24th December 2025
Aku bangun pukul 4.30 lebih macam biasa, lepak
sampai Subuh, baru start prepare breakfast. Hari ni santai sikit sebab
anak-anak beli cornflakes semalam untuk breakfast. So aku Cuma prepare grilled
cheese sandwiches sebab jumpa soft mozzarella cheese semalam yang murah. Lepas
tu buat scrambled eggs untuk Ayah. Makan santai-santai, sembang-sembang, start
get ready.
Hari ni plan kami serabut sikit sebenarnya. Sebab
kami dah book tiket nak ke Auschwitz – Concentration Camp Nazi masa World War 2
dulu. Tapi slot kami ialah pukul 1.10 petang, tak boleh masuk awal. Perjalanan
nak ke sana pula dalam sejam lebih. Ikutkan aku, aku nak jalan-jalan di Krakow
ni dulu, tengok bandarnya versi siang. Tapi Ayah takut kami tak sempat sampai
on time. Jadi dia ajak gerak terus, dia kata kita carilah apa-apa nak buat kat
sana.
So pukul 8.50 macam tu kami dah gerak dan
sampai di sana pukul 10. Sampai je di sana baru kami sedar yang hari ni
serba-serbi tutup sebab Christmas eve. Jangan risau, Auschwitz tu masih buka
sebab kami memang dah dapatkan official tiket. Tapi tempat-tempat lain untuk
kami berjalan-jalan melawat-lawat untuk buang masa sementara tunggu pukul 1.10
tu, semua tutup belaka. Jangan kata muzium, seluruh mall pun tutup sebab Christmas.
Habis plan kami nak grocery shopping dulu ke pagi tu, nak tumpang solat zohor
dalam fitting room kedai, semua rosak.
Last-last kami jalan ajelah di pekan dia yang
kedainya semua tutup. Yang buka pun kedai-kedai macam Zabka, iaitu seperti 7-11
di sini. Cuaca pula tu hari ini punyalah sejuk. Nak masuk lepak-lepak kafe minum-minum
pun semuanya tutup. Tapi sempat kami jumpa satu money changer dan alang-alang
rate dia pun ok, kami masuk tukar duit sikit lagi. Orang tu ajak kami
bersembang, apalah orang Malaysia buat all the way di Poland ni, dia tanya.
Kami katalah kami lari daripada kepanasan, cari kesejukan. Lepas tu dia cakap,
unfortunately tahun ni Disember terpanas dalam rekod negara diorang. Nak Christmas
ni, salji pun takde. Macam tak lengkaplah bagi diorang. Kami semua ternganga.
Ini Disember terpanas ni? Yang bagi kami pulak mungkin paling sejuk pernah kami
hadap. Dia kata dia ada memori menghadap winter sampai -20 di Poland. And mamat
tu definitely lagi muda daripada kami, maybe late 20s atau in his 30s. So it
must be quite recent. Dia kata dekat sini memang terasalah global warming tu. Dan
dia suggest kami datang balik in summer sebab vibe dia totally lain katanya.
Tapi tulah, apa yang dia sembang dengan kami
tadi, sebiji sama macam apa yang kami bersembang dengan orang kat car rental
haritu. Dia pun sebut pasal tahun ni takde salji, cuaca tak sejuk, dan dia
memang exactly mention pasal winter yang mencecah -20 satu masa dulu. Masa tu
kami cuma masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi bila dah ada 2 orang
random people talk about the same things, it must be a big deal to them. Rezeki
kamilah nampaknya. Bayangkan kalau kali ni mencecah -20. Memang tak keluar
rumah aku.
Anyway, dari sana kami ke mall dekat pekan ini.
Masa tulah baru kami dapat tahu seluruh mall tu tutup. Masa baru 11.40 macam
tu. Nak solat dekat luar, salji tengah turun sikit, angin pun kuat, sangat
sejuk. Last-last kami decide untuk solat dalam kereta. Semoga Allah terimalah.
Tak tahu nak buat macam mana dah.
Dari sana barulah kami ke Auschwitz. Sesat-sesat
sikit sebab rupanya dia ada banyak tapak. Kami kena ke Auschwitz-Birkenau 1
dulu. Park di sana, masuk toilet semua siap-siap, dan beratur untuk masuk. Ada
scan beg semua juga. Elok pukul 1.10 kami dah dapat masuk. So nasihatnya,
datanglah setengah jam awal untuk go through all the process. Tiket ke
Auschwitz ni sebenarnya free aja. Tapi kita tetap kena book slot masa yang kita
nak masuk. Kalau takde tiket memang tak lepas, dia nak scan tiket kita, siap
crosscheck against details kita di passport.
Di dalam tu dapatlah tengok muzium-muzium
tentang World War 2, dapat tengok tempat diorang seksa tahanan, tempat tinggal
tahanan, segala sejarahnya. Ada tempat diorang bunuh tahanan guna gas, tempat
bakar mayat. Tapi in terms of pameran, ada terlalu banyak sampai kami terpaksa
pilih-pilih yang mana nak tengok, takut kesuntukan masa. Sebab ada Auschwitz-Birkenau
2 juga nak kena tengok. Banyaklah pengajarannya, dan banyak juga refleksi yang
kami buat. Ajak anak-anak sembang pasal situasi semasa di Palestin. Lepas
tengok apa yang “mereka” pernah hadap masa Perang Dunia ke-2 tu, rasa macam tak
masuk akal diorang boleh buat benda yang sama kepada orang lain yang bagi
bantuan dekat diorang masa seluruh dunia tak nak terima diorang.
By the time kami selesai di tapak 1, dah dekat
pukul 3. Kakak dah kesejukan sangat-sangat. Keadaan tak membantu sebab dia 1st
day period hari ni. So kami ikut cue dia aja. Dia jugak yang nak datang sini
sangat. Kami layankan aje. So bila dia kata tak payahlah pergi tapak 2, kami
pun decide untuk gerak balik.
Hari pun dah nak gelap. Perjalanan balik ke
Krakow pun ambil masa sejam lebih. Tapi keserabutan kami masih belum habis sebab
kami tak cukup bahan-bahan memasak untuk the next few days. Segala hypermarket
diorang semua tutup sampai Sabtu. Camanelah kami boleh tak terfikir pasal Christmas
ni semalam. Adoihai. Melilau cari kedai yang buka, ada 1 yang kami termiss
sipi-sipi, dia buka sebenarnya, tapi tutup awal, pukul 4. Kami pula sampai 4.30.
Nasib baiklah ada jumpa kedai arab dekat-dekat situ, dinner makan kebab sorang
satu.
Selesai tu baliklah, mandi, solat. Sebab awal
lagi tapi semua dah tak sanggup nak menghadap kesejukan, kami lepak je kat
rumah. Tengok 1 episod Stranger Things dengan Adik. Pukul 8 lebih kami dah
tidur. Hihi.
No comments:
Post a Comment