Sunday, 11 January 2026

Winter Trip 2025 Day 14 - Warsaw

 4th January 2025

Bangun Subuh pukul 6 tu, masak French toast je untuk breakfast. Cornflakes masih ada. Kejut anak-anak, makan sama-sama. Sempat setelkan laundry satu load. Dah siap sidai, bersiap semua, dalam pukul 8 lebih tu kami keluar.

Cuaca cantik hari ini. Dan hari ini ialah hari terakhir kami di Poland, esok pagi-pagi kami akan naik flight pulang. So nak fully enjoy today. Kami drive ke mall pertama yang kami sampai dulu, Westfield Arkadia. Plan nak park dekat sana sebab parking sana free. Parking dekat mall bukak tapi rupa-rupanya mall harini tutup sebab hari Ahad. Hari Ahad mall memang tutup dekat Poland. Rupanya.

Harapanlah nak pergi tukar duit dekat money changer sana dan bershopping hari ini. Kakak dah muncung sebab plan dia nak ke Primark pun harapan punah. Bila kami Google, rupanya dekat Poland ni ada Sunday ban untuk business. So essentials je yang buka, makan, klinik, hospital, restoran, convenience store. Yang lain semua, hypermarket ke, mall ke, semua tutup. Baiklah. Pengecualian adalah pada beberapa hari dalam setahun seperti 2 kali Ahad sebelum xmas, easter dah sebagainya. Patutlah masa kami sampai haritu Ahad kedai buka!

Anyway, kami berjalan kaki ke old town lagi. Kakak ada nak beli perfume di sana. Dalam Google kata kedai tu buka. Harapnyalah. Dalam kami berjalan tu on and off snow turun, lepas tu sempat pulak aku tercelup kaki dalam lopak air salji. Berjalanlah aku dalam kasut yang basah dan sejuk itu. Kami singgah beli hot chocolate to go dekat Wedel (sebab dia tak bagi dine in) dan lepas tu pergi lepak pula di Caffe Nero, minum kopi dan secawan lagi hot chocolate serta seperti biasa untuk memanaskan badan dan pinjam jamban.

Stay situ sampai dalam pukul 11, kami meneruskan perjalanan ke kedai sabun yang kami pergi hari tu, Lavande. Kali ni Kakak nak beli perfume dia. Nasib baiklah kedai tu buka hari ni. Kalau tidak makin muncunglah muka dia, memandangkan dah muncung pagi tadi bila discover Primark dia tak buka hari ini. Beli-beli souvenir sikit dekat Lavande tu. Ayah pun terjebak beli perfume seketul.

Selesai tu, mulanya kami plan nak balik. Ingat nak bersurai awal hari ni, lepak dekat rumah aje. Sebab area rumah kami tu pun banyak kedai halal. Tapi tulah, tak dapat dipastikan buka ke tidak. Then bila aku Google pula, dekat-dekat kawasan kami berada masa tu ada 1 kedai 100% vegan dengan menu yang macam menarik. Seriously, kalau tanya aku, aku dah tak bleh nak telan kebab. So end up kami berjalan juga ke kedai vegan tu. Nak rasa something different. Hari pun dah last, belanja jelah, kan? Walaupun duit Poland kami memang dah habis, money changer pun tak jumpa. Haha.

Kedai tu namanya Vege Miasto. Lokasinya bukan dekat centre of attractions, agak terpencil dalam kawasan perumahan sikit. Kedai dia pun takdelah besar mana. Tapi nasib kami baik, masa kami tengah beratur nak beli makanan, dah ada orang habis makan. So kami dapatlah tempat. Kami order oyster mushroom nugget, 2 jenis pierogi (dumpling Poland, yang kami semua memang teringin nak try sejak sampai tapi semuanya tak halal selama ni), potato gnocci untuk Adik dan mushroom penne pasta. Order macam tiada hari esok. Maklumlah, dalam menu kata pierogi tu sepinggan ada 7 biji je, rasa macam ehhhh mana cukup. Lapar ni!

Tiba-tiba datang, sebijik pun dah dekat besar penumbuk. Ha, makanlah kau 14 biji. 1 pinggan pierogi potato and tofu, satu lagi pinggan pierogi tradisional dia; fermented cabbage and mushroom. Eh, sedap weh! Semua food dia sedap! Aku memang tak menyesal pergi walaupun sedikit mahal. Ayah kata dia perasan orang meja sebelah-sebelah semua tengok-tengok kami sebab makanan penuh meja. Memanglah pun, meja lain tu makan semua share-share je. Kalau beli untuk makan sorang, setakat beli sup. Patutlah orang diorang semua slim ek. Hahaha. Mesti mereka heran tengok kerakusan kami yang dah 2 minggu menghadap kebab ni.

Dekat hujung-hujung tu sesak nafaslah jugak nak habiskan food. Tapi puas weh! Barulah ada energy nak jalan kaki balik ke kereta. Then terus rush balik rumah, solat. Belek-belek laundry sikit. Then aku dengan Ayah je keluar balik sebab kami kena isi minyak. Tadi on the way balik dah tak sempat sebab mengejar waktu solat.

Lagi sekali kami ternampak orang terlanggar rusa di tepi jalan. Risau betul aku memikirkan. Dahla rusa tu masih dok meronta-ronta kat tepi tu. Kalau dia lari dan langgar kereta kami, dah satu keje lagi dengan kereta sewa tu. Nasib baik takde apa-apa. Kami juga sempat menyaksikan bulan mengambang penuh, sangat besar malam itu. Supermoon katanya malam ni. Subhanallah.

Selesai isi minyak tu kami singgah Zabka beli makanan sikit untuk anak-anak malam ni. Pancake apple dan pancake cheese je. Dan balik, start packing apa yang patut. Esok pagi kami akan gerak awal ke airport sebab flight kami pagi. Jadi malam ni kami make sure apa yang dah boleh zip siap-siap semua dah dizip. Lepas je Subuh kami akan keluar rumah. Gelap-gelap lagi. Tapi sempat tengok Stranger Things dulu dengan Adik satu episode sebelum tidur.

Thursday, 8 January 2026

Winter Trip 2025 Day 13 - Off to Warsaw

3rd January 2026

Bangun pukul 6, Subuh dan kejutkan semua. Aku keserabutan pagi ini sebab baju yang masukkan dalam dryer sebelum tidur semalam tak kering. Aduh, stress! Pusing lagi seround, sambil aku masak breakfast. Grilled cheese sandwich (Again!), panaskan pasta semalam dan nasi sejemput tak habis semalam aku buat nasi goreng. Selesai semua, makan sama-sama. Cornflakes pun masih ada, dan susu perlu dihabiskan.

Selesai makan kami mula bersiap. Baju dalam dryer masih tak kering juga, entah apalah setting yang tak kena, semalam ok aje. Last-last aku sangkut baju-baju kat segala heater yang ada. Okla, yang kecil-kecil dan nipis tu semua selamat. Tinggal sehelai dua baju yang tebal sikit masih lembap.

Anyway, kami start packing dan dalam pukul 9 lebih tu setel, check out, load barang dalam kereta dan gerak. Minyak dah isi siap-siap semalam. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah juga. Ditambah dengan berhenti dekat RnR, jadilah dalam 4 jam. Masuk highway tu, salji kiri kanan tebal. Mungkin semalam salji turun.

Kami akhirnya sampai kembali ke Warsaw pukul 1.30 petang macam tu. Dan awal tadi tuan rumah kami dah mesej, kami dah boleh masuk anytime. So lega banyak. Sampai rumah dapat terus solat dan bersiap untuk keluar balik. Kali ini kami duduk town house. Cantik juga kawasan dia; dalam gated community.

Dalam pukul 2.30 kami dah keluar balik, tapi takde nak bersiar-siar mana pun. Petang ni kami spend masa untuk pergi cari barang di supermarket. Beli ikan buat masak dinner, dan jalan-jalan cuci mata. Masuk Lidl dan Biedronka. Dekat luar salji turun agak lebat. Excited, tapi agak nervous juga, especially bila driving kan. Lepas tu hari ini sangat berhati-hati bila parking kat mana-mana pun semua check pasal bayar parking. Haha. Serik!

Dalam pukul 5 tu kami dah balik. Aku masak nasi dan goreng ikan dan sayur sikit. Beli 2 jenis ikan, salmon sepotong dan 1 lagi sejenis ikan putih, tak tahulah nama dia apa. Hari ini rasa gagal sikit, masak nasi mentah pula. Macam-macam aku buat tak jadi, last-last masukkan dalam microwave je dengan segelas air. Oklah, finally dapatlah makan juga. Siap tu berkemas, mandi, solat dan lepak. Rumah ni takde TV, tapi Adik ajak juga tengok Stranger Things kat iPad. Sampai dalam pukul 10, kami masuk tidur.  

Wednesday, 7 January 2026

Winter Trip 2025 Day 12 - Wroclaw

 2nd January 2026

Bangun pukul 6, Subuh dan prepare breakfast. Hari ni simple aja. Semalam kami pergi Maharaja Mart tu kami jumpa paratha frozen, so beli sepaket, dan panaskan lebihan kurma ayam semalam buat cicah. Pukul 7 tu breakfast. Tapi Kakak macam tak berapa nak sihat pula hari ini. Dia bangun dengan sakit kepala. So dia tak lalu makan, padahal malam semalam dia yang tak bagi orang habiskan kurma ayam tu sebab dia nak menyicah pagi ni. Bagi dia Panadol 2 biji, bagi dia masa untuk recover sikit. End up dia makan cornflakes je, senang sikit nak hadam katanya.

Sambil-sambil tu kami bersiap slow-slow. By the time kami nak ready tu, she’s feeling a bit better. Dia kata kalau jalan kat luar nanti ok kot. So kami keluar dalam pukul 9.30. Lambat sikitlah hari ni. Wroclaw pun takde banyak sangat benda nak tengok. Jalan kaki je ke tengah bandar, tak jauh mana pun. Bergambar, cuci mata. Beli churroslah, beli frieslah. Duit zloty baki haritu masih ada, so dok guna yang itu, tapi kami sebenarnya kena tukar duit lagi untuk survive the next few days. Tak jumpa lagi currency exchange yang ratenya sesuai.

Anyway, bila dah sejuk sangat, kami masuk Caffe Nero untuk minum hot chocolate, pinjam heater dan pinjam jamban as usual. Sembang-sembang, minum-minum. Then sambung berjalan, masuk kawasan market dia, beli carrot je dengan bawang. Then sambung berjalan lagi, sebenarnya menghala ke rumah but at the same time cuba mencari kedai kebab halal untuk buat lunch. Dah aim satu kedai ni, tapi bila kami sampai, dia tutup rupanya hari ini. Nasib baik anak-anak kata kita balik jelah, makan apa yang ada kat rumah.

So kami sampai balik tu, ada yang masak mi sedap dengan telur goreng, ada yang masak maggi asam laksa, ada yang goreng scrambled eggs makan dengan roti. Selesailah lunch ala kadar. Then kami solat dan sambung bersiap. Since dah habis sightseeing hari ini, kami nak masuk mall.

Dalam pukul 3.50 kami keluar dan menuju ke Wroclaw Fashion Outlet. Sampai sana parking banyak. Betul-betul depan pintu kami parking. Masuk tu cuci-cuci mata, mostly masuk kedai sports sebab Adik mencari barang sukan dia. Tiba-tiba yang terjebak bershopping ialah aku. Jumpa kedai GAP dan jumpa pula sweater GAP yang harganya ok. zl119 je weh. Duit kita dalam RM130. Ayah kata beli, kita belilah. Then masuk kedai Asics Adik pula jumpa barang dia. Senyum sampai ke telinga. Sepanjang trip ni dia peram je duit yang dia bawak tu, langsung tak terjebak membeli benda sia-sia, sebab dia dah ada aim apa dia nak. Dia nak bawa balik kelengkapan sukan katanya. Memang dapat kat dia running singlet sehelai dan running cap sehelai, zl 125. Habis terus duit yang dia bawak.

Kawasan shopping tu besar, macam one whole kompleks dengan banyak-banyak bangunan shopping. Kami sambung jalan-jalan lagi dan keluar dari sana kami pusing pula the whole area, masuk Rossmann dan masuk Carrefour beli groceries untuk masak malam ni, esok dan untuk travel esok.  Lamalah juga, siap pilih coklatlah, cari cream tak jumpalah. Bila finally kami sampai kereta, tengah happy-happy tu, tiba-tiba nampak ada kertas terselit kat wiper. Aduh, kami kena saman!

Sumpah kami tak perasan langsung pasal bayar parking masa masuk. Sebab takde palang, takde ambil tiket apa-apa. Bila dah jadi macam tu barulah mata ternampak mesin bayar parking di sekitar, dan signboard (dalam Bahasa Poland) pasal bayar parking. Yang lebih sakit hatinya, parking sebenarnya free untuk 3 jam pertama, dengan syarat kita kena masukkan plat number kita dekat mesin tu masa sampai. Dan masa kami sampai balik kereta tu, kami baru berada dekat sana 2 jam, tapi kami disaman atas dasar “Tak key in plate number di mesin”. Harga samannya zl190, bersamaan dalam RM230 macam tu. Dahla nak pergi merayu ke apa pun, langsung tak nampak mana atendan dia, takde pondok takde apa. Scan QR code untuk bayar pula, takde option credit card. Semuanya bank-bank Poland sahaja. Eh pening jadinya.

Nak buat macam mana lagi, kami bersurai jelah dari sana. Balik rumah dulu, masak dinner. Aku buat pasta cream dengan pan fried chicken. Lepas tu buat sup sikit untuk Kakak makan dengan lebihan nasi semalam. Ayah menolong aku masak hari ini. Selesai tu makan sama-sama. Sedap! Tapi banyak sangat pastanya, sebab Kakak tak join kami makan. Adalah leftover sikit lagi. Kemas-kemas semua, mandi, solat dan berehat.

Dah hujung-hujung ni dah mulalah sampai perasaan tak best tu. Sebab dah dekat nak balik. Realiti semakin menghampiri. Dah tu pagi-pagi tadi dapat pulak news tak best dari rumah; toilet rumah kami bocor dan mengalir masuk rumah bawah. Nak kena panggil orang datang repair. Of course, semua ni diuruskan oleh tuan rumah, tapi kami tetap inconvenienced sebab orang nak datang rumah. Hal kena saman tadi pun menambah rasa tak best. Haihh…

Sunday, 4 January 2026

Winter Trip 2025 Day 11 - Off to Wroclaw

1st January 2026

Aku bangun dekat pukul 6 sebab Subuh pun 6.05 pagi. Dan pagi ni pun takde nak masak beria. Cuma panaskan nasi lemak semalam, panaskan dendeng Khairul Aming yang ada separuh lagi belum habis, dan rebus telur untuk dibuat sandwich telur. Santai-santai aje, kejutkan yang lain. Diorang siap solat semua, makan sama-sama. Then the same routine again, packing up sebab kami akan meninggalkan Prague hari ini dan menuju ke Wroclaw.

Dan pagi ini pun takde beria nak keluar awal sangat, sebab 1) Hos rumah kami di Wroclaw tak benarkan kami masuk sebelum pukul 4; dan 2) Hari ini kedai semua tutup sama macam Xmas hari itu sebab New Year = public holiday.

Tapi dalam tak mau keluar cepat pun, pukul 9.15 kami dah setel load barang dalam kereta. Pi isi minyak dulu, pastu baru start perjalanan menghala kembali ke Poland, ke Wroclaw. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam setengah, tapi kami santai-santai. Bawa pun tak laju, berenti pulak lama-lama kat RnR. Kiri kanan jalan penuh dengan salji tebal. Cantik sangat. Sampailah menghampiri Wroclaw baru reda sikit saljinya.

Akhirnya sampai di Wroclaw pukul 2. Kami pi survey kawasan rumah dulu, tapi tak berani nak naik sebab dah rule dia begitu. Cuma kami agak risau sebab tak solat lagi, dan kalau tunggu pukul 4 baru nak check in, dah terlambat sebab Magrib 3.56 petang. So kami cuba nasib pergi ke masjid Wroclaw ni. Dekat Google kata hari ni closed, tapi sajalah try.

Nasib kami baik, walaupun masjidnya kosong, pintu tak dikunci. Bila kami nak masuk tu ada pula orang datang sambut dari kedai di sebelah, tunjukkan mana ruang solat lelaki dan wanita, mana tandas semua. Alhamdulillah, inilah masjid paling selesa yang kami jumpa setakat trip kali ini. Tandas pun bersih dan ada khusus untuk Perempuan. Masjidnya bertempat dalam sebuah bangunan macam rumah banglo.

Selesai kewajipan barulah lega sikit. Kami pergi pula ke kedai yang menjual ayam halal. Akhirnya dapat juga aku masak ayam. Kedai tu nama Maharaja Mart; kedai India tapi juga carry ayam halal dan banyak barang Asia. Kami beli chicken breast 2 paket dan 1 paket roti paratha frozen nak buat breakfast pagi esok.

Selesai tu kami check in ke rumah dan aku terus start masak. Sebenarnya bahan dah limited. Sebab bawang, carrot segala yang aku beli haritu dah pun aku habiskan. Puas aku pikir apa yang boleh aku olah. Last-last aku buat jelah kurma ayam walaupun bawang dan halia takde. Nasib baik aku bawa onion powder. Ubi ada 2 biji, rempah kurma memang bawa. Jadilah. Letak nasi, dan buat telur dadar. Masa awal tadi Kakak yang uruskan samak perkakas semua masa kami turun letak kereta di garaj dan bawa naik luggage.

Sementara aku masak ada yang dah pergi mandi dan solat dulu. And then makan sama-sama. Laju semua makan. Kakak makan 2 pinggan. Akhirnya dapat ayam yang bukan kebab, katanya. Ada lebihan kuah dia dah booking nak cicah dengan paratha esok pagi. Nasi pun ada lebih aku masih pikir nak buat apa pula esok.

Kami takde plan nak ke mana-mana pun hari ini. Lalu segala jenis mall, segala jenis hypermarket, semuanya tutup hari ini. So mandi, solat, dan pasang Stranger Things tengok dengan anak-anak.

Friday, 2 January 2026

Winter Trip Day 10 - Prague

 31st December 2025

Sebelum pukul 5 aku dah terjaga, jadi terus bangun masak nasi lemak dan rebus telur. Dipadankan dengan dendeng Khairul Aming hari ini, yang kita rendam dalam air panas aje. Disebabkan rumah kali ini open dalam satu ruang, katil, dapur semua tiada penghadang, aku elakkan untuk masak bergoreng. Aku tak suka bau goreng tu melekat habis ke segala baju, tempat tidur semua. So hari ini kita masak rebus-rebus aja.

Siap makan dan Subuh aku sempat golek-golek dulu sementara menunggu yang lain siap solat dan ready untuk makan. Kami breakfast, kemas-kemas dan bersiap. Ayah ajak keluar awal sikit hari ini, nak dapat ambil gambar tempat-tempat yang sesak semalam dengan lebih tenang. Pagi tak ramai orang.

Pukul 8.30 kami dah keluar naik bas, kemudian train ke old town. Seperti yang dijangka, suasana masih lengang. Jalan tenang-tenang, ada kedai-kedai souvenir dah buka dan kami jumpa magnet yang lebih murah daripada semalam, jadi membeli serba-sedikit. Kalau diikutkan, choice di Prague yang paling menarik dan paling murah antara semua city kami pergi. Memang rambang mata.

Kami sampai semula ke kawasan attractions semalam, bergambar, jalan santai-santai. Hari ini cuaca mendung dan sejuk. Puas kami lepak di kawasan semalam, kami cross Charles Bridge dan mendaki ke Prague Castle. Mencanaklah jugak. Semputlah jugak. Nasib baik sejuk jadi tidaklah ketibas.

Bergambar lagi, dan masuk dalam castle dia. Dan sempat tengok upacara changing of guards, kebetulan kami sampai benda tu baru nak start. Takdelah kami masuk ke dalam castlenya pun. Ambil gambar di perkarangan sahaja. Selesai dekat sana kami berjalan turun slow-slow. Adalah menyinggah beberapa kedai lagi.

By the  time kami tengah cross semula Charles Bridge ke the original side, salji mula turun. Memang layan feelinglah. Kami menuju ke kedai chimney cake. Pilih kedai yang ada tempat duduk lepak. Beli sorang satu, dengan coffee dan hot chocolate. Lepak santai, sembang-sembang, tenung snow dekat luar tingkap dia. Sampai orang start ramai baru kami bersurai, bagi ruang orang lain duduk.

Sebab dah kenyang, kami tak jadi cari lunch. Instead kami ikut Ayah pergi masuk kedai macam Footlocker, New Yorker, Half Price dan sebagainya. Window shopping sahaja. Kat luar snow makin lebat. Tapi Ayah kata enjoy berjalan dalam suasana snow, jadi kami berjalan ke masjid/surau dia. Tapi dekat sini agak kurang selesa sebab sesak, masa kami sampai ramai orang. Toilet ada 1 saja, itulah toilet, itulah tempat wuduk, lelaki perempuan campur. Dan takde ruang tertutup untuk muslimat jadi kalau aku nak buka tudung dan berwuduk guna spray bottle yang aku bawa pun susah. Lama jugalah dekat sana, menunggu turn nak masuk toilet dan sebagainya. Tapi bila dah selesai kewajipan tu rasa lega.

Ayah sempat buat bertegur sapa dengan seorang lelaki dari Tunisia, dia baru beberapa bulan lepas pergi Malaysia katanya. Pergi Melaka. So masa kami nak bersurai tu dia suggest pergi makan dekat 1 kedai arab berhampiran masjid ni. Yasmin nama kedainya. So kami lalu untuk skodeng, memang nampak menarik. So kami end up makan dekat situ. Beli 1 shawarma dengan nasi, 1 shawarma wrap, 1 baba ghanoush cicah dengan roti. Kenyanglah kami berempat, alhamdulillah. Yang lebih alhamdulillah lagi balik kang aku tak yah masak. Hahah.

Kami sambung merayau, beli barang sikit untuk breakfast esok. Roti, susu, beli coklat-coklat sikit yang murah sebab nak habiskan duit Czech. Barulah kami balik, naik train dan bas macam semalam dan pagi tadi.

Sampai bilik tu mandi, solat dan golek-golek atas katil. Adik pukul 7.30 dah lena. Kami masih baring-baring. Tiba-tiba 8 lebih ada orang ketuk bilik. Cuak juga kejap. Ayah pergi buka, rupanya jiran yang duduk apartmen yang sama datang bagi champagne sebotol, buat celebrate new year katanya. Hahahaha. Ayah sambut ajelah, kata thank you. Malas nak explain lebih-lebih. Baik betul hati mereka ya. Kami punya gelak lepas tu. Dalam pukul 9 tu kami dah tutup lampu. Takdelah maknanya nak keluar balik celebrate new year bagai. Tidur itu lebih indah.

Thursday, 1 January 2026

Winter Trip 2025 Day 9 - Off to Prague, Czech Republic

 30th December 2025

Bangun Subuh dan masak breakfast. Habiskan roti dengan memasak grilled cheese sandwiches dan French toast. Makan-makan, dan start bersiap sebab kami akan check out dari Slovakia hari ini dan bergerak ke destinasi seterusnya. Packing, tukar baju semua. Jenguk di luar, rupanya semalam salji turun. Dah memutih dekat luar. Macam biasa, kami agak konsisten, dalam pukul 8.50 tu kami dah ready untuk load barang dalam kereta.

Pukul 9 kami gerak. Perjalanan hari ini ambil masa dalam 3 jam suku. Half the journey memang kawasan kiri kanan jalan bersalji je. Agak lebat rupanya salji turun semalam. Perjalanan pun okay, lancar aje. Aku layankan Ayah suap makan, hulur air, tukar lagu kat Spotify cam biasa. Kerja-kerja co-pilot.

Sampai di Prague dalam pukul 12.30, kami terus menuju ke accommodation kami, MIRA Apartments. Kali ini kami duduk bilik studio saja, satu ruang, semua duduk sekali. Ini saja yang berpatutan harganya nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Sampai di parking, belek arahan yang orang apartmen dah bagi dalam mesej Booking.com. Alhamdulillah, kami boleh terus masuk, tak perlu tunggu sampai lepas pukul 2. Bila naik tu, bilik dia agak luaslah juga. Kami dapat 2 double bed dan 1 single bed. Ada meja makan, ada dapur kecil, toilet dengan washing machine juga. Bolehlah, untuk duduk 2 malam.

Kami cuma masuk untuk letak beg dan solat, terus kami keluar semula. Ada dalam 2 jam lagi sebelum gelap, sempatlah nak tengok Prague sikit petang ni. Jalan kaki menuju ke stesen tram dan naik tram ke bandar. Kami turun betul-betul di stop Dancing House, bergambar sikit, dan lepas tu berjalan kaki sepanjang tepi sungai tu. Jumpa money changer, kami pergi tukar duit, tapi sebab ini 1st time kami deal dengan currency Czech ni, aku pun tak boleh nak agak mahal ke murahnya. Bedal ajelah. Tapi rasa macam rate dia agak rendah; kami dapat nilai sikit.

Cuaca teramatlah sejuk walaupun kami dah pakai 4 lapis, dengan segala penutup kepala, telinga, muka dan tengkuk. Angin kuat! Orang pun ramai sangat. Rasa sesak nak berjalan. Ayah masih santai bergambar. Kami anak-beranak dah kebulur macam apa. So jumpa kedai chimney cake yang harga nampak berpatutan dan hanya menjual itu, kami beli 3 ketul. Buat alas perut. Lepas itu barulah kami berjalan sampai jumpa kedai Turki; Sayf Restaurant. Kami masuk makan di situ. Kedainya kecil aje, tempat duduk pun tak banyak. Berebut-rebutlah. Service pun agak slow, tapi bolehlah, daripada takde. Beli 2 kebab dengan nasi dan 1 kebab gulung. Sharelah bertiga. Kenyang juga.

Lepas tu barulah sedap sikit nak berjalan. Hari pun dah gelap. Kami round-round di Wenceslas Square, masuk beberapa kedai souvenir, beli serba sikit, masuk farmasi dan akhir sekali masuk Primark. Yang membeli cam biasa, Ayah dan Kakak. Aku dan Adik cam biasa, tengok-tengok sambil menguap.

By the time kami keluar dari sana, dah dekat pukul 7. So decide untuk balik je. Kali ini kami naik underground dan kemudian bas, sampai terus di tepi rumah. Since tadi baru je makan, tugas aku untuk masak dibatalkan malam ini. Hihi. Balik terus mandi dan solat, lepas tu tergolek atas katil. Lapar pun hanya cicah-cicah biskut dalam susu je. Pukul 10 kami semua tidur.  

Wednesday, 31 December 2025

Winter Trip 2025 Day 8 - Vienna

 29th December 2025

Semalam kami dah briefing anak-anak awal-awal, pagi ni kita kena gerak awal sebab kami perlu drive sejam untuk ke Vienna. Jadi alhamdulillah, semua mendengar kata. Bangun Subuh tu semua terus bersiap untuk keluar. Aku pun cuma prepare grilled cheese sandwich je pagi ni. Selebihnya makan lebihan cucur semalam dan cornflakes.

Pukul 7.40 kami dah dalam kereta dan bertolak. Perjalanan semua lancar. Matahari pun baru nak naik masa dalam perjalanan tu. Menurut research yang Ayah buat, cara terbaik bila kita drive ke Vienna ialah park di Park and Ride, dan naik public transport ke center. Kami park di Station DonaustadtbrĂĽcke dengan harga €4.60 all day, dan beli transport pass €8 per person untuk 24 jam.

Jadi bermulalah acara exploring Vienna. Tapi sejuknya ya rabbi. Tak padan dengan matahari terik, langit cerah. Jalan-jalan tengok bangunan. Kompleks istana Hofburg ni sangat besar, dan banyak yang dah dijadikan muzium. Cantik-cantik bangunan dia. Banyak juga tempat yang kami pergi naik train, jadi berbaloilah beli pas tu. Sebab sekali naik pun harganya dah €2.40 kalau tak silap. Antara tempat yang agak jauh dan not walking distance yang kami pergi ialah Belvedere Palace dan Schonbrunn Palace.

Di Schonnbrunn tu kami dah tak berapa focus nak tengok bangunannya sebab ada market kat luar tu. Tau dah, serba-serbi tak halal tapi tetap suka menyeksa diri round cuci mata. By then kami pun dah kelaparan, so naik train patah balik ke center dan kami pergi makan di Nordsee; kedai fast food seafood. Masa kami sampai pun ada orang melayu kita tengah makan dalam tu. Dulu masa aku dan Ayah buat trip kami ke Munich dan Salzburg tu, kami kerap makan Nordsee. Memang enjoy. Orderlah sorang satu meal. Aku dan anak-anak ambil various fish meals, Ayah pula ambil udang dengan nasi. Sedapla, walaupun agak mahal.

Selesai makan kami berjalan kaki mencari masjidnya. Actually it’s just a suraulah. Tapi selesa juga. Aku dapat ambil wuduk sambil Ayah jaga line. Ruang solat Muslimah pun ada walaupun hanya di belakang penghadang. Siap tu kami sambung jalan-jalan lagi ke center. Tengok St Stephen’s Church/Cathedral. Beli-beli magnet sikit. Then dalam pukul 3.30 tu kami naik train patah balik ke kereta. Tapi belum nak balik lagi.

Instead, kami layankan Adik nak pergi Prater Hauptallee, sebuah taman di sebelah stadium dekat Vienna ni. Sebab apa? Sebab dekat taman ni idola dia Eliud Kipchoge, seorang pelari marathon, berjaya pecah rekod lari marathon bawah 2 jam. Adalah gambar-gambar dekat situ, dan dia excitedlah tengok tapak tempat orang tu berlari. Kami layankan aje, bagi motivasi dan inspirasi.

Barulah sambung perjalanan ke kereta. Taman tu cuma 2 station je dari tempat kami parking. Dan sebelum balik kami masuk supermarket Billa untuk beli serba sikit; roti, susu, jajan untuk drive esok. And then another 1 hour journey home. All was ok. Gelaplah, dah malam.

Sampai rumah tu aku masak lagi. Leftover pasta semalam aku goreng dengan garlic butter je. Kakak makan Mee Sedap. Aku dengan Ayah makan roti dengan scrambled eggs. Ala kadar buat alas perut. Mandi, solat dan bersurai.

Monday, 29 December 2025

Winter Trip 2025 Day 7 - Off to Bratislava, Slovakia

 27th December 2025

Hari ini aku terlajak, pukul 5.30 baru aku terjaga. Tak sempatlah nak bergolek-golek dulu. Terus bangun solat dan terus masak. Buat cucur, French toast dan panaskan lebihan nasi lemak semalam. Makan sama-sama, kemudian mula packing sebab kami akan check out dari sini dan ke destinasi yang seterusnya.

Bab packing alhamdulillah, kami dah makin cekap dan laju. Semua pun membantu. Sambil-sambil tu sempat ambil gambar dekat balkoni luar bilik ni yang menghadap pergunungan. Eh, honestly speaking aku macam belum ready nak gerak dari sini. Cuaca hari ini masih cantik, cerah dengan langit biru. Suasana sejuk dia walaupun nampak suhu macam menggerunkan, tapi aku rasa nyaman je. Rumah dia walaupun tak seluas rumah-rumah lain, aku rasa cozy. Sayu je rasa.

Anyway, seperti biasa, dekat pukul 9 tu kami dah siap load barang dalam kereta. Bawak anak-anak nak explore compound rumah kami ni. Maklumlah, punya kalut, 2 malam dok sini langsung tak explore. Barulah kami teruskan perjalanan ke negara baru; Slovakia.

Perjalanan kami sepatutnya mengambil masa dalam 3 jam setengah. Itu tak tolak berhenti ke toilet dan sebagainya. Rupanya border Slovakia ni pun hanya beberapa minit aje dari Chocholaw yang kami pergi semalam. Dan untuk buat perjalanan merentas border ni, kalau drive sendiri, kita kena make sure dah beli vignette. Vignette ni macam pas kenderaan yang kita perlu bayar. Dia takde fizikal tol booth pun untuk kita tap. Cuma kalau tak salah pemahamanku, kamera jalanan akan detect plate number kita dan kalau ada random checks dan didapati kita tak beli vignette, kita kena saman. Itu yang aku pahamlah. Semua vignette yang kami beli harganya dalam belasan Euro. Takde yang melebihi 20 euro.

Perjalanan lancar saja. Separuh perjalanan tu tak melalui highway pun sebab kami kena lalu Kawasan taman negara Slovakia ni. Cantik view, half the journey masih bersalji. Tapi the second part of the journey, bila dah masuk highway, cuaca sangat cerah. Matahari sangat terik sampai aku rasa tak boleh nak Celik mata. Kami semua struggle. Ayah yang dah pakai spec hitam pun struggle dengan teriknya mataharinya. Berpinar rasa mata.

Kami finally sampai di rumah kami di Bratislava dalam pukul 1.30 petang. Tuan rumah dah kata, most probably rumah masih sedang dicuci. Tapi kami dibenarkan letak kereta di garaj dan simpan luggage dalam rumah. Tukang cucinya bagi kami masuk sekejap. Kami cepat-cepat keluar balik, tak nak ganggu dia kerja. So ingat nak merayau kawasan rumah ni sebab cleaner tu kata lagi 40 minutes baru dia siap. Ayah google, rupanya dalam walking distance ada Tesco besar. Apa lagi, kita serbulah.

Barulah hari ini dapat shopping tanpa rasa terkejar-kejar. Boleh pilih barang lama-lama, belek ingredients, plan apa nak masak. Syok juga. Especially since kami akan duduk sini 3 malam. Awal-awal sampai dah jumpa orang bertudung. Sempat tegur, rupanya orang Indonesia.

Sebakul barang kami membeli tadi, harganya jadi 30 Euro. Oklah kan. Barulah kami menapak balik. Plan asalnya nak solat, kemudian nak masak makanan simple-simple buat alas perut sebelum nak keluar semula. Diorang semua pakat makan maggi, aku goreng telur je makan dengan roti (sebab Maggi tak buat aku kenyang). Tapi elok aku start pakai tudung, Ayah kata tak jadilah. Dia rasa tak sedap badan. Dia angkut luggage turun tangga masa nak check out dari Zakopane tadi, dada dia macam ada muscle pull. Awalnya tak teruk sangat, tapi sampai sini tadi dia ada bersin benda tu macam trigger balik.

So bersurailah kita untuk hari ini. Take turns mandi, basuh baju, pastu pakat bersantai depan TV, Adik pasang Stranger Things, menonton sambil makan cereal yang baru beli tadi.

Sunday, 28 December 2025

Winter Trip 2025 Day 6 - Zakopane

 26th December 2025

Aku jaga dekat pukul 5 tu aku decide untuk masak dulu terus. Sebab apa, sebab menu hari ini ialah nasi lemak dan everytime aku masak nasi lemak kat obersea, mesti tak jadi. Nasi mentahlah, lembiklah, ada je yang tak kena. So aku nak amik masa yang tenang sikit sebelum semua orang bangun.

Masak nasi tenang-tenang, rebus telur. Sambal dia dah beli yang instant. Eh tiba-tiba dlm masa 40 minit dah siap elok. Ngam-ngam masuk Subuh. Sempatla bagi nasi tu steam up masak elok. Belek-belek laptop dan henpon sementara Ayah dan anak-anak pula bangun solat. Makan-makan, dan start get ready. Hari ini full day kami akan spend di Zakopane.

Ingatkan bolehlah keluar awal, since masak pun simple je. Tapi hari ini washing machine pulak tak membantu. Aku biasanya sidai kain masa bangun Subuh tu, tapi rumah kali ini sempit so aku kena tunggu semua orang selesai solat dulu baru boleh buka ampaian. Jadi dekat nak keluar tadi baru nak sidai, rupanya bajunya semua macam tak spin. Basah menitik-nitik lagi. Try buat spin kat mesin tu beberapa kali resultnya tetap sama. In the mean time, kami dah buang masa lagi. Nasib baik Ayah menggunakan masa itu untuk research tempat-tempat untuk pergi hari ini dan beli tiket sekali.

Pukul 9 kami keluar, menghala ke Gubalowka. Dia ala-ala Bukit Bendera gitu. Naik train kecik tu naik ke atas bukit. Beli online, dewasa harganya zl39 dan untuk bawah 15 tahun (Adik) zl32. Okla, standard entrance fee attractions kat KL. Masa kami sampai masih lengang. Boleh main-main snow atas tu. Dan view gunung-ganang sangat cantik. Memang jiwa akulah gunung-ganang ni. Bergambar semua, lepas tu kami pergi lepak kafe minum hot chocolate dan makan waffle. Sedap pula tu hot chocolate kat sini, cream dia berlemak betul. Aku sangat enjoy.

Kami sambung berjalan atas ni, ada satu market yang panjang. Belek-belek souvenir, tengok orang jual street food dan makanan specialty daerah ini. Syokla berjalan. Kami sempat try langos, sejenis roti goreng leper dan bulat, kami minta topping garlic. Aku google bahan-bahannya, basic sahaja, tepung, yeast, air, digoreng dengan minyak sayuran. Dekat kedai ni, topping dia semua takde daging. Masa di Warsaw haritu kami dah perhati tapi banyak yang ada topping ham, bacon dan sebagainya. Sebab itu kami berani try dekat sini. And memang sedap! Masin-masin, crispy di luar, lembut di dalam, kena pula dengan rasa garlic tu. Kakak suka giler! Ayah kata rasa dia macam chakoi je. Balik buatlah sendiri, katanya.

Selesai kat atas tu kami turun. Masa tu dalam pukul 12. Orang dah ramai giler. Setiap tren yang naik turun tu padat! Dekat bawah tu pun ada macam-macam aktiviti lagi; snow tubing, ice skating. Ayah teringin nak try, tapi lepas bincang-bincang, Ayah kata jom kita balik solat dulu lepas tu keluar balik. Rumah kami tak jauh pun, 10 minit drive je.

Sampai rumah, solat, sempat makan-makan food ada yang ada di rumah. Cereal, toast dengan telur rebus pagi tadi. Barulah kami keluar balik. Kali ni kami pergi ke Chocholaw, perkampungan tradisional dalam 20 minit dari sini. Tapi sebenarnya takde apa pun dekat sini. Tapi on the way tu dapatlah tengok pemandangan kawasan ni yang lebih menarik. On the way patah balik ke town kami jumpa tempat ski. Tanpa dirancang kami stop dekat situ. Bila tengok harga di kaunter tiket, kalau nak naik ski lift sekali naik sekali turun harga dia zl30. Ayah kata jom! So kami pun jom. Excited giler bersiar-siar. Sejuk giler plak tu. Tengok orang ski dan snowboarding. It was a fun experience.

Barulah kami teruskan perjalanan ke Gubalowka balik. Pagi tadi kami masuk parking dekat sini, harga dia zl40, tapi orang tu sebut all day. So kami saja try our luck, masuk balik parking yang sama dan tunjuk dia resit kami. Dia kata boleh weh, masuk je balik parking tak yah bayar. Terharu betul aku. Jarang nak jumpa tempat tak kejar untung lebih macam ni.

So kami layankan Ayah dan Adik nak main snowtubing. 5 kali naik, zl39. Pastu diorang tak check pun, beli je tiket 5 kali naik tu take turns dgn 1 family pun boleh. Dia tak kira kepala. Naiklah sape pun, sampai cukup habis turn nanti tiket tu dah takleh tap. Begitu aje. Pun lagi sekali aku terharu dengan betapa rileknya mereka. Aku dan Kakak membekulah kat tepi tu tunggu diorang siap.

Barulah kami Gerak balik. Aku terus bersilat masak pasta tomato sauce. Spaghetti memang dah bawak siap-siap dari KL. Sebungkus terus aku rebus. Tumis-tumis apa sayur yang ada, olah je resipi ikut sedap rasa. Eh, licin kami makan. Siap pasta tak cukup, aku dengan Kakak sambung makan roti bakar cicah kuah pasta. Alhamdulillah.

Selesai sudah hari yang menyeronokkan. Mandi, solat, santai. Tomorrow is another day.

Saturday, 27 December 2025

Winter Trip 2025 Day 5 - Off to Zakopane

 25th December 2025

Bangun dekat pukul 5 macam biasa. Tunggu Subuh tu golek-golek dulu tengok phone, laptop. Masak grilled cheese sandwich lagi untuk breakfast pagi ni, dan pancake cucur adabi, dan scrambled eggs, dan panaskan leftover kebab yang makan kat kedai semalam, dan ada sikit lagi susu dan cornflakes. Nak habiskan apa yang tinggal separuh sebab hari ini kami akan checkout dari Krakow dan bergerak ke Zakopane.

Selesai breakfast tu kami packing dan get ready. Macam haritu juga, before pukul 9 kami dah siap load barang dalam kereta, uruskan procedure checkout dan gerak. Perjalanan ke Zakopane mengambil masa dalam sejam 40 minit. Tempat ni sebenarnya macam kawasan ski diala. Musim-musim cuti memang orang dia berpusu-pusu ke sini sepertimana orang kita berpusu-pusu ke Cameron Highlands.

So memandangkan Xmas week ialah minggu holiday paling penting orang sini, bila masuk dalam area Zakopane tu kami sangkut dalam jem sikit semasa menghampiri shopping street dia, Krupowski. Macam jem menghampiri Kea Farm gitu. Tapi okla, tambah dalam 20 minit aje.

Kali ni host kami bagus, semua details dah bagi siap-siap jadi kami dapat terus check dan check in awal pula tu. Solat siap-siap, pakai baju tebal-tebal, kemudian kami keluar berjalan di luar. Hari ini cuaca sangat cantik. Langit biru, matahari keluar, walaupun cuaca negative tapi tak terasa sebab nyaman. Kami kena menapak agak jauh, dekat 4km, sebab Ayah takut takde tempat nak parking dekat Krupowski Street tu. Hadap ajelah.

Elok sampai di pangkal shopping street tu jumpa kedai kebab halal, Hossen Kebab, yang siap ada sijil halal dia tempek dekat pintu. Kami pun masuklah makan. Terasalah keyakinannya sebab yang jual pun Bangla. Ayah tanya, you not closed for Christmas? Dia jawab No, because I’m Muslim. Hehe.  Order 3 large kebab dan 1 fries, share 4 orang.

Barulah tenang nak jalan-jalan lepas tu. Orang punyalah ramai. Based on my research, orang diorang memang lepas Christmas morning yang santai, diorang akan keluar jalan-jalan kat street ni, walaupun most major stores are closed. Restoran banyakla buka. Diorang akan spend time dengan family, lunch dan dinner di luar dan buat aktiviti outdoors macam skiing, snow sledding, naik cable car dan sebagainya. Sebab tulah meriah. Jalan semua penuh bersalji, tapi takde salji yang fresh turun. Aku Syukur jugalah sebenarnya, sebab kalau ada salji turun makin payah nak berjalan. Ini pun dah kemain seksa.

Lama juga kami jalan-jalan kat situ, kira sampai hujung jalan lah. Barulah patah balik slow-slow, beli roti dan susu di Zabka, beli souvenir sikit, pastu mula jalan balik. Fuh, Panjang perjalanannya beb! 4 km lagi nak kena hadap dalam kesejukan dan hari pun dah gelap. Nasib baik dalam perjalanan tu jumpa satu kedai runcit yang dah petang ni baru dia bukak (sebab masa kami lalu siang tadi dia tutup!) Dapatlah tambah stok telur dan beli tomato sikit, maybe nak masak pasta esok. Terima kasih sebab bukak kedai, wahai encik! Seriously, aku nak ambil kesempatan ini untuk buat appreciation post untuk negara kita yang berbilang bangsa. Bila aku raya kau kerja, bila kau raya aku kerja. Maka kedai kita sentiasa buka. Tidak lupa juga kepada para Bangladeshi yang berkhidmat di serata dunia. Tanpa anda, lumpuhlah ekonomi dunia. Hahah.

Anyway, lepas sejam kot berjalan, barulah sampai rumah. Semoga dengan ini semakin rampinglah pinggangku dan kempislah perutku. Kebab tadi pun dah lama hadam. Tapi tanya family semua, nak masak tak malam ni, semua tak rasa nak makan. Kakak kata dia nak buat bihun sup instant je. Aku dan Adik makan cornflakes. Ayah langsung tak mau makan, dok layan kaki dia yang sakit.

Aku cuma prepare untuk masak pagi esok. Samak siap-siap segala perkakas yang nak guna. Barulah mandi, solat dan bersantai. Tidur pukul 9 hari ini. Dekat luar suhu -7 beb!

 

Friday, 26 December 2025

Winter Trip 2025 Day 4 - Auschwitz

 24th December 2025

Aku bangun pukul 4.30 lebih macam biasa, lepak sampai Subuh, baru start prepare breakfast. Hari ni santai sikit sebab anak-anak beli cornflakes semalam untuk breakfast. So aku Cuma prepare grilled cheese sandwiches sebab jumpa soft mozzarella cheese semalam yang murah. Lepas tu buat scrambled eggs untuk Ayah. Makan santai-santai, sembang-sembang, start get ready.

Hari ni plan kami serabut sikit sebenarnya. Sebab kami dah book tiket nak ke Auschwitz – Concentration Camp Nazi masa World War 2 dulu. Tapi slot kami ialah pukul 1.10 petang, tak boleh masuk awal. Perjalanan nak ke sana pula dalam sejam lebih. Ikutkan aku, aku nak jalan-jalan di Krakow ni dulu, tengok bandarnya versi siang. Tapi Ayah takut kami tak sempat sampai on time. Jadi dia ajak gerak terus, dia kata kita carilah apa-apa nak buat kat sana.

So pukul 8.50 macam tu kami dah gerak dan sampai di sana pukul 10. Sampai je di sana baru kami sedar yang hari ni serba-serbi tutup sebab Christmas eve. Jangan risau, Auschwitz tu masih buka sebab kami memang dah dapatkan official tiket. Tapi tempat-tempat lain untuk kami berjalan-jalan melawat-lawat untuk buang masa sementara tunggu pukul 1.10 tu, semua tutup belaka. Jangan kata muzium, seluruh mall pun tutup sebab Christmas. Habis plan kami nak grocery shopping dulu ke pagi tu, nak tumpang solat zohor dalam fitting room kedai, semua rosak.

Last-last kami jalan ajelah di pekan dia yang kedainya semua tutup. Yang buka pun kedai-kedai macam Zabka, iaitu seperti 7-11 di sini. Cuaca pula tu hari ini punyalah sejuk. Nak masuk lepak-lepak kafe minum-minum pun semuanya tutup. Tapi sempat kami jumpa satu money changer dan alang-alang rate dia pun ok, kami masuk tukar duit sikit lagi. Orang tu ajak kami bersembang, apalah orang Malaysia buat all the way di Poland ni, dia tanya. Kami katalah kami lari daripada kepanasan, cari kesejukan. Lepas tu dia cakap, unfortunately tahun ni Disember terpanas dalam rekod negara diorang. Nak Christmas ni, salji pun takde. Macam tak lengkaplah bagi diorang. Kami semua ternganga. Ini Disember terpanas ni? Yang bagi kami pulak mungkin paling sejuk pernah kami hadap. Dia kata dia ada memori menghadap winter sampai -20 di Poland. And mamat tu definitely lagi muda daripada kami, maybe late 20s atau in his 30s. So it must be quite recent. Dia kata dekat sini memang terasalah global warming tu. Dan dia suggest kami datang balik in summer sebab vibe dia totally lain katanya.

Tapi tulah, apa yang dia sembang dengan kami tadi, sebiji sama macam apa yang kami bersembang dengan orang kat car rental haritu. Dia pun sebut pasal tahun ni takde salji, cuaca tak sejuk, dan dia memang exactly mention pasal winter yang mencecah -20 satu masa dulu. Masa tu kami cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi bila dah ada 2 orang random people talk about the same things, it must be a big deal to them. Rezeki kamilah nampaknya. Bayangkan kalau kali ni mencecah -20. Memang tak keluar rumah aku.

Anyway, dari sana kami ke mall dekat pekan ini. Masa tulah baru kami dapat tahu seluruh mall tu tutup. Masa baru 11.40 macam tu. Nak solat dekat luar, salji tengah turun sikit, angin pun kuat, sangat sejuk. Last-last kami decide untuk solat dalam kereta. Semoga Allah terimalah. Tak tahu nak buat macam mana dah.

Dari sana barulah kami ke Auschwitz. Sesat-sesat sikit sebab rupanya dia ada banyak tapak. Kami kena ke Auschwitz-Birkenau 1 dulu. Park di sana, masuk toilet semua siap-siap, dan beratur untuk masuk. Ada scan beg semua juga. Elok pukul 1.10 kami dah dapat masuk. So nasihatnya, datanglah setengah jam awal untuk go through all the process. Tiket ke Auschwitz ni sebenarnya free aja. Tapi kita tetap kena book slot masa yang kita nak masuk. Kalau takde tiket memang tak lepas, dia nak scan tiket kita, siap crosscheck against details kita di passport.

Di dalam tu dapatlah tengok muzium-muzium tentang World War 2, dapat tengok tempat diorang seksa tahanan, tempat tinggal tahanan, segala sejarahnya. Ada tempat diorang bunuh tahanan guna gas, tempat bakar mayat. Tapi in terms of pameran, ada terlalu banyak sampai kami terpaksa pilih-pilih yang mana nak tengok, takut kesuntukan masa. Sebab ada Auschwitz-Birkenau 2 juga nak kena tengok. Banyaklah pengajarannya, dan banyak juga refleksi yang kami buat. Ajak anak-anak sembang pasal situasi semasa di Palestin. Lepas tengok apa yang “mereka” pernah hadap masa Perang Dunia ke-2 tu, rasa macam tak masuk akal diorang boleh buat benda yang sama kepada orang lain yang bagi bantuan dekat diorang masa seluruh dunia tak nak terima diorang.

By the time kami selesai di tapak 1, dah dekat pukul 3. Kakak dah kesejukan sangat-sangat. Keadaan tak membantu sebab dia 1st day period hari ni. So kami ikut cue dia aja. Dia jugak yang nak datang sini sangat. Kami layankan aje. So bila dia kata tak payahlah pergi tapak 2, kami pun decide untuk gerak balik.

Hari pun dah nak gelap. Perjalanan balik ke Krakow pun ambil masa sejam lebih. Tapi keserabutan kami masih belum habis sebab kami tak cukup bahan-bahan memasak untuk the next few days. Segala hypermarket diorang semua tutup sampai Sabtu. Camanelah kami boleh tak terfikir pasal Christmas ni semalam. Adoihai. Melilau cari kedai yang buka, ada 1 yang kami termiss sipi-sipi, dia buka sebenarnya, tapi tutup awal, pukul 4. Kami pula sampai 4.30. Nasib baiklah ada jumpa kedai arab dekat-dekat situ, dinner makan kebab sorang satu.

Selesai tu baliklah, mandi, solat. Sebab awal lagi tapi semua dah tak sanggup nak menghadap kesejukan, kami lepak je kat rumah. Tengok 1 episod Stranger Things dengan Adik. Pukul 8 lebih kami dah tidur. Hihi.

Thursday, 25 December 2025

Winter Trip 2025 Day 3 - Off to Krakow

 23rd December 2025

Aku bangun dalam pukul 4.30. Biasalah, membelek laptop dan henpon dengan tenang sampai Subuh. Lepas tu aku start masak breakfast. French toast untuk menghabiskan roti dan telur, dan buat pancake mini guna tepung cucur adabi. Tapi pagi ni hati aku panas membara sebab semua orang lepas solat Subuh tu bersantai atas katil masing-masing macam makanan tu magic akan siap. Aku ni bersilat sorang-sorang kat dapur. Padahal sebelum start trip haritu aku dah briefing dah. Kalau korang rasa penat berjalan, Mama pun berjalan dengan korang. Kalau korang rasa ngantuk, Mama pun lagi kurang tidur sebab Mama first bangun, Mama last tidur. Jadi kalau semua orang buat kerja together, kerja siap cepat, semua orang dapat rehat serentak. Eh, tak lut jugak nampaknya.

Siap masak tu aku mogok, aku tak nak makan. Menggelupurlah semua kejap. Semua pun tak jadi start makan. Diorang mula mengemas dulu sebab nak checkout dah hari ni. Aku lantakkan aje, aku pun mula bersiap untuk keluar. Agaknya sejam ke sejam setengah kemudian baru finally kami breakfast, bila luggage semua dah ready nak ditolak keluar pintu.

Setelkan urusan check out, by 9.30 tu kami dah dalam kereta dan bergerak ke next destination; Krakow. Oh, by the way, masalah haritu pasal luggage tak muat tu berjaya diselesaikan tadi. Kami cuba-cuba jigsaw puzzlekan, akhirnya all 4 luggage dapat tindan di belakang (walaupun Ayah tak nampak belakang guna rearview mirror). Asalkan takdelah anak bersempit 3-4 jam nak drive ni.

The journey biasa saja. Cuaca muram, mendung dan ada sedikit hujan dan salji masa on the way. Ayah kemain mengantuk. Terpaksa berhenti sekali untuk dia lelap sekejap. Dalam pada itu, aku masih tak dapat rasa tenang sebab rumah kami bakal duduk kali ni, hosnya senyap tiada berita. Aku mesej dia dekat Airbnb dari semalam dia tak reply. Arahan check in, segala kod nak masuk, kod garaj semua dia tak bagi. Finally pukul 11 lebih tu aku cuba call dia. Dia jawab, dan bila aku introduce myself dan minta nak arahan semua, dia cakap apa: Bila rumah dah selesai clean-up and ready to check-in baru dia bagi. Dia kata dia nampak je mesej aku semalam, tapi rumah belum ready so dia tak jawab. Eh celaka betul. Susah sangat ke nak hantar short mesej untuk acknowledge aku? At least kita tahu dia tu wujud, bukan scammer.

So bila sampai di Krakow, kami cari grocery store dulu untuk beli barang untuk masak. Nak kill timelah sementara nak boleh masuk rumah. Itupun, kami dah selesai beli barang, dia masih tak respond. Pukul 2.50 petang kami dah terpacak depan bangunan apartmen dia tu, pukul 3 ialah waktu check-in yang publish dalam Airbnb, pukul 3.05 Ayah call dia kata kami dah sampai. Dan-danlah dia cakap “Oh yes, I just sent the instructions.” Eh apa kedaung sangat sampai ke saat terakhir baru nak anta kod. Dia ingat aku nak gi rompak rumah dia ke apa? Aneh-anehlaaaaa host-host accommodation kat Poland ni, serius!

Mencicit semua naik ke rumah untuk solat sebab 3.40 dah nak Maghrib. Barulah lepas tu pergi amik luggage dalam bonet, masukkan kereta kat garaj. Si Adik mintak suruh aku masak terus. “Kita tak lunch lagi hari ni, Ma.” Anak remaja sedang membesar berkata-kata. So aku terus suruh diorang buka luggage, keluarkan bahan-bahan. Kami beli ravioli kat grocery store tadi dengan canned tomato. Aku buatlah apa yang mampu. Laju sungguh masaknya. Dalam setengah jam dah ready untuk makan. Sedaplah juga. Atau mungkin sebab lapar. Haha.

Kat luar dah pun gelap. Tapi sebab tak nak rugikan hari ini, kami siap makan kami bersiap dan keluar ke Old Town Krakow naik tram. Di sini lebih sejuk daripada Warsaw. Mungkin juga sebab siang tadi hujan. Tapi dari dalam kegelapan itu nampak macam bandar ini lebih cantik. Jalan-jalan beli souvenir, tengok-tengok market dia, terliur dengan segala bauan makanan yang dijual walaupun hakikatnya segalanya babi belaka. Yang paling tak bleh blah sekali, kami jumpa 1 kedai kebab dengan tulisan halal di pintunya. Anak-anak dah excited. Kami cubalah masuk. Yang jualnya mat saleh. Lepas tu dalam display dia ada pizza sekali. Aku baca menu pizza, ada segala option untuk prosciutto, ham, bacon. Mustahil ada semua benda tu versi halal. So aku kata kat kids takyahlah. Aku was-was. Haha. Tapi sebelum balik tu kami beli chimney cake perisa cinnamon dan vanilla sugar. Sedap!

Tunggu tram untuk balik. Sampai rumah pukul 8 lebih. Kepenatan dah. Nasib baik dah siap dinner. So mandi, solat dan terus tidur.

Wednesday, 24 December 2025

Winter Trip 2025 Day 2 - Warsaw

 22nd December 2025

Pukul 4 pagi aku dah bangun, santai-santai tengok henpon tengok laptop sementara tunggu Subuh pukul 5.40. Selesai solat tu masak breakfast cam biasa. Buat french toast dan goreng leftover nasi tak habis semalam. Makan-makan, diskas aktiviti hari ini dan start bersiap.

Kami decide untuk drive pergi satu bandar dalam setengah jam dari sini, Otwock, sekadar nak membuang masa pagi ni. Sebab takde idea sangat sebenarnya. Aku ni malas nak masuk-masuk muzium segala, mengantuk. Aku nak berjalan outdoors. So dalam pukul 8.45 tu kami gerak. Sampai sana dekat 9.30. Takde apa pun sana sebenarnya. Jalan-jalan dalam pekan tu pun orang pelik mana mai la tourist kat tempat tu. Hahah. Tapi sempat jumpa satu kedai kebab, layankan anak-anak makan kejap.

By the time siap makan dah masuk Zohor, kul 11.30 lebih tu. Jadi kami drive balik. Memang itulah plan dia. Nak kill time pagi sampai lepas Zohor, baru pergi explore betul-betul old town Warsaw tu. Kalau keluar ke sana dari pagi, leceh nak balik solat sebab jauh nak jalan kaki balik. Kami tak drive ke sana. Masjid atau surau pun cari tak jumpa.

Kami sampai rumah 12 lebih tu solat Zohor semua, barulah keluar balik dengan tenang. Plan dia nak lepak kat luar sampai gelap, nak tengok lampu-lampu decorations Christmas. Ayah ajak try naik bas dia kali ni. Beli tiket di mesin tiket dan naik bas ke center. Okla, dalam 10 minit je perjalanan. Barulah hari ini dapat tengok bangunan-bangunan utama Old Town Warsaw tu. Cantik juga kawasan dia. Santai-santai jalan, sambil cari souvenir, ambil-ambil gambar, pastu lepak Caffe Nero yang lain pulak, sekadar meminjam heater dan jamban sambil menghirup hot chocolate.

Akhirnya kami mula menapak balik. Tapi sempat singgah dekat kedai jual sabun-sabun sebab itu kelemahan aku. Sempatlah beli seketul dua buat raso-raso. Pastu kami ambil bas balik. Sempat singgah kedai kat bawah rumah tu beli telur. Anak-anak kata malam ni diorang nak makan maggi. Baiklah, saya yang menurut perintah. Untuk Ayah ada scrambled eggs sikit, makan dgn roti, dan share Maggi dengan aku. Selesai tu mandi solat semua dan bersurai. Itupun kira lambatlah tu, pukul 9 lebih tidur. Semalam pukul 7. Haha.

Oh, dan hari ini ialah Anniversary aku dan Ayah, yang ke-18. Dah menginjak umur dewasa usia perkahwinan kami. Semoga kekal abadi. Aminnn.

Tuesday, 23 December 2025

Winter Trip 2025 Day 1 - Abu Dhabi to Warsaw, Poland

21st December 2025

Pukul 12.15 tengah malam tu kami dah checkout, 12.30 naik free shuttle ke airport. Sampai di airport, gate untuk boarding pun tak announce lagi. So kami bawa Kakak pi makan dulu dekat Burger King sebab takut dia tak makan dalam flight.

Selesai kat sana barulah pergi ke gate, boarding dah mula. Perjalanan kami lancar juga, alhamdulillah. Again, aku duduk dengan anak-anak, ayah duduk sorang dengan strangers. Dan half the flight memang tidur je. Bangun pun sebab diorang nak start hidang makanan. Aku pasang movie Hindustan (Stree 2) tengok sambil makan. Itupun tak tak sempat habis dah sampai.

Kami touchdown di bumi Poland pukul 6 lebih pagi. Alhamdulillah. Santai-santai je sebab dah sampai ke destinasi kami. Dekat imigresen jela orang dia agak kerek sikit. Buat-buat muka sikit dekat kami. Seluruh itinerary kami dia suruh bukak tunjuk. Nasib baik memang semua benda kami prepare dan print dah. Selesai dekat situ pun santai-santai lagi, take turns pergi toilet segala. By the time sampai ke baggage claim tinggal beg kami je dok tergolek atas conveyor tu. Kosong dah, takde orang. Hahahah. Yang penting semua beg sampai, Syukur.

Kami terus ke tempat pick up kereta sewa, tapi masih awal, baru pukul 7. Pick up actually pukul 8. So melengung dulu dekat situ. Semua kelam kabut sebab airport wifi tak function, roaming Ayah tak masuk-masuk. Last-last aku malas pikir banyak, aku pegi convenience store dia pegi beli sim card. 75GB for 1 bulan, PLN30 bersamaan duit kita RM35. Hihi. Sim card paling murah aku penah beli overseas. Terus setel masalah internet. Aku hotspot kan aje.

Pegi kaunter sewa kereta tu ambil kereta. Setelkanlah payment cross border caj, insurance dan deposit. Then menapak ke tempat pick up kereta. Dan di sini mood aku terus potong. Kami ni dah berusaha berbulan-bulan research cari kereta sewa yang bonetnya besar. Estate car. Sebab kami bawa 4 medium luggage. Tapi cam biasa aku penah cakap, sewa kereta ni satu gamble. Kita order kereta sekian-sekian, tapi ada remark dekat situ diorang boleh bagi kereta tersebut “Or similar” maksudnya daripada kategori yang sama tapi bukan exact same car. Kami memang dapat estate car, tapi saiz bonetnya tak sebesar yang kami harapkan. Keempat-empat luggage tu tak boleh masuk serentak kat belakang tu. Pening pikir. Nak guna kereta yang sama 15 hari nih!

Bila tanya nak tukar kereta lain, jawapannya kena upgrade which means tambah duit dalam RM1500. Eh, tak kuasa aku. Kereta lain dalam kategori yang sama takde yang available katanya. Sakit plak hatiku. Last-last kena turunkan 1 seat untuk letak luggage. Sian anak-anak kena berhimpit sikit kat belakang.

Dari sana kami ke Westfield Arkadia Shopping Mall. Nak letak kereta di sana dan jalan-jalan dulu sebab kami belum boleh check in. Parking sini free. Kedai banyak tak buka lagi sebab belum pukul 10. Kami menapak ke old town Warsaw. Sejuk weh, kami pakai tak cukup layers sebab baru sampai, kan? Hadap jelah. Jalan-jalan tengok bangunan, makan-makan sikit dalam Zabka (macam 7-11). Sempat duduk-duduk dalam Caffé Nero mencari kehangatan dan pinjam jamban.

Barulah menapak balik pulak. Sampai dalam mall tu nak terus beli groceries je, tapi Adik sibuk nak tengok kedai-kedai apa ada. Maklumlah xmas sale, kedai kasut dok 50% off. Selesai tu masuk Carrefour beli barang sikit, tapi melilau lama cari telur tak jumpa. Buang masa lagi situ. Perjalanan nak ke rumah pula ada sesat-sesat sikit. Sampai sana pukul 3.

Dah, nak masuk rumah pula tak dapat. Tekan-tekan kod asyik salah. Padahal tuan rumah yang bagi kod. Call dia tak dapat. Mesej tak reply. Nasib baik ada residents yang keluar masuk dekat situ menolong, diorang panggil guard sekali. Last-last guard yang bagi kami kod. Barulah dapat masuk. Kodnya completely lain ya! Kuang asam betul. Anyway, naik ke rumah, anak-anak setelkan solat semua dulu sementara kami ambil luggage, setelkan parking kereta dalam garaj.

Aku masuk je rumah terus bukak luggage dan bukak langkah bersilat di dapur. Keletihan dah hari ni dengan tak cukup tidur 2 malam. Aku masak nasi, goreng telur dan panaskan rendang nyet Khairul Aming je. Itulah dinner kami malam ini. Maghrib punyalah awal weh. 3.26 petang. Hahaha.. Tak sempat tengok matahari dah gelap balik. Memang tidur confirm cukup setiap malam. Malam ni pun pukul 7 kami semua dah tidur. Takdelah maknanya nak keluar balik tengok Christmas lights Bagai. Tengoklah esok camane kan?

 

 

 

 

Winter Trip 2025 - The Journey Begins

 

20 December 2025

First day of school holidays 2025! And our trip begins now!

Kami travel 2 kali tahun ni ya? Sebabnya, dah design cuti sekolahnya begitu, terpaksalah grab apa yang ada. Kami pun diberi rezeki yang tak dijangka jadi dapatlah kami buat trip ni. Kalau tidak memang kita Nganga kat rumah je sampai Kakak habis SPM hujung tahun depan.

Ingat tak previous trip masa kami nak balik dari Istanbul, flight kami tiba-tiba tak jadi terbang, cancelled and ditangguh ke esoknya? Dalam kekecohan masa di sana, wakil Etihad memang ada bagi kami advice untuk email kepada Etihad minta Ganti rugi dan pampasan untuk kejadian ini. Walaupun flight kami ditukar ke esoknya free je, siap dapat hotel, makan dan transport, tapi kami tetap menanggung rugi sikit sebab hotel yang kami book di Abu Dhabi burn. Ayah juga terpaksa ambil emergency leave sehari sebab balik lambat sehari.

Jadi lepas balik, kami email Etihad dan minta Ganti rugi. Tak berapa hari tu diorang email balik dan bagi tawaran kepada kami. Ganti rugi cash €600 per person, ATAU Ganti rugi dalam bentuk voucher Etihad €800 per person. Wow! Kami bincang-bincang dan kami decide untuk ambil voucher, sebab whatever it is kebanyakan duit kami memang habis kepada travel. So in total kami dapat nilai RM15,000. Dengan voucher itulah kami beli tiket untuk trip kali ini.

Maka hari ini bermulalah trip kami. Airport sangat penuh ye Subuh-subuh masa kami sampai, sebab 1st day cuti sekolah, kan? Sampai airport solat dulu, baru beratur untuk drop baggage dan terus masuk ke dalam. Makan di Burger King sementara menunggu boarding. Everything was on time and according to plan. Flight kami ke Abu Dhabi ambil masa 6 jam lebih.

Kami sampai di Abu Dhabi pukul 1 tengah hari dan next flight kami pukul 2.45 pagi. Memang sajalah ambil transit lama sebab haritu tak kesampaian nak ke Abu Dhabi. Kami juga ambil bilik di Premier Inn Abu Dhabi Aiport untuk rehat-rehat sementara tunggu next flight. So tunggu shuttle bas ke hotel, check in, masuk bilik untuk freshen up dan solat. Kemudian kami keluar ke Sheikh Zayed Mosque. Nak naik teksi tapi masa menunggu tu ada orang Uber dtg offer service. Kami ambil sajalah sebab malas buang masa. Dia quote harga AED70. Pejam mata jelah walaupun mahal. Nasib baik dalam kereta tu dia ajar kata nak masuk masjid tu kena book slot walaupun free. So cepat-cepat kami buat dalam kereta.

Sampai sana terus masuk. Orang sangat ramai. Dan it’s not as simple as just visiting a mosque. Ada laluan dia yang kena lalu, tak boleh sewenang-wenangnya masuk solat. Ada 1 area je kami Nampak ruang solat Muslimin. Untuk muslimat langsung tak Nampak. Nasib baik kami dah solat siap-siap dalam bilik. Niat nak tahiyyatul masjid kat sana pun terkubur. Tapi memang cantiklah masjidnya. Cuaca pun nyaman je.

Selesai dekat situ kami nak ke YAS Mall. Mencari-cari teksi dekat luar tu, ada orang datang offer AED80 utk ke YAS Mall. Entah kenapa aku kata kat Ayah, kali ni kita naik proper teksi. So kami beratur kat stand dan naik teksi meter. Nah, total harga sampai di YAS Mall cumalah AED53. Mungkin awal tadi punya ride pun kami boleh dapat lebih murah. Takpelah, rezeki dia. Anyway, kami kelaparan jadi terus menuju ke The Cheesecake Factory, restoran wajib bila kami sampai ke UAE. Kali ni dah bijak sikit, dah tahu pattern dia, so kami order 2 main meal dan 1 appetizer. Just nice je portion dia untuk kami semua makan kenyang tersandar. 1 alfredo pasta, 1 harissa chicken dan 1 chicken sliders. Portion dia besar gila! Pasta datang sepinggan besar, harissa chicken tu dapat 3 chicken breast kot. Chicken sliders tu dapat 4 mini chicken burger. Diorang pun bagi roti lagi. Alhamdulillah.

Lepas tu jalan-jalan dalam mall, jenguk-jenguk Ferrari World, sampai pukul 7 tu kami ambil teksi balik ke hotel. Teksi meter, kami kena AED30 saja. Next time datang memang naik teksi meter jela.

Balik bilik tu mandi laju-laju dan tidur. Kami ada masa sampai dalam pukul 11 je, lepas tu nak bangun get ready nak ke airport lagi. Dapatlah tidur dalam 3 jam lebih.

Thursday, 6 February 2025

Trip 2025 - The Real Journey Home

 2 Feb 2025

Bangun Subuh 6.45, kejut anak-anak di bilik sebelah. Turun breakfast dalam pukul 8. Spread dia biasa-biasa jelah. Aku cuma makan semangkuk cereal dan sepotong roti acma dengan honey. Pastu minum jus.

Jumpa dengan 1 group melayu masa breakfast, diorang dah tanya di kaunter, shuttle akan sedia untuk hantar kami ke airport pukul 10. So siap makan kami naik dan terus get ready saja. Mandi, tutup-tutup beg semua, pukul 10 dah turun ke lobi. Sebenarnya pukul 10 tu amatlah awal, sebab flight kami pukul 2.25. Yelah, kalau dari rumah nak ke KLIA, travel je dah dekat sejam, logiclah gerak 4 jam sebelum. Ini airport cuma 15 minit je dari hotel ni. Tapi gasaklah, transport free orang bagi.

Kami satu van dengan sorang aunty melayu yang travel dengan kawan-kawan dia. Sempatlah bersembang satu round dalam van tu. Diorang pun travel sendiri ke Istanbul, Cappadocia dan Bursa.

Sampai di airport terus masuk ke line check in, kami diberikan tempat duduk berempat satu row di tengah. Flight kali ini ialah kapal besar sebab dia combine passenger sebenar yang flight hari ini dan juga passenger flight semalam sekali. Kebanyakan orang yang kami cam daripada flight semalam ada sekali.

Kami lepas immigration dan luggage scan within 10 minit. Lepas tu masih banyak masa sebelum boarding. Jadi kami jalan-jalan dulu dalam airport, pergi cari food di food court dia. Makan fast foodla juga. Mostly untuk anak-anak. Aku cuma habiskan roti yang diorang bagi semalam.

Dalam pukul 1 baru kami gerak ke surau untuk zohor asar, kemudian kami ke gate. Boarding dekat pukul 2. Flight kali ni ada TV segala. Siap boleh connect wifi. Tapi sekejap aja flight pun, 3 jam. Aku sempat terlelap dalam setengah jam maybe. Lepas tu aku layan movie Hrithik Roshan sambil makan. Satu movie pun tak dan habis dah nak sampai Abu Dhabi.

Sampai juga di Abu Dhabi akhirnya, alhamdulillah. Tapi itu pun berkejaran juga sebab transit kami cuma sejam 10 minit. Kami rush ke surau dulu, lepas tu baru ke gate. Nak beli food untuk kakak juga sebelum naik, tapi dekat dengan gate kami langsung tak ada kedai dan by the time kami sampai di gate, dah kosong, passenger dah habis boarding. Memang cemaslah. So kami masuk saja, cuma sempat belikan kakak chips satu beg di vending machine. Nasib baik belakang kami masih ramai lagi lepas tu, tapi semua yang satu flight dari Istanbul dengan kami.

Kali ni seat kami ialah aku bertiga dengan anak-anak dan ayah seorang di row Tengah. Row ayah tu sebenarnya kosong dan aku plan nak pergi duduk dengan dia bila boarding complete. Tapi ada sorang mat saleh bertindak lebih pantas, pergi duduk situ lepas boarding complete. Siot btul.

Maka duduk jelah aku di tepi tingkap itu, and aku main game the whole time. Flight tu 6 jam setengah, aku langsung tak tidur. Anak-anak tidurlah juga tapi aku tak boleh lelap. Tiba-tiba dah nak sampai.

Di Malaysia pukul 8 pagi masa touchdown. Makanya aku tak tidurlah semalaman. Alhamdulillah, trip kami akhirnya selesai. Dah sampai tu takde apa lah. Pergi surau untuk subuh, kemudian keluar imigresen dan pick up luggage. Semua lancar. Kami naik grab balik dan sampai rumah pukul 10. Tamat.

Kesimpulannya, setiap trip akan mengajar perkara baru. Dan kali ni kami dapat pengalaman baru menghadapi flight yang cancel. Alhamdulillah, semua okay. In the end things worked out okay. Sekarang tinggal nak uruskan claims dari insurance. Semoga Berjaya.

Wednesday, 5 February 2025

Trip 2025 - The (Not So) Journey Home

 1 Feb 2025

Sepagi-pagi buta, pukul 2, kami dah bangun bersiap. Teksi yang kami tempah akan jemput kami ke airport pukul 3.15. Kami dapat contact ni daripada tuan rumah kami, dan alhamdulillah, rate dia berpatutan. TL1200 untuk pagi buta macam ni ke airport. Syaratnya dia nak cash. Kalau order Uber, harga yang kami dapat dalam TL2000. Mansur nama dia. Contact dia +90 534 052 1762. Kotlaaa ada sesiapa nak guna.

Anak-anak pun bangun get ready. Luggage kami mostly dah siap packing malam semalam. Tinggal nak zip jela basically. By 2.45 tu kami dah ready menunggu nak turun. Luggage 4 biji tu kena angkut bawa turun sebab rumah ni takde lif. Kami memang dah tau dari awal tapi rumah ni je yang aku berkenan sikit. Awal dulu kami dah dapat hotel area Sultanahmet, tapi aku tak senang duduk banyak hari tak boleh basuh baju, so kami kensel booking tu. Haha. Adoi. Obsess!

Anyway. Taxi kami sampai on time dan kami pun bergerak meninggalkan Istanbul. Sampai di airport pukul 4 pagi, kaunter pun tak buka lagi. Kakak pula nampak ada kedai Popeye’s kat sini, aku bawa dia pergi setelkan beli makanan dia dulu, sebab dalam flight nanti dah sah-sah dia takkan makan sampailah ke Abu Dhabi nanti.

Setelkan drop baggage, kami lepasi imigresen dan security check. Masih awal lagi dah selesai semua. Security check pun mudah sebab ini antara airport rare yang laptop dan elektronik tak perlu dibawa keluar daripada beg.

Kami cari gate yang dekat dengan surau, kami lepak situ dulu, layan airport Wifi sampai 6.30, kami masuk surau get ready untuk Subuh. Setel kat situ terus ke gate, boarding 7.15. Flight kami ke Abu Dhabi penuh!

Masuk ke seat kami dan settle semua, macam biasa sambil menunggu semua orang boarding dan nak take off aku mesti akan terlelap dulu. In fact kami berempat dah terlelap sampailah take off. Pilot dah tekan minyak laju nak terbang, tiba-tiba dia brake. Terkejut weh! We were all looking at each other. Dalam kepala aku dok nampak kapal Jeju Air meletup je. Last-last dia berenti, dan senyap lama. Pastu baru pilot announce kata dapat arahan kembali ke gate. Kami ingatkan sebab kabus tebal, sebab memang hari ni putih kat luar, tak nampak apa.

Sampai dalam pukul 9 kami terpinga-pinga dalam flight tu. Tak lama tu pintu kapal dibuka dan engineer dalam 4 orang masuk ke cockpit. Semua orang dah gelisah. Flight attendant dah start hidang air. Diorang hanya mampu jawab “ada technical problem”. Beberapa passenger dah mula bising sebab ada connecting flight di Abu Dhabi. Dok marah flight attendant, macamlah flight attendant yang suruh flight tu berenti.

Sekali-sekala pilot akan buat announcement, tengah check apa problem baru boleh beritahu tindakan seterusnya. Dan akhirnya dekat pukul 10 tu kami semua disuruh turun kapal, semua luggage pun akan dikeluarkan semula. Kami masuk balik ke gate, dihantar dengan bas. Makanan diedarkan untuk semua orang; roti ban dan air mineral/air tin. Kami yang tak makan dari semalam ni kebuluran. Ayah lari kejap naik beli burger-burger sikit buat alas perut. Sementara tu kami menunggu pengumuman seterusnya. Dan final decision; flight kami cancel. Kami akan diberi hotel dan makanan untuk the whole day sementara menunggu next flight direbook.

Wow. Lebih 10 tahun aku travel, ini pengalaman pertama. Aku dengan Ayah alhamdulillah, tenang je deal dengan benda ni. Salah satu faktor ialah sebab kami dah nak balik, bukannya baru nak pergi travel, so nothing is really disrupted. Ya, memang kami ada long layover di Abu Dhabi, plan nak bawa anak-anak explore Abu Dhabi pula. Dan ya, hotel kami kat Abu Dhabi burn sebab kami book non-refundable. Tapi apa boleh buat. Nasib kami baik, kami tak book Desert Safari di Abu Dhabi. Dari awal kami bincang tentang Desert Safari tu tapi tak terbook sebab kami takut tak sempat. Kami sepatutnya sampai Abu Dhabi 1 tengah hari, dan pakej tu bermula pukul 2.30 petang. Kami takut apa-apa jadi, tak sempat. Dan masinlah mulut kami, memanglah “apa-apa jadi”.

Keadaan agak kelam kabut sebenarnya. Info semua tak berapa clear. Apa next step, nak ke mana, kena buat apa. Kita nak tanya info untuk cepatkan pergerakan, yang geng-geng kaki komplen ni tak habis-habis lagi komplen diorang pasal “what about my next flight, what about my plans, is this how you handle the situation bla bla bla”.

Kami disuruh keluar balik dari kawasan departure, kena pergi fotostat passport di kaunter Celebi, yang aku agak ialah customer service airport ni. Kemudian kena beratur semula di imigresen sebab consider kita akan masuk Istanbul balik. Dekat situ agak lama. Kami stick with another group of Malaysian. So far orang Malaysia kita berhemah cara handle krisis. Semua senyap, tenang dan dengar arahan.

Siap cop passport, kena pergi pickup luggage kami semula di carousel dan kami dibawa ke perhentian bas shuttle untuk bawa ke hotel. Semua ni dengar macam sekejap, but half of our day was already wasted. By the time kami naik bas nak ke hotel, dah 1.45 petang. Kami dibawa ke Ramada Encore by Wyndham, dalam 20 minit naik bas shuttle dari airport. Dalam kawasan perindustrian, di tepi jalan besar. Aku agak kecewa sebab takde apa yang boleh kami jalan-jalan cuci mata di sini.

Kami dapat 2 bilik standard sebelah-menyebelah. Sepatutnya makanan disediakan. Masa check-in kami tanya tentang makanan, reception tu jawab ada disediakan tapi belum tahu pukul berapa. Maybe pukul 3 atau 4. Dia kata akan call ke bilik bila confirm. So kami naik, mandi, rehat.

Sampailah pukul 4 anak-anak dah kelaparan, kami decide nak turun saja. Tanya orang hotel ni, apa cerita lunch kami. Dia boleh kata lunch is finished. It’s between 3 and 4. Eh celaka betul. Aku katala, “We were not told what time lunch is. We were told we will be called in our room when lunch is ready.” Mamat tu buat muka sikit, pastu dia kata akan check dengan kitchen. Dia suruh kami duduk. Tak lama tu diorang hidang sorang satu sepinggan nasi, fries and chicken cutlet. Telan jelah, walaupun….

Lepak dekat lobby, tak tau nak buat apa. Sian anak-anak. Adik kata dok dalam bilik he was going insane. Diorang dok sebut-sebut Abu Dhabi. Yelah, aku dah dok cerita pasal Sheikh Zayed Mosque, pastu dah berangan nak makan Cheesecake Factory. Maksudnya, kami sepatutnya ada 1 hari lagi holiday sebelum sampai rumah. But we ended up getting stuck here.  

Naik bilik lagi golek-golek sampai Maghrib, then kami turun dinner pulak. Pun makanan dia macam makanan kantin budak sekolah rendah. Fries, beef nugget, pasta white kosong, roti ban kosong, sup, salad, air mineral. Huhu hadap jelah. Makanan free orang bagi.

Pastu naik lagi golek-golek lagi. Aduh, baru je perut aku nak rasa kempis berjalan 25 ribu step sehari. Pastu asyik bergolek pas makan macam ni. Haih… anak-anak lepak bilik kami sampai 9 lebih, pastu aku nak tidur dah. Masih cemerlang tidur awal.

Katanya flight kami esok pukul 2.30 petang. Layover sejam di Abu Dhabi dan straight ke KL. Maka kita boleh cakap selamat tinggal sajalah kepada Abu Dhabi dan impian melihat Sheikh Zayed Mosque serta Cheesecake Factory. Tiada jodoh kami nampaknya.

Tuesday, 4 February 2025

Trip 2025 - Day 14: Istanbul Day 3

 30 Jan 2025

Dibangunkan oleh azan Subuh. Kejut semua, aku masak cucur adabi pisang hari ni, dengan scrambled eggs 4 biji untuk memperabih apa yang ada. On laptop, sambil-sambil makan, sambil-sambil bersiap. Dekat pukul 10 kami keluar.

Hari ini kami menuju ke Sultanahmet. Menapakla seperti biasa. Sampai di Spice Market dulu, survey-survey harga. Then jalan sampai ke Grand Bazaar. Terjebak sikit kat kedai yang bagi kami macam-macam tester, segala Turkish delight, segala teh.

Masuk dalam Grand Bazaar tu tak beli apa pun. Tengok-tengok je. Sebab kat situ paling mahal. Tapi kalau nak tukar duit, kat Grand Bazaar paling bagus rate dia. Rata-rata kedai lebih kurang harga. Kalau kat luar, rate dia lebih mahal, kita dapat duit sikit.

Kami sebenarnya hari ni tak tahu nak pergi mana. Sindrom hari terakhir sebelum balik. Mesti mood macam off. Kami jalan pergi Hagia Sophia. Ya rabbi, ramainya manusia. Beratur panjang nak masuk. Padahal kena bayar tu. Kami memang takkan masukla, sebab dah masuk dulu. Ingat nak smayang kat Blue Mosque, tapi awal lagi. Dahlah hari ni jumaat pulak tu, tak pasti Perempuan boleh masuk ke tak.

So lepas ronda-ronda area situ kejap, kami pegi pulak lepak di Gulhane Park. Pun ramai orang. Duduk sekejap je, kami ke area Sirkeci. Jalan-jalan. Nak masuk Hafiz Mustafa untuk beli barang, dia tutup untuk solat Jumaat. So last-last kami pi makan kedai ala Nandos. Nama dia Pepitos. Sorang satu dapat meal. Puas makan. Tumpang toilet sekali semua.

Sambung berjalan tu masuk LC Waikiki. Pastu kami teringat kami kena sediakan cash Lira untuk transport ke airport nanti. Dia tak accept credit card. Jadi kami nak tukar duit Euro ke Lira sikit lagi. Menapaklah lagi cari money changer yang sesuai. Sampai dekat-dekat Grand Bazaar lah juga.

Selesai tu, kami turun dan nak solat. Sampai di Yeni Camii (Masjid Baru) dekat tepi laut Eminonu tu, kami berpecah untuk masuk solat. Ingatkan dapatlah solat berjemaah sebab masa kami sampai tengah azan. Masuk ke dalam tu habis aku dan kakak tawaf, tak jumpa tempat wuduk Perempuan. Semua orang yang kami tanya semua bagi jawapan yang berbeza. Dan cakap macam ayam itik.

Last-last tunggulah ayah dan adik siap dulu, baru kami dapat ambil spray bottle daripada beg Ayah. Barulah kami pula dapat solat.

Selesai tu barulah ada mood sikit nak membeli. Adik dan ayah nak beli Turkish delight. Ayah untuk ofis dan adik untuk makan. In the end semua benda kami beli di sekitar Spice Market tu. Harga lebih berpatutan. Di salah satu kedai Turkish delight tu penjual tu tanya nama adik. Bila dia sebut “Ilhan”, mamat tu terus cakap “Ilhan Mansiz”. Hahaha. Aku kata, memang aku bagi nama sempena Ilhan Mansiz. Hanya orang Turki boleh relate. Adik sengih je, dia kata dia fit in kat sini.

Sebelum balik beli sekali Balik Durum (Fish Wrap) untuk adik dan ayam goreng daripada Pepitos untuk kakak. Dinner diorang. Aku dah setel for the day, takde beli dinner pun. Lunch tadi pun dah cukup kenyang. Then slowly kami jalan balik.

Sampai di rumah masa azan Maghrib, dalam pukul 6 lebih. Kami kena siapkan packing malam ni sebab flight balik esok 7.30 pagi, so kami kena ke airport pukul 3 lebih pagi. Hampir berakhir dah trip ni. Sedih.

 

Sunday, 2 February 2025

Trip 2025 - Day 13: Istanbul Day 2

 30 Jan 2025

Subuh di Turkiye ni pukul 6.45 pagi. Aku terbangun sebelum Subuh sebab ada kerja sikit masuk. Dan terus berjagalah, masak dan sebagainya. Cuaca masih gelap sampai menghampiri pukul 8. Patutlah kedai-kedai breakfast dia pukul 9 lebih baru buka. Haha.

Kami bersiap, makan sama-sama, dalam pukul 10 kami start keluar berjalan. Kami ke Balat dulu pagi ni, jalan kaki je dari rumah kami. Dulu datang, Balat ni tiada dalam radar. So kali ni kita join the hype. Takde apa sangatlah bagi aku. Rumah berwarna-warni je. Banyak je tempat lain buat style macam ni juga, so I’ve seen better. Ceewah. Jalan-jalan, ambil gambar, kemudian kami berjalan kaki saja dari sana ke Eminonu, lalu jalan tepi air. Santai je, tengok burung dok tangkap ikan.

Sampai Eminonu kami beli tiket feri ke Kadikoy. Perjalanan feri ambil masa setengah jam. Cuaca hari ni sejuk sikit daripada semalam, sebab matahari tak terik, awan banyak. Tapi masih sedap-sedap, dalam 14 darjah.

Sampai di Kadikoy kami window shopping dan kakak ajak makan. Somehow we ended up at the same café kami makan dulu, ada jual desserts dan juga pasta. Kami beli 1 set pasta dan side dishes dan satu lagi lasagna. Makan share-share. Akulah sebenarnya yang minta nak makan different sikit hari ni. Tepulah weh makan kebab. Aku memanglah makan ayam, tapi sekadar sampingan je. Aku lebih kepada penggemar karbohidrat. Haha.

Selesai makan di situ kami ke masjid Osmanaga dekat tepi tu, pergi solat. Masjid yang sama jugalah kami pergi dulu. Siap solat ayah ajak kami ke stadium kelab bola Fenerbahce, tak jauh dari sana. Jalan kaki ke sana. Masuk kedai merchandise dia, ayah terjebak sikit beli sweater. Ambil-ambil gambar sikit, kemudian patah balik ke Kadikoy. Entahlah, dua kali pergi Istanbul, dua kali kami ke Kadikoy dan kalau pergi mesti akan spend whole day kat sana. Syok jugak kawasan dia. Shopping, kedai makan semua banyak. Kakak asyik ajak masuk farmasi tengok mekap. Bagi diorang beli Krispy Kreme donat sikit.

Dalam pukul 5 tu kami naik feri patah balik ke European side. Kami turun di Karakoy instead of Eminonu, dan untuk dinner kami nak makan kedai ikan. Dah 2 hari aku menahan bau ikan bakar yang memikat jiwa. So pilihlah satu kedai yang nampak macam ramai locals pergi. Ikan siakap bakar kecil untuk aku, udang masak butter dalam sizzling pan untuk adik, sotong goreng tepung untuk kakak dan hamsi tava (ikan kecil-kecil digoreng rangup) dan 1 fish wrap untuk ayah. Kenalah dalam TL1800.

Takdelah kenyang mana sangat sebab dia makan gitu je. Dia cuma bagi roti sebakul. Aku kata dah haritu masa ada pasar kat depan rumah kami. Beli je ikan siakap besar sekor kat situ, aku balik bakar dalam oven kat rumah. Siap boleh letak nasi, ada kicap. Peh, kan mengancam tu. Ayah tanak layan permintaan aku masa tu. Kalau tidak dah jimat banyak. Haha.

Dari sana kami jalan kaki ke arah Sultanahmet, masuk ke Kawasan Spice bazaar, sebenarnya nak mencari air Sahlep aku. 1st kedai kami jumpa yang jual air tu, kami main duduk je terus, tak tanya dulu. Dia jual kunafa juga, so order kunafa dan air sahlep tu. Tiba-tiba air sahlep tu dah sold out. Tapi kunafa dah order. So duduk jugalah makan.

Kemudian baru sambung perjalanan, jumpa lagi kedai jual air sahlep, beli bungkus je bawa balik. On the way balik tu ayah ditegur oleh sekumpulan budak Perempuan, mungkin umur-umur 10-12 tahun. Diorang dok “ni hao, konnichiwa, anyeong haseyo” kat dia. Pastu diorang pakat nyanyi lagu Squid Game hahaha. Ayah bagi diorang mini heart. Adoi, Lee Min Ho sorang tu memang perasan sungguh. Masa kat kedai kunafa tadi pun dia kena “ni hao, konnichiwa, annyeong haseyo”. Tak bleh blah betul!

Jalan kaki sampai rumah pukul 8 kot. Mandi, solat dan berehat-rehat kat depan. Dah mula preparation untuk pengakhiran trip kami. Booking teksi ke airport dan sebagainya.

Saturday, 1 February 2025

Trip 2025 - Day 12: Istanbul

 29 Jan 2025

Lepas Subuh tu tidurlah balik. Lama lagi perjalanan train ni. Masa aku terjaga semula dah cerah, dalam pukul 9. Tapi sebenarnya dah masuk waktu Turki jadi dia dah cepat sejam. Kalau di Sofia masih pukul 8 sebenarnya.

Train akhirnya sampai di Halkali Station di Istanbul pukul 10.30 pagi. Ayah order Uber untuk hantar kami ke penginapan kami di Fatih. Perjalanan ambil masa dalam 45 minit. Kena harga dalam TL1200. Duit kita dalam RM150. Ada option yang murah. Of course ada. Kena naik train dan bas dan heret beg jauh-jauh. Aku tua dah nok, aku tak sanggup. Nasib baik pun kami naik kereta, sebab rumah kami atas bukit, mampus nak heret luggage 4 biji tu.

Tuan rumah dah bagitahu awal-awal, hari Rabu di depan rumah dia tu ada pasar, jadi kami tak boleh dihantar sampai depan rumah. Kenalah juga heret beg di tengah-tengah pasar tu sikit. But not so bad. Pasarnya pula pasar kain. Jual segala fabrik, benang, lace, butang. Macam pasar untuk tukang jahit. Eh, excited pulak aku. Nasib baik takde jual benang kait. Mampus aku borong semua.

Masa kami sampai pukul 12 tu, rumah kami tengah dicuci lepas tetamu sebelumnya keluar. Jadi kami letak beg saja dulu dekat dalam, kami pergi merayau cuci-cuci mata kat pasar dan cari money changer.

Setel tukar duit semua, dah boleh masuk rumah. First sekali aku memang tuju ke shower dulu. Rasa macam zombie kalau tak mandi. Adoi! Lepas tu baru jadi manusia balik. Segar rasanya. Solat siap-siap, dalam pukul 3 kami keluar balik. Beli Istanbulkart dekat stesen. Yang kelakarnya, Istanbulkart lama kami yang dah expired tu gigih aku bawak. Tapi duit Lira kat rumah aku tak bawak. Bijak bukan? Paling frust ialah Istanbulkart tu validity period tu 3 tahun dari time last top up. Dan kami punya baru je expired hujung Disember 2024. Sayangnyaaaaaa…

Sampai di Istanbul ni pula aku dan anak-anak ketandusan data. Sebab rupanya walaupun aku beli simcard yang boleh guna untuk the whole of Europe, Turkiye tak dikira dalam kategori Europe untuk phone coverage. Kahkah. Adan uke. Tak kuasa pulak aku nak beli sim card baru hanya untuk sehari dua ini. Layan jelah. Bukan aku kaki post social media pun kan.

Anyway, kami naik bas ke Galata. Sebelum menapak naik atas tu kami makan dulu di kedai pide kat bawah tu. Harga dia murah, satu roti dalam TL40, itu yang menarik hati kami. Dia recommend kami try roti daging atau guvec kaymikli, so cuba jelah. Rupanya sedap! Kami order 2 guvec, 1 pide. Sebelum sempat pide sampai, guvec 2 biji tu dah habis kami bedal. Mamat tu nampak kami kebulur agaknya, dia datang tambah lagi sekeping. Free dia kata. Hahahah. Aku tak tahu nak rasa terharu ke nak rasa malu. Tapi bedal jugak sampai habis licin. Total dengan air semua kami kena TL300. Okla. Kenyang.

Barulah ada tenaga nak mendaki Galata tu. Subhanallah manusia punyalah ramai kat situ. Yang beratur nak masuk dalam tower tu berselirat! Sungguhlah aku bersyukur aku dah setel dah masuk semua attractions dia masa harga dia masih murah dalam Lira dan aku pergi masa Covid yang super lengang dah takde orang. Kami tuju ke Viyana Kahvesi tu je, join the hype makan San Sebastian Cheesecake kat situ. Bapak mahal nak mampos tapi dah sampai kupejam mata kubayar saja. Rasa dia, biashe-biashe je. Bak kata adik, cheesecake Ashu dia sedap lagi. Ashu baca ni kan? Hahaha.

Selesai jadi hipster kat situ, kami jalan turun, terjumpa pula kedai baked potato yang ayah teringin nak try tu. Patutnya ada kat Taksim, tapi dah jumpa kat sini kita try je kat sini. Belilah sebiji. Orang kedai pun heran kami pilih topping sikit. Dia sekali beli potato tu, kau boleh letak sebanyak mana topping yang kau nak, takde additional charge. Masalahnya tak banyak yang menyelerakan.

Dari sana kami turun lagi. Sampai di dataran bawah tu ngam-ngam tengah sunset. Cantik pulak tu view dia. Kami rilek dulu kat situ amik-amik gambar, layan view sampai gelap. Baru jalan kaki balik. Jauhlah. Tapi view cantik. Jalan tepi air, tengok bangunan, nampak Aya Sofia, lalu kedai-kedai seafood kat Eminonu amik bau ikan bakar. Dah set dalam otak esok atau lusa kena dinner kat situ juga.

Sampai ke rumah finally pukul 8 malam. Sempat kami mencari susu, telur dan sebagainya. Pisang je tak jumpa cari. Balik tu mandi, solat dan berehat. Lambat sikit tidur malam ni sebab balik pun dah lambat.