Saturday, 8 February 2020

Couples Trip 2020: Day 7 - Ljubljana


6 Februari 2020

Bangun ngam-ngam time Subuh sebab semalam pukul 11 lebih baru masuk tido. Lepas Subuh tu masak breakfast. Goreng cucur bawang Adabi pulak. Rezeki, rumah kami ni ada sediakan minyak masak. Telur yang rebus semalam bancuh buat egg mayo, makan dengan roti. Makan-makan semua. Bersiap.

Dalam pukul 8.30 tu kami keluar merayap. Cuaca cerah hari ni, langit sangat biru. Tapi suhu dia kemain sejuk! Pagi tadi masih -1. Kami pakai tiga ke empat lapis pun masih meremang-remang bulu roma sambil berjalan.

Sebenarnya kami takde hala tuju pun hari ni. Sebab town Ljubljana ni takdelah besar mana. Plan asal ialah nak cover town Ljubljana ni lepas kami sampai sini semalam. Kan sepatutnya train sampai 2.30 petang. Lepas letak beg dan solat tu insyallah kami masih ada masa dalam 2 jam untuk explore this area. Cukup sebenarnya. Sepatutnyala. Dan hari ni patutnya kami nak keluar ke kawasan Tasik Bled, lebih kurang sejam dari sini.

Tapi disebabkan perkara-perkara yang di luar kawalan berlaku semalam, kami rugi satu hari. Kalau ikutkan aku, aku nak proceed je dengan Lake Bled tu hari ni sebab kata tuan rumah kami, bas ada sejam sekali untuk ke sana. Tapi Ayah pulak kata, let’s just enjoy the city sebab dia tak nak kelam kabut.

So demikianlah kami berjalan tanpa hala tuju. Satu tempat yang dia excited nak tengok iaitu filming location cerita Memories of the Alhambra tu pun, bila kami sampai dekat fountain tu, ia ditutup dengan some sort of Christmas decoration. Kecewa btul.

Sejuk-sejuk tu, kami pergi lepak taman tengah-tengah panas dan termenung tengok orang, sambil makan baki cucur pagi tadi. Dah boring lepak situ baru kami jalan kaki naik Ljubljana Castle. Boleh naik train, tapi sebab banyak sangat masa tak tau nak buat apa, kami jalan kaki. Semput weh!

Tapi dekat atas tu view cantikla. Kalau masa biasa kami akan explore kejap je atas tu, lepas tu turun balik. Tapi tadi kami rilek-rilek je. Segala muzium dia kami masuk. Sampai dalam pukul 2 petang. Turun pergi makan kat kedai kebab. Lepas tu merayau lagi. Nak kena cari beg sebenarnya, sebab luggage kami macam dah sendat disebabkan gatal pi beli kasut ari tu. Tak jumpa yang menarik lagi. Nak beli beg balik kampung je. Bukan luggage.

Kami pun belum solat, so bila Google cari masjid terdekat, rupanya cuma 2 blok dari rumah kami. Kalau boleh tu taknak lah balik lagi, sebab hari masih cerah. Tapi sebab dah dekat sangat, baik balik je selesa sikit. Lepas semayang kami keluar balik, tapi pergi supermarket depan rumah ni jela. Jumpa plak barang-barang makanan yang harga tak masuk akal lagi. Rasa nak nangis aku.

Mozarella 49 sen. Coklat satu bar yang 100 gm tu 33 sen. Yogurt secawan 19 sen. Kalau convert duit kita pun masih tak masuk akal jugak. Kami beli tadi dalam 10 bar coklat dan 2 botol jus baru 4 euro. Kalaulah boleh aku bawak balik mozzarella tu, memang aku angkut berkodi-kodi. Masalahnya bukan pasal nak mengangkut, tapi pasal mozzarella tu perlu disimpan dalam peti sejuk. 20 jam perjalanan dari time check out hotel sampailah jejak dalam pintu rumah di KL tu, mau berkulat mozzarella aku. Maka ku pendam Hasrat hati.

Balik rumah, masak nasi, goreng telur dan sayur sebab nak perabih makanan. Lepas makan tu mandi, solat semua dan berkubang bawah selimut. Esok perjalanan Panjang. Seawal 6 pagi dah kena keluar dari rumah ni sebab bas pukul 7.

No comments:

Post a Comment