3 Februari 2020
Jaga pukul 4 pagi lagi hari ni, kerja macam
biasa sambil bersembang dengan Ayah. Anak-anak je tak contact kami hari ni
sebab diorang sekolah. Pukul 6 tu solat Subuh dan aku start masak breakfast.
Semalam saja masak nasi lebih, so pagi ni aku goreng nasi guna perencah Seri
Aji tu.
Siap masak tu makan, dan get ready untuk
keluar. Tak semangat rasa nak keluar sebab hujan sejak malam semalam. Pagi ni
pun masih agak lebat. Tapi memang takde pilihan, sebab tengok pada ramalan
cuaca, hujan memang takkan berhenti langsung sepanjang hari. Mustahil untuk aku
stay di bilik sepanjang hari. So redah jugak hujan.
Hala tuju ialah ke tempat car rental sebab kami
sewa kereta sehari untuk ke Hallstatt. Ambil masa 15 minit jalan kaki ke sana. Dalam
cuaca biasa, 15 minit tu kacang je. Tapi dalam hujan memang tak kelakar. Belum
apa-apa kasut aku dah masuk air. Haihh… Anyway, sampai di car rental tu, baru
nak rasa lega. Tapi bila keluarkan booking print out tu, brader tu kata booking
kami ni untuk sebulan lagi. Kami tersalah book untuk 3 Mac. Yeeeee… Aku dah
kata dah, kami memang suka buat perangai kartun macam ni. Padahal aku rasa aku
dan Ayah dah berpuluh kali tenung kertas tu, haram tak nampak perkataan Mac tu.
Brader tu suruh kami try modify booking tu,
tukar tarikh hari ni, tapi website yang kami guna, iaitu Kayak, takde option
tu. Cuma ada option untuk cancel the booking. Mamat tu kata dia boleh offer
kereta dia yang available, tapi harga yang dia quote berbeza hampir RM300
daripada yang asalnya kami dapat. Tak kelakar untuk satu hari. So kami kata
thank you, but no thanks.
Pergi masuk kafe dekat situ dan bincang
sekejap. Bila kami buat search untuk book kereta hari ni, boleh dapat harga
murah di kedai lain. Tapi Ayah risau takut last minute booking camni proses dia
jadi lambat dan kami akan start journey dah tengah hari. So we decided to book
kereta tu untuk esok je. Nasib baiklah jadual kami very flexible kali ni. Ayah
pujuk kata all things happen for a reason. Aku pun redha je. Nampak sangat weh,
kami dah tua. Kalau benda macam ni berlaku beberapa tahun lepas, harus jadi
modal bergaduh buat beberapa ketika, dok mengungkit sape salah. Tapi dah tua ni
macam dah mellow sket. Walaupun aku memanglah kecewa sebab Salzburg hari ni
takde apa yang boleh kami buat dengan hujan non stop camni. So Ayah kata, mari
kita shopping.
Lantas kami ke station tram depan tu dan pergi
ke Salzburg Designer Outlet. Saja jalan-jalan cuci mata. Aku saja buat lawak,
alang-alang dah sampai ni, kasut pun basah, kita beli kasut baru jelah. Dengan
sepantas kilat Ayah bawak masuk segala jenis kedai kasut. Dia jumpa kasut boot Clarks
dulu, EUR36 je weh. Mane nak dapat boot harga camtu. Convert duit kita baru
dalam RM150. Aku suruhla dia beli. Ingatkan dah setel. Tapi dia tak puas hati
sebab aku tak beli. Dia heret masuk segala kedai suruh aku try segala kasut.
Aku dah ada boot waterproof yang sangat selesa kat rumah (yang aku memang dah
sarung kat kaki sebelum gerak ke KLIA hari tu, tapi last minit aku pi tukar pakai
Skechers. Bongok!), sebab tu aku tak mau beli. Mamat ni rasa guilty kot, dia
sorang beli. So in the end kat satu kedai ni nama Salamander, jumpalah yang
murah, selesa dan nampak reasonable.
Supaya tak membazir, aku beli boot tu ikut saiz
kaki anak dara aku, iaitu 38 (kaki aku saiz 35/36), so that balik kang aku
boleh bagi dia. Longgar sikit untuk aku tapi masih boleh berjalan. Coz seriously
I don’t need another pair of boots! Lagipun harga EUR30 je weh. Tak sampai RM150. Mane
nak jumpa harga camtu kat Malaysia. Bayangkan kalau kerja sini, gaji ikut rate sini.
Beli kasut pun 30 hengget je. Beli groceries dah murah, kasut pun murah. Duit
diorang guna buat apa ntah? Memang cepat bleh jadi jutawan.
Pastu disebabkan bekal dah bawak siap-siap
konon-konon nak berkelah kat Hallstatt tadi kan? Haa, kau berkelah la dalam
mall tu, makan nasi goreng. Jimat duit. Lepas tu kami balik apartmen simpan
barang dan solat. Sorang pakcik mat saleh dalam tram tegur kami, dari Singapore
ke? Kami jawab dari Malaysia. Dia kata ooohh, dia pernah pergi Malaysia dulu,
pergi Genting main judi. Hihihi… Sibuk dia tanya kami 1st time
datang Europe ke, pernah pergi mana semua. Dia asal Venezuela rupanya. Lepas tu
stop kami dah sampai. Tak sempat sambung bersembang.
Sampai rumah solat semua, sembang dengan
anak-anak jap sebab diorang dah balik sekolah. Tukar socks dan kasut baru,
keluar berhujan balik. Serious weh, hujan dia tak berhenti walau sesaat. Dahla
apartmen kami ni jauh. Jalan pegi jenguk Mirabelle Garden tu dulu, tapi disebabkan cuaca mendung kelam suram begitu, takde mencapai piawaian nak ambil gambar. Kami terus jalan untuk naik Fortress Hohensalzburg pula. Itu jela yang reasonable pun dalam hari hujan
camni sebab aktiviti dia banyak dalam castle tu. Tiket basic dia EUR12.90
sorang. Naik kabel car ke atas, dan masuk dalam fortress tu tengok muzium-muzium
dia.
By pukul 5 tu kami turun balik, dan jalan ke
kedai fish n chips yang kami nampak semalam. Nordsee nama dia. Aku dah tak
kuasa nak balik masak. Tanya brader pekerja kedai tu, is everything here halal?
Dari semalam aku dah perhati, pekerja kedai tu kebanyakannya muslim, dan menu
dia takde pape yang involve daging semua. Seafood semata-mata. Mamat tu kata
yes, all halal, I’m a muslim too. Yesss, maka aku order salmon, Ayah order fish n
chips. Habis tu tak cukup! Order lagi 1 fish n chips kami share 2 orang. Lapar
btul!
Siap tu barulah balik. Singgah kejap je beli
telur untuk masak breakfast esok. Dan Sabun serta syampu sebab tuan tanah kedaung tak sediakan
sabun dan syampu. Nyampah!
Balik, mandi, solat dan bersidai sebelah
heater. Sekian.
No comments:
Post a Comment