sana kami jalan kaki masuk ke dalam.

Excited, baq hang! Dari kecik aku tengok kartun Disney. Tak pernah terfikir boleh dapat pegi. Alhamdulillah, ada jugak rezeki jejak sini. Sebelum masuk aku suruh budak-budak makan roti minum air siap-siap so that tak cepat sangat lapar. Lepas tu baru masuk. Kami bawa 2 beg, 1 untuk isi makanan dan tikar, 1 lagi untuk kamera, jaket dan air. Jadi beg makanan kami simpan dalam loker. Tak mahal sangat, ¥300 satu loker. Lepas tu barulah masuk ke dalam Disneyland.


Kami usahakan untuk masuk sebanyak rides yang boleh, dan rides dia memang bestla. Satu jela komplen aku. Semua benda dalam bahasa Jepun. Bila setiap ride tu ada jalan cerita dia, sepatah haramla tak paham. Sampai kan pergi tanya benda dekat Guest Relations dia pun, diorang kelam kabut sebab tak tau cakap English. Camaneeeeee….


Setiap ride yang masuk tu dalam 10 minit jugak. Tapi ada rides yang beraturnya panjang-panjang juga. 80 minit waiting time pun ada. Dekat Disneyland ni rupanya ada strategi dia. Kami sedikit terlewat memahami how it works, tapi biar aku explain sedikit sebanyak supaya mungkin orang lain dapat benefit from it: Bila first masuk ke dalam Disneyland, ambil map Disneyland yang terangkan semua attraction dan kedai yang ada. Di bahagian attractions, iaitu rides yang ada, akan ada sesetengah rides yang bertanda FP di sebelahnya. Itu maksudnya kita boleh pergi ambil Fast Pass. Dengan ada Fast Pass, kita boleh masuk ke sesuatu attraction yang dipilih tanpa perlu beratur. Yang penting ialah pilih ride yang paling popular, yang panjang linenya, dan manfaatkan Fast Pass di situ.

Di setiap ride yang ada fast pass, akan ada mesin-mesin untuk scan tiket Disneyland kita di situ. Bila kita scan tiket Disneyland, tiket Fast Pass akan keluar yang menunjukkan masa yang kita perlu datang semula ke ride tersebut untuk naik ride tu tanpa perlu beratur. Dan lepas setiap Fast Pass yang kita ambil, kita kena tunggu satu tempoh masa untuk boleh ambil Fast Pass untuk ride lain pula. Di bawah tiket Fast Pass tu akan tertulis masa seterusnya untuk kita boleh pergi ambil Fast Pass lain pulak. Contohnya kami tadi ambil Fast Pass untuk Splash Mountain pukul 1.30. Masa untuk kami datang balik untuk naik ride tersebut tanpa beratur ialah antara jam 6 hingga 7 petang. Tertulis di situ juga, lepas jam 2.50 petang baru boleh ambil Fast Pass untuk ride lain pulak.

Kalau dari masa first masuk tu kami terus mula manfaatkan Fast Pass, lebih banyak ride yang kami
dapat naik dan lebih banyak masa yang dapat dijimat. Oh well. Semoga bermanfaat kepada orang lain.

Anyway, antara yang fun di sana ialah Pirates of the Caribbean, Star Tours, Haunted Mansion. Anak-anak paling enjoy di Fantasyland sebab lebih sesuai dengan jiwa kanak-kanak. Aku enjoy semua. Haha. Banyak juga jual jajan, popcorn, churros, hot dog segala. Kami of course kena berhati-hati dalam membeli sebab apa-apa yang berunsur daging semua tak boleh makan. Kedai makan dia subhanallah banyaknyeeeee… Bau makanan sedap-sedap pulak tu. Sabar jelah perutku.

Memikirkan kekangan makanan itulah kami bawa bekal ke sini, walaupun makanan dari luar tak boleh bawa masuk sebenarnya. Nasib baik dia check beg ala kadar je.

Bila dah pukul 2 lebih tu, kami jalan kaki keluar dulu dari Disneyland, pergi ke picnic area di luar untuk makan. Sekali harung kami solat di sana. Ambil wuduk mencabar la sikit sebab toilet dia takde paip. Gunalah kreativiti macam mana nak tampung air. Di park ada water cooler juga. Boleh manfaatkan water cooler jugak.

Bila nak keluar dari Disneyland dan lepas tu nak masuk balik, make sure tangan kita dah dicop. Copnya invisible aje, dia ada mesin special untuk check cop di tangan kita tu nanti. Lepas masuk balik tu, kami sambung main. Pukul 5 petang dah gelap, tapi kebanyakan rides masih boleh main. Pukul 7.15 kami bentang tikar di tepi-tepi main parade area menunggu parade start. 7.30 mula persembahan kereta berhias dengan lampu-lampu cantik. Menarik jugak shownya. Sejuk dah cuaca masa tu, mungkin dalam 15 darjah.



Selesai parade, dalam setengah jam kemudian ada pertunjukan bunga api. Lepas bunga api ada pertunjukkan lampu-lampu, cerita dan bunga api di istana Cinderella. Sampai pukul 9 macam tu, selesai. Kami mula berjalan balik. Kaki dah cramp, keras. Anak-anak pun dah lembik. 10 pagi sampai 10 malam kau. Haaa, main nak main sangat.

Sampai di station di luar tu, sepupu aku pun sampai. Dia jemput balik jugak. Rupanya dia stay back dekat ofis tunggu kami selesai sebab tak nak patah balik banyak kali. Haiyaaaaaa… kesiannyeeee… Bersalah lagi aku.

Anak-anak dah kepengsanan dalam kereta. Sampai rumah, diaorang meragam sikit. Adik menangis-nangis segala. Aku keletihan. Semua kelaparan. Akhirnya anak-anak setel pukul 12. Barulah aku dapat mandi, sidai kain, lepas tu terus pengsan jugak.